Anda di halaman 1dari 23

1 | P a g e

DIAD5103
Pensyarah
Ustazah nazneen binti ismail

Tajuk
Perbandingan Agama Kristian dan Islam
Diploma usuluddin
Hairul Amin Bin Othman
0031933


2 | P a g e

Mukaddimah

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi,dengan limpah kurnia dan izinNYA dapat juga saya
menyudahkan tugasan yang telah di berikan oleh ustazah Nazneen binti Ismail selaku pensyarah
yang mengajar subjek al_ilm mukaronah al-addiyan, juga selaku pensyarah di Jabatan Usuluddin
Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Tajuk tugasan kali ini adalah perbandingan agama di Antara islam dan kristian,tugasan ini bertujuan
untuk menerangkan tentang perbezaan dan persamaan yang terdapat di antara agama kristian dan
islam . Di harap tugasan ini mampu menjadi rujukan buat umat islam yang lain sebagai panduan
dalam menuju redha Allah SWT.

Sekian sahaja dari saya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Nazneen binti Ismail
kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyudahkan tugasan ini. Juga di panjatkan
kesyukuran buat pencipta sekalian alam Allah SWT yang telah mengizinkan dengan memberi
kesempatan ruang dan waktu untuk saya menyudahkan semua ini.





3 | P a g e


Isi Kandungan

Pendahuluan dan pengenalan 1-6
Persamaan dengan Islam................................................................6
Pengertian Islam.............................................................................5-10
Definisi Wahyu dan Nabi..............................................................10
Fenomena Wahyu dan Nabi...........................................................11
Agama Kristian..............................................................................12-14
Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)....................................14-15
Anak Tuhan (Jesus Kris)..............................................................15
Ketuhanan Jesus.............................................................................16
Penyaliban Jesus............................................................................16
Triniti.............................................................................................17-19
Persamaan dengan Islam...............................................................19-20
Kitab..21
Kesimpulan....................................................................................22
Rujukan......23





4 | P a g e






Pendahuluan

Perbezaan Kristian dengan Islam
Pertama sekali Dosa Warisan,keduanya Penyaliban Jesus,dan ketiganya
Triniti.tiga perkara ini saling berkaitan di antara satu sama lain secara
signifiken. Orang kristian hari ini mempercayai Jesus itu di salib bagi menebus
Dosa Warisan (original Sin) yang merupakan Rukun Iman penting dalam agama
kristian.

Persamaan dengan Islam
Sebenarnya kalau di teliti banyak persamaan di antara agama kristian dan
agama islam.Makna Islam itu sendiri ialah bererti kesejahteraan. Manakala
orang Islam pula membawa erti seseorang yang menyerahkan diri iaitu
bertaqwa kepada Allah SWT. Jesus juga salah seorang utusan Allah yang di
iktirafkan dan di hormati orang Islam.

5 | P a g e



PENGERTIAN ISLAM.
Tarif Islam.
Islam bermaksud patuh dan menyerah kepada Allah SWT semata-mata. Yakni
patuh dan tunduk kepada segala titah perintah Allah SWT.
Firman Allah SWT:,- _,: < _-,, .` l`. _. _ ,...l _
!sL !> ,l| _`->`, __
Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, pada hal
kepadaNya lah menyerah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi baik
dengan suka mahu pun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan(Ali
Imran : 83).
1

Firman Allah SWT: _. l`. .> _|| < > "_.>: .1 ,...`. :`-l!,
_..'l _|| < ,1.s `. __

1
Alquran alkarim,ali-imran : 83
6 | P a g e


Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedang dia mereka
berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada ikatan tali
yang kukuh. Dan kepada Allah lah kesudahan segala urusan.(Luqman : 22).
2

Patuh, tunduk dan menyerah itu perlulah lahir dari jiwa yang sedar dan insaf.
Iaitu kesedaran dan keinsafan berserta dengan memahami ilmu-ilmu Islam yang
benar dan sahih. Firman Allah SWT:
!.>! !>>' !1. _ . _l _. ! _ . ,l> _. !.:

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya
rugilah orang yang mengotorinya.(Asy-Syams: 8-10).
3

Manusia diberikan akal untuk membuat pilihan. Bebas untuk memilih dua jalan
yang disediakan (dengan izin Allah SWT). Keputusan daripada pemilihan itu
akan menentukan hakikat kehidupan di akhirat kelak. Di sinilah manusia perlu
berfikir panjang.

