Anda di halaman 1dari 50

Kandungan

Info JKE Lawatan Muhibbah Ke JKE Hari Keluarga JKE 2011 Hari Inovasi JKE Sesi DISEMBER 2010 Penyelidikan TCEN 2011 Inovasi Jalinan Kerjasama: Kolaborasi Bersama Teknologi Pembuatan Malaysia Projek TAG ID dan EASY INVENTORY Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2011 Politeknik Malaysia Kursus Persediaan Asas Pertandingan Robot FIRA Kualiti Surveillance Audit MS ISO 9001:2008 MQA Taklimat MQA JKE Kursus Pembinaan Rubrik & Penyediaan Rancangan Mengajar Bengkel Pemurnian Kurikulum Semester 1 & 2 Pelajar Seminar Meneroka Potensi Graduan Kejuruteraan Elektrik Konvensyen Six-Sigma 2011 Project:Networking Bagi Program DKE 6 & DTK 6 Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan Kursus Menyelenggara Penyaman Udara Komersial Kursus The Computing Technology Industry Association (COMTIA A+) Taklimat Latihan Industri (LI) Bengkel Arduino Keusahawanan UPIK JKE Berjaya Menubuhkan Syarikat Inkubator di bawah SSM Program Pemantapan Siswa Bestari 5S Majlis Penutup Karnival Seni Grafik Multimedia 2011 Kursus Standard of Procedure (SOP) Gotong Royong 5S CIDOS Panduan Penggunaan CIDOS Bagi Pensyarah JKE Rencana Memulakan Langkah Ergonomik Membudayakan P&P Berasaskan Hasil (OBE) di Kalangan Pensyarah Malaysia and Implication of Greenhouse Gases Mission Radio Amatur dan Komunikasi Kesan Kebocoran Nuklear Bluetooth Ulasan Buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik Menyusu Si Permata Hati Men Are From Mars, Woman Are From Venus Hidup Tenang Walaupun Berhutang Tazkirah Kehebatan Berzikir BizNIAGA

1 3 4 6 7 8 9 10 11 12 13

14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24-25 26 27 28 29 30 31-32 33 34-36 37 38-40 41-42 43 44-46

Bismillahirahmanirrahim. Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum dan Salam Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia Satu Malaysia

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT
SARIATI DALIB

KETUA EDITOR
NORSAADAH SAPON

PEN. EDITOR
ZID ABRAR AKBAR

PENERBITAN
ZAIN RETAS

GRAFIK & FOTO


MOHD FAUZI HASSAN

Setinggi-tinggi kesyukuran Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi dengan izin-Nya, kepada Ilahi dengan izin-Nya, buat julung kalinya Jabatan buat julung kalinya Jabatan Kejuruteraan Elektrik Kejuruteraan Elektrik menerbitkan Buletin JKE menerbitkan Buletin JKE JANUARI JUN 2011 JANUARI JULAI 2011 EDISI I. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pn. Sariati binti Dalib kerana memberi kepercayaan kepada saya menerajui dan memimpin Unit Penerbitan Buletin ini. Terima kasih juga kepada semua Ketua Program, Ketua-ketua Portfolio / Unit / Aktiviti, rakanrakan dan semua warga kerja JKE kerana sokongan dan kerjasama yang kalian berikan. Tanpa sokongan dan dokongan kalian, pasti perjalanan dan usaha ini menjadi sangat sukar dan mustahil direalisasikan. Bagi JKE, tempoh 6 bulan pertama 2011 iaitu dari bulan Januari hingga Jun 2011 ini amat bermakna kerana pelbagai peristiwa penting telah dilalui. Aktiviti yang telah dirangka dan dijalankan sepanjang tempoh ini jelas menunjukkan JKE terus komited untuk menjadi agen perubahan di dalam memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran supaya memenuhi kehendak dan ekspektasi semasa. Semangat inilah yang telah diketengahkan di dalam buletin kita kali ini Leading Change, Making the Difference. Bersama-samalah kita bersatu dan bekerjasama demi untuk menjadikan JKE sebagai satu Jabatan yang boleh dibanggakan oleh semua. Akhir kata semoga bersua lagi dikeluaran akan datang.

PUBLISITI & PROMOSI


HASNIZAH GENO NABILAH MAZALAN

Ucapan Aluan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, Buletin JKE edisi pertama berjaya diterbitkan. Pemaktuban warkah berupa buletin rasmi ini merakamkan aktiviti-aktiviti penting JKE sepanjang Januari sehingga Jun 2011. Selain itu ia juga menjadi medan bahan perkongsian ilmu dimana artikel berbentuk ilmiah turut dimuatkan dengan harapan ia dapat mencambah serta menjana potensi di kalangan warga JKE dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kerjasama dan semangat sebagai satu pasukan merupakan tunjang kejayaan dalam Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Asas penghasilan buletin ini adalah hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh semua warga JKE dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh setiap individu, kumpulan dan unit. Akhir sekali, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan buletin ini. Semoga kerjasama dan sumbangan yang diberikan sentiasa berterusan dan dapat dipertingkatkan.

Salam hormat,

SARIATI BINTI DALIB

Info JKE
LAWATAN MUHIBBAH KE JKE Oleh: Norsaadah binti Sapon Pada bulan Januari JKE telah menerima dua lawatan lawatan muhibbah iaitu pertama lawatan balas Delegasi Negara China, Nanjing iaitu pada Selasa 25 Januari 2011, dan kedua adalah Politeknik Dungun (PSMZA) pula diadakan pada hari Jumaat iaitu 28 Januari 2011, jam 9.00 pagi. Pihak PSMZA telah pun memilih JKE sebagai "benchmark" 5S mereka. Lawatan dijalankan dengan diiringi Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik ke sekitar kawasan JKE antaranya bilik pensyarah, bilik kuliah, makmal, bengkel dan juga kawasan umum. Mereka amat kagum dengan keceriaan dan kebersihan yang diamalkan oleh JKE Politeknik Merlimau ini. Lawatan ini dikunjungi 30 orang warga JKE PSMZA. Terima kasih diucapkan dari warga JKE.

ms1

Info JKE

Pada tanggal 23 Mac 2011, JKE telah dikunjungi oleh PERHEBAT. Lawatan ini menunjukkan prestasi yang baik PMM dari kaca mata pihak luar dalam menjalankan amalan 5S. JKE juga mendapat tempiasnya, di mana PERHEBAT membuat lawatan ke JKE khususnya bilik kuliah JKE.

Pada 08 April 2011, PTSB juga telah mengadakan lawatan "benchmark" 5S di JKE, lawatan dibuat ke bilik pensyarah JKE, makmal dan bengkel, bilik kuliah dan kawasan persekitaran JKE.

ms2

Info JKE

HARI KELUARGA JKE 2011 Oleh: Zid Abrar Akbar Jabatan Kejuruteraan Elektrik sekali lagi menganjurkan hari keluarga pada 12 Februari 2011 bertempat di A Famosa Water World Melaka dengan peserta seramai 70 orang. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah berjaya diadakan seperti Coconut Bowling, Fire Man Race, Dicey, Gunny Sack Race, Hat & Straw. Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kakitangan di samping beriadah bersama keluarga. Sekalung tahniah kepada pengarah dan urusetia serta pengurusan kerana berjaya menganjurkan program dengan baik. Semoga berjumpa lagi tahun depan.

ms3

Info JKE
HARI INOVASI JKE SESI DIS 2010 Oleh: Norbi Baharin Pemenang Keseluruhan: Tajuk - Wireless Security Robot Nama Pelajar 1. Mohd Azim Bin Hamdan 2. Ida Fairuz Binti Wahid Nama Penyelia-En. Thavakumar A/L Devanayagam

SIJIL KEJURUTERAAN ELEKTRIK (SKE)

No 1 2 3

Nama Pelajar 1. Phuan Kian Soon 2. Mohammad Hafizuddin bin Mad Lasi 1. Mohd Azwan Bin Hassan 2. Syadilla Binti Ya`Akob 1. Razif Bin Dol Manap 2. Fazmi Bin Othman

No.Matrik 14SKE09F1015 14SKE09F1028 14SKE09F1037 14SKE09F1016 14SKE09F1004 14SKE09F1021

Tajuk Smart Attendance Board Pengesan Penggera Keselamatan Smart Drain Water Detector

Penyelia Pn. Maizun Binti Jamil En. Yusuf Bin Ismail Pn. Maizun Binti Jamil

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN KOMPUTER (DTK)

No 1 2

Nama Pelajar 1. Mohd Azim Bin Hamdan 2. Ida Fairuz Binti Wahid 1. Norhafizie Bin Sunarde 2. Muhammad Azizi Bin Masrom 1. Muhammad Helmi Bin Abd Halim 2. Siti Noor Ain Bt Zainuddin

No.Matrik 14DTK08F1029 14DTK08F1004 14DTK08F1037 14DTK08F1015 14DTK08F1024 14DTK08F1034

Tajuk Wireless Security Robot Control Fan And Lamp Using Wireless Solar And Wind Turbine

Penyelia En. Thavakumar A/L Devanayagam En. Zid Abrar Bin Akbar Puan Nurul Najwa Bt Md Yusof

ms4

Info JKE

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (DKE)

No 1 2 3

Nama Pelajar 1. Mohamad Nor Azam Bin Ismail 2. Muhamad Noor Suffian Bin Ismail 1. Mohd Shafiq Bin Abdullah 2. Mohd Riduan Bin Harun 1. Muhamad Ghazali Bin Rosdi 2. Muhamad Fede Bin Ahmad

No.Matrik 14DKE08F1005 14DKE08F1007 14DKE09S2003 14DKE09S2006 14DKE08F1107 14DKE08F1095

Tajuk Safety Belt (Safety For Car) Auto Reset Panel System Car Anti Theft Wireless Alarm

Penyelia Pn. Azlilawati Binti Abu Bakar En.Ridzuan Aris En. Muhammad Zamri Bin Muhammad

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK (DET)

No 1 2 3

Nama Pelajar 1. Nur Balqis Binti Abdul Aziz 2. Muhammad Ridzuan B Hashim 1. Ahmad Nur Azzrai Bin Sa`Adon 2. Muhammad Helmi Bin Baharon 1. Nur Rizan Binti Khaidir 2. Fasihah Binti Anour

No.Matrik 14DET08F1019 14DET08F1003 14PET10F1008 14DET08F1058 14DET08F1072 14DET08F1048

Tajuk Smart Toilet Smart Monitoring Panel Inno Tech Parking

Penyelia En. Mohd Jamhari Ismail B, Md Tokit En. Noranazizi Bin Abdullah Cik Kamaliah Hanim Bt. Samhudi Kamal

ms5

Penyelidikan

TCEN 2011 Oleh: Aspalilla Main 21 Mei 2011: Politeknik Premier Johor Bahru (PJB) bersama Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia (PTVM) telah menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Kerjaya (TCEN 2011) dengan jayanya bertempat di Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor Bahru. Tema persidangan tersebut adalah Pendidikan Teknikal Dan Kerjaya Pemacu Pembangunan NegaraObjektif persidangan ini diadakan adalah untuk menghayati perkhidmatan pendidikan dan pemberian latihan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, menghayati kepimpinan pengurusan akademik yang kreatif dan inovatif dalam menangani isu dan cabaran global pendidikan masa kini dan masa datang, membincangkan isuisu utama berkaitan dengan pendidikan dan pemberian latihan teknikal dan kerjaya di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia khususnya di Politeknik, membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan perkhidmatan sokongan di institusi pendidikan teknikal dan kerjaya seperti pengurusan peperiksaan dan sebagainya serta meneroka peluang-peluang kerjasama dan kolaborasi di antara Politeknik, IPTA dan industri. Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Yang Berbagian Datuk Haji Ab. Rahim bin Md. Noor ,Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Manakala majlis penutup pula telah dirasmikan oleh En. Sahul Hamed bin Hj. Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Johor Bahru

ms6

Inovasi

Jalinan Kerjasama: Kolaborasi Bersama Teknologi Pembuatan Malaysia Oleh: Shakirah Mansor Pada 25 Feb 2011 telah berlangsung satu acara yang melakar sejarah bagi Unit Teknologi dan Modifikasi JKE. Acara tersebut adalah Majlis Menandatangani Dokumen Kolaborasi antara PMM (JKE) dengan pihak Teknologi Pembuatan Melaka. Kejayaan majlis ini adalah bertitik tolak dari perbincangan antara wakil PMM dengan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Kreatif, Inovatif dan Pengkomersilan, (R&DCIC) Negeri Melaka dan Teknologi Pembuatan Melaka bagi memasarkan produk dari projek pelajar. Perbincangan pertama telah diadakan pada tanggal 29.09.2010 di Pejabat R&DCIC Negeri Melaka. Hasil dari beberapa siri pertemuan dan perbincangan, pihak PMM dan TPM bersetuju untuk bersama-sama berkerjasama membangunkan perisian yang diperlukan oleh pihak industri kecil dan sederhana (IKS) Negeri Melaka. Teknologi Pembuatan Melaka juga bersetuju memasarkan perisian ini kepada agensi-agensi yang memerlukan. Jalinan kerjasama yang telah ditandatangani pada tanggal 25 Februari 2011 dan disaksikan oleh Ahli Parlimen Jasin.

ms7

Inovasi

PROJEK TAG ID DAN EASY INVENTORY Tag ID dan Easy Inventory dibangunkan oleh saudara Mohamad Azim bin Hamdan, pelajar semester 6, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan diselia di bawah Unit Teknologi dan Modifikasi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Tag ID merupakan inovasi yang berguna dengan mentranformasi kaedah tradisional kepada satu sistem penyimpanan maklumat usahawan yang sistematik dengan menggunakana barcode sebagai identiti. Sistem ini membolehkan pengguna merekod dan memapar maklumat usahawan serta mencetak laporan tertentu. Selain itu, sistem ini juga mampu menyediakan kemudahan capaian data mengikut kehendak pengguna. Easy Inventory pula adalah sistem pengurusan inventori di mana ianya boleh merekod stok masuk dan stok keluar. Melalui barcode yang ada pada setiap produk, sistem ini mampu memaparkan maklumat produk secara terperinci termasuk profil pembekal. Sistem ini boleh mendaftar stok, mengemaskini dan juga menghapuskan maklumat stok. Sistem notifikasi akan dikeluarkan kepada pengguna apabila bilangan produk berada pada paras minimum. Kelebihan bagi kedua-dua produk berbanding produk luar ialah ianya mudah digunakan dan mampu dimiliki oleh semua pengusaha industri kecil tempatan khasnya.

ms8

Inovasi
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) 2011 POLITEKNIK MALAYSIA Oleh: Mohd Fauzi Bin Hassan Dari 15 hingga 16 Jun 2011, bertempat di Dewan Sri Mutiara, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang telah berlangsung konvensyen pertandingan KIK yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang iaitu Ustaz Mohd Najib bin Yaacob. Konvensyen ini telah disertai oleh sembilan politeknik seluruh Malaysia dengan penyertaan sebanyak 20 tajuk. Kumpulan dari Politeknik Merlimau diberi nama Ekstrovet, telah ditubuhkan pada 1 April 2010 dan telah dinaungi oleh Pn Sariati Binti Dalib sebagai fasilitator dan diketuai oleh Aspalilla Binti Main serta beberapa orang pensyarah sebagai ahli kumpulan iaitu Rodzah Binti Hj. Yahya, Rosnani Binti Hj. Affandi, Nin Hayati Binti Mohd Yusoff, serta Mohd Fauzi Bin Hassan telah menjadi wakil tunggal dari PMM untuk membentangkan tajuk KIK pada tahun ini. Ianya merupakan pengalaman pertama dalam pembentangan di Konvensyen KIK oleh kumpulan Ekstrovet dengan moto kumpulan ekstrovet adalah intellagence and discovering. Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Pn. Asmah Hussain, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam serta Pn. Rohani Ahsan yang banyak memberi tunjuk ajar semasa perlaksanaan projek Ekstrovet sehinggalah ke hari pertandingan. Semasa konvensyen berlangsung, Ekstrovet telah membentangkan tajuk Pemantapan Pengurusan Tempahan Makmal/Bengkel/Bilik Kuliah (Mbbk) Menerusi Sistem Atas Talian Untuk Mengatasi Masalah Kelas Selalu Dijalankan Di Luar Waktu Pejabat dalam tempoh 30 minit yang diberikan termasuk sesi soal jawab. Turut serta pada hari konvensyen ialah Pn. Rosita Binti Zainal, Pn. Norzilah Binti Hussin, dan Pn. Rohani Binti Ahsan sebagai pemerhati. Perasmian penutup konvensyen dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik iaitu, Y.B. Mejar (K) Haji Md. Nor Bin Yusof. Ekstrovet telah diberikan pingat perak untuk tajuk pembentangan tersebut apabila konvensyen hampir melabuhkan tirai. Juara keseluruhan telah dimenangi oleh kumpulan FM6 dari PSP dengan tajuk projek i2P. Dalam

ms9

Inovasi

KURSUS PERSEDIAAN ASAS PERTANDINGAN ROBOT FIRA Oleh: Mohd Fauzi Bin Hassan

Kursus ini telah berlangsung di Makmal Unit Penyelidikan Inovasi Dan Keusahawanan bermula pada 21 sehingga 23 Jun 2011 yang dianjurkan oleh Kelab Robot Fira PMM di bawah Kelab Robot PMM dan telah disertai oleh 11 orang pelajar dan staff . Ianya menjadi platform kepada peserta untuk mengenali teknologi dan pengendalian robot FIRA sebelum pertandingan sebenar berlangsung di POLIMAS, Kedah pada 9 hingga 13 Julai 2011. Melalui bengkel ini, minda dan kemahiran peserta akan cuba dibentuk untuk membolehkan mereka berkeyakinan, berdaya saing dan mantap mengatur strategi digelangang perlawanan. Objektif bengkel ini secara umumnya bertujuan untuk memberi pendedahan awal setiap aksesori robot FIRA selain memberi pendedahan kaedah setup peralatan robot FIRA. Pelajar dan pensyarah juga diharap dapat membiasakan diri dengan peraturan pertandingan sebenar selain pendedahan awal strategi permainan serta teknik melawan berkesan dalam perlawanan. Penceramah terdiri daripada En. Mohd Fauzi Bin Hassan dibantu oleh En. Muhamad Zamri Bin Mohamad bagi kategori Perisian & Perkakasan diikuti En. Yusuf Bin Ismail bagi kategori Mekanikal manakala Pn. Syakirah Binti Mansor untuk kategori Peraturan. Terima kasih diucapkan kepada Pengarah PMM, Dr. Arshad Bin Kassim, KMN, DSM, BCM dan Pn. Sariati Binti Dalib yang telah memberi persetujuan dan galakan dalam merealisasikan kursus ini. Tidak lupa juga kepada Cik Rodzah Binti Hj Yahya sebagai setiausaha yang bertindak melancarkan lagi perjalanan kursus ini serta En. Ridzuan Md Nazar sebagai peserta merangkap jurukamera dalam merakamkan gambar aktiviti kursus. Walaupun masa tiga hari agak singkat untuk kursus sebegini diikuti dengan jadual pensyarah yang agak padat, namun atas usaha dan komitmen yang tidak berbelah bahagi setiap individu demi PMM, ianya tetap berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Akhir tinta, diharap team robot FIRA akan berjaya dalam memburu gelaran champion bagi 5th

ms10

Kualiti
SURVEILLANCE AUDIT MS ISO 9001:2008 Oleh: Noranizah Solihin

Pada 11 dan 12 Mei yang lalu, Surveillance Audit MS ISO 9001:2008 telah dijalankan di Politeknik Merlimau dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik sekali lagi telah dipilih sebagai sampel di samping Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Jabatan Pengajian Am. Surveillance Audit ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan persijilan semula MS ISO 9001:2008 daripada pihak SIRIM bagi tahun 2011. Sesi audit di JKE dijalankan pada 12 Mei 2011 bertempat di Bilik Persidangan JKE bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Audit merangkumi perancangan pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), penilaian dan pemantauan pencapaian termasuk kemudahan, infrastruktur dan persekitaran kerja. Auditor SIRIM yang bertanggungjawab adalah Encik Mohd Hamidi Bin Yusop. Antara pensyarah yang telah terlibat dengan Surveillance Audit kali ini adalah Ketua Program bagi Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Pn. Norzilah Bt Hussin serta pensyarah-pensyarah bagi kursus E3062 (Pengatucaraan) antaranya En. Zid Abrar Bin Akbar, Pn. Norhasikin Bt Pathooragi, Pn. Nor Maizatul Mona Bt Husin dan En. Fadlilhisham Bin Ahmad. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat dan juga semua warga JKE yang sentiasa memberikan kerjasama anda. Tahniah sekali lagi atas kejayaan PMM dalam memperolehi Zero NCR dalam audit tersebut. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan untuk audit di tahun hadapan.

ms11

MQA

TAKLIMAT MQA ( JKE) Oleh: Rodzah binti Yahya 6 Januari 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat JKE. Sesi taklimat ini anjurkan oleh Unit Kurikulum dan Unit MQA JKE. Peserta adalah terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Aktiviti yang dijalankan adalah merupakan sesi taklimat mengenai kurikulum lama dan kurikulum baru. Peserta diberikan maklumat berkenaan kurikulum baru dengan beberapa justifikasi serta jadual bagi penilaian yang dimuatkan dalam kurikulum baru tersebut. Taklimat diberikan oleh En Mohammad Nazri Bin Ismail pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMM. Sesi petang peserta diberikan taklimat berkaitan keperluan MQA secara terperinci oleh Pn Rosita Binti Zainal. Peserta dimaklumkan berkaitaan keperluan pengakriditasian oleh MQA. Kepentingan dari aspek penyediaan dokumentasi dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunapakai kurikulum baru. Taklimat ini diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada perlaksanaan kurikulum baru. Dalam perlaksanaan serta penyediaan dokumentasi kepada syarat dan kehendak MQA, peserta diperjelaskan dalam bentuk tayangan slide yang dipermudahkan bagi tujuan pemahaman kepada objektif yang patut dicapai. Seiring dengan itu peserta diberikan beberapa syarat serta keperluan bagi melayakan sesuatu program diakriditasikan. Sekaligus memberikan mandat kepada politeknik untuk menjadikan program tersebut mendapat pengiktirafan seterusnya bagi mencapai objektif kebolehpasaran pelajar politeknik dapat dicapai. Melalui sesi taklimat ini peserta dapat mempersiapkan diri dalam usaha melaksanakan P&P sebagaimana kehendak kurikulum dengan mematuhi syarat yang digariskn oleh Standard MQA. Keselarasan penghasilan dokumentasi dapat dicapai dan berkesan.

ms12

MQA

KURSUS PEMBINAAN RUBRIC & PENYEDIAAN RANCANGAN MENGAJAR (RM) Oleh: Rodzah binti Yahya Kursus pembinaan rubric & penyediaan rancangan mengajar (RM) telah diadakan pada 14 Januari 2011 berempat di UIDM, PMM dengan bilangan peserta seramai 26 orang Pensyarah JKE. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan pembinaan rubrik untuk kursus teori dan amali bagi kurikulum baru. Selain daripada itu kursus ini juga bertujuan untuk mewujudkan keseragaman dalam menyediakan Rancangan Mengajar. Hasil daripada menghadiri kursus ini peserta kursus yang terdiri daripada penyelaras kursus telah berjaya menyediakan RM dan dokumentasi lain berkaitan kursus berkenaan. Justeru keseragaman RM bagi semester 1 dan 2 dengan kurikulum baru telah dicapai. Peserta kursus juga telah membina rubrik bagi kursus teori dan amali .

BENGKEL PEMURNIAN KURIKULUM SEMESTER 1 DAN 2-BENGKEL MQA (PEMURNIAN PERLAKSANAAN OBE) Oleh: Rodzah binti Yahya Bengkel pemurnian kurikulum semester 1 dan 2-bengkel MQA (pemurnian perlaksanaan OBE) telah diadakan pada tarikh 10 11 Feb 2011 bertempat di UMS, PMM. Peserta bengkel terdiri daripada penyelaras kursus JKE. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik Tujuan bengkel ini dilakukan adalah untuk memastikan peserta dapat berkerjasama membina membina Jadual KPI, membina Jadual Matrix dan proses Penambahbaikan Kurikulum Semester 1 &2 Diakhir bengkel peserta telah berjaya menghasilkan dokumen sebagaimana objektif bengkel di adakan dengan jayanya. Dokumen tersebut telah dihantar dalam bentuk soft copy dan hard copy kepadaTPA PMM dan kepada Bahagian Kurikulum JPP untuk tindakan lanjut.

ms13

Pelajar
SEMINAR MENEROKA POTENSI GRADUAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK Oleh: Zain Retas Kursus Pengurusan (E3007 telah mengadakan Seminar Pengurusan bertajuk Seminar Meneroka Potensi Graduan Kejuruteraan Elektrik pada 10 Mac 2011. Seminar sehari itu telah diadakan di Dewan Titanium, PMM. Seminar ini diuruskan oleh pelajar pengurusan dengan seliaan para pensyarah. Seramai 220 orang pelajar menyertai seminar sehari itu. Antara tujuan seminar tersebut ialah untuk membina potensi pelajar bila bekerja nanti. Sesi seminar telah dimulakan dengan ceramah oleh En. Mohd Yuszah Bin Jailani, Juruteknik di Jabatan Kejuruteraaan Elektronik Industri UTeM. Pada sesi kedua , ceramah oleh En Kamarudin Bin Jahari, Pengarah Urusan Macrocom (M) Sdn. Bhd. dan pada sesi ketiga ceramah oleh Tn. Haji Zulkifli Bin Abdul Hamid, seorang guru di Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah.

KONVENSYEN SIX-SIGMA 2011 Oleh: Aspalilla Main Pada 29 April 2011, Unit Hubungan Industri Politeknik Merlimau telah menganjurkan Konvensyen Six-Sigma yang telah disempurnakan oleh En Jamari bin A. Ghafar, Assistant General Manager Strategic Planning CTRM Composites Sdn Bhd. Konvensyen ini bertujuan untuk memberi penganugerahan Sijil Six-Sigma DMAIC kepada kumpulan ke 3 pelajar PMM yang telah berjaya menjalani Kursus Six-Sigma selama 10 sesi. Bagi kumpulan ke 3 ini, seramai 12 orang pelajar Semester 6 Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan 5 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah berjaya menamatkan kursus ini dan dianugerahkan sijil tersebut. Selain penganugerahan sijil, dua kumpulan telah dipilih untuk membentangkan projek mereka di hadapan jemputan yang terdiri daripada wakil industri di Melaka serta barisan pengurusan di Politeknik Merlimau. Kursus Six-Sigma ini diadakan pada setiap semester yang memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah menggunakan Kaedah Six-Sigma. Sijil yang mereka perolehi diharapkan dapat membantu memberi nilai tambah kepada pelajar untuk menempuhi bidang pekerjaan kelak.

ms14

Pelajar
PROJECT: NETWORKING BAGI PROGRAM DKE6 DAN DTK6 Oleh: Maizun Jamil Projek rangkaian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan internet di makmal-makmal Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Di dalam Kursus E5124-Komunikasi Data, para pelajar diajar secara teori berkaitan dengan Rangkaian Kawasan Setempat. Oleh itu, pensyarah kursus telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pendekatan OBE dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mana projek ini juga telah memberi kemahiran hands-on kepada pelajar. Melalui projek ini juga, kemahiran generik seperti kerja berpasukan, komunikasi dan kemahiran berfikir telah berjaya dipupuk dikalangan pelajar. Projek ini dapat membantu pelajar DTK dan DKE bagi semester 6 untuk meningkatkan kemahiran dalam kerja-kerja pemasangan rangkaian, memberikan nilai tambah kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan dan menyediakan kemudahan rangkaian internet di makmal-makmal yang terpilih. Makmal-makmal yang terlibat adalah Makmal Baikpulih Komputer (M-G-CRL), Makmal Perkakasan Komputer (M-2-CHL), Makmal Data Komunikasi (M-4-DCL) dan Makmal Telekomunikasi (M-4-TCL). Projek ini diselia dan dijayakan oleh Pn Maizun Binti Jamil, Cik Aspalilla Binti Main, Pn Nurul Najwa Binti Md Yusof dan Pn Syakirah Binti Mansor.

KURSUS PEMASANGAN PENDAWAIAN BANGUNAN Oleh: Aspalilla Main Unit Kebolehpasaran Graduan (Finishing School) Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan dengan kerjasama ABR Utara Enterprise dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan. Kursus ini telah disertai oleh 20 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (DKE) sesi Disember 2010 yang telah berjaya dijalankan di Bengkel Pendawaian Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Kursus yang berlangsung selama lima (5) hari ini iaitu dari 17 hingga 21 Mei 2011 bertujuan untuk memberi nilai tambah atau added value kepada pelajar Kejuruteraan Elektrik dengan kemahiran pendawaian untuk bangunan. Pelajar yang lulus dalam ujian yang dikendalikan oleh Akademi Binaan Negara ini akan menerima Sijil Kemahiran Tahap 1 oleh CIDB. Sepanjang kursus berlangsung, pelajar telah menerima tunjuk ajar dan komitmen yang tinggi daripada pengajar yang bertauliah dari ABM. Semoga dengan adanya kemahiran yang diperolehi ini, pelajar dapat bersaing dengan graduan institusi lain semasa menempuhi alam pekerjaan kelak.

ms15

Pelajar
KURSUS MENYELENGGARA PENYAMAN UDARA KOMERSIAL Oleh: Athirah Abd. Rahim Pada 26 Mac, 2 & 9 April 2011, Kursus Menservis dan Menyelenggara Penyaman Udara Komersial telah diadakan yang melibatkan pelajar dari Program Diploma Kejuruteraan Elektrik semester 5 bagi Kelas DET5A dan DET5B, Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Seramai 88 orang pelajar dan dua orang pensyarah pengiring iaitu En Mohd Zaiham Hamzah dan Puan Athirah A.Rahim telah bersama-sama menjayakan kursus ini. Kursus yang bertempat di Kolej Komuniti Selandar Jasin ini telah berlangsung selama 3 hari. Para pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan besar bagi memastikan fasiliti yang digunakan mencukupi dan juga penyampaian kursus yang lebih berkesan. Sebelum kursus dijalankan, pelajar telah diberikan taklimat ringkas dan pengenalan mengenai sistem penyaman udara. Matlamat utama kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar secara praktikal didalam bidang penyelenggaraan penyaman udara komersial yang merupakan sub topik didalam Engineering Maintenace Course (E4101). Kursus ini juga akan dapat mendedahkan minda pelajar dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Selain daripada itu, ia juga dapat melahirkan minat serta dorongan yang tinggi terhadap proses pembelajaran.

ms16

Pelajar
KURSUS THE COMPUTING TECHNOLOGY INDUSTRY ASSOCIATION (COMPTIA A+) Oleh: Aspalilla Main Unit Kebolehpasaran Graduan (Finishing School) Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah menghantar seramai 76 orang pelajar semester 6 Diploma Kejuruteraan Elektronik dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) ke Kursus CompTIA A+. Kursus di bawah Program Pentauliahan Profesional (3P) ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama Prestariang Group. Program 3P ini diadakan pada setiap hujung semester yang memberi peluang kepada pelajar semester akhir untuk meningkatkan potensi mereka dalam bidang berkaitan dengan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi). Pada kali ini, program 3P bagi Kursus CompTIA A+ telah diadakan di Politeknik Ungku Omar selama sebulan iaitu bermula pada 3 Mei 2011 dan berakhir pada 30 Mei 2011. Pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini dan lulus ujian yang diadakan pada penghujung kursus akan dianugerahkan dengan Sijil Professional sebagai Juruteknik Komputer. UNIT LATIHAN INDUSTRI Oleh: Shahida Nordin 19 Januari 2011 Unit Latihan Industri Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan Taklimat 1 iaitu taklimat mengenai tatacara memohon tempat Latihan Industri. Taklimat telah diadakan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka. Objektif taklimat ini adalah sebagai pendedahan kepada pelajar Semester 2 Sijil dan Semester 3 Diploma mengenai cara atau langkah-langkah yang betul semasa memohon tempat bagi menjalani Latihan Industri. Selain itu, pelajar juga didedahkan tentang dokumen-dokumen yang perlu disediakan semasa proses memohon tempat Latihan Industri. Taklimat telah disampaikan oleh Penyelaras Latihan Industri, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan kerjasama dari Unit Latihan Industri, Politeknik Merlimau, Melaka. Secara keseluruhannya, sesi taklimat ini berjalan dengan lancar dan telah berjaya meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai tatacara memohon tempat Latihan Industri yang sesuai mengikut bidang yang mereka pelajari di Politeknik. 29 Mac 2011 Unit Latihan Industri Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan Taklimat 2 iaitu taklimat mengenai tatacara menjalani Latihan Industri.. Taklimat telah diadakan di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka. Objektif taklimat ini adalah sebagai pendedahan kepada pelajar Semester 2 Sijil dan Semester 3 Diploma mengenai displin yang perlu diamalkan menjalani Latihan Industri seperti kehadiran, aspek rupadiri serta kes-kes yang biasa berlaku semasa pelajar menjalani Latihan Industrti. Selain itu, pelajar juga didedahkan tentang dokumen-dokumen yang perlu dikemaskini sepanjang proses menjalani Latihan Industri. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai dari Unit Latihan Industri, Politeknik Merlimau, Melaka iaitu En. Zoraimi Bin Ali. Secara keseluruhannya, sesi taklimat ini berjalan dengan lancar dan telah berjaya meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai tatacara dan displin yang perlu diamalkan semasa menjalani Latihan Industri.

ms17

Pelajar
BENGKEL ARDUINO Oleh: Zahrim Abd. Rahman Satu Bengkel Arduino secara percuma telah diadakan di JKE. Bengkel yang bertajuk - The Practical of Arduino Micro controller: Projects for Open Source Hardware telah diadakan dengan jayanya di makmal MG-CPL pada 27/01/2011 (Khamis). Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf Jabatan Kejuruteraan Elektrik menyertai bengkel ini. Di antara kelebihan kursus ini adalah dapat pengalaman mencuba microcontroller yg baru, mudah dibangunkan dan murah, dengan menggunakan konsep "Ground Floor, High Celling and Wide Wall". Pihak MyDuino akan memberi pinjam peralatan atau komponen yang tiada semasa bengkel spt sensor, LCD dll. Mudah-mudahan dengan pendedahan dan pengalaman kursus ini, pelajar JKE mampu menghasilkan hasil projek yang lebih inovatif dan kreatif dengan asas yang kukuh. Workshop Session: Briefing 1 : Introduction to Electronics & Micro controller Practical 2 : Introduction to Arduino Software & Hardware requirement Practical 3 : Writing & Reading to/from Ports (LED & Switches) Practical 4 : Hands-on Application - Analog Signal & Serial Practical 5 : Hands-on Application - Sensor & Actuators Practical 6 : Hands-on Application - LCD

ms18

Keusahawanan

UPIK JKE BERJAYA MENUBUHKAN SYARIKAT INCUBATOR DI BAWAH SSM Oleh: Nor Maizatul Mona binti Husin Unit Keusahawan JKE telah berjaya menubuhkan syarikat yang diberi nama Luvbitz mengeluarkan produk coklat. Berikut adalah kenyataan akhbar mengenai kejayaan mereka.Tahniah diucapkan.

ms19

Keusahawanan

PROGRAM PEMANTAPAN SISWA BISTARI Oleh: Nor Maizatul Mona binti Husin Pada 4-6 Mei Kumpulan Inkubator Keusahawanan JKE telah menghadiri Program Pemantapan Siswa Bistari bertempat di Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor Bahru anjuran Johor Corporation. Program tersebut bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan dunia pekerjaan sebenar, menigkatkan keyakinan dan ketrampilan diri para peserta. Program turut dijayakan dengan beberapa slot menarik dan penuh manfaat seperti Brand Management oleh Pengurus Besar KFC Marketing Sdn Bhd, How to build networking for your bussiness ole Ketua Pegawai Teknikal, Microwell Sdn Bhd. Ternyata para peserta merasa seronok dan mendapat banyak pendedahan setelah mengahdiri program ini.

ms20

5s

MAJLIS PENUTUP KARNIVAL SENI GRAFIK MULTIMEDIA 2011 Oleh: Faridah Jamil 14 April 2011 : Unit 5S dengan kerjasama pensyarah kursus Sistem Multimedia E4820 iaitu Cik Aspallila binti Main dan Puan Nin Hayati Binti Yusof telah menganjurkan Majlis Penutup Karnival Seni Grafik Multimedia 2011 bertempat di Dewan Kuliah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Tema yang dipilih adalah berunsurkan kata-kata hikmah Bahasa Inggeris yang dicetak dan di pamerkan di koridor bilik kuliah JKE sebagai aktiviti keceriaan 5S. Karnival ini diadakan dengan matlamat melahirkan para pelajar yang berkemahiran menggunakan sistem perisian komputer serta berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam bidang multimedia. Selain itu,pelajar turut mengaplikasi Outcome Base Education (OBE) diperolehi daripada kursus E4820 Sistem Multimedia. Malah, pertandingan ini dapat meningkatkan pelajar untuk bekerja secara berpasukan, menjana sikap dan pemikiran yang positif, membina kewibawaan dan keyakinan diri sendiri. Pelajar turut menerapkankan elemen 5S semasa merekabentuk grafik tersebut. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Norzilah Binti Hussin, Ketua Program Komputer Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau. Pihak penganjur menyifatkan objektif karnival ini sebagai usaha yang mampu meningkatkan softskill pelajar apabila bekerja kelak dengan ciri-ciri kebolehpasaran graduan sebagaimana keperluan pasaran pekerjaan masakini.

ms21

5s
KURSUS STANDARD OF PROCEDURE Oleh: Siti Paridah Juhari 26 Mei 2011, Unit 5S Jabatan Kejuruteraan Elektrik bersama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Staf telah mengadakan Kursus STANDARD OF PROCEDURE (SOP) bertempat di Dewan Kuliah JKE dengan perbelanjaan RM 488. Seramai 47 orang peserta yang hadir terdiri daripada Penyelia Bengkel dan Makmal JKE. Seorang Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Politeknik Merlimau iaitu En. Asruddin Bin Mat Ali dijemput untuk memberi ceramah. Bengkel ini diwajibkan kepada semua Penyelia Bengkel dan Makmal Jabatan Kejuruteraan Elektrik untuk memenuhi dua kriteria 5S iaitu Seragam (Seiketsu) dan Sentiasa Amal (Shitsuke). Unit 5S mendapati kebanyakan peralatan di Bengkel dan Makmal JKE tidak mempunyai SOP yang boleh dijadikan panduan semasa menggunakan peralatan tersebut. Oleh itu, bengkel ini amat diperlukan bagi membantu Penyelia Bengkel dan Makmal untuk menghasilkan SOP masing-masing berdasarkan kriteria 5S demi meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan, kualiti seterusnya menghapuskan kerosakan di Bengkel dan Makmal masing-masing. Proses penghasilan SOP ini bermula daripada Aset Mudah Alih dan Harta Modal yang ditempatkan di semua bengkel dan makmal JKE. Penyelia Makmal dan Bengkel akan menghasilkan Standard Of Procedure (SOP) peralatan yang memerlukan SOP bagi memudahkan pelajar dan pensyarah semasa proses P&P. Unit 5S Jabatan Kejuruteraan Elektrik mengharapkan SOP berkenaan dipamerkan di dalam semua bengkel dan makmal JKE bagi memudahkan pensyarah dan pelajar semasa menggunakan peralatan selain menyahut seruan Jabatan Pengajian Politeknik kearah memupuk budaya pembelajaran dan pengajaran secara Outcome Base Education (OBE). Objektif kursus ialah untuk melahirkan penyelia bengkel dan makmal yang :i. Sentiasa mengekalkan suatu pencapaian yang tinggi dalam kekemasan dan organisasi tempat kerja. ii. Mengutamakan keseragaman dan mempraktikkan apa yang telah dipersetujui dalam Seiri, Seiton dan Seiso. iii. Mengekalkan pencapaian Seiri, Seiton dan Seiso. iv. Mengekalkan kawalan terhadap peralatan elektrik dan elektronik dan menggunakan arahanarahan bergambar. v. Mengaplikasikan SOP yang dihasilkan di bengkel dan makmal masing-masing. Kandungan Kursus adalah Teori dan Amali berkenaan dengan: i. Pengenalan Standard Of Procedure (SOP). ii. Aplikasi Standard Of Procedure (SOP) di Bengkel dan makmal. iii. Latihan menggunakan Standard Of Procedure (SOP) di Bengkel dan Makmal. iv. Menghasilkan Standard Of Procedure (SOP) Jawatankuasa Bengkel SOP berharap Penyelia Bengkel dan Makmal dapat merealisasikan pembudayaan 5S seterusnya SOP yang dihasilkan digunapakai di keseluruhan Bengkel dan Makmal Jabatan Kejuruteraan Elektrik demi meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan, kualiti seterusnya menghapuskan kerosakan.

ms22

5s
GOTONG ROYONG 5S Oleh: Norsaadah Sapon Aktiviti gotong royong 5S telah beberapa kali sepanjang bulan Januari hingga Jun. Antara aktiviti gotong royong yang dijalankan ialah membersihkan kolam ikan JKE, bilik kuliah, makmal dan bengkel, kawasan persekitaran JKE dan bilik pensyarah. Semua pihak memberikan kerjasama yang baik dalam menjalankan aktiviti ini. Secara tidak langsung dengan adanya aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara staf dan pelajar di mana pelajar juga terlibat dalam aktiviti gotong royong ini. Pertandingan ruang menunggu peringkat PMM telah diadakan pada 23 Februari 2011. JKE telah merangkul TEMPAT PERTAMA. JKE telah mengalahkan beberapa Jabatan lain. Tahniah diucapkan kepada semua warga JKE di atas komitmen yang diberikan. Pada 29 April 2011 telah diadakan audit persijilan semula amalan 5S dari MPC, Unit 5S JKE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua staf yang terlibat semasa Audit MPC pada hari tersebut. Antaranya Penyelia Lab M1 (Pn Khadijah Abdul Rahman, Pn Jumaliah dan Hj Jaidi), Encik Jamhari Ismail - Smart Toilet, semua AJK 5S dan tidak lupa jutaan terima kasih di atas sokongan pihak pengurusan JKE. Politeknik Merlimau telah berjaya mendapat persijilan semula 5S dengan markah 87.5% di mana markah layak ke konvensyen adalah 80%. Sesungguhnya tuan puan telah menunjukkan komitmen yang sangat baik dan komited terhadap kelangsungan 5S di JKE, semoga ia akan istiqamah/berterusan.

ms23

CIDOS
PANDUAN PENGGUNAAN LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMSPMM) BAGI PENSYARAH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK Oleh: Faridah binti Jamil 1. APA ITU CIDOS ? CIDOS adalah Curriculum Information Document Online System yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik dan boleh diakses melalui www.cidos.edu.my atau www.pmm.edu.my (klik e-perkhidmatan dan pilih CIDOS e-Learning) Ia mengandungi Competency Standard, Curriculum Inventory, Curriculum Evaluation, Curriculum Review Committee, Teaching & Learning Repository, LMS PMM serta FAQ.

2. APA ITU e-LEARNING? Sebagai alternatif aktiviti P&P secara online untuk mendapatkan nota kuliah, soalan tugasan, contoh soalan peperiksaan, forum dan sebagainya melalui e-Learning atau lebih dikenali sebagai LMSPMM berbanding kaedah konvensional. CIDOS e-Learning boleh di akses di mana-mana sahaja dengan syarat keperluan Internet access, valid username & password diperolehi. Aplikasi penilaian kursus secara online seperti kuiz online, ujian online, penghantaran tugasan/laporan amali online boleh dilaksanakan tanpa kehadiran pelajar ke Politeknik Merlimau. Secara tidak langsung pelajar telah diterapkan dengan budaya pembelajaran secara kendiri menerusi e-Learning.

