Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN Sebelum guru memahami seseorang pelajar, guru perlu mengkaji dan memahami serta tindak balasnya dalam

satu-satu situasi. Bagi tujuan perbincangan ini, saya telah ditugaskan untuk membuat pemerhatian dalam mengenalpasti tingkah laku bermasalah yang berlaku di sekolah sewaktu menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh kerana program ini dijalankan di sekolah rendah, maka perbincangan mengenai tingkah laku ini lebih cenderung kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah. Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkah laku yang terkeluar dari kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah ini disebabkan oleh ketidakbolehan individu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan suasana atau persekitaran yang berlaku di sekelilingnya. Akhirnya, perubahan ini akan mengganggu emosi dan aktiviti harian individu berkenaan dan seterusnya akan memberi kesan terhadap hormon persekitaran semasa proses tindakbalas. Di dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada apa jua tingkah laku pelajar yang boleh memberi kesan terhadap kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya ketika di dalam bilik darjah. Oleh itu, adalah wajar bagi pihak Institut melalui program PBS ini memberi tugas kepada guru pelatih untuk membuat pemerhatian terhadap tingkah laku bermasalah ini bagi memenuhi kehendak dan tuntutan yang boleh membantu guru dalam menangani tingkahlaku bermasalah di sekolah kelak.

TINGKAH LAKU BERMASALAH YANG TIMBUL DI SEKOLAH TINGKAH LAKU DISTRUKTIF Beberapa tingkah laku bermasalah telah dikenalpasti semasa mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Di antara tingkah laku bermasalah yang telah dikenalpasti berlaku adalah adalah tingkah laku distruktif atau tingkah laku merosakkan. Daripada kajian, tingkahlaku distruktif sering berlaku di kalangan pelajar yang berumur 10 sehingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Beberapa contoh tingkah laku lain yang boleh dikategorikan sebagai tingkahlaku distruktif adalah vandalisme dan berkelakuan biadap terhadap guru. Mengikut rekod yang diperolehi dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini, pada tahun 2007, terdapat beberapa orang pelajar di sekolah ini yang terlibat di dalam pergaduhan sewaktu masa persekolahan. Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, disebabkan ini adalah kesalahan pertama mereka, pihak pentadbiran sekolah memberi amaran kepada pelajar-pelajar terlibat agar tidak melakukan kesalahan yang sama sekali lagi. Sekiranya masalah ini masih berulang, tindakan gantung sekolah boleh dikenakan. Umum berpendapat bahawa ia adalah normal bagi pelajar-pelajar yang bersekolah rendah untuk bertumbuk atau bergaduh kerana mereka dalam proses pembesaran dan pemikiran mereka tidak matang untuk membezakan sesuatu itu dibenarkan atau tidak. Maka bagi mereka masalah ini tidak perlu di pandang serius. Pandangan mereka terhadap permasalahan ini seolah-olah menyetujui tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar ini. Harus diingat, sekiranya para pelajar terus dibiarkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan kekerasan sejak dari kecil lagi, tidak mustahil bagi mereka untuk melakukan kesalahan yang sama berulang kali sehingga mereka dewasa. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya mereka membawa sikap ini sehingga ke sekolah menengah. Sebagai peringatan, kebiasaannya tingkahlaku distruktif di kalangan pelajar

sekolah menengah terutama di kalangan pelajar berumur 15 tahun amat membahayakan kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan pelajar-pelajar lain yang dimusuhinya. Sekiranya pelajar melibatkan klik, ia akan menyebabkan kes gangsterisme seperti kejadian pukul diluar sekolah mahupun di dalam sekolah. Jadi saya berpendapat, murid-murid haruslah dididik sejak di bangku sekolah rendah lagi untuk membenci kekerasan dan keganasan kerana pada jangka masa umur tersebut, murid-murid di sekolah rendah baru belajar untuk melihat kehidupan dan guru sangat berperanan dalam mencorakkan kehidupan muridmurid dalam kehidupan mereka kelak. Mengapa tingkah laku distruktif ini boleh berlaku di sekolah? Faktor utama yang meyebabkan masalah ini timbul di sekolah ialah murid-murid yang terlibat dalam menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah mereka tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Akibat rasa tidak puas hati maka timbullah perasaan benci, marah atau dendam dalam diri mereka. Jadi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, mereka menzahirkan dalam bentuk fizikal seperti bertumbuk, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya. Tidak kurang juga peranan media terutama media elektronik yang tidak begitu peka dalam menyiarkan rancangan mereka di kaca televisyen untuk tontonan umum. Ini dapat dilihat dalam penyiaran rancangan kartun seperti Doraemon. Sedar atau tidak, pada pendapat saya rancangan animasi ini memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak yang sedang membesar terutama untuk pelajarpelajar sekolah rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan kartun tersebut adalah semata-mata untuk hiburan keluarga pada hari minggu. Tapi adakah kita sebagai guru atau ibu bapa terfikir bahawa terdapat watak yang ditunjukkan oleh animasi tersebut sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pemikiran kanak-kanak. Dalam animasi tersebut, watak Giant digambarkan sebagai seorang pembuli. Sering menggunakan kekerasan untuk mendapat sesuatu. Tidakkah ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi tindakan kanak-kanak yang berada dalam proses pembesaran kerana dalam proses ini kanak-kanak sering meniru tindakan seseorang yang dilihatnya.

TINGKAH LAKU DISTRUPTIF Di samping itu juga, tingkahlaku bermasalah yang telah dikenalpasti berlaku di sekolah rendah adalah tingkahlaku atau tingkahlaku mengganggu. Tingkah laku mengganggu ini juga berlaku tidak mengira tempat. Ia boleh berlaku di dalam bilik darjah dan juga boleh berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. Jenis tingkah laku dIstruptif ini termasuk hiperaktif, rakan terlalu sebaya, membuat gelak bising, pergerakan serta melampau, menunjukkan mengganggu terbahak-bahak

keagresifan fizikal seperti tolak menolak. Biasanya tingkah laku ini di alami oleh murid-murid yang berusia 10 hingga 11 tahun. Melalui pemerhatian saya di sekolah ini, tidak dapat dinafikan bahawa tingkah laku dIstruptif ini sering berlaku dan ia juga mungkin boleh berlaku di sekolah rendah yang lain. Berdasarkan pengalaman yang diceritakan kembali oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini, tingkah laku distruptif pernah berlaku di sekolah ini di mana terdapat seorang murid yang mengganggu rakannya dengan merampas buku yang sedang ditulis oleh rakannya dan mengoyakkannya. Tindakan pelajar ini berlaku dengan pantas tanpa sempat dihalang oleh gurunya. Ini menunjukkan bahawa pelajar terbabit tidak merasa takut mengganggu rakannya walaupun adanya guru di dalam kelas terlibat. Selain itu juga, tingkah laku distruptif yang sering dilihat berlaku di sekolah ini ialah murid-murid suka berlari-lari dan bermain kejarmengejar di kawasan sekolah pada waktu rehat dan juga sekiranya guru tidak masuk mengajar ke dalam kelas. Bagi tingkah laku distruptif, guru perlu bijak dalam mengenalpasti pelajar-pelajar yang terlibat masalah ini kerana mereka lebih berminat untuk mengganggu rakan-rakan di dalam kelas berbanding menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara ciri-ciri pelajar yang terlibat dalam tingkah laku distruptif ini ialah mereka sentiasa berlegar-legar di dalam kelas tanpa tujuan. Oleh itu, guru perlulah memberikan perhatian yang lebih serius terhadap pelajar yang mengalami masalah ini bagi mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran akan terus terganggu.

Faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya tingkah laku distruptif ini ialah pelajar tidak berminat dan tidak mampu untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlansung. Oleh itu pelajar terbabit akan membuat bising, berjalan-jalan dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam bilik darjah dan ketawa dengan kuat hanya untuk mengganggu pelajarpelajar lain menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Seperti mana yang berlaku pada kes pelajar yang merampas buku rakannya, setelah ditanya berulangkali oleh guru disiplin mengapa pelajar itu menganggu rakannya, pelajar terbabit menyatakan bahawa dia bosan dan tidak memahami apa yang sedang diajar oleh guru. Jadi untuk menghilangkan kebosanannya dan untuk menari perhatian guru, dia menggannggu rakannya dengan harapan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dihentikan seketika. Jelaslah di sini bahawa kebanyakkan para pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku distruptif ini ingin belajar tetapi malangnya mereka tidak mempunyai jalan terbaik untuk menarik perhatian guru. Maka jalan terbaik yang boleh digunakan ialah mengganggu rakan-rakannya agar mencetuskan kemarahan di dalam diri guru terlibat. Secara tidak langsung, dengan cara itu juga mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara pengajaran guru di dalam bilik darjah. Selain itu juga, umum mengetahui bahawa pelajar-pelajar sekolah rendah masih lagi belum mempunyai matlamat dan objektif yang jelas mengapa mereka perlu hadir ke sekolah. Apa yang dilakukan setiap hari adalah mengikut arahan ibu bapa untuk ke sekolah. Dan yang lebih membimbangkan lagi, pelajar-pelajar yang datang ke sekolah ada yang yang hanya ingin berjumpa rakan-rakan dan bermain bersama mereka. Jadi tidak hairanlah mengapa pelajar-pelajar ini sering bermain kejar mengejar dan berlari-lari di sekitar kawasan sekolah yang mana boleh mengganggu pelajar-pelajar lain.

