Tokoh Tokoh Islam Tingkatan 5
Tokoh Tokoh Islam Tingkatan 5
Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). Riwayat hidup Aspek Nama Gelaran Tarikh lahir Tempat lahir Keturunan Tarikh meninggal dunia Tempat meninggal dunia Keterangan Hussain bin Abdullah bin Al Hassan bin Ali bin Sina Ibnu Sina dan Avicenna (barat) sekitar 980 M atau 370 H Asyfanah, Bukhara, Turkistan Turki 428 H atau 1037 M Hamazan
Selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 390 H bersamaan 1000 M, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai dan Hamazan. Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung amir Ala ad-Daulah di Asfahan.
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Pendidikan Mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun. Menghafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun. Bidang ilmu Fiqah dan Tasawuf Hisab dan Prinsip-prinsip Geometri Falsafah Sains dan Astronomi Guru Ismail al Zahid Muhammad al Masah Abu Abdullah Annatili Al Biruni
Menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun. Muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka. Ketokohan Ibnu Sina
Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat : a) Penguasa Bukhara, Nuh bin Mansur. b) Penguasa Jurjan, al-Amir Syamsul Maali Qabus bin Wasyamkir. c) Penguasa Hamazan, al-Amir Syamsu ad-Daulah. d) Penguasa Asfahan, al-Amir Ala ad-Daulah. Banyak menghasilkan karya terutama dalam bidang perubatan. i. Al Qanun fi al-Tib. ii. Al Adawiyah al-Qalbiyah. iii. Al Alfiyah al-Tibiyah.
Ibnu Sina Berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu:
Penemuan
Keterangan
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Pengaruh kuman dalam penyakit. Jangkitan virus seperti TB. Penyakit seperti robela, alahan, cacar, penyakit jiwa, dan sebagainya. Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Ubat bius. Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan. Mencipta picagari.
Kesan peninggalan dalam bidang perubatan. 1) Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina Berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. 2) Beliau melakukan Metod Pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metod ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. 3) Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. 4) Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Sumbangan Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik, astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Dominican Institute of Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Kemudian pada tahun 1950 M, buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan sebagai Muallafat Ibnu Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College. Penutup Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan islam yang terkenal dan banyak memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al Qanun fi al-Tib menjadi rujukan utama seluruh pusat pengajian tinggi di barat.
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibnu Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (Pengenalan). Ibnu Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. Ibnu Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile". Ibnu Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibnu Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Riwayat Hidup Aspek Nama Gelaran Tarikh lahir Tempat lahir Keturunan Tarikh meninggal dunia Tempat meninggal dunia Keterangan Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad Ibnu Khaldun 732 H atau 1332 M Tunisia Arab 808 H atau 1406 M (87 tahun) Kaherah, Mesir
Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun749 H, Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa tempat iaitu: Algeria, Fez, Granada, Bougie, dan Mesir.
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Pendidikan Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau), Muhammad bin Muhaimin al Khadhrami. Muhammad bin Saad bin Barral al Ansari. Muhammad bin al Syawasyi al Zarzali. Mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti mantik, falsafah, sains, dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim al Abili. Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada: Ahmad bin al Qasar. Lisan al Din bin al Khatib (pengarang kitab Tarikh Gharnattah). Muhammad bin Abdul Salam. Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang
1. Sebagai sejarawan.
Ibnu Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor kegemilangan, dan kejatuhan. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Ideanya yang menarik dalam kitab al Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti al Tabari dan al Masudi. 1. Sebagai negarawan. Merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara. Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting seperti : a) Setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishak bin Abi Yahya dan Sultan Abu Anan. b) Anggota Majlis Ilmiah. c) Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi al Hassan di Fez, Maghribi. d) Duta Granada.
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
pengukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya. Beliau menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah iaitu ; a) Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab. b) Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwaperistiwa yang sedang berlaku. c) Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. d) Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku. Penutup 1. Ibnu Khaldun merupakan tokoh falsafah yang terkenal. Beliau juga menguasai pelbagai ilmu perubatan. 2. Ibnu Khaldun telah melakukan perubahan dalam beberapa bidang ilmu seperti ilmu sejarah dan persejarahan, sosiologi, politik, dan sosiologi pendidikan. As Sayyid Jamaluddin al Afghani
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
1. Sayyid Jamaluddin al Afghani banyak merantau untuk menyebarkan idea-idea Islah. 2. Pengaruhnya yang besar terhadap umat islam telah menyebabkan beliau sering diburu oleh pihak Perancis, Inggeris, dan konco-konco mereka. 3. Pernah dilantik sebagai anggota Majlis al Maarif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul, Turki. 4. Idea Islah yang dibawa oleh beliau diteruskan oleh muridnya iaitu Syeikh Muhammad Abduh. Keperibadian 1. Berani memeperjuangkan kebenaran. Beliau petah berpidato untuk menaikkan semangat umat islam supaya bersatu menentang pihak penjajah. 1. Suka merantau. Mengembara untuk mengkaji kedudukan umat islam serta menyebarkan idea Islah. 1. Seorang yang tekun. Menguasai pelbagai jenis ilmu dan bahasa. 1. Mencintai ilmu pengetahuan. Sangat meminati ilmu pengetahuan menyebabkan beliau merantau ke beberapa buah negara untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu. 1. Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh.