3. TATACARA LOGIN CIDOS 1. Aktifkan platform dengan menghantar nama penuh pensyarah, kod nama pensyarah, no ic, nama dan kod kursus kepada Penyelaras CIDOS JKE contoh Faridah Binti Jamil, EFBJ, 782611013341, E4100, Pengalatan Elektronik. 2. Setelah diaktifkan, layari www.cidos.edu.my atau www.pmm.edu.my (klik e-perkhidmatan dan pilih CIDOS e-Learning) 3. LOGIN ID & PASSWORD menggunakan IC anda. 4. Klik pada LMS PMM 5. Pilih Jabatan contoh Jabatan Kejuruteraan Elektrik. 6. Pilih Kursus yang dikehendaki dengan memastikan kod adalah betul seperti E4100 : Pengalatan Elektronik 7. Klik pada platform pensyarah iaitu E4100 Faridah Jamil 8. Platform E4100 Faridah Jamil akan dipaparkan dan pensyarah boleh melaksanakan aktiviti P&P dengan klik TURN EDITING ON. 9. Logout

ms24

CIDOS
4. CARTALIR LOGIN CIDOS
AKTIFKAN PLATFORM PENSYARAH KURSUS (hantar nama penuh pensyara h,

kod nama pensyarah, no ic, nama dan kod kursus kepada Penyelaras CIDOS JKE)
www.cidos.edu.my @ www.pmm.edu.my (klik e-perkhidmatan , CIDOS e-learning) LOGIN ID DAN PASSWORD GUNA NO IC LMSPMM PILIH JABATAN, cth Jabatan Kejuruteraan Elektrik PILIH KURSUS, cth E4100 : PENGALATAN ELEKTRONIK PILIH PLATFORM PENSYARAH KURSUS, cth E4100 FARIDAH JAMIL PLATFORM PENSYARAH KURSUS E4100 FARIDAH JAMIL dipaparkan dan klik TURN ON EDITING untuk aktiviti P&P seperti upload tugasan/labsheet,online kuiz dll LOGOUT

CATATAN : Sebarang kemusykilan berkenaan CIDOS, sila hubungi Penyelaras CIDOS JKE iaitu Puan Faridah Binti Jamil @ Amat di talian 1161 atau email ke faridah@pmm.edu.my

ms25

Rencana
MEMULAKAN LANGKAH Oleh: Norzilah Hussin Penyelidikan merupakan cara kita mencari kebenaran, untuk menjelaskan pelbagai gejala dan permasalahan dan mencari punca yang wujud dari masalah tersebut. Kajian penyelidikan tidak semestinya mengkaji permasalahan/situasi yang kritikal tetapi sekurang-kurangnya ia memberi sumbangan kepada Jabatan/Politeknik. Sekadar ingin berkongsi langkah dalam memulakan penyelidikan walaupun saya bukanlah orang yang arif dalam penyelidikan tetapi ingin bersama-sama mengajak rakan lain dalam memulakan langkah inimulakan penulisan anda dengan mengikut format yang diberikan. Hanya apabila kita mula menulis dan mengkaji maka idea, cetusan dan rujukan ilmiah akan berlaku berterusan..saya doakan moga kita mulakan langkah dalam penulisan penyelidikan iniwish u all the best.!!! Learn from your failures and go on to the next challenge. If you're not failing, you're not growing TAJUK KAJIAN:_____________________________________________ BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan ~ menerangkan latar belakang kajian 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan ~ untuk apa kajian dibuat 1.4 Rasional/Objektif ~ mengapa kajian dibuat 1.5 Persoalan Kajian (Research Question) ~ Cth : Sejauhmana tahap penggunaan pelajar dalam sistem CIDOS 1.6 Definisi BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.1 Tinjauan Literatur (contoh konsep/teori, pendapat peribadi pengkaji) ~ Tinjauan mesti ada rujukan untuk menyokong konsep/teori BAB 3 : PROSES KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Proses Kajian ~ Prosedur kajian/proses kajian adalah field work/library research 3.3 Sampel Kajian 3.4 Instrumen Kajian BAB 4 : 4.1 Pengenalan 4.2 Keputusan Kajian 4.3 Dapatan Kajian Bab 5: 5.1 Kesimpulan 5.2 Cadangan

ms26

Rencana
ERGONOMIK Oleh: Noraihan Isa Salam hormat semua, Ingin saya kongsikan bersama tuan/puan berkaitan ERGONOMIK di bawah bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP @ OSH). Ergonomik bermaksud, penyesuaian pekerjaan terhadap pekerja (fitting the job to workers). Setiap pekerja tidak sama ukurannya dan setiap orang mempunyai keterbatasan-keterbatasan tertentu. Ergonomik bertujuan untuk menyusunatur tempat kerja, proses kerja, perlengakapan, dan alat-alat supaya sesuai dengan kita. Sebagai seorang pekerja, sangat penting bagi kita untuk mengetahui bagaimana mengatur kontur dan postur badan kita agar ianya bersesuai dengan kita. Apakah faktor RISIKO yang boleh berlaku jika faktor ergonomik ini tidak dihiraukan?? 1. Repetition - pekerjaan-pekerjaan atau pergerakan tubuh yang dilakukan secara berulang-ulang 2. Awkward postures - posisi-posisi tubuh yang dianggap tidak neutral atau tidak ideal seperti perputaran (twisting) leher untuk melihat monitor, atau meraih kedepan (reaching toward) atau penggunaan mouse yang tidak segaris. 3. Static forces - mempertahankan suatu posisi dalam jangka waktu yang lama (misalnya duduk yang lama, melihat monitor dengan suatu leher menunduk atau tengadah atau terdongak, atau menjangkau keyboard terlalu jauh). Dilampirkan postur/kedudukan yang ideal bagi kita semua pengguna KOMPUTER tegar di tempat kerja. Sekian.

ms27

Rencana
MEMBUDAYAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL (OBE) DI KALANGAN PENSYARAH Oleh: Rosita Zainal

Masa telah berubah. Tekanan pada institusi pendidikan untuk meningkatkan prestasi dan melakukan perubahan pada kaedah pengajaran dan pembelajaran telah menjadi semakin mendesak. Pembelajaran dan pengajaran secara tradisional dikatakan tidak lagi sesuai dan perlu bertukar kepada pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan hasil (OBE). Ini adalah kaedah rekabentuk kurikulum dan pengajaran yang berfokuskan kepada pelajar iaitu apa yang pelajar boleh lakukan setelah mereka tamat sesuatu sesi pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil, kurikulum yang dikehendaki perlu ditetapkan terlebih dahulu, bahan pembelajaran dan penilaian untuk menyokong hasil yang dikehendaki akan dibuat kemudian. Secara tradisional, pelaksanaan kurikulum hanya berfokuskan kepada kandungan dan pengetahuan yang akan diperolehi oleh setiap pelajar. Ujian secara tradisional pula lebih cenderung untuk membandingkan kemampuan pelajar antara satu dengan yang lain. Hasil pendidikan yang berpusat telah mengubah fokus institusi pendidikan dari kandungan kepada pelajar. Peranan guru juga akan berubah kerana tumpuan tidak lagi pada kandungan tetapi kepada usaha untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, membangunkan sikap positif, menerapkan nilai seperti belajar untuk bekerja sama dalam kumpulan, kebolehan menyelesaikan masalah bagi melahirkan pelajar yang lebih kompetitif. Pendekatan ini kini telah menjadi salah satu perkara penting dan wajib bagi institusi pengajian tinggi yang menawarkan program kejuruteraan untuk mendapatkan akreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Akreditasi Kejuruteraan (EAC). Pendekatan ini adalah sesuatu yang baru di negara ini dan ia memerlukan penilaian yang intensif dan bukti untuk menunjukkan bahawa hasil telah dicapai.

ms28

Rencana
MALAYSIA AND IMPLICATION OF GREENHOUSE GASES EMISSION Oleh: Mohd Asmadi Idris
Currently the world is facing a tremendous effect on climate change. At present there is an amplification of greenhouse gases emission that leads to negative impact to the environment. These gases include: carbon dioxide (CO2), sulphur dioxide (SO2), nitrogen oxide (NOx) and carbon monoxide (CO). This phenomenon is the result of the combustion of fossil fuels and changes in the natural landscape (i.e. deforestation, rapid building development) causing the escalation of greenhouse gases in the environment. The increase in these emissions will lead to adverse effects of climate change that will cause certain natural disasters (Mustapa and Yusop 2008). In the past few years, Malaysia has experience a number of natural disasters that are believed to be the effects of climate change. For example Johore (a state in Peninsular Malaysia) has experienced the most terrible floods in the past 100 years from December 2006 to January 2007. The total number of loss has accumulated to US$1.38 million of damage properties causing 90,000 people to loose their homes. These floods have also resulted in seventeen deaths (BBC 2007). Therefore there is a pressing need for power generation organisations in Malaysia to consider the utilisation of renewable energy sources to produce energy supply (2007). Concerns on the global effect of climate change have lead to the worldwide interests to promote the utilisation of renewable energy for electricity generation and the development of national emissions limits (Denny and O'Malley 2006). Mahlia (2002) predicted that in 2008 Malaysia will depend on 72.4% of non renewable energy sources. For a small developing nation, this result shows huge dependence on non-renewable energy sources resulting in high amounts of emissions (please refer to Attachment A). Electricity sector in Malaysia has take over by three integrated utilities, i. e Tenaga Nasional Berhad (TNB) serving Penisular Malaysia; Sabah Electricity Sdn.Bhd. (SESB) and Sarawak Electricity Supply Corp. (SESCo) and complimented by various independent power producers (IPPs). The total capacity installed by these organisations until the end of 2006 was 20,224 MW, an increase of 3.6 percent from 19,504 MW in 2005. In addition, Malaysia has generated the total energy nearly 90,000GWh in the year 2006. In terms of the total energy generated in Peninsular Malaysia, both TNB and IPP generated almost equal portions of about 43% each with the balance of 13% being generated by Kapar Energy Ventures (KEV) and the remaining 44% was covered by SESB in Sabah and SESCo in Sarawak(2008). In the Eighth Malaysian Plan, the renewable energy issue was announced in the new Five Fuel Strategy in the energy supply mix. This strategy targeted that renewable energy will contribute 5% of the country's total electricity demand by the year 2005. To achieve this aim, greater effort is being undertaken to encourage the utilisation of renewable resources, such as biomass, biogas, solar and mini-hydro, for energy generation(2007). Moreover, Malaysia receives plentiful sunshine all year. As a country close to the equator, Malaysia receives the average sunshine of six hours per day (2008). Thus, energy utilities such as Tenaga Nasional Berhad (TNB) has take advantage to manage and administer solar projects in nine rural places in Malaysia that can only be reached by river or sea (please refer to Attachment B for the list of completed rural solar projects for 2007/2008). However the rural solar projects are in small scale and produce just enough energy to power small villages. Therefore, Malaysian power generation organisations and energy utilities should put more effort in focusing on larger scale projects of solar energy that could produce the energy to power Malaysia and reduce the dependence on non-renewable energy sources. In the Ninth Malaysia Plan 2006-2010 under Renewable Energy stated that Efforts were continued to promote the utilisation of renewable energy (RE) resources. Under the Small Renewable Energy Power Programme (SREP), two projects with a combined grid connected capacity of 12 MW were implemented. A roadmap for the development of solar, hydrogen and fuel cells was formulated during the Plan period. To promote the wider application and utilisation of photovoltaic technology (Government 2006, p. 401). In conclusion, Malaysian government and government link corporation (GLC) should give more effort in curbing greenhouse gas emission in the future time. Furthermore, Malaysian government also should legislate the regulation regarding the public transportations in reducing the uses of car on the road especially when the festival holiday.

ms29

Rencana
RADIO AMATUR DAN KOMUNIKASI Oleh: Syamsul Bahari Mohamad Radio Amatur dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Eja, radio amatur bermaksud pemancar atau isyarat radio dalam julat khas untuk kegunaan persendirian. Umumnya, radio amatur ini adalah perkhidmatan radio komunikasi untuk interkomunikasi, latihan diri dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur. Kini penyiasatan dan pembelajaran secara teknikal juga boleh digunakan bersama Internet untuk meluaskan lagi penggunaannya. Sehingga pada saat ini dianggarkan melebihi sepuluh juta enam juta orang di seluruh dunia merupakan pengguna berlesen radio amatur ini. Negara jepun sahaja mempunyai hampir sejuta pengguna radio amatur juga sama banyak dengan jumlah pengguna radio amatur di Amerika Syarikat. Apa yang saya perhatikan hampir kesemua negara maju di dunia mempunyai pengiat radio amatur yang ramai dan hebat. Hobi radio amatur ini tidak memerlukan kos yang tinggi dan ianya amat berpatutan mengikut kepada penggunaannya. Sebagai contohnya kos bagi sebuah radio gelombang VHF bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan sebuah televisyen bersaiz 14 inci iaitu di sekitar RM300. Bagi sebuah radio yang besar bagi jalur HF pula kosnya adalah sama dengan sebuah komputer. Walaubagaimana pun, penggiat radio amatur yang sebenar ialah mereka yang dapat membina alat komunikasinya sendiri dari situlah datangnya istilah amatur. Jika anda seorang penggiat stesen radio amatur yang aktif, hampir setiap hari anda akan bertemu kenalan baru dari seluruh dunia melalui ruang udara. Anda juga boleh berkongsi pelbagai maklumat seperti perkara teknikal atau lain-lain hal dengan kenalan baru anda disamping dapat mengenali kewujudan negara-negara kecil yang mungkin tidak pernah anda dengar seperti Aruba, Martinque, Guam, Cape Verde, Kepulauan Kribati dan banyak lagi. Untuk membolehkan anda mengendalikan sesuatu alat radio amatur, anda perlu mendapatkan sijil perakuan dengan syarat anda adalah seorang warganegara Malaysia dan berusia lebih 14 tahun serta lulus ujian yang di kendalikan oleh SKMM. Seterusnya untuk mendapatkan sijil perakuan kelas A, anda perlulah berada setahun pada kelas asas iaitu kelas B dan berjaya dalam ujian kod morse dengan yuran tahunan sebanyak RM24.00 bagi kelas B dan RM36.00 bagi kelas A. Setiap pengguna radio amatur mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri, mereka akan diberikan satu nama panggilan khas atau callsign yang terdiri daripada abjad dan nombor yang merujuk kepada kawasan dan identiti seseorang itu. Sebagai contohnya bagi callsign berbentuk 9W2BT; 9W2 adalah kod bagi semenanjung Malaysia dan BT mungkin mewakili nama seperti Bahari Taib. Contoh lain seperti ZS3GH; ZS2 adalah kod bagi sebuah kawasan di Afrika Selatan dan GH mungkin mewakili nama seperti Graham Hawk. Kod khas itu atau callsign ini telah disediakan panduannya mengikut ITU (International Telecommunication Union). Pengunaan komunikasi radio amatur juga merupakan alat komunikasi mudah yang amat penting ketika berlaku bencana seperti banjir besar atau gempa bumi ketika semua talian perhubungan terputus. Ianya pernah digunakan dalam komunikasi kecemasan seperti tragedi highland towers pada tahun 1993 dan tsunami di Acheh pada tahun 2005 dan banyak lagi peristiwa. Walaupun ianya merupakan sekadar sebuah hobi, bagi saya ianya adalah satu perjalanan saintifik hobi yang paling hebat. Sehingga bertemu lagi pada keluaran akan datang insyallah. Syamsul Bahri (9M2ESM).

ms30

Rencana
KESAN KEBOCORAN NUKLEAR Oleh: Norsaadah Sapon Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa bulan yang lepas kita dikejutkan dengan berita tentang Tsunami di Jepun yang mendapat liputan meluas dan mendapat perhatian orang ramai. Tsunami di Jepun kali ini di jangkakan paling teruk sepanjang 140 tahun. Tapi yang membuatkan penduduk Jepun dan sekitarnya menjadi semakin bimbang adalah kerana kebocoran loji janakuasa nuklear Fakushima Daiichi di Jepun. Di tambah pula dengan letupan Nuklear di Fukumi. Bimbang jika kesan radiasi nuklear di jepun itu akan sampai ke negara kita, terdapat sesetengah pihak telah menghantar sms supaya tidak keluar rumah jika hujan , takut-takut terkena hujan asid. Apa-apapun, langkah berjaga-jaga itu penting.. bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Mari kita lihat apakah kesan radiasi nuklear jika terkena kepada kita: Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema. Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas, menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan ciritbirit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan. Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian. Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

ms31

Rencana
Kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi kuat kelmarin tidak akan merebak ke negara lain termasuk Malaysia berdasarkan faktor jarak dan suhu di kawasan bencana. Menurut Profesor Nuklear Dalam Perubatan, Kolej Perubatan Masterskill, Prof. Datuk Dr. Proom Promwichit kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah Celsius. Jika suhu di kawasan itu melebihi 1,000 darjah celsius, kesan radiasi akan naik ke lapisan atmosfera dan mampu merebak sehingga ke negara ini. Beliau juga berkata, faktor jarak turut memainkan peranan dalam penyebaran kesan radiasi itu dan memandangkan jarak Jepun dan Malaysia sangat jauh, risiko penyebaran kesan radiasi tersebut sangat kurang. Seterusnya beliau menjelaskan bahawa bahagian yang paling berbahaya pada sesebuah loji nuklear adalah terasnya, namun peluang untuk teras nuklear itu tersebar adalah mustahil kerana setiap loji mempunyai mekanisme pelindungan yang mengelakkan teras tersebut daripada tersebar dan apa yang dibebaskan dari loji tersebut hanya lapisan luar nuklear yang tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada manusia Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia janganlah begitu khuatir akan kesan radiasi ini kerana ianya masih terkawal dan langkah berjaga-jaga sentiasa diambil. Sumber:Berita Harian, 13 Mac 2011

ms32

Rencana
BLUETOOTH Oleh: Nurul Asyikin Mad Yusuf Apa itu Bluetooth? Merupakan satu sistem komunikasi tanpa wayar yang berjarak pendek yang membolehkan komunikasi berlaku di antara komputer, pencetak, telefon dan PDA dengan menggunakan 2.40GHz 2.48GHz frekuensi radio. Rajah 1 menunjukkan kedudukan frekuensi Bluetooth dalam International Radio Frequency Allocation. Rajah 1 : International Radio Frequency Allocation Bluetooth merupakan suatu rangkaian ad hoc yang boleh dibentuk secara spontan. Peranti bluetooth saling mengesan untuk membentuk suatu rangkaian dipanggil piconet. Bluetooth LAN juga boleh dihubungkan ke Internet jika salah satu perantinya mempunyai keupayaan tersebut. Sejarah Bluetooth Nama Bluetooth diambil dari nama raja Denmark, Harald Bluetooth. Bluetooth dibangunkan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Ia adalah teknologi yang murah, handal dan efisien. Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM dan Toshiba. Kemudian, Bluetooth Special Interest Group membangunkan spesifikasi dan standard bagi bluetooth. Di samping itu terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam membangunkan produk yang berlandaskan teknologi Bluetooth. Ciri-Ciri Bluetooth Tanpa wayar (wireless). Berkomunikasi pada frekuensi radio 2.40-2.48GHz . Menggunakan kuasa yang rendah (1 mW) untuk menghantar isyarat supaya interferens kurang berlaku saluran data komunikasi berkapasiti 1 Mbps. Jarak penghantaran isyarat sejauh 10 meter dan isyaratnya boleh melalui dinding pada rumah walaupun lemah. Berkomunikasi menggunakan komunikasi dupleks separa atau dupleks penuh. Menggunakan teknik spread-spectrum frequency hopping.

Kebaikan Bluetooth Pemindahan data wayarles yang laju Mudah dan menjimatkan masa Berinteraksi dengan peranti lain tanpa line of sight. Ia membenarkan data dihantar kepada banyak perkakasan pada masa yang sama. Akan mengesan sendiri alat yang ada bluetooth disekitarnya. Keburukan Bluetooth Kawasan liputan kecil Sambungan yang lambat Risiko keselamatan data Mahal berbanding IR Berlaku gangguan gelombang radio sekiranya terlalu banyak perkakasan Bluetooth digunakan Tidak banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini Konflik dengan USB adapter External USB Bluetooth memerlukan pengguna memasang driver yang unik.

ms33

Ulasan Buku
Penulis Tajuk Penerbit ISBN Bil. Mukasurat Diulas Oleh : Razali Saaran : Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik : Mustread Sdn. Bhd. (2010) : 9789675426049 : 201 : Amilia @ Emil Binti Hasan

Selama ini banyak buku ilmiah yang menerangkan kepada pembaca tentang pelbagai pendekatan dalam proses mendidik. Namun hakikatnya Nabi Muhammad S.A.W telah pun menunjukkan cara mendidik. Sesungguhnya buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik yang hendak pengulas ketengahkan ini amat relevan dirujuk oleh pembaca khususnya para pendidik. Secara keseluruhannya buku ini mudah difahami oleh pembaca. Olahan dan gaya bahasa penulis buku ini yang mudah dan jelas. Setiap penerangan atau fakta di dalam buku ini, disertakan dengan contoh peristiwa junjungan Rasulullah semasa baginda mendidik manusia khususnya umat Islam. Buku ini mengupaskan topik tentang definisi guru; kaedah-kaedah pengajaran di dalam kelas; dan peribadi seorang guru dalam konteks universal. Berikut adalah beberapa fakta atau penyataan yang terdapat di dalam buku ini, dan pada persepsi pengulas penyatan ini menarik untuk berkongsi bersama-sama pembaca: 1.0 Definisi Guru Sebelum pengulas meneruskan ulasan yang lebih jauh, eloklah kira pengulas mendefinisikan guru berdasarkan pada profesion perguruan iaitu; guru ialah satu profesion yang memerlukan kepada ilmu dan kemahiran yang khusus. Manakala pada konteks Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia menyatakan guru ialah individu yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. Menurut penulis buku ini juga mendefinisikan juga guru ialah suatu profesion yang memerlukan kemahiran tertentu sebelum individu itu bergelar guru. Berdasarkan pada fakta-fakta ini maka jelaslah bahawa individu yang bekerja sebagai cikgu dan pensyarah itu ialah guru meskipun mereka hanya terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan.

