Anda di halaman 1dari 3

KERATAN

AKHBAR

OBJEKTIF
Tujuan tinjauan ini dilakukan ialah untuk mengenalpasti masalah yang timbul akibat permasalahan kebanjiran warga asing ini.Masalah ini diperhalusi untuk mengenalpasti punca berlakunya masalah ini dan melihat kelemahan yang ada sehingga berlakunya masalah ini.Selain itu ia juga bertujuan menyedarkan masyarakat tentang fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Objektif tinjauan ini dilakukan juga ialah bertujuan untuk sama-sama mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan memberi sedikit sumbangan idea yang mungkin boleh digunapakai oleh pihak berkuasa untuk menengani masalah ini daripada terus menular dalam negara kita.Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai rasa cinta akan negara,kita harus memainkan peranan secara langsung atau tidak langsung dalam menyelesaikan setiap masalah yang membelenggu negara dari masa ke semasa. Bersesuaian dengan agenda kerajaan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak iaitu gagasan 1MALAYSIA yang menekankan perpaduan kaum di Malaysia,setiap rakyat Malaysia haruslah bersatu-padu dalam menangani masalah ini.Masalah ini jika dibiarkan tanpa mengambil sebarang tindakan yang berkesan akan member kesan yang besar kepada negara.

PENDAHULUAN

Kedatangan warga asing ke Malaysia sama ada untuk tujuan bekerja,belajar dan melawat telah memberi kesan negatif kepada negara.Kedatangan mereka yang kebanyakannya berasal dari negara-negara jiran seperti Indonesia,Bangladesh,Thailand,Kemboja dan lainlain.Bahkan ada juga pendatang asing ini berasal dari China dan negara-negara Afrika.Ledakan populasi pendatang asing di negara ini menyebabkan negara terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah yang timbul yang melibatkan pendatang asing seperti masalah jenayah,masalah sosial dan masalah ekonomi. Kadar jenayah seperti pergaduhan,samun bersenjata,pembunuhan,penipuan dan lain-lain jenayah yang melibatkan warga asing dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun.Ini boleh mengugat keamanan negara dan penduduk tempatan tidak lagi berasa selamat disebabkan sikap sesetengah warga asing yang bertindak ganas dan tidak menghormati penduduk tempatan. Selain itu,kesan daripada kebanjiran warga asing di negara ini juga menyebabkan berlakunya masalah sosial yang serius dalam kalangan masyarakat.Mereka mengamalkan budaya mereka yang bertentangan dengan budaya tempatan.Ada kalanya masyarakat tempatan akan terpengaruh dengan budaya tidak sihat yang dibawa oleh warga asing ini seperti pergaulan bebas,gangterisma dan lain-lain. Dari segi ekonomi pula,kesan negatif kebanjiran pendatang asing ini akan menyebabkan aliran keluar wang negara akan meningkat.Secara tidak langsung aset negara akan berkurang dan pembangunan negara akan menjadi lembab.

Anda mungkin juga menyukai