Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang amat mencabar ini. Tugasan yang di beri ini membolehkan saya mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan permainan hoki yang menjadi kegilaan setiap orang dewasa ini Selama ini , saya hanya mengetahui permainan hoki melalui pengetahuan dari bacaan dan berita sahaja . Namun setelah tugasan ini selesai , saya dapat melihat dengan lebih jauh dan jelas bagaimanakah permainan hoki ini semakin begitu popular di kalangan manusia di dunia ini . Kalau dilihat daripada kaca mata kasar , permainan hoki adalah satu permainan yang amat kasar dan merbahaya ini disebabkan oleh penggunaan kayu dan bola yang amat keras. Namun sekiranya kemahiran-kemahiran asas dapat dikuasai sudah pasti seseorang itu akan berminat terhadap pemainan ini Di sini saya merakam jutaan terima kasih di atas Tn. Haji faizal yang telah membimbing saya di dalam menyiapkan tugasan ini walau secara on atau off class , maklumlah kerana saya sibuk di sekolah dengan pelbagai aktiviti yang perlu disiapkan . Mudah-mudahan jasa beliau mendapat rahmat Illahi. Tidak lupa juga bagi keluarga saya terutama isteri dan anak-anak yang tersayang yang sering menemani saya di waktu susah dan senang walaupun terpaksa mengorbankan kegembiraan mereka semasa cuti sekolah kerana membenarkan saya mengikuti program PGSR ini. Segala jasa baik yang diberi , saya tidak akan lupa dan mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk terus belajar bagi mencapai kejayaan di dalam program PGSR ini. Sekian , terima kasih .