ms34

Ulasan Buku
2.0 Tanggungjawab Guru Ulasan seterusnya ialah perbandingan tanggungjawab guru pada perspektif buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik dengan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Penulis buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik ini menjelaskan tanggungjawab guru berdasarkan pada pandangan Imam Al-Ghazali. Manakala pengulas hanya mengambil tanggungjawab terhadap pelajar sahaja di dalam Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Berdasarkan pada Jadual 1.0 sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada pembaca khususnya pembaca yang bergelar guru. Kaedah Pengajaran di dalam Kelas Pengulas tidak akan membuat perbandingan pada fakta ini, namun sekiranya pembaca membaca buku ini dan membuat perbandingan dengan buku-buku ilmiah yang lain, pembaca akan mendapati bahawa cara ini telahpun ditunjukcara oleh Rasulullah S.A.W. Antaranya ialah: a. Kaedah soal jawab. Rasulullah bersabda jika bukan kerana bertanya, pasti ilmu akan lenyap. Riwayat Imam Darumi. Pada masa ini kaedah ini dinamakan sebagai brainstorming. b. Kaedah pengulangan soalan Kaedah ini ialah Rasulullah S.A.W meminta individu yang bertanya soalan itu mengulang semula soalan setelah baginda menjelaskan soalan tersebut buat kali pertama. Kebaikan kaedah ini ialah: Memberi ilmu kepada semua pelajar. Memberi peluang kepada guru memberikan jawapan yang lebih lengkap. Mewujudkan kelainan terhadap penyampaian kepada pelajar. Meningkatkan pemahaman kepada pelajar. c. Kaedah soalan lain jawapan lain Kaedah ini digunakan oleh Rasulullah S.A.W apabila ada perkara yang lebih penting dan manfaat daripada soalan yang diajukan oleh penanya. Faedah ini ialah mendidik pelajar mengutamakan perkara yang lebih penting yang dianggap sebagai jamabatan penghubung kepada soalan yang ditanya itu. d. Kaedah melewatkan jawapan Kaedah ini boleh diaplikasikan semasa proses penyampaian sedang berlaku, tiba-tiba seorang pelajar terus bertanyakan soalan pada guru tersebut. Pada situasi ini guru bolehlah melewatkan jawapan terhadap persoalan itu kerana ia boleh menimbulkan rasa ingin tahu yang membuak-buak di minda pelajar. e. Kaedah sentuhan Kaedah ini digunakan Rasulullah ketika baginda menunjukkan rasa kasih dan memujuk seseorang itu. Namun harus diingat tentang batas-batas sentuhan semasa guru mengaplikasikan kaedah ini. f. Kaedah motivasi Ia boleh digunakan dengan cara peneguhan positif atau negatif.

3.0

Kaedah-kaedah yang lain pembaca boleh perolehi dengan membaca buku Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik. Kepelbagaian teknik ini sangat universal. Malahan ia boleh diaplikasikan di dalam pelbagai bidang ilmu.

ms35

Ulasan Buku

4.0

Peribadi seorang guru Sekali lagi penulis menggunakan rujukan Imam Al-Ghazali dalam penulisan beliau tentang peribadi seorang guru. Berikut adalah peribadi seorang guru: a. Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerima dengan baik. b. Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih. c. Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk serta tidak takbur d. Tidak takbur kecuali terhadap orang yang zalim iaitu tujuan mencegah tindakan zalim tersebut. e. Bersifat tawaduk (merendahkan diri) dalam perbincangan. f. Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh. g. Menanamkan sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua pelajarnya. h. Bersabar dan tidak mengherdik pelajar yang kurang pandai. i. Membimbing dan mendidik pelajar yang kurang pandai dengan cara yang sebaikbaiknya. j. Berani berkata saya tidak tahu terhadap masalah yang dia tidak fahami. k. Menampilkan hujah yang benar apabila berada di pihak yang salah dan bersedia kembali kepada kebenaran. Rumusan Secara rumusannya, buku ini mengajak pembaca ke perspektif berbeza tentang kaedah atau teknik pengajaran yang boleh diimplimentasikan oleh pembaca khususnya para guru dalam mempelbagaikan teknik dan gaya pengajaran agar proses penyampaian ilmu itu sentiasa tampak segar. Selain itu, buku ini juga boleh menjadi rujukan para guru yang ingin mentransformasikan gaya pengajarannya agar bersesuaian dengan era dunia tanpa sempadan.

1.0

ms36

Ulasan Buku
Penulis Tajuk Penerbit ISBN Bil. Mukasurat Diulas Oleh : Intan Nazrahayu Nasir : Menyusu Si Permata Hati : PTS Millennia Sdn Bhd : 983-3372-39-2 : 235 : Nurul Asyikin Mad Yusuf

Menyusukan anak adalah satu anugerah yang terindah bagi ibu-ibu selepas melahirkan cahaya mata. Buku ini menjawab secara jujur dan ringkas kemusykilan ibu-ibu yang bercadang untuk menyusukan anak ataupun mereka yang bimbang tetapi tidak berminat untuk membaca faktafakta seperti di dalam buku akademik. Buku ini menceritakan pengalaman peribadi, pahit dan manis ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu badan. Isi Kandungan BAHAGIAN 1 : Panduan Sebelum Menyusu Badan BAHAGIAN 2 : Panduan Asas Penyusuan Bayi BAHAGIAN 3 : Masalah yang Menjadi Kebiasaan Ibu-ibu Menyusu BAHAGIAN 4 : Kaedah Mengatasi Masalah Menyusukan Anak BAHAGIAN 5 : Panduan untuk Ibu Bekerja dan Suri Rumah BAHAGIAN 6 : Panduan Penyusuan Semasa Bermusafir BAHAGIAN 7 : Panduan Menyusu di Khalayak Ramai BAHAGIAN 8 : Kata-kata Perangsang Pemberi Semangat BAHAGIAN 9 : Pengalaman Menyusu Luar Biasa Buku ini sesuai dibaca oleh ibu-ibu yang bercadang untuk menyusukan anak secara ekslusif dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Kandungan buku yang menyeluruh mengupas pelbagai aspek daripada panduan sebelum menyusukan sehinggalah permasalahan semasa penyusuan, panduan semasa bermusafir sehinggalah proses bercerai susu amat membantu pembaca dalam menjayakan penyusuan ibu.Menyusukan anak nampak mudah bagi sesetengah orang, namun ilmu penyusuan perlu dipelajari dan diaplikasikan dalam menjayakannya, apatah lagi bagi ibu-ibu yang bekerja. Buku ini juga memberikan tips-tips dan nasihat untuk menambahkan keyakinan untuk ibu menyusukan anak dikhalayak ramai yang mungkin menyebabkan sesetengah ibu kurang selesa lalu memilih susu botol. Kepelbagaian kisah peribadi ibu yang dimuatkan dalam buku ini pula dapat membantu ibu ibu yang berada di luar terutamanya yang baru dikurniakan cahaya mata sulung yang tiada pengalaman. Pada saya, keseluruhan kandungan buku ini boleh dimanfaatkan oleh semua ibu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Sesungguhnya susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak kita sebagai pengikat kasih sayang antara ibu dan anak.

ms37

Ulasan Buku
Penulis Tajuk : John Gray : Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu) : PTS Profesional (2011) : 9789673690787 : 367 : Amilia @ Emil Binti Hasan

Penerbit ISBN Bil. Mukasurat Diulas Oleh 1.0 Pengenalan

Matlamat ulasan buku Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu) ialah mengajak pembaca mengupas tentang komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan wanita. Sesetengah individu merasakan isu ini agak remeh, namun tanpa kita sedari kebanyakan isu konflik dalam sesuatu kumpulan adalah disebabkan oleh antara individu kurang mengenali sehingga berlakunya konflik. Selain itu melalui buku ini, sedikit sebanyak dapat membantu pembaca untuk mengenali tingkahlaku seseorang itu. Sebelum meneruskan ulasan seterusnya, eloklah kiranya pembaca didedahkan dengan beberapa petikan iaitu: 1. Firman Allah Taala yang bermaksud; Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujuraat;13) 2. Akhlak menurut bahasa ialah kelakuan, tingkahlaku atau perangai. Manakala daripada istilahnya akhlak menurut Imam Ghazali ialah sifat yang tertanam di dalam jiwa yang menmpilkan perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan paksaan. 3. Konflik ialah suatu proses yang menghalang pencapaian matlamat suatu sistem. Jika dilihat pada teknikal konflik boleh dikatakan sebagai ralat. 4. Ranjit Singh (2004) konflik interpersonal sebagai perselisihan faham antara dua individu atau lebih dengan isu-isu substantif seperti matlamat, tanggungjawab dan peraturan atau isu yang beremosi.

ms38

Ulasan Buku
2.0 Pemikiran Merujuk kepada buku, pemikiran antara lelaki dan wanita dapat diringkas seperti Jadual 1 di bawah ini: Jadual 1: Perbezaan Pemikiran Lelaki dan Wanita Lelaki Gambaran seseorang lelaki di dalam buku ini ialah seorang yang mementingkan kuasa, kebolehan, kecekapan dan pencapaian. Harga diri mereka didefinisikan melalui kebolehan mereka mencapai matlamat. Mereka akan sedaya upaya menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapinya. Mereka tidak gemar menerima nasihat, bantuan atau sokongan melainkan jika mereka benar-benar memerlukannya. Mereka berpusatkan kepada matlamat. 3.0 Tingkahlaku ketika Stress Hasil daripada pembacaan buku ini, apabila seorang lelaki menghadapi stress, dia - lebih banyak senyap. akan lebih banyak berfikir untuk mencari jalan penyelesaian masalah sehingga dia tidak sedar perkara yang lain. akan berfikir 95% tentang penyebab stress sehingga dia menjadi seorang pelupa, tidak responsif dan terlalu terganggu dalam hubungan. Wanita Gambaran seseorang wanita di dalam buku ini ialah seorang yang menghargai kasih sayang, komunikasi, kecantikan dan hubungan. Harga diri mereka dinilai melalui perasaan dan kualiti hubungan mereka. Mereka berkongsi perasaan lebih penting daripada mencapai matlamat. Mereka gemar menawarkan nasihat, bantuan dan sokongan tanpa diminta adalah tanda kasih sayang mereka. Mereka berpusatkan kepada hubungan.

Tingkahlaku ini akan berubah semula apabila mereka berjaya menangani stress ini. Penulis buku ini ada mencadangkan beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh individu lain sekiranya situasi ini berlaku antaranya amalkan sikap sabar dan tenang. Berbeza pula tingkahlaku wanita dalam menangani stress. - Emosi seorang wanita akan lebih teruja ketika menangani stress. Wanita akan meluahkan perasaan dan seluruh masalah berkaitan perasaanya. Mereka tidak memikirkan jalan penyelesaian stress sebaliknya mencari kelegaan dengan meluahkan perasaannya agar orang lain dapat memahami situasi dirinya.

Kadangkala apa yang mereka luahkannya itu tiada berkait langsung dengan penyebab stress tersebut. Sekiranya pembaca berhadapan dengan situasi ini, pembaca digalakkan untuk menjadi seorang pendengar yang terbaik.

ms39

Ulasan Buku

4.0 Konflik Penulis buku ini mencadangkan langkah-langkah berikut ketika berdepan dengan situasi konflik: Individu itu perlulah melaraskan dalam mindanya apabila individu lain menentang kita, sebenarnya mereka menentang cara kita menyampaikan pendapat. Berehat seketika isu yang diperdebatkan, kenalpasti masa-masa ketika perbezaan pendapat bertukar menjadi pertengkaran. Fikirkan cara yang penyampaian pendapat yang bersesuaian dengan individu tersebut. Lontarkan semula pendapat kita dengan kaedah yang lain pula kepada individu tersebut. Lelaki perlu menerima secara terbuka perasaan dan pandangan individu lain. Wanita perlu menggunakan perkataan yang mudah dan tepat ketika melontarkan pendapat dan emosinya.

5.0 Kelemahan Secara keseluruhannya, pada persepsi pengulas, penulis buku menulis berdasarkan analisis penulis sebagai seorang kaunselor. Maka ia tidak memaparkan 100% ketepatan tentang perbezaan komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan wanita. Sekali pandang buku ini jika dibaca oleh kanak-kanak, mereka beranggapan lelaki adalah daripada planet marikh manakala wanita berasal dari vernus. Hakikat sebenarnya manusia ini adalah dijadikan daripada setitis mani yang bercampur sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud; Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur[1535] yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. (Al-Insaan; 2) [1535]. Maksudnya: bercampur antara benih lelaki dengan perempuan. Pada persepsi pengulas, penulis buku ini menggunakan frasa Men Are From Mars, Women Are From Venus untuk menggambarkan perbezaan antara komunikasi dan perhubungan antara lelaki dan wanita.

6.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya buku ini sangat menarik untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi sudut bacaan setiap individu kerana penyampaiannya yang mudah dan menarik. Malahan ia juga memberikan contoh yang mudah untuk difahami oleh pembaca.

ms40

Ulasan Buku
Penulis Tajuk Penerbit ISBN Bil. Mukasurat Diulas Oleh : Shamsuddin Abdul Kadir : Hidup Tenang Walaupun Berhutang : PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd : 983-3585-49-3 : 174 pages : Faridah binti Jamil@Amat

Hutang Anda tidak akan aman selagi tidak melawannya. Malah anda akan kekal sebagai Hamba kepadanya Itu adalah kata-kata aluan untuk para pembaca yang membaca buku bertajuk Hidup Tenang Walaupun Berhutang Bunyinya agak ganjil tetapi itulah realiti kehidupan kita pada masa kini di mana kita tidak dapat lari daripada berhutang, tetapi apa yang paling penting untuk kita ketahui ialah walau sebanyak mana hutang kita tidak menjadi persoalan tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana kaedah kita menguruskan segala hutang-hutang kita dengan baik supaya kita dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan lebih baik lagi dan perlu untuk kita ingati bahawa pekara yang membabitkan hutang akan dibawa sehingga ke liang lahad. Meminjam kata-kata Luqman Hakim kepada anaknya Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. Buku karangan Shamsuddin Abdul Kadir adalah satu buku yang sangat baik dibaca oleh kita semua dengan bahasa yang mudah dan kadang kala agak sinis kita dengari supaya kita mempunyai asas yang kukuh bagaimana untuk tidak berhutang bagi yang belum berhutang, menguruskan hutang bagi yang sedang berhutang, melangsaikan hutang pada yang sedang tenat menanggung hutang dan tip-tip bagaimana tidak mahu menanggung hutang lagi. Dalam buku ini penulis membahagikan bukunya kepada tiga bahagian di mana ia ditulis mengikut senario semasa yang sering melanda masyarakat kita. Dalam bab pengenalan penulis akan membawa pembaca menghayati satu kehidupan yang sebenar di mana senarionya mungkin sama seperti kita yang mengisahkan perjalanan hidup seorang eksekutif muda yang baru mendapat pekerjaan tetapi akhirnya telah kehilangan segala-galanya gara-gara kekurangan ilmu menguruskan hutang. Dalam bab yang kedua penulis membawa kita petanda banyak hutang atau tidak dengan menyenaraikan perkara perkara yang biasanya berlaku contohnya membayar minimum kad kredit, mengeluarkan wang tunai di ATM menggunakan kad kredit, cek tendang, kerap mendapat panggilan telefon dari bank dan banyak lagi contoh yang boleh didapati dari buku ini. Dalam bab ketiga pula penulis mengupas persoalan kenapa kita berhutang. Daripada kajian yang telah dijalankan oleh penulis, didapati kita berhutang selain daripada untuk keperluan asas seperti perlindungan dan pengangkutan, kita terpaksa juga berhutang kerana memenuhi keperluan gaya hidup yang keterlaluan tanpa memikirkan antara kehendak dan keperluan. Untuk memenuhi segala keperluan gaya hidup kita tanpa disefari kita telah menjerat diri ke kancah keberhutangan ini disebabkan kita telah mengamalkan satu prinsip biar papa asalkan bergaya ditambah pula dengan kebanjiran skim-skim pinjaman mudah yang mudah memberikan kemudahan pinjaman yang akhirnya akan menjerat diri kita.

ms41

Ulasan Buku
Dalam bab yang seterusnya untuk bahagian yang kedua penulis menerangkan dengan panjang lebar kenapa kita masih berhutang sedangkan kita tidak pernah culas membayar hutang. Antara yang menarik untuk kita renungkan ialah kita sering terlupa semasa membuat hutang bahawa kita sebenarnya akan membayar harga sesuatu perkhidmatan atau barangan tiga atau empat kali ganda lebih mahal daripada harga asalnya walaupun kita membayar satu jumlah yang kecil pada setiap bulan. Percaya atau tidak jika kita berhutang menggunakan kad kredit dengan jumlah RM 7000.00 dengan bayaran minimum setiap bulan kita akan menghabiskan 6 tahun 4 bulan untuk menyelesaikan hutang kad kredit kita. Dalam bab ke tujuh untuk bahagian ketiga setelah menerangkan dengan panjang lebar mengenai hutang, penulis memberikan beberapa cadangan bagaimana untuk bebas daripada hutang untuk kita teladani. Antara yang menarik, penulis menyatakan bahawa untuk kita bebas dari berhutang bermula daripada diri kita sendiri terlebih dahulu. Menurut penulis dalam menyelesaikan hutang pekara yang penting ialah kesabaran kita dalam menyelesaikan hutang kerana tanpanya kemungkinan besar hutang kita semakin bertambah. Selain daripada itu penulis mencadangkan gaya hidup kita diubah mengikut kemampuan diri. Selain daripada itu penulis memberikan beberapa tip yang lain bagaimana untuk menyelesaikan hutang kita seperti menggunakan keadah bebola salji dan banyak lagi yang boleh kita dapati jika kita membaca buku ini. Akhir kata daripada penulis dalam menangani hutang kita mestilah mempunyai keazaman, tekad, teknik, ilmu dan paling penting ialah dapat menundukkan hawa nafsu kita supaya berpijak kepada bumi yang nyata kerana kita berhutang disebabkan ketidakmampuan kita untuk menunaikan kehendak secara tunai.

ms42

Tazkirah
KEHEBATAN BERZIKIR Oleh: Tn. Hj. Jaidi bin Ahmad Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Bersyukur kepada yang Maha Kuasa yang masih memberi kita taufik dan hidayah-nya mengekalkan kita momentum untuk meneruskan perjuangan dalam menghadapi karenah kehidupan mendatang. Keutamaan berzikir umpama sebuah generator berkuasa tinggi dapat memacu kecekapan penjanaan dan penghasilan tenaga elektrik yang tinggi dan konsisten dan diakhir perkakasan dapat digunakan secara efisiensi dan stabil malah memberikan pencahayaan yang boleh menerangi kawasan atau rumah justeru aktiviti dilakukan dengan sempurna. Diriwayatkan di dalam sebuh hadis baginda rasullullah s.a.w pernah bersabda : zikrullah itu adalah penyembuh (bagi penyakit-penyakit) hati yakni penyakit-penyakit hati seperti takabur, hasad dengki, irihati, purba-sangka dan sebagainya maka rawatan yang sewajarnya ialah zikrullah. Selain itu dengan zikrullah akan menjadi berlapang dada, jiwa yang besar, kekusutan hati akan terlerai dan beratus-ratus faedahnya dari aspek zahir dan batin.Zikrullah adalah ungkapan yang mudah tetapi amat sukar untuk diucapkan. Persoalannya kenapa?. Dalam suatu jasad ada satu ketul dagig kalau baik maka baiklah semuanya tetapi kalau rosak ia, maka rosaklah keseluruhannya iaitu hati. Atas perkara ini kita sebagai insan yang lemah ini nak tak hendak wajib memahami proses operasi hati. Dalam konsep kejadian insan ada tiga elemen utama yang sedia wujud iaitu Ar-roh (jiwa), al-aqli (akal) dan An-nafsu (nafsu). Tiga elemen ini adalah diumpamakan sebagai kepunyaan individu yang membentuk diri mereka sendiri. Allah tidak akan ubahkan suatu kaum itu melainkan kaum itu yang merubahkan dirinya sendiri. Kita perhatikan bagaimana ada kelompok individu rajin pergi ke masjid, ada setengahnya, setiap waktu ada sahaja dimasjid, ada sebahagian lain azan berkumandang pun buat-buat tak reti, ada setengahnya dilalaikan dengan perbualan, perniagaan, bersukan, ada pula yang pergi disko berhibur, berlaku maksiat, pergaduhan, berjudi, suka memfitnah orang, mengadu domba, benci membenci, cantas-mencantas dan banyak lagi gejala mazmumah, persoalanya kenapa ini berlaku? Inilah bermulanya tindak tanduk hati atau ar-roh, kalau baik maka baiklah ia kalau tak baik, tak baiklah ia. Jiwa yang bersih akan melahirkan fikiran yang sihat dan rasionalnya amat tinggi dan impaknya akan mengekang aspek pengaruh an-nafsu. An-nafsua ada pelbagai kategori, yang paling tinggi kedudukanna adalah nafsu mutmainnah dan yang rendah adalah nafsu ammarah. Hati memainkan peranan menentukan kedudukan nafsu kita. Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa, sebab itu kita diingatkan mengikut kata al-quran dan Al-hadis supaya tidak sesat. Jikalau ketua hanya mengikut kata hati maka segala rantaian implementasi organisasi akan sentiasa mati aspek batinnya, kurang berkah, maka kurang rahmah. Natijahnya dalam meningkatkan keredhaan Allah swt maka hati wajib di sinarkan dengan bacaan zikrullah, melalui proses pemutihan ini akan mendapat nusrah Allah melalui ilham, cetusan hati yang bersih , sentiasa bersangka baik pada insan lain, tiada hasad dengki, mengadu domba, benci membenci, keikhlasan akan terpancar di sanubari insan, insyaallah kerja yang dilaksanaan pun tidak diperkirakan. Zikir yang tertinggi sekali adalah kalimah taiibah iaiatu Laillahaillallah. Wallahualam..

ms43

BizNIAGA

PROMOSI!!!
Perkhidmatan yang disediakan: Menjual kain pasang dan keronsang pada harga yang berpatutan. Sungguh murah & selesa dipakai. Perkhidmatan Servis komputer & laptop Servis computer Membekal komputer & laptop 'Upgrade' komputer Menjual komputer baru & terpakai Kami membantu anda menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan dengan komputer anda.
Sila hubungi kami : zila : 019-6631213 email : zilah99@yahoo.com

Ida : 013-6522117 email: kapasitor90@hotmail.com

ms44

BizNIAGA

INQ LUVBITZ ENTERPRISE Homemade Chocholate!! Tempahan dibuka: Harga,bentuk dan perisa mengikut kehendak dan budget anda!!
Solid Choc dan Choc With Filling juga dijual dalam telap seperti berikut: Solid Choc: 20kpg =RM 12.00, 50pcs=RM 30.00 Choc With Filling: 20pcs=RM15.00, 50pcs=Rm35.00 Coklat Nestum/Oat: 8biji = RM6.00, 20biji = RM15.00, 50biji=RM35.00

ms45

BizNIAGA

ms46

Anda mungkin juga menyukai