TINGKAH LAKU KEBIMBANGAN Tingkah laku bermasalah lain yang berlaku di sekolah rendah adalah tingkah laku kebimbangan. Manja Mohd Ludin(1990) mendefinasikan kerisauan sebagai pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang di alami oleh seseorang ketika ia merasa takut atau menghadapi ancaman dari sesuatu yang tidak dapat ditentukan dengan jelas. Oleh itu, kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Tetapi malangnya, tingkah laku kebimbangan ini sering tidak disedari oleh guru atau ibu bapa disebabkan kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman pelajar dan kurang ditonjolkan. Justeru itu, agak sukar untuk guru mengenalpasti tingkah laku bermasalah ini. Tingkah laku bermasalah ini sebenarnya boleh mengganggu proses pembesaran pelajar terbabit. Bagi seseorang yang sentiasa bimbang, mereka akan sentiasa cemas atau phobia menghadapi sesuatu cabaran. Mengikut kajian Barat, kanak-kanak yang berada dalam kebimbangan akan mendapat markah yang lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan rakannya yang normal. Masalah ini dapat dilihat apabila sekolah mengadakan ujian bulanan dan ujian tahunan. Pelajar yang mengalami masalah ini, sering berada dalam kebimbangan menyebabkan mereka menjawab soalan dengan keadaan tergesa-gesa kerana takut akan peruntukan masa yang terhad. Oleh itu, mereka akan melakukan kesilapan dalam menjawab soalan dan menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah di dalam ujian tersebut. Tingkah laku kebimbangan ini wajar dipandang serius oleh semua pihak kerana kebimbangan adalah satu fenomena yang akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dan kendiri yang negatif kerana mereka akan merasa rendah diri dengan kelemahan yang ada dalam diri mereka. Pelajar sebegini akan menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain. Jika permasalahan ini tidak dipandang dengan serius, sikap ini akan berlanjutan hingga dewasa dan seterusnya memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan mereka kelak kerana mereka tidak berkeyakinan dan takut untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan kelak. Mereka sukar untuk

berhadapan dengan orang lain kerana sentiasa mempunyai perasaan bimbang dan takut tidak diterima oleh masyarakat sekeliling. Antara sebab yang boleh menyumbang kepada timbulnya tingkah laku kebimbangan di kalangan para pelajar adalah sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu berorientasikan peperiksaan. Setiap kali ujian atau peperiksaan di sekolah, para pelajar akan menjadi tertekan dengan permintaan ibu bapa agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian dan peperiksaan. Masalah ini akan menjadi lebih membimbangkan apabila terdapat ibu bapa yang akan memarahi dan mendenda anak-anak seperti tidak boleh keluar bermain apabila mereka mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan. Jadi perasaan bimbang dan takut akan menguasai diri mereka seterusnya menyebabkan mereka gagal untuk menunjukkan potensi yang ada di dalam diri mereka. Seperti mana kes yang pernah berlaku di negara ini pada tahun 2007 di mana seorang pelajar membunuh diri kerana tidak mendapat 4A dalam UPSR, membuktikan bahawa perasaan takut, bimbang, malu dan kecewa menyebabkan pelajar ini megambil tindakan membunuh diri. Ini menunjukkan bahawa tingkah laku kebimbangan perlu dipandang serius bagi mengelakkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Harapan ibu bapa terhadap anak-anak adalah tidak salah tetapi mereka sewajarnya memahami kemampuan yang ada di dalam diri anak-anak. Sewajarnya apabila anak-anak gagal dalam sesuatu ujian, ibu bapa seharusnya memberi motivasi di dalam diri anak-anak mereka agar mereka tidak terus berputus asa kerana itu bukanlah penamat kepada kehidupan mereka. Faktor lain yang membawa kepada timbulnya tingkah laku kebimbangan di kalangan pelajar adalah konflik diri di antara kehendak diri dan kehendak orang lain dan penyesuaian diri dalam menghadapi sesuatu keadaan yang baru. Walaupun tingkah laku kebimbangan ini agak sukar untuk dikenalpasti, tetapi ini bukanlah satu alasan untuk ibu bapa, guru dan masyarakat sekeliling membiarkan sahaja permasalahan ini terus membelenggu di dalam diri para pelajar.