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Pendidikan 1. Menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun. 2. Pada usia 18 tahun, beliau menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti al-Quran, hadis, fiqah, dan ilmu kalam. 3. Beliau bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden. 4. Menguasai beberapa bahasa dunia seperti bahasa Parsi, Arab, Perancis, Inggeris, dan Rusia. Sumbangan 1. Beliau merupakan penggerak utama dalam perjuangan menentang penjajah. 2. Merantau ke beberapa buah negara islam untuk menyatukan umat islam serta mengembalikan keyakinan mereka supaya mengusir penjajah dari tanah air mereka. 3. Pidatonya yang bernas dapat menyuntik semangat umat islam. 4. Beliau juga menghasilkan beberapa akhbar: urwatul wuthqa (Perancis). Misr (Mesir). At Tijarah (Mesir). Khafiqin (London). 1. Idea Islah yang dibawanya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat islam hingga ke hari ini. Karya yang Dihasilkan 1. 2. 3. 4. Al Amal al Kamilah. Ar Raddu ala Addahriyain. Tatimmatulbayan Fi Tarikh Afghan. Al Khatirat.
Idea Islah As Sayyid Jamaluddin Al Afghani Pengertian Islah. Islah berasal daripada kata kerja Islaha yang bermaksud pembaikan. Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Bentuk-bentuk Islah. Merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam sebagaimana zaman khulafa Ar Rasyidin. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan Jemaah Islamiah. Beliau mengkritik taqlid ama (mengikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa berlandaskan al-Quran dan sunnah. Menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen. Cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab sehingga memecahbelahkan kesatuan umat islam. Berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usahausaha untuk memerdekakan tanah air dan fikiran mereka daripada penjajah. Kesan Islah Idea Islah disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Ridha. Gerakan Islah dari Asia Barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan Islah dari India yang dipelopori oleh Syah Waliullah ad Dahwali. Di Malaysia, gerakan Islah dikembangkan oleh siswazah-siswazah dari universiti di Mesir dan Mekah. Gerakan Islah telah mendorong umat islam mengkaji semua fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran dan sunnah. Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakinan umat islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada pada mereka. Keperluan Individu Terhadap Islah Islah amat diperlukan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni. Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam untuk dilaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan. Penutup As Sayyid Jamaluddin al Afghani adalah pejuan Islah yang gigih. Beliau vuba meyatukan umat islam melalui gagasannya iaitu Jemaah Islamiah. Beliau meniup semangat anti penjajah menerusi ceramah, pidato, dan penulisan.
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Syeikh Muhammad Abduh Pendahuluan Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang pakar undang-undang berbangsa Mesir, ilmuan agama, dan reformis pendidikan melalui pengislahan dalam sistem pendidikan. Beliau berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman syariah. Riwayat Hidup
1.
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah . Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.. Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh. Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir. Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan Pemberontakan Urabi. Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi. Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah al-Urwah al-Wuthqa bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah: a) Guru di Masjid al-Husaini di Mesir; b) Pensyarah di Darul 'Ulum, Mesir; c) Guru di Sekolah as-Sultaniah, Beirut; d) Ketua Editor Akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyah di Mesir; e) Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di Mesir; f) Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar di Mesir; g) Mufti kerajaan Mesir (1899 - 1905). Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di Iskandariah, Mesir.
Keperibadian 1. Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan yang besar.
10
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
11
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Beliau mendapat inspirasi Gerakan Islah Sayid Jamaluddin al-Afghani yang menjurus ke arah mewujudkan integrasi ilmu. Kesedaran Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada Islah dalam kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman. Sistem pendidikan masa itu menjurus ke arah taqlid buta dan pasif (jumud). Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan Mesir kepada golongan miskin. Kadar gaji guru yang rendah.
Kaedah Islah Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya. Antara saluran-saluran idea Islahnya ialah:
Melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti alAzhar; Melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a alMisriyyah dan al-Ahram; Melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid, Tafsir Juz' 'Amma, atTahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih, dan al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah. Melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.
Sumbangan dalam bidang pendidikan Idea-idea yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah mengubah pandangan umat Islam terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif. Syeikh Muhammad Abduh berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat Islam kepada Islah, khususnya dalam bidang pendidikan. Idea Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam
12
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Mewujudkan mata pelajaran matematik, geometri, algebra, geografi, sejarah dan seni khat; Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil; Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar; Menyediakan peruntukan gaji guru dari perbendaharaan negara dan waqaf negara; Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan.
Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:
Riasalah at-Tauhid Tafsir Juz' 'Amma Tafsir Surah al-'Asr Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin al-Afghani
Syarh Nahji al-Balaghah Syarh Maqamat al-Badi' at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah Penutup Beliau merupakan seorang mujaddad yang telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan pemikiran umat islam. Idea Islah yang dibawanya telah memberi perubahan yang besar dalam kehidupan umat islam.
