Anda di halaman 1dari 1

Tsauban r.a meriwayatkan: Biasanya Rasulullah s.a.w.

apabila telah selesai solat akan mengucapkan "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan " . "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.- (HR Muslim) Uqbah bin Amir meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca Al-Muawidzat (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul audzu bi rabbil falaq 3. Qul audzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu. (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i) Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim) Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian. (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

Anda mungkin juga menyukai