2
Alquran alkarim , luqman :22
3
Asy-syams : 8-10
7 | P a g e

Mereka yang telah memilih Islam bererti telah menentukan kehidupan bahagia
di akhirat kelak dengan izin Allah SWT. Memilih Islam di sini bermaksud ciri-
ciri Islam lahir dalam tingkah laku, peribadi, percakapan dan sebagainya.
Seluruh aspek hidup mempunyai hubungan dengan Allah SWT, iaitu hubungan
dengan syara atau Islam. Maknanya perbuatan seseorang Islam itu mewakili
keperibadian Islam yang Allah SWT kehendaki.
4


Sekiranya pilihan mereka tidak tepat, iaitu tidak memilih Islam dan memilih
jalan yang lain, maka hasilnya mereka akan mendapat balasan penderitaan yang
hebat daripada Allah SWT di akhirat nanti.
Islam itu lengkap,Islam bukanlah rekaan manusia. Ia bukanlah terbatas untuk
sesuatu generasi atau untuk sesuatu golongan manusia atau untuk sesuatu masa
dan tempat sahaja sepertimana agama sebalumnya.
Syariat Islam lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia. Ini berdasarkan
Firman Allah SWT:

, -,. _ _ . .,: ,l. _. .. !.:> , .,: _ls ,.> !.l.
,ls ..>l !..,,. _>l ,`_: _.> .> _:, _,.l`..ll __

4
Etika kristian dan islam,mohd nasir omar,dewan bahasa dan pustaka
8 | P a g e


(Dan ingatlah) akan hari (ketika) kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang
saksi atas mereka dari mereka sendiri dan kami datangkan kamu (Muhammad)
menjadi saksi atas seluruh umat manusia, dan kami turunkan kepadamu Al
Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat
dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.(Surah an-Nahl: ayat
89).
5

Kami tidak tinggalkan sesuatu juapun dalam al-Quran.(Surah al-Anam: ayat
38).
6

Islam mesti difahami sebagai satu manhaj atau sistem hidup yang lengkap
dalam semua aspek kehidupan manusia, sambung menyambung antara satu
bahagian dengan satu bahagian yang lain. Oleh itu setiap percubaan untuk
memecahkan bahagian-bahagiannya akan membawa kerosakan kepada Islam.
Islam bolehlah diumpamakan seperti tubuh badan manusia yang tidak boleh
dipisah-pisahkan. Tangan bersendirian yang terpisah daripada badan tidak dapat
melaksanakan tugas-tugasnya. Juga ia tidak dapat melaksanakan tugas-tugasnya
sekiranya dipasang pada tubuh badan lain. Begitu juga dengan syariat Islam
sebagai pengatur hidup masyarakat manusia. Islam mesti dipandang secara

5
Alquran alkarim surah an-Nahl :89
6
Alquran alkarim surah al-anam : 38
9 | P a g e

keseluruhannya dan tidak boleh dipandang kepada bahagian-bahagian tertentu
secara secara berasingan.
Berdasarkan kepada pengertian di atas, perlaksanaan Islam dalam semua cabang
kehidupan manusia hendaklah menyeluruh dan lengkap.
Mereka yang mengambil Allah SWT sebagai Ilah dan Rabb tidak mempunyai
pilihan lain melainkan mesti mengambil Islam yang meliputi semua bidang
kehidupan manusia.
Agama lain, seperti Kristian tidak terdapat di dalamnya undang-undang atau
peraturan-peraturan bagi mengatur hubungan manusia dengan manusia,
hubungan satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dan seterusnya
hubungan satu pemerintahan dengan satu pemerintahan yang lain.
Memeluk Islam bukanlah berbentuk warisan.
Ramai yang menganggap bahawa apabila ibubapa mereka telah Islam maka
mereka pun Islam (muslim) walaupun tidak melaksanakan hak-haknya.
Al-Quran itu bukanlah semata-mata suatu warisan daripada Rasulullah SAW
tetapi ia merupakan kitab Allah SWT yang diturunkan oleh Allah SWT kepada
Rasulullah SAW untuk difahami dan dijadikan panduan hidup ummat manusia.
Memeluk agama Islam bukanlah sebagai suatu hobi atau fesyen. Juga memeluk
agama Islam bukanlah sekadar menunjukkan yang zahir sahaja seperti Islam
10 | P a g e

pada pakaian atau hanya memperbanyakkan solah sunnat sahaja. Sesungguhnya
apabila kita memeluk Islam, kita mestilah menganut sepenuhnya iaitu dengan
menjadikan Islam sebagai cara hidup kita. Apa sahaja, samada pemikiran,
perkataan, perbuatan mahupun tindakan mesti mengikut cara dan ketentuan
Islam.
Kita mestilah menyesuaikan diri dengan Islam. Kita mestilah menyesuaikan diri
kita dengan kehendak Islam dalam semua urusan kehidupan . Adalah menjadi
suatu kesilapan bagi orang yang mengambil Islam dengan menyesuaikan Islam
itu dengan kehendaknya. Justeru itu dia mengambil Islam sebagai tempelan-
tempelan sahaja dan tidak mengambil Islam sebagai suatu cara hidup yang
syamil, kamil dan mutawazin.
7




Definisi Wahyu dan Nabi

Wahyu dan Nabi adalah istilah dari bahasa Arab. Oleh kerana itu untuk
mendapatkan definisi yang tepat dan definitif tentang kedua istilah ini mesti

7
Paderi bertanya pelajar islam menjawab,prof dr h.m rasjidi alhidayah publisher
11 | P a g e

secara mutlak kembali kepada makna lughawi (dictionary meaning) nya yang
diberikan dalam kamus-kamus bahasa Arab, dan bukan yang lain.

Fenomena Wahyu dan Nabi
Adalah suatu fakta yang tidak boleh disangkal, bahawa manusia adalah satu-
satunya makhluk yang diciptakan berakal. Dengan akal ini ia mampu berfikir,
dari yang paling mudah hinggalah yang sangat menakjubkan dan sophisticated,
untuk tujuan apa saja, baik yang konstruktif maupun destruktif, sejauh mana
yang bersangkutan dengan alam fizik yang nyata. Namun begitu masuk ke
wilayah alam non-fizik dan metafizik, khususnya yang berkait dengan prinsip
ketuhanan-peribadatan (ketuhanan-penghambaan atau uluhiyyah-ubudiyyah)
amat merisaukan. Ada sekelompok manusia yang menghamba, menyembah
dan bertuhankan sesama manusia, bahkan ada sekelompok yang lain yang
menghamba, menyembah dan bertuhankan makhluk yang lebih rendah daripada
manusia. Bahkan di alam yang serba moden ini ada kelompok-kelompok
manusia yang sibuk mengatur-atur Tuhan dan sekali melakukan penentangan
melawanNya untuk merebut tempatNya (dari God-centredness menuju human-
centredness).
Yang sangat menarik, dan rasanya sangat perlu diteliti secara saksama, adalah
bahawa praktikal ketuhanan-peribadatan semacam ini begitu pervasive,
12 | P a g e

universal dan tidak mengenal batas-batas ruang dan waktu. Oleh pakar ilmu
perbandingan agama, fenomena ini biasa dikenali sebagai sens numinis (naluri
keberagamaan) yang banyak di lihat di semua lapisan komuniti manusia, dan
oleh kerananya juga sering disebut suis generis, sens communis, dan religion
naturale.

Agama Kristian
Dikenali juga sebagai agama Nasrani. Dibawa oleh Jesus Christ (Nabi Isa) lebih
kurang 2000 tahun yang lampau(mengikut fahaman kristian). Kitab suci
Kristian adalah Bible yang terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama)
dan New Testament (Perjanjian Baru).

Old Testament (Perjanjian Lama) ini juga berisi kitab Taurat dan Zabur, yang
asalnya diturunkan Allah SWT kepada Nabi Musa dan Nabi Daud. Kitab ini
menjadi kitab suci bagi orang-orang Yahudi (Jew/ Jewish). Namun begitu
orang-orang Yahudi menolak sama sekali New Testament (Perjanjian Baru).

New Testament (Perjanjian Baru) turut mengandungi kitab Injil, yang asalnya
diturunkan Tuhan kepada Nabi Isa (Jesus). Yahudi menolak New Testament
kerana mereka tidak mengiktiraf Nabi Isa sebagai seorang nabi, sebagaimana
13 | P a g e

orang-orang Kristian yang menolak kitab Al Quran kerana mereka tidak
mengiktiraf Nabi Muhammad SAW. Namun begitu Kristian menerima Old
Testament dan menggabungkannya bersama New Testament yang dikenali
sebagai Bible pada hari ini.

Di antara ajaran terpenting (paling asas) dalam Kristian yang mesti di terima
secara mutlak dan tidak boleh dipersoalkan lagi adalah konsep Triniti. Konsep
Triniti ini bermaksud tiga Tuhan dalam satu iaitu Tuhan Bapa (God/ Father),
Roh Kudus (Holy Spirit) dan Jesus Christ (Nabi Isa) bersatu dalam satu
gabungan sebagai Tuhan. Ada juga yang memasukkan Maria (Mariam) ibu
Jesus ke dalam Triniti.

Jesus merupakan Anak Tuhan, dia mempunyai dua keadaan iaitu jasad manusia
Jesus dan badan ketuhanan Jesus. Dia diutus ke dunia ini oleh Bapanya (Tuhan)
untuk menebus segala dosa manusia. Untuk itu dia mesti dibunuh dan telah pun
dibunuh dengan cara disalib. Maka dosa-dosa manusia pun tertebus.

Dosa waris juga menjadi ajaran asas, iaitu semua manusia mewarisi dosa
daripada Nabi Adam dan Hawa (Eve) yang pernah melanggar perintah Tuhan.
Dosa waris ini terhapus dengan penyaliban Jesus.

Dalam erti kata lain, semua inilah prinsip-prinsip asas aqidah agama Kristian.
14 | P a g e

Sekiranya rosak salah satu sahaja daripada prinsip-prinsip kepercayaan ini maka
rosaklah seluruh agama Kristian tersebut walau sebaik manapun umatnya.
Sebaliknya, jika betullah semua prinsip-prinsip asas ini maka betullah seluruh
agama Kristian itu walau serosak manapun umatnya. Ini kerana yang rosak
adalah umat, bukan agama itu sendiri.

Umat Kristian terbahagi kepada beberapa mazhab dan aliran. Dua mazhab
terbesar adalah Roman Khatolik dan Protestan yang saling bermusuhan hingga
mengakibatkan pertumpahan darah sehinggalah ke hari ini. Ketua seluruh umat
Kristian Roman Katholik bergelar Pope yang tinggal di bandaraya suci Kristian
iaitu di Vatican City, negara terkecil di dunia yang terletak di Eropah.

Umat Kristian menolak Nabi Muhammad kerana bagi mereka para nabi (utusan
Tuhan) itu mestilah lahir dalam kalangan Bani Israil sahaja. Nabi Muhammad
lahir daripada keturunan Arab (bukan Bani Israil), maka langsung tidak layak
menjadi utusan Tuhan melainkan seorang pembohong.
8


Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)
Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun
menanggung dosa. Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar

8
Pengenalan christianiti,james R.adair,routledge and francis group
15 | P a g e

perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan yang di sebut di
dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam taman Syurga atau di
dalam bible disebut The Garden Of Eden (sila lihat The book Of Genesis di
dalam bible bandingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam
dan Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan
mereka itu. Akibat dari peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa
menanggung derita dan kesengsaraan akibat perbuatan mereka. Manusia
kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang dibuat untuk
menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang
yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi
untuk membersihkan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung
perlu dilakukan iaitu dengan kematian Anak Tuhan.

Anak Tuhan
Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan
anaknya kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan
sebagai anak tuhan(menurut ajaran kristian). Ajaran kristian percaya bahawa
Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16), oleh kerana
jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus
itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan
16 | P a g e

cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang
biasa.

Ketuhanan Jesus
Setelah Jesus digelar sebagai anak tuhan, dunia kristian akhirnya menukar status
Jesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu
sebenarnya adalah tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia.
Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya,
Keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di tiang salib.
Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovaha Witnesses,
Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.
Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus Christ,
dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya
dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat
tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya
puak ini dihapuskan. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan
yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu
dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut
adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini
mempunyai persamaan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat
17 | P a g e

dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya.
Itulah yang diajar oleh gereja kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin
yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu.

Penyaliban Jesus
Doktrin terakhir dalam ajaran kristian adalah doktrin yang menjadi lambang
utama dalam agama kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang
Kristian percaya bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu
Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan juga untuk
menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban yang
kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.
Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari
dulu hingga sekarang.
9

Triniti

Maksud trinity ialah Tuhan itu wujud dalam Kesatuan iaitu Tuhan Anak.Tuhan
Ayah dan Roh Suci (jibril). Triniti ini timbul sesudah Nabi Isa wafat, sebelum
Nabi Isa , ajaran para nabi lain daripada Nabi Adam a.s, Idris, Nuh, Ibrahim,

9
Allah islam dan Allah kristian (asal) adalah sama,nawi jusoh DNJ Consultant sdn bhd
18 | P a g e

Daud dan seterusnya Nabi Isa semuanya agama tauhid yang mengakui keesaan
Allah SWT. Tidak timbul langsung konsep Triniti pada masa itu tetapi muncul
selepas Nabi Isa.
Konsep ketuhanan yang suci yang di pegang oleh golongan Kristian yang awal
telah di ubah oleh gereja Rome menjadi dogma Tritunggal. Banyak falsafah
ciptaan orang-orang mesir kuno yang di puja oleh plato diterima menjadi
kepercayaan agama Kristian. Falsafah Hindu juga mungkin meresap ke dalam
kristian iaitu ada tiga tuhan: Brahma, Vishnu, dan shudra. Dalam konteks Triniti
(Tritunggal) ini juga ramai pengikut Kristian tidak puas hati, mereka agak
celaru tentang ideology Triniti ini. Ini juga menjadi salah satu faktor yang
signifiken mengapa orang-orang Kristian memeluk islam di Malaysia (Dr Nawi
Jusoh.MENGAPA KAMI MEMELUK ISLAM.Kuala Lumpur.2006 hal,26).
Sebenarnya ini adalah usaha pihak penyelewengan yang telah di eksploitasikan
nama dan kedudukan jesus itu sendiri dengan menyamakan Jesus itu dengan
tuhan iaitu di katakana Jesus itu Tuhan Anak,Tuhan dan juga Roh kudus: tiga
dalam satu (Dr roshan Enam ,Follow Jesus Or Follow Paul, Kuala Lumpur,
2001 hal 32-33) mencatatkan, Paul telah menjelaskan Jesus dengan perkataan
yang bermaksud seperti berikut: kerana seluruh diri Allah berkenan diam di
alam Dia colossian1:9
sebab dalam Dialah berdiam secara jasmaniah seluruh kepenuhan ke Allahan
Colossians 2:9
19 | P a g e

yang walaupun dalam rupa Allah,tidak menganggap kesetaraan dengan Allah
itu sebagai milik yang harus di pertahankan Philippians 2:6

Setelah meneliti Tiga persoalan asas Akidah Kristian itu dari pertimbangan
secara rasional dan pemikiran terbuka, terbukti disini bahwa banyak fakta-fakta
dalam bible itu tersasar daripada hakikat sebenar. Mudah-mudahan akan berkat
dan bertepatanlah dengan apa yang di jelaskan dalam Alquran surah An-Nasr
110 1-3 : :| ,!> ``.. < _.l , _!.l _l>., _ _,: < l> _
_,. ..> ,, :-.`. ..| l !,. _
1. Apabila Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-
Nya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat.
10


Persamaan dengan Islam
Rasul
Untuk ini Allah SWT telah mengurniakan kira-kira 124,000 orang utusan/nabi
ke dunia ini. Manakala Rasul pula seramai 313 orang di mana hanya 25 orang
sahaja yang harus umat islam tahu dan di nyatakan di dalam Alquran.

10
Alquran Alkarim surah Al-Nahsr 1-3
20 | P a g e

Apa yang dijelaskan oleh Allah SWT bahawa setiap kaum/bangsa itu telah
diutuskan sekurang-kurangnya seorang utusan.Alquran !.| ,..l. _>'!, ,:,
,.. | _. . | > !, ",.. __
24. Sesungguhnya kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran[1255]
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. dan tidak ada
suatu umatpun melainkan Telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
11

Apa yang diketahui ada setakat ini di antara 25 orang rasul itu ada 5 yang
terpenting (ulul azmi) iaitu Nabi Nuh,Nabi Ibrahim, Nabi Musa,Nabi Isa dan
Nabi Muhammad SAW. Terbukti bahawa Nabi Musa di utuskan untuk orang
yahudi sahaja iaitu kaumnya.Nabi Isa juga di utuskan untuk orang-orang yahudi
iaitu kaumnya yang telah terpesing daripada ajaran Nabi Musa a.s yang
menyeru supaya beriman kepada Allah SWT . Hanya Nabi Muhammad SAW
sahaja sebagai utusan terakhir Allah unutk seluruh alam. Ini dijelaskan di dalam
Alquran : !. l ..>: !, .> _. >ll> _>.l _. < .!> _.,,.l l <
_>, ,`_: !.,ls _
40. Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara
kamu[1223]., tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. dan adalah
Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

[1223] Maksudnya: nabi Muhammad s.a.w. bukanlah ayah dari salah seorang
sahabat, Karena itu janda Zaid dapat dikawini oleh Rasulullah s.a.w.

!. ..l. | .- _,.l.-ll _
107. Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat
bagi semesta alam.

11
Alquran Alkarim surah Al-Fathir 35
21 | P a g e


KITAB
Setakat ini yang diketahui bahawa ada 4 buah kitab yang diturunkan melalui
utusan-utusan itu, iaitu Taurat kepada nabi musa ,zabur kepada nabi daud,injil
kepada nabi isa dan alquran kepada nabi Muhammad saw. Dan alquran adalah
kitab terakhir untuk seluruh umat manusia sesuai dengan dalil quran `: !..
_ _. , `,1l _.> _!.ll .., _. _.l !l _. .: `>..
:l ..,l _. ! !.,. _ls . :.- _. ,!`, > .,`, < `, `.`,l
.,`, `, .`-l l..l :.-l .l < ls !. >.> l-l
_`>: __
185. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di
dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan
yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat
tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan
barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah
baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang
lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu
mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya
kamu bersyukur.



22 | P a g e

Kesimpulan
Dengan ini ternyatalah bahwa agama kristian telah di pesongkan oleh Paderi
kristian dan ada dikalangan mereka mengatakan bahwa apa yang terdapat pada
alquran adalah ditiru dari bible mereka. Nabi isa bukanlah Tuhan seperti yang di
yakini oleh penganut agama kristian kerana Nabi Isa a.s hanya seorang
nabi/rasul yang di utuskan oleh Allah SWT bagi membawa umat yahudi
kembali meng esakan Allah SWT.











23 | P a g e

Rujukan

[1] Alquran alkarim,ali-imran : 83

[2] Alquran alkarim , luqman :22

[3] Asy-syams : 8-10

[4] Etika kristian dan islam,mohd nasir omar,dewan bahasa dan pustaka

[5] Alquran alkarim surah an-Nahl :89

[6] Alquran alkarim surah al-anam : 38

[7] Paderi bertanya pelajar islam menjawab,prof dr h.m rasjidi alhidayah publisher

[8] Pengenalan christianiti,james R.adair,routledge and francis group

[9] Allah islam dan Allah kristian (asal) adalah sama,nawi jusoh DNJ Consultant sdn bhd

[10] Agama Yahudi, Kristen Katolik, Protestan, dan Islam., (BAndung : PT Citra Aditya
Bakti, 1993).
hlm. 149.
[11] Alquran Alkarim surah Al-Nahsr 1-3
[12] Alquran Alkarim surah Al-Fathir 35

Anda mungkin juga menyukai