Anda di halaman 1dari 4

Taat kepada Allah Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalankan kegiatan dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan Mempunyai

cita-cita, visi dan misi yang jelas Mahir dengan strategi dan teknik pembelajaran berkesan dan sentiasa tekun belajar Mahir dengan strategi dan teknik menghadapi peperiksaan Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka Menghormati dan menyayangi guru dan tidak malu bertanya dan berinteraksi dengan semua guru Suka dan minat pada setiap mata pelajaran yang di pelajari Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif dan komited pada pelajaran Bersedia membantu rakan yang memerlukan bantuan atau pertolongan Memiliki imej kendiri yang positif Memberi ganjaran dan pengiktirafan pada diri sendiri Menjalankan kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan badan dan kesejahteraan mental Sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepada Allah. Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengelakkan bahan-bahan makanan atau sebarang anasir yang dapat melemahkan daya pemikiran dan ingatan

PEMAKANAN YANG MENINGKATKAN KECERGASAN MINDA


1. Madu (2 sudu teh pada waktu pagi dan malam) 2. Kismis (Jangan dikunyah sebaliknya di kemam) 3. Susu Segar (sekurang-kurangnya 1 gelas sebelah pagi atau malam) 4. Telur (terutama telur kuning) 5. Halia (dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi) mujarab untuk kelupaan 6. Limau oren 7. Buah delima 8. Daging burung merpati 9. Daging ayam betina dara 10. Daging biri-biri 11. Kekacang 12. Zafaran(sejenis bahan berambu merah) di makan sedikit sahaja 13. Bunga kobis 14. Bunga cengkih 15. Labu 16. Minyak sapi 17. sayuran dan buah segar

MAKANAN YANG TIDAK DIGALAKKAN


1. 2. 3. 4. 5. Minuman berkarbonat Buah-buahan masam seperti epal hijau, mangga muda Jeruk Makanan ringan Makanan yang telah dicemari semut

PANDUAN MERANCANG JADUAL WAKTU Membahagikan masa berdasarkan aktiviti 1. Semua aktiviti anda dapat dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu belajar, menguruskan diri dan tidur. Anda mempunyai 24 jam dalam sehari semalam dan masa itu dapat dibahagikan kepada: Belajar = 8 jam Menguruskan diri = 8 jam Tidur = 8 jam Jumlah = 24 jam Waktu Belajar 1. Paling minimum adalah 8 jam. Jumlah waktu belajar peling sesuai adalah antara 8 11 jam sehari. Waktu belajar termasuklah waktu belajar di sekolah sebanyak 7 jam (7.30 2.30 petang). Masa selebihnya digunakan untuk belajar di rumah ataupun asrama. 2. Waktu belajar paling berkesan adalah pada waktu pagi (waktu perdana). Oleh itu, waktu perdana adalah waktu pembelajaran di sekolah (Isnin Jumaat). Waktuwaktu lain adalah antara pukul 4.00 5.00 petang dan 8.00 10.00 malam adalah waktu belajar secara bersendirian ataupun berkumpulan. 3. Waktu belajar di rumah ataupun asrama jangan disusun terlalu padat. Sebaikbaiknya gunakan satu jam atau kurang bagi setiap sesi aktiviti menelaah kecuali aktiviti membaca ataupun mencatat nota. 4. Selepas setiap sesi belajar, beri ganjaran ada diri sendiri seperti berehat, bersiarsiar mengambil udara bersih, melakukan senaman ringan (5 -10 minit) ataupun melakukan apa-apa sahaja aktiviti yang tidak membebankan minda anda sebelum memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran yang baru. Pelajar dinasihatkan meninggalkan meja belajar sepanjang waktu rehat atau senggang yang singkat itu. 5. Apabila waktu belajar bersendirian pada sebelah petang digunakan bagi aktiviti kokurikulum, maka waktu yang diambil perlu digantikan pada hari Sabtu, Ahad ataupun cuti umum. 6. Elakkan belajar sehingga larut malam kerana perbuatan begitu dapat mengganggu waktu tidur anda. Apabila tidur tidak mencukupi, kesihatan terganggu, badan dan minda menjadi letih, konsentrasi menurun dan menyebabkan anda mengantuk

walaupun anda belajar pada waktu perdana. Apabila mengantuk, proses pembelajaran anda masuk angin keluar asap.

Anda mungkin juga menyukai