TINGKAH LAKU PENGASINGAN DIRI Tingkah laku bermasalah lain yang dapat dikenalpasti berlaku kepada pelajar-pelajar sekolah rendah adalah tingkah laku pengasingan diri. Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini merupakan sejenis mekanisme helah diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain dan melindungi diri dari terus dicederakan dalam bentuk emosi. Fenomena ini dapat dilihat apabila aktiviti atau sesi perbincangan diadakan di dalam atau di luar bilik darjah. Sesetengah pelajar enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila pelajar merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran tersebut.Jika diperhalusi, permasalahan ini sering dilihat berlaku pada pelajar-pelajar yang mengikuti kelas pemulihan. Pelajar-pelajar yang yang mengikuti kelas pemulihan merupakan pelajar yang lemah dalam menguasai sesuatu subjek. Oleh itu, apabila sesi perbincangan diadakan di dalam bilik darjah, mereka lebih cenderung untuk mendiamkan diri kerana tidak yakin dan bimbang akan diketawakan oleh rakan-rakan yang lain. Selain itu juga masalah ini juga sering berlaku kepada pelajar-pelajar atau individu yang mempunyai bentuk fizikal yang berbeza berbanding rakan-rakan yang lain. Apabila sesuatu aktiviti dijalankan di luar bilik darjah seperti subjek Pendidikan Jasmani, pelajar-pelajar ini lain lebih cendurung untuk memilih rakan-rakan yang mempunyai bentuk fizikal yang sama dalam melakukan aktiviti yang diarahkan. Oleh itu pelajarpelajar yang mempunyai bentuk fizikal berbeza akan disisihkan dan mereka lebih suka untuk berada bersama kelompok mereka sendiri. Apabila keadaan ini terus berlanjutan, pelajar-pelajar ini lebih selesa untuk mengasingkan diri bagi mengelakkan emosinya dicederakan. Akhirnya ianya akan memyebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin untuk berinteraksi dan seterusnya membentuk personaliti yang tidak seimbang.

Antara punca berlakunya tingkah laku pengasingan diri ini adalah berpunca daripada rakan-rakan sendiri. Untuk menjalani zaman kanak-kanak dan mengikuti masa pembelajaran yang seronok, rakan-rakan menjadi nadi utama. Ini kerana sewajarnya pada umur tujuh hingga dua belas tahun, pelajarpelajar harus mempunyai alasan yang seronok dan menarik yang boleh menyebabkan mereka berminat untuk terus hadir ke sekolah. Malangnya disebabkan penerimaan dari rakan-rakan kurang memberangsangkan, maka tingkah laku pengasingan diri ini akan wujud secara perlahan-lahan dan seterusnya mengawal segala tingkah laku pelajar terbabit. Malah yang lebih membimbangkan lagi, murid-murid lain menghina mereka dengan memberi gelaran seperti gelaran budak gemuk boleh menjatuhkan keyakinan diri mereka ke paras yang lebih rendah. Walaupun terdapat pelajar-pelajar yang hidupnya berada dalam persekitaran yang biasa dengan penghinaan, cemuh mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain, tetapi ia tetap mempunyai kesan yang merugikan apabila murid-murid ini hilang keyakinan diri dan merasa malu untuk bergaul dan belajar bersama rakan-rakan mereka yang lain. Faktor lain yang boleh menyebabkan tingkah laku pengasingan diri ini berlaku adalah tidak diberi peluang dan kepercayaan. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai tingkah laku pengasingan diri ini, mereka sangat memerlukan peluang dan kepercayaan daripada masyarakat sekeliling untuk meningkatkan keyakinan diri. Walaupun bentuk badan mereka berbeza dari rakan yang lain, mereka mungkin mempunyai bakat yang terpendam mungkin dari aspek lain. Tetapi malangnya, peluang dan kepercayaan sukar diperolehi oleh mereka. Jadi apabila tidak ada ruang dan peluang untuk menonjolkan potensi dan bakat diri, maka mereka akan lebih berminat untuk menjadi pemerhati. Secara tidak langsung kita seolah-olah menggalakkan mereka supaya terus berada dalam dunia yang dicipta oleh mereka sendiri tanpa membenarkan sesiapa melangkah dan menerokai dunia mereka.

