Anda di halaman 1dari 23

PANDUAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA

Program KPLI adalah satu program lepas ijazah yang mengambil masa satu tahun (dua semester). Pelajar yang berjaya menamatkan kursus dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dianugerahkan Diploma Pendidikan. Sebagai pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) anda tertakluk kepada peraturan IPG dan Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang anda menjalani kursus. Buku Panduan Tawaran ini disediakan sebagai panduan untuk anda mengambil tindakan sewajarnya setelah menerima Surat Tawaran. 1. PENERIMAAN TAWARAN KURSUS Jika anda menerima tawaran kursus sila ambil tindakan berikut: 1.1 Lengkapkan Borang Penerimaan Tawaran Kursus dalam dua salinan.

(a)

Satu salinan Borang Penerimaan Tawaran Kursus hendaklah dikirimkan segera kepada :

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Guru (Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Aras 3, Blok E 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya 62604 Putrajaya (b) Satu salinan lagi hendaklah dikirimkan segera kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru berkenaan. Pihak institut berkenaan akan mengirimkan kepada anda maklumat dan panduan untuk melaporkan diri apabila menerima Borang Penerimaan Tawaran Kursus daripada anda.

1.2 Lengkapkan dengan betul, lima salinan borang Perjanjian


Pendidikan Guru dan lima salinan Butiran Penjamin Dan Saksi (sila hubungi IPG yang anda ditempatkan). Sila rujuk perkara 13.5 dalam Buku Panduan ini untuk mendapatkan keterangan lanjut bagi melengkapkan borang di atas. (a) Sediakan lima salinan fotostat Surat Tawaran yang telah disahkan. Kepilkan satu salinan Surat Tawaran tersebut pada tiap-tiap keping borang Perjanjian Pendidikan Guru. (Surat Tawaran Asal boleh didapati semasa pendaftaran). 2

(b)

Ketika melapor diri, bawa bersama lima keping setem hasil yang bernilai RM 10.00 tiap-tiap satu untuk urusan borang perjanjian berkenaan. Urusan mematikan setem akan dilakukan oleh pihak institut pendidikan guru berkenaan.

1.3

Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor. (a) Untuk tujuan 1.3 anda hendaklah melengkapkan surat KP(BPG)9115/8/2/SJ dan Borang Am 402 (sila hubungi IPG yang anda ditempatkan). Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (keratan Borang Am 402) tersebut mengandungi keputusan pemeriksaan xray dada dan paru-paru juga alamat lengkap hospital atau klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut. Keputusan pemeriksaan doktor tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas ketika melapor diri. Anda perlu menyediakan dua salinan fotostat keputusan pemeriksaan doktor yang telah disahkan untuk kegunaan IPG berkenaan. Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor serta x-ray adalah tanggungan anda sendiri.

(b)

(c)

(d)

PERINGATAN 1. Sekiranya anda sedang berkhidmat dengan pihak swasta anda hendaklah meletak jawatan sebelum mendaftar di IPG yang ditetapkan. Penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan. Sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan, kelulusan cuti belajar/cuti belajar tanpa gaji/pelepasan jawatan dengan izin/perletakan jawatan perlu diperolehi sebelum anda mengikuti latihan ini. Adalah diingatkan bagi tujuan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, pegawai yang meletak jawatan adalah tertakluk kepada Perintah Am 6 Bab A. Anda tidak boleh didaftarkan secara rasmi sekiranya anda gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk keputusan xray semasa melapor diri. Sekiranya anda mengalami kesuntukan masa untuk mendapatkan pemeriksaan doktor di tempat tinggal anda dan keputusan pemeriksaan tersebut tidak sempat disiapkan sebelum melapor diri, anda bolehlah membawa bersama surat KP(BPG)9115/8/2/SJ dan Borang Am 402 semasa melapor diri untuk mendapatkan pemeriksaan doktor di bandar yang berhampiran dengan IPG berkenaan. Anda diberi tempoh tidak lebih daripada 30 hari dari tarikh anda melapor diri untuk mendapat dan menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk x-ray. 3

2.

3.

4.

2.

PENOLAKAN TAWARAN KURSUS 2.1 Sila ambil tindakan berikut jika menolak tawaran berkursus. (a) (b) Lengkapkan Borang Penolakan Tawaran Kursus dalam dua salinan. Kembalikan dengan segera satu salinan Borang Penolakan Tawaran Kursus bersama-sama bahan yang telah diterima kepada Bahagian Pendidikan Guru. Kirimkan dengan segera satu salinan lagi Borang Penolakan Tawaran Kursus ke IPG berkenaan.

(c)
3.

PENDAFTARAN KURSUS

(a)

Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan. Calon mesti melapor di IPG yang telah ditetapkan pada tarikh seperti yang tertera dalam surat tawaran.

(b)

Semasa melapor diri di IPG, calon dikehendaki mengemukakan dokumen asal berikut kepada pegawai bertugas untuk semakan dan pengesahan. i) ii) iii) iv) v) Surat Tawaran Berkursus. Sijil kelahiran. Kad Pengenalan yang menunjukkan taraf warganegara Malaysia. Sijil Peperiksaan SPM/MCE/SPVM/SPMV/STP/HSC/ STPM/Diploma/Ijazah. Surat Pengiktirafan Nilai Taraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi ijazah yang diperoleh samada dari IPTA dalam negara, IPT luar negara atau IPTS tempatan (boleh dimuat turun dari laman sesawang JPA) .

(c) (d)

Calon tidak boleh didaftarkan sebagai pelajar di institut sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen ASAL. Semasa melapor diri calon juga dikehendaki membawa bersama: i) ii) iii) Lima salinan fotostat bagi setiap dokumen seperti tersebut di atas dan yang telah disahkan. Lima salinan borang Perjanjian Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin dan Saksi. Borang Pemeriksaan Doktor untuk memasuki Perkhidmatan Kerajaan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan. 4

iv) v) vi) vii) viii) (e)

Gambar berukuran pasport sebanyak 10 keping. Bayaran untuk minggu pendaftaran pelajar sebanyak RM300.00. Pakaian dan kasut sukan. Pakaian formal. Keperluan asas untuk pembelajaran dan semasa menginap di asrama.

Sesi interaksi pelajar bermula selepas pendaftaran.

PERINGATAN Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah tidak sah bagi calon yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum melepasi tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan/sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya semasa menerima tawaran ini. Penangguhan pