Anda di halaman 1dari 3

MENGENAI PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2011

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2011 adalah dibuka untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah dengan taraf kewarganegaraan Malaysia di seluruh Malaysia. Hanya Bahasa Malaysia boleh digunakan untuk mengarang surat dan format surat adalah SURAT TIDAK RASMI dan tajuk surat adalah;.
Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat Malaysia. Contoh memulakan karangan ada diberikan dan ianya adalah sepertimana berikut;

Kepada

rakyat

Malaysia

yang

dikasihi,

PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN DAN HARAPAN SAYA KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, dan ianya juga terkandung di dalam keterangan 'Kelayakan Penyertaan'; atas KATEGORI A para pelajar sekolah rendah Tahun 1 hingga Tahun 6 KATEGORI B para pelajar menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 Kelayakan untuk menyertai juga termasuk dua perkara sebagaimana berikutnya;

1. Para pelajar yang ingin menyertai juga dikehendaki membeli setem berharga RM0.80, dan 2. Sepucuk sampul surat kosong bersaiz A4 dengan beralamat sendiri untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Ketiga-tiga butang di bawah, telah pun diaktifkan pautannya secara masing-masing untuk anda melayari lamanweb resmi 'Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia' yang berkaitan dengan tajuk-tajuk; [A] [B] Borang [C] Contoh Tokoh Pejuang Kemerdekaan Syarat-syarat Pertandingan, Pertandingan, dan atas atas

KEPADA PARA PELAJAR YANG INGIN MENYERTAI (Kaedah memahami TAJUK PERTANDINGAN untuk gubahan karangan dengan cara mempelajari bagaimana mengulas tajuk atau soalan yang dikemukakan) Pendahuluan;

Ini adalah pandangan atau hendaklah difahami sebagai idea dari 'Cakap Niaga@cakapniaga' dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak yang lain. Kemaskini ini diterbitkan setelah pihak 'Cakap Niaga@cakapniaga' telah menerima 23 email (setakat ini) yang kandungannya telah difahami sebagai menyatakan hasrat yang sama, iaitu; meminta pandangan; dan berikutnya adalah hanya sekadar pandangan yang boleh dikongsikan sebagai pandangan peribadi 'Cakap Niaga@cakapniaga'. atas Baca tajuk berulang kali sehingga anda faham maksud tajuk Baca tajuk berulang kali sehingga anda faham maksud tajuk Baca tajuk berulang kali sehingga anda faham maksud tajuk Baca tajuk berulang kali sehingga anda faham maksud tajuk Baca tajuk berulang kali sehingga anda faham maksud tajuk atas Keterangan: 'pengalaman dan harapan' adalah sebagai pedoman utama yang terhasil dari pedoman amnya adalah 'Bayangkan'. 'Bayangkan' hendaklah diterjemahkan secara terjemahan berstruktur dan global, dan bukannya secara terjemahan literal. Ertinya; sumber "Bayangkan' itu mestilah datangnya dari pembacaan anda dengan merujuk mana-mana artikel atau dokumen yang benar dan sahih ada kaitannya dengan Sejarah Perjuangan Kearah Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu untuk dihubungkait dengan 'pengalaman dan harapan', seterusnya. atas Yang mana perkataan 'dan' telah digunakan di dalam susunan ayat penuh tajuk; 'pengalaman' telah ditaip terlebih dahulu dengan maksud perkara dari masa lampau (Tanah Melayu), kemudiannya perkataan 'dan' yang membawa pengertian bahawasanya 'ada sambungan yang tidak boleh dipisahkan sama sekali berkaitan dengan keterangannya yang saling berhubung kait' diantara yang sebelumnya dengan yang selepasnya, dituruti pula oleh perkataan 'hasrat' yang telah ditaip bagi tujuan menyatakan masa hadapan (Malaysia) yang mana iaya bertujuan dikaitkan dengan masa kini. Sebabnya, perkataan "Malaysia" telah digunakan sebagai satu perkataan yang mengakhiri tajuk. Malaysia wujud selepas Tanah Melayu terhasil dari kejayaan perjuangan kemerdekaan dan tuntutan-tuntutan sabit kemerdekaan. Ini bermakna, penceritaan mengenai 'pengalaman' hendaklah dikarang terlebih dahulu, kemudiannya dituruti dengan 'harapan' sabit dengan pengalaman tersebut. atas Seelok-eloknya, karang satu 'pengalaman dan harapan' dalam bentuk gubahan bagi setiap perenggan setiap satunya. Yang pasti, karangan anda hendaklah asli dan dalam pengertian yang lain ianya bukan hasil kerja ciplak atau dengan bahasa pertuturan harian sekarang (masa kini) dikenali sebagai 'CopyPaste' dari mana-mana artikel yang telah diterbitkan di laman internet dan juga dalam bentuk cetakan terdahulu. Para pelajar boleh menyemak keaslian karangan sebelum membuat penyerahan dengan menggunakan kemudahan penyemakan plagiarism di laman PLAGIARISMCHECKER dan/atau COPYSCAPE. Secara berfikiran logik, tidak mungkin seseorang pengadil yang mengadili pertandingan resmi yang dirasmikan, sebegini rupa, akan memilih satu karangan yang telah digubah melalui kerja-kerja ciplak dari artikel/dokumen yang telah dikarang oleh penulis asal (sebelumnya). Tidak mungkin! sama sekali! Sebab itulah, perkataan 'Bayangkan' telah digunakan sebagai satu perkataan yang memulakan tajuk. atas CONTOH KARANGAN PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA [ Sekadar Pandangan 'Cakap Niaga@cakapniaga'] Kepada rakyat Malaysia yang dikasihi,

PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PEJUANG KEMERDEKAAN DAN HARAPAN SAYA KEPADA RAKYAT MALAYSIA dengan ini saya sampaikan dan persembahkan dalam bentuk satu perenggan mewakili satu kategori maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan 'pengalaman dan harapan', secara masing-masing, sepertimana yang berikutnya; atas Pada zaman memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, saya telah berjuang dengan menyertai angkatan belia di bawah naungan barisan pemimpin utama mendapati bahawa wujud perpecahan; pendapat dan pegangan; dalam memahami erti juga matlamat perjuangan kemerdekaan. Inilah punca yang telah menjadi sumber utama menyebabkan kerumitan dalam menyatukan golongan belia untuk membentuk satu kesatuan yang padu demi membantu dan menyokong hasrat barisan pemimpin utama mempergiatkan usaha untuk mencapai kemerdekaan menjadi kenyataan. Jadi, harapan besar saya untuk rakyat Malaysia dihari ini, agar elakkan pergeseran sesama sendiri dan juga perebutan kuasa dalam memegang mana-mana jawatan penting dengan cara memberi laluan dan peluang kepada mereka yang berkewibawaan tinggi, terbukti dengan kenyataan yang penuh telah melaksanakan tugas yang berkesan baik menjadi pemimpin demi mencapai matlamat sesebuah perjuangan sehingga berjaya. atas Perenggan 2 (Satu Pengalaman DAN Satu Harapan): Cabaran tuntutan dari pihak British kearah pengisytiharan kemerdekaan Perenggan 3 (Satu Pengalaman DAN Satu Harapan): Rintangan dari pihak Parti Komunis Malaya Perenggan 4 (Satu Pengalaman DAN Satu Harapan): Isu pertelingkahan antara pelbagai kaum dalam memenuhi tuntutantuntutan pengisytiharan kemerdekaan Perenggan 5 (Satu Pengalaman DAN Satu Harapan): Faktor penyumbang keruncingan ekonomi dikalangan pejuang-pejuang atas Begitulah, dengan yang seterusnya! banyak lagi sebenarnya! memang banyak! Jadi, Bayangkan! BAYANGKAN! (Sebagai contoh situasi anda sekarang yang seumpama dengannya bagi memudahkan anda menjiwai keaadaan untuk menggubah karangan "Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2011") 'Bayangkan' anda sedang menulis sepucuk surat sepertimana yang telah dilaksanakan oleh YABhg. Tun Dr Mahathir (Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-4); yang mana beliau terdahulunya telah pun banyak menulis 'Tube Letter' untuk rakyat Malaysia; membuka, membaca, dan memahami isi kandungannya pada tarikh masa hadapan yang telah ditetapkan jadual untuk 'Tube Letter' berkenaan dibuka. atas [ kemaskini pada 17 Jun 2011 jam 4;28 petang ] Mencari Artikel Tepat Hasil Kajian Untuk Karangan Anda? Lawatilah! Pustaka Perdana @ Yayasan Kepimpinan Perdana (Jangan segan untuk bertanya mana-mana pustakawan di Pustaka Perdana berkaitan dengan artikel yang anda cari, mereka sudi membantu anda! dengan ikhlas.)