Anda di halaman 1dari 8

SOALAN 1: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua

1.0 Pengenalan

Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang penting di dalam sesuatu masyarakat. Di negara kita, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Seharusnya segenap lapisan masyarakat perlu menguasai bahasa ini sebaik mungkin. Walau bagaimanapun, kita juga tidak dapat menafikan bahawa masyarakat di negara ini adalah terdiri daripada berbilang bangsa dan sudah tentunya mempunyai bahasa ibunda masing-masing.

Jesteru itu, kebanyakan pelajar yang bukan berbangsa Melayu mempunyai masalah untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa Kedua. Mereka sudah tentunya menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa pertama kerana bahasa pertama diperolehi secara perlahan dan berterusan semenjak mereka kecil lagi. Manakala untuk menguasai bahasa melayu pula, mereka terpaksa mempelajarinya secara formal di sekolah.

1.1 Pengertian Bahasa Kedua

Bahasa Kedua menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) adalah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu. Penguasaan bahasa pertama biasanya berlaku secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) lagi : Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.

Manakala bahasa kedua mesti dipelajari secara formal dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Ia juga memerlukan dorongan (rangsangan) dan perlu bersikap positif. Bagi pelajar Melayu, mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mungkin tidak mendatangkan banyak masalah. Berbeza pula dengan bukan penutur jati seperti kaum lain seperti kaum Cina, India dan sebagainya. Mereka perlu melalui rancangan-rancangan dan

aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Menghuraikan masalah pembelajaran bahasa kedua, Abdullah Hassan (1980) menjelaskan : Mungkin salah satu masalah yang besar ialah bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas.

Adalah jelas bahawa mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari perlakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibunda sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan bahasa ibunda pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka.

2.0 Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar sekolah yang terdiri daripada bukan Melayu. Kajian ini juga dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua oleh responden yang bukan penutur jati. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat mengenalpasti masalah-masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Melayu. Aspek yang dikaji adalah dari segi, penulisan, bacaan dan juga lisan. Responden yang dipilih adalah pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan.

2.1 Latar belakang Responden

Hanya seorang responden sahaja yang dipilih untuk menjayakan kajian ini. Responden yang terlibat adalah seorang pelajar perempuan yang bernama Ewe Chan Yee yang merupakan pelajar tahun empat di Sekolah Rendah (Jenis) Kebangsaan Cina Phooi Wah, . Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga. Responden menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pertama. Dalam kajian ini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kedua oleh responden. Biodata responden dilampirkan (Lampiran 1).

2.2 Kaedah Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui pemerhatian, tinjauan dan kajian kes.

2.2.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dilakukan untuk melihat keadaan persekitaran responden. Pemerhatian dilakukan di sekolah dan di kediaman responden untuk melihat sejauh mana pergaulan responden dengan rakan sekolah dan masyarakat setempat. Ia juga perlu untuk melihat sejauh mana responden menggunakan bahasa keduanya dalam pergaulan seharian.

Melalui pemerhatian di sekolah, didapati responden lebih banyak bergaul dengan rakan sebangsanya. Terdapat 3 orang murid Cina sahaja daripada 18 orang murid. Selebihnya adalah berbangsa Siam dan Melayu. Pergaulan responden agak terhad dengan rakan daripada kaum lain.

Pemerhatian yang dilakukan di luar sekolah pula mendapati pergaulan responden dihadkan oleh kedua ibu bapanya. Ini kerana beliau merupakan anak tunggal. Jadi responden lebih banyak berkomunikasi dalam lingkungan keluarga sahaja.

2.2.2 Tinjauan

Tinjauan dilakukan dalam kajian ini untuk melihat sejauh mana penguasaan responden dalam pertuturan dan penulisan bahasa Melayu. Kaedah yang digunakan adalah melalui temubual bersama responden dan dengan melihat buku latihan bahasa Melayu responden (Lihat Lampiran 2).

Selain itu, responden juga diminta membaca sebuah petikan (Lampiran 3). Penguji akan bertanya soalan berkaitan dengan petikan. Semasa responden membaca petikan, penguji akan mencatat kesalahan sebutan, intonasi dan sebagainya untuk melihat di mana kelemahan responden. Soalan di kemukakan untuk memastikan responden memahami apa yang dibaca atau sebaliknya. Ia penting kerana sekiranya responden menghadapi masalah dalam pemahaman ia akan memberi kesan dalam pembelajaran bahasa Melayunya.

Tinjauan ini perlu dilakukan untuk melihat masalah berbahasa sama ada secara lisan atau pun dalam bentuk penulisan.

2.2.3 Soal Selidik

Kaedah seterusnya adalah melalui soal selidik (lihat lampiran 4). Soal selidik ini melibatkan guru bahasa Melayu yang mengajar responden, responden itu sendiri dan juga ibu bapa responden. Soal selidik ini perlu untuk mengesan masalah dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan responden sukar menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

3.0 Dapatan Kajian

Daripada kajian yang dijalankan, beberapa masalah telah dapat dikenal pasti. Dia antaranya adalah seperti berikut: a) Kelemahan daripada aspek Fonologi dan Struktur ayat b) Kelemahan daripada aspek penulisan c) Kurang keyakinan diri d) Kurang pendedahan (pergaulan) dan bahan rujukan dalam bahasa Melayu

3.1 Kelemahan daripada aspek fonologi dan struktur ayat. Kelemahan dari aspek fonologi yang dikenal pasti adalh dari segi sebutan perkataan dan juga binaan struktur ayat.

3.1.1 Sebutan perkataan. Semasa responden membaca petikan yang diberi, penguji telah mencatat kesalahan sebutan yang dilakukannya. Lihat jadual di bawah. Bil. 1. Perkataan Merupakan, negara, Sebutan oleh responden kira, Melupakan, negala, kila, Catatan r menjadi l

seseorang, cerdik, diri 2. 3. 4. Banyak Terdapat Besar

seseolang, celedik, dili Manyak Telapat Busat b menjadi m r dan d menjadi l e menjadi u, r menjadi t

Daripada jadual di atas, menunjukkan responden mempunyai kelemahan yang amat ketara dalam sebutan yang melibatkan beberapa huruf terutamanya huruf r. Responden boleh membaca petikan dengan lancar tetapi mempunyai masalah dalam sebutan dan intonasi.

3.1.2 Struktur ayat Semasa penguji menyoal responden berkaitan dengan petikan. Responden dapat mencari maklumat, tetapi mempunyai masalah untuk menyusun kata menjadi ayat yang betul. Lihat contoh di bawah.

Soalan guru : Mengapakah gajah tidak boleh ditangkap atau dibunuh sesuka hati? Jawapan responden : Gajah tidak boleh ditangkap sesuka hati atau di bunuh kerana kerajaan melindungi. Jawapan yang tepat: Gajah tidak boleh ditangkap atau dibunuh sesuka hati kerana ia adalah hidupan liar yang dilindungi oleh kerajaan.

Ini menunjukkan responden memahami petikan tetapi menghadapi kesukaran untuk menyusun perkataan yang sesuai dan tepat.

3.2 Aspek penulisan

3.2.1 Tatabahasa tanda baca Daripada kajian yang dibuat melalui pemerhatian buku tulis responden, didapati responden mempunyai masalah dalam tatabahasa iaitu tanda bacaan. Responden melakukan kesalahan yang sama dalam aspek penggunaan huruf besar ( rujuk lampiran). Responden tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan juga kata nama khas.

3.2.2 Ejaan Responden juga mempunyai kelemahan dalam latihan ejaan (rujuk lampiran). Responden dipengaruhi oleh sebutannya dan mengeja mengikut sebutan tersebut. Contoh perkataan yang dieja salah dan mengikut sebutannya sendiri ialah teksi dieja menjadi takci.

3.3 Keyakinan diri / motivasi Melalui perbualan dan soal selidik bersama guru, ibu bapa dan responden, didapati responden kurang selesa menggunakan bahasa Melayu dan lebih gemar berbahasa ibunda. Responden

juga dilihat kurang yakin untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mempunyai motivasi untuk berusaha lebih gigih bagi menguasai bahasa Melayu. Responden berasa malu untuk menjawab soalan yang ditanya dan lebih banyak berdiam diri, gagap dan menundukkan kepala.

3.4 Kurang pendedahan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan menunjukkan responden tidak diberi pendedahan yang sepatutnya terhadap penggunaan bahasa Melayu. Melalui maklumat yang diberi oleh keluarganya, responden jarang menonton rancangan berbahasa Melayu. Begitu juga dengan siaran radio dan alat audio visual yang lain. Bahan bacaan seperti majalah, komik dan akhbar juga kebanyakannya adalah dalam bahasa Cina. Selain itu, komunikasi dalam keluarga juga

adalah dalam bahasa ibundanya semenjak kecil. Walaupun keluarga ini dikelilingi oleh masyarakat Melayu, responden jarang berkomunikasi dengan mereka kerana pergaulannya dijaga oleh keluarganya. Ini mungkin disebabkan beliau satu-satunya anak dalam keluarga tersebut.

Responden hanya bergaul dengan masyarakat Melayu di sekolah semata-mata. Disebabkan sekolah tersebut adalah sekolah jenis kebangsaan Cina, bahan-bahan dalam bahasa Melayu tidak sebanyak seperti yang terdapat di sekolah kebangsaan. Malah pusat sumbernya juga agak kecil, bersesuaian dengan sekolah tersebut yang mempunyai 18 orang murid sahaja.

4. Cadangan Mengatasi Masalah Melalui kajian yang telah dilakukan, masalah besar yang dihadapi sebenarnya adalah bahasa Melayu yang diajar di sekolah-sekolah bersifat amat formal dan kurang penggunaannya berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian. Selalunya bahasa Melayu yang diajar adalah berbentuk bahasa persuratan dan tidak digunakan dalam perbualan harian. Bahasa pertama boleh dikuasai melalui proses tidak formal. Manakala bahasa kedua pula mesti diperolehi melalui pembelajaran. Jadi mahu atau tidak, untuk memudahkan pelajar memahami dan menguasai bahasa Melayu dengan baik beberapa langkah atau strategi yang sesuai perlu dirancang antaranya adalah melalui latih tubi, dorongan dan motivasi dan masa.

4.1 Penguasaan kemahiran bahasa Pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Kemahiran bahasa boleh diperolehi dengan latihan-

latihan peneguhan untuk membentuk tabiat bahasa. Contohnya, kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang bahasa daripada penutur lain. Dalam kajian yang melibatkan responden tadi, responden sepatutnya perlu diberi peluang untuk bergaul dengan lebih luas dengan masyarakat Melayu yang terdapat disekelilingnya oleh keluarganya. Selain itu, keluarganya juga perlu mengubah tabiat daripada menggunakan bahasa ibunda untuk berkomunikasi kepada bahasa Melayu dengan responden.

4.2 Penguasaan Aspek Bahasa Pengajaran bahasa kedua mesti didahului dengan kemahiran lisan barulah diikuti dengan penulisan. Aktiviti pengajaran seharusnya bermula daripada kemahiran mendengar diikuti kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan ahhir sekali barulah kemahiran menulis. Pelajar perlu diajar menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Setelah itu barulah meminta pelajar tersebut menulis semula perkataan. Ia boleh dilakukan secara berulang contohnya bagi responden yang mempunyai masalah dengan ejaan yang berkaitan dengan huruf r. Ia perlu mengatasi masalah tersebut terlebih dahulu.

4.3 Penguasaan bahasa Penguasaan bahasa termasuklah penggunaan tanda baca, ejaan dan tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan tersebut. Pelajar perlu diberi latihan dan latih tubi pemakaian makna dan perkataan yang betul. Pembelajaran kontekstual boleh digunakan supaya murid lebih faham dan dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan agama, adat, adab dan budaya hidupnya. Ia lebih berkesan dalam memberikan makna bagi sesuatu perkataan baru yang dipelajarinya. Pelajar juga diajar dan digalakkan menggunakan kamus Dewan bagi membolehkan ia lebih memahami perkataan yang dipelajarinya.

4.4 Motivasi/Dorongan Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di kalangan pelajar bukan Melayu memerlukan motivasi diri yang tinggi. Selain itu, masyarakat sekeliling juga perlu memberikan dorongan dan galakan kepada mereka. Mereka juga perlu diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka berbahasa melalui aktiviti-aktiviti terancang. Contohnya melalui aktiviti minggu bahasa. Mereka perlu diberi galakan walaupun kejayaan mereka tidak seberapa. Mereka juga perlu diransang untuk melibatkan diri secara lebih aktif dalam aktiviti yang melibatkan bahasa Melayu.

5.0 Penutup/ Rumusan Rumusan yang boleh dibuat daripada kajian yang dijalankan ialah semua individu berpeluang mempelajari bahasa kedua tanpa mengira bahasa apa yang ingin dipelajari. Kerana bahasa kedua diperolehi melalui proses pembelajaran. Ini kerana bahasa pertama dapat dikuasai melalui pengalaman dan pergaulan semenjak kecil.

Dalam konteks bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, ia dapat dipelajari dengan mudah dengan adanya pelbagai bantuan serta strategi yang teratur. Guru memainkan peranan penting dalam membantu pelajar-pelajar ini mempelajari bahasa Melayu dengan mudah dan berkesan. Peranan keluarga, rakan dan masyarakat juga tidak kurang pentingnya dalam membantu pelajar-pelajar ini menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

Anda mungkin juga menyukai