13
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Syeikh Tahir Jalaluddin Pendahuluan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari, merupakan tokoh bidang Falak Syarie di alam Melayu Nusantara yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentangnya di kalangan 'alim ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan. Riwayat Hidup Aspek Nama Gelaran Tempat lahir Tarikh lahir Keturunan Tarikh meninggal dunia Tempat meninggal dunia Keterangan Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad Jalaudddin. Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, al Falaki. Sumatera Barat, Indonesia. 7 November 1869 M Berasal dari keluarga yang berilmu. 26 Oktober 1956. Perak, Tanah Melayu (Malaysia)
1. Bapanya, Syeikh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim yang terkenal berketurunan Melayu Minangkabau. 2. Apabila Syeikh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada 1900 masihi, beliau terus menetap di Perak. 3. Antara tugas yang pernah disandang beliau adalah: Guru di Madrasah al Masyhur di Perak. Guru di Madrasah Parit Jamil, Muar, Johor. Guru di Masjid al Haram, Mekah. Mufti Negeri Perak. Mufti Negeri Johor. Nazir sekolah-sekolah agama Johor. 1. Ketika beliau menjadi mufti di Perak, beliau mandapat gelaran Syeikh. Keperibadian 1. Menepati masa. Beliau tidak pernah lewat menghadiri kelasnya melainkan kerana keuzuran.
14
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
15
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Riau, al Madrasatul ad Dabiyah di Sumatera Barat. 1. Bidang ilmu falak, Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu falak di Malaysia. Kemahiran beliau dalam ilmu falak, menyebabkan beliau digelar al Falaki. 1. Dalam bidang kesusasteraan Syeikh tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. Ini terbukti melalui penulisan seperti yang terdapat dalam majalah al Imam dan seumpanya. Penutup
1. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi.
16
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
nusantara. Hamka Pendahuluan Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati. Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Sewaktu zaman penjajahan Belanda,Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam. Riwayat hidup Aspek Nama Gelaran Tempat lahir Tarikh lahir Tarikh meninggal dunia Keterangan Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh Muhammad Amirullah. Hamka. (nama singkatan yang menggabungkan nama beliau dan bapanya). Sumatera Barat, Indonesia. 13 Muharam 1362 H atau 16 Februari 1908 M. 24 Julai 1981 M (73 tahun)
1. Bapanya adalah seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di Minangkabau. 2. Tugas dan jawatan yang pernah disandang: Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang. Pensyarah di Universiti Islam, Jakarta. Pensayarah di Universiti Muhammadiyah di Padang Panjang. Rekod Perguruan Tinggi Jakarta . Pegawai Tinggi Agama Indonesia. 1. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pihak kerana jasa dan sumbangan beliau. Keperibadian
1. Hamka merupakan orang yang petah berpidato. Beliau pernah diberi penghormatan untuk
karya agungnya. Rangkap-rangkap pantun dan syair banyak terdapat dalam tulisan beliau.
3. Seorang yang berani. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah Belanda di Sumatera,
Hamka dengan beraninya mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat islam menentang Belanda.
Pendidikan
17
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Khatibul Ummah.
2. Semasa berada di Mekah, pada tahun 1927 masihi, Hamka mengasaskan persatuan
Hindia Timur untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia. 3. Apabila pulang dari Mekah, beliau menganggotai pertubuhan Muhammadiyah dan mengetuai cawangan di Padang Panjang. 4. Pada tahun 1935 masihi, Hamka mengasaskan Kolej al Mubalighin. 5. Seterusnya, pada tahun 1936 masihi, Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat. 6. Sejak itu, Hamka mengasaskan beberapa buah majalah yang bermotifkan dakwah. 7. Pada tahun 1935 masihi, Hamka dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Pertubuhan Muhammadiyah. Sumbangan 1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat isalm di nusantara. 2. Karya-karya beliau dalam bidang agama, kesasteraan, dan falsafah menyentuh secara langsung kehidupan umat islam di rantau ini. 3. Hamka merupakn penyambung idea Islah yang dibawa oleh Sayyis Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh di nusantara. 4. Akhbar dan majalah digunakan sepenuhnya untuk mengajak umat islam mengkaji semula tentang sebahagian kefahaman dan ajaran yang bertentangan al-Quran dan sunnah. 5. Karya-karya beliau terutamanya Tafsir al Azhar meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang ilmu dan pemikiran umat islam di alam melayu. 6. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat islam di Indonesia, malah pada peringkat antarabangsa. 7. Kegigihan beliau mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menganugerahkannya dengan pelbagai anugerah. Perjuangan Hamka 1. Seluruh kehidupan Hamka diisi dengan perjuangan.
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
18
9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka. 10. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar. 11. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar. 12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka. 14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
Penutup 1. Hamka adalah penerus idea Islah. 2. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran islam secara berkesan kepada masyarakat. 3. Keberanian beliau merupakan sifat peribadi yang terpuji.
19
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Karya-karya Hamka.
Ibnu Sina.
20
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012
Master Studi Sasbadi SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5, Sasbadi Sdn. Bhd., 2004, Petaling Jaya.
21
Muhammad Fadzli Bin Zulkipli 950916-01-5747 5 AZAM 2012 9A+ SPM 2012