TINGKAH LAKU PERGANTUNGAN BERLEBIHAN Tingkah laku lain yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian ialah tingkah laku pergantungan berlebihan yang menunjukkan pelajar yang tidak tidak dapat berdikari. Sebaliknya pelajar yang sebegini amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Kebiasaannya tingkah laku pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya mungkin akan berlanjutan sehingga dewasa. Pada suatu ketika, apabila orang yang diharapkan tiada, pelajar-pelajar ini akan berasa cemas, takut, tertekan, bimbang dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tingkah laku pergantungan berlebihan ini boleh di lihat berlaku di dalam bilik darjah di mana pelajar sukar untuk meyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Bukan kerana para pelajar tidak berkemampuan untuk menyiapkan tugasan tetapi mereka tidak yakin dengan jawapan yang diberikan oleh mereka. Jadi pelajar-pelajar ini bergantung kepada rakannya yang lain untuk menyiapkan tugasan tersebut. Pelajar-pelajar yang mengalami tingkah laku pergantungan berlebihan juga mudah mengikuti percakapan orang lain dan mudah untuk dipengaruhi. Ini akan menimbulkan masalah pembentukan personaliti dan kendiri pelajar khasnya apabila mudah dipengaruhi oleh orang lain. Akibatnya, tingkah laku pergantungan berlebihan ini boleh menimbulkan tingkah laku bermasalah yang lebih agresif seperti tingkah laku desruptif kerana terlalu bergantung kepada klik. Pendirian pelajar yang mempunyai tingkah laku pergantungan berlebihan ini juga kurang tegas khasnya apabila berkaitan dengan sesuatu pendapat. Ini dapat dilihat berlaku di dalam bilik darjah apabila pelajar-pelajar ini teragak-agak untuk membuat keputusan namun lebih menyebelahi klik atau pelajar lain yang diharapkan. Selain itu juga, pelajar yang mempunyai tingkah laku pergantungan berlebihan ini juga sensitif terhadap nasihat atau kritikan daripada orang lain kerana mereka akan menjadi lebih cepat marah. Jadi pelajar-pelajar ini akan lebih suka untuk menjadi pelajar yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami tekanan dan kebimbangan dan seterusnya mengganggu tumpuan mereka di dalam bilik darjah.

Faktor yang menyebabkan tingkah laku pergantungan berlebihan adalah akibat daripada penjagaan ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau terhadap anak-anak mereka. Ini kerana ibu bapa tidak memberi sepenuh kepercayaan terhadap anak-anak mereka dalam menjalankan aktiviti yang di gemari. Alasan mudah mengapa ibu bapa terlampau melindungi anak-anak adalah mereka bimbang anak-anak mereka akan tersilap memilih arah kehidupan. Tidak dinafikan ibu bapa berhak mempunyai perasaan bimbang dalam diri tetapi perlindungan melampau yang diberikan kepada anak-anak akan menghalang perkembangan potensi yang ada dalam diri pelajar terbabit. Sama ada sedar atau tidak, perlindungan melampau yang ditunjukkan oleh ibu bapa akhirnya menyebabkan pelajar mempunyai keyakinan diri yang rendah dan tidak berkemampuan untuk berdikari. Selain itu juga, faktor lain yang boleh menyebabkan tingkah laku pergantungan ini timbul di dalam diri para pelajar ialah mempuyai tahap intelektual yang rendah. Dengan kata lain, mereka sukar untuk memahami sesuatu perkara dengan cepat jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Di samping itu guru juga memainkan peranan dalam pembentukan tingkah laku pergantungan berlebihan di dalam diri pelajar. Ini kerana guru menggunakan pendekatan berpusatkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana para pelajar tidak dididik untuk berfikir dalam pembelajaran harian. KESAN TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Adakah tingkah laku bermasalah ini memberi kesan ke atas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah? Sudah tentu. Ini kerana para pelajar yang terlibat dalam tingkah laku bermasalah ini terutamanya tingkah laku distruktif sekiranya mereka melakukan kesalahan yang sama berulang kali, maka tindakan buang sekolah boleh dikenakan ke atas mereka. Secara tidak langsung, apabila tindakan buang sekolah dikenakan ke atas para pelajar, ia akan mempengaruhi corak kehidupan mereka di masa hadapan kelak. Begitu juga bagi murid-murid yang suka melakukan vandalisme, perbuatan mereka juga

boleh mengganggu suasana pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Sebagai contoh di makmal sains sekolah. Terdapat segelintir pelajar yang suka merosakkan dan menghilangkan peralatan di dalam makmal sains sekolah. Jadi guru dan para pelajar lain yang menggunakan makmal sains tersebut tidak dapat menggunakan peralatan dan kemudahan-kemudahan tersebut sepenuhnya. Oleh itu jelaslah masalah ini mengganggu proses pemindahan maklumat kepada para pelajar. Tingkah laku bermasalah destruktif juga boleh di lihat dari sudut para pelajar yang menjadi mangsa. Pelajar-pelajr yang menjadi mangsa dalam kes keganasan dan kekerasan ini, emosi mereka akan terganggu di mana para pelajar takut dan bimbang untuk pergi ke sekolah kerana takut dicederakan sekali lagi. Bagi mereka sekolah bukan lagi tempat selamat untuk mereka menimba ilmu. Di samping itu juga, tingkah laku bermasalah ini juga memberi kesan kepada pelajar lain. Perbincangan ini dilihat dari sudut kajian di sekolah inidan dari sudut tingkah laku desruptif. Sebagai makluman, di sekolah ini, waktu rehat untuk pelajar tahap satu dan tahap dua adalah berbeza. Oleh itu, ketika masa rehat untuk pelajar tahap satu, mereka akan membuat bising sehingga mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlansung di bilik darjah para pelajar tahap dua dan begitu juga sebaliknya. Secara tidak lansung, pelajar-pelajar yang berada di dalam berada di dalam bilik darjah tidak akan berminat untuk terus belajar kerana bunyi bising yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar lain. Seperti mana yang dijelaskan di dalam perbincangan di atas, murid-murid yang suka mengganggu murid-murid lain akan menjadikan suasana pembelajaran di dalam kelas tidak seronok untuk diikuti. Ini kerana guru yang mengajar perlu memberi perhatian yang lebih kepada pelajar yang suka mengganggu pelajar-pelajar lain untuk mengelakkan pelajar ini dari terus mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Maka perhatian yang sedikit diberikan kepada pelajar-pelajar yang lain. Guru juga tidak dapat

menumpukan

perhatian

dalam

pengajaran

kerana

setiap

kali

guru

membelakangkan murid untuk menulis di papan hitam, akan ada murid yang menjerit memanggil guru mendakwa di ganggu oleh rakannya yang lain. Jadi guru terpaksa berhenti seketika dari mengajar dan bagi pelajar-pelajar lain pula, mereka akan terus hilang minat untuk belajar kerana mereka akan lebih berminat untuk melihat perkara lain yang sedang berlaku di dalam kelas mereka. CADANGAN LANGKAH MENGATASI Pelbagai langkah boleh di ambil bagi mengatasi masalah tingkah laku ini. Tidak dapat dinafikan, ibu bapa adalah pihak yang paling bertanggungjawab dalam membantu para pelajar yang terlibat dalam masalah ini mengatasi masalah tingkah laku mereka. Kebiasaannya, pelajar yang terlibat dalam permasalahan ini berasal daripada keluarga yang bermasalah seperti mempunyai masalah kewangan, masalah perhubungan sesama ahi keluarga dan sebagainya. Jadi untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi di rumah, maka mereka mengambil kesempatan untuk melakukan masalah di sekolah supaya tekanan yang di hadapi dapat di kurangkan. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil untuk mewujudkan penyesuaian semula di rumah dan juga di sekolah. Ibu bapa sewajarnya meyediakan satu persekitaran fizikal yang sesuai untuk proses tumbesaran anak-anak mereka. Bagi para pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku ini, sokongan daripada ahli keluarga yang terdekat seperti ibu bapa sangatlah diperlukan. Ini kerana, anak-anak memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat. Kebanyakkan pelajar yang terlibat dengan masalah tingkah laku ini, mereka terpengaruh dengan rakanrakan di sekeliling. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mengenali dengan dekat dengan siapa anak-anak mereka berkawan. Bagi mengatasi masalah tingkah laku pengasingan diri dan pengunduran diri, ibu bapa harus memberi perhatian dan menyediakan persekitaran yang kondusif agar pelajar-pelajar yang terlibat ini tidak cenderung untuk bersikap resesif, terlalu agresif, sentiasa bimbang, gemuruh, tiada keyakinan diri supaya mereka

tidak terus jauh tertinggal dalam pencapaian akademik. Di samping itu juga, ibu bapa sewajarnya menerapkan kemahiran interpersonal dan penerapan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka agar mereka terus cemerlang dari aspek akademi, rohani dan jasmani. Teori teori ahli psikoanalitik yang menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan dalam perkembangan individu. Justeru itu, ibu bapa seharusnya lebih peka dalam zaman awal anak-anak mereka bagi memastikan perkembangan mereka tidak akan dihantui oleh pengalaman-pegalaman yang tidak memberangsangkan perkembangan minda anak-anak. Disamping itu juga, pihak sekolah harus memberi perhatian kepada muridmurid yang mempunyai masalah tingkahlaku ini. Seperti yang djelaskan di atas, banyak faktor yang meyebabkan timbulnya masalah tingkah laku ini. Justeru itu guru harus menyelidiki punca kewujudan tingkah laku bermasalah murid-murid yang akan dibimbing oleh guru. Melalui pengetahuan terhadap punca akan memudahkan guru mendekati murid tersebut dan seterusnya membantu murid untuk mengatasi masalah tingkah laku ini. Oleh itu, pendekatan sistem mentor adalah pendekatan paling sesuai bagi guru untuk mendekati pelajar bagi menyelidiki punca dan membantu pelajar mengatasi tingkahlaku bermasalah tersebut. Umum mengetahui, sistem mentor telah lama dipraktikkan di sekolah tetapi ia tidak begitu berkesan kerana guru dan pelajar tidak memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan sistem ini. Terdapat dua perkara utama dalam sistem mentor yang perlu ditekankan bagi memastikan kelancaran sistem ini di sekolah iaitu interaksi antara guru dan pelajar. Interaksi ini melibatkan tindakan-tindakan membimbing, menyokong, memberi nasihat dan menjalankan kaunseling. Oleh itu guru yang dipilih untuk menjayakan sistem mentor ini sewajarnya seseorang yang lebih tua, berpengalaman serta berkelayakan untuk membantu pelajar yang lebih muda dan kurang pengalaman. Oleh itu di peringkat sekolah, sistem mentor adalah sistem di mana guru berperanan dan membantu membimbing pelajar, memberi sokongan serta galakan dalam usaha untuk memupuk pelajar terbabit bukan sahaja cemerlang dari segi akademi

malah peribadi. Walau bagaimanapun, sistem mentor ini tidak akan berjaya sekiranya tidak ada perhatian serius dalam memastikan keberkesanannya. Pihak pentadbiran sekolah terutamanya guru besar adalah pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perlaksanaan sistem mentor ini mencapai matlamatnya. Sebagai contoh, pihak pentadbiran sekolah boleh menganjurkan aktiviti seperti perjumpaan mingguan untuk guru dan pelajar yang terlibat dalam sistem mentor ini bagi merapatkan hubungan di antara guru dan pelajar. Perjumpaan mingguan ini penting dalam menanam kepercayaan pelajar yang terlibat dalam masalah tingkah laku ini kerana mereka mempunyai tempat untuk berkongsi masalah dan meminta nasihat untuk mengatasi masalah tersebut. Guru pula harus bertindak sewajarnya agar pelajar-pelajar terlibat tidak hilang kepercayaan atau menganggap sistem mentor ini sekadar membuang masa mereka. Oleh itu kerjasama semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan sistem mentor ini dapat dilaksanakan dengan jayanya seterusnya mengurangkan masalah tingkah laku di kalangan pelajar. Penyelesaian lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini juga boleh di buat melalui strategi dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menarik minat para pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah ini khususnya tingkah laku desruptif, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku pengasingan diri dan tingkah lagu pergantungan berlebihan untuk terus belajar, guru perlu lebih bijak dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di antara pendekatan yang boleh digunakan adalah menggunakan pelbagai jenis teknik mengajar seperti menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai bagi menarik perhatian para pelajar. Alat bantu mengajar yang boleh digunakan adalah seperti menggunakan muzik. Di samping itu juga, guru perlu bijak mengenalpasti kebolehan yang ada di dalam diri para pelajar kerana di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar boleh memahami sesuatu topik yang diajar dengan cepat. Terdapat juga pelajar yang sedikit lemah berbanding dengan rakannya yang lain. Oleh itu, guru perlu memberi tugasan kepada para pelajar berdasarkan kemampuan pelajar terbabit.

Untuk meningkatkan kerjasama dan jalinan persahabatan di antara pelajar di dalam kelas, guru juga perlu sentiasa mengadakan aktiviti berkumpulan supaya para pelajar yang pendiam dan agak pasif di dalam kelas boleh meningkatkan pergaulan mereka dengan rakan-rakan sekelas yang lain tanpa ada rasa malu dan takut. Walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini tidak akan dapat dijayakan dengan berkesan tanpa pengawasan guru. Pengawasan daripada guru amatlah diperlukan bagi memastikan pelajar yang aktif tidak terlalu mendominasi perbincangan manakala pelajar yang pasif hanya sekadar mejadi pemerhati. Tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah ini hanya akan dapat diatasi sekiranya wujud kerjasama antara guru dan para pelajar. Selain sistem mentor dan peranan ibu bapa, cara lain yang boleh di gunakan untuk membantu para pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku ini ialah mempertingkatkan jalinan kerjasama antara guru dan ibu bapa. Umum menyedari bahawa kebanyakkan ibu bapa menyerahkan tugas sepenuhnya kepada guru dalam mendidik anak-anak mereka. Oleh itu, mereka mengharapkan agar guru dapat membentuk anak-anak mereka dalam menjadi individu yang cemerlang dari segi akademi. Harapan tersebut tidak salah tetapi dengan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru dalam mendidik anak-anak mereka adalah tidak wajar. Penggantungan sepenuhnya kepada guru dalam memastikan anak-anak mereka menjadi individu yang cemerlang dari segi akademi, rohani dan jasmani adah tidak seharusnya berlaku. Ibu bapa sewajarnya bekerjasama dengan guru dalam memastikan perkembangan yang positif berlaku kepada anak-anak mereka. Salah satu cara untuk meningkatkan jalinan kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PIBG adalah medium yang sesuai untuk guru dan ibu bapa membincangkan masalah yang di hadapi oleh anak-anak mereka. Tetapi situasi yang berlaku sekarang adalah berbeza. Ibu bapa tidak memberikan kerjasama sepenuhnya di atas segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak PIBG seperti Hari PIBG dan sebagainya. Sedar atau tidak, disebabkan tidak ada kerjasama dan kepercayaan yang kukuh diantara ibu bapa dan guru, tingkah laku bermasalah

ini tidak dapat di atasi. Maka tidak hairanlah sekiranya pihak ibu bapa akan menyalahkan guru sekiranya mengetahui anak-anak mereka terlibat dalam permasalahan ini. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa anak-anak mereka menimbulkan masalah di sekolah kerana anak-anak mereka menunjukkan sikap yang berbeza sewaktu berada bersama mereka. Oleh itu cara yang paling wajar digunakan untuk mengetahui perkembangan yang berlaku kepada anak-anak mereka di sekolah adalah melalui guru. Ibu bapa boleh sentiasa berhubungan dengan guru untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang di adakan oleh pihak sekolah dalam membantu anak-anak mereka mengatasi masalah tingkah laku ini. Kerjasama guru juga diperlukan dalam menyalurkan maklumat yang betul kepada ibu bapa mengenai tingkah laku anak-anak mereka. Justeru itu adalah penting untuk ibu bapa dan guru bekerjasama dalam membantu anak-anak dan pelajar mereka mengatasi masalah tingkah laku ini. KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap tingkahlaku bermasalah yang berlaku pasti ada sebabnya yang tersendiri. Oleh itu, guru dan ibubapa haruslah bekerjasama dalam hal ini. Ibubapa haruslah mengambil tahu hal anal-anak mereka dan tidak terus menyalahkan guru dalam sesuatu masalahnya. Sebaliknya,berbincang dengan guru untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Manakala guru pula haruslah mengambil langkah terbaik dalam mendidik anak-anak murid serta menyelesaikan masalah tersebut. Jika kedua-duanya memainkan peranan masing-masing, nescaya masalah-masalah yang berlaku dapat dikurangkan dari masa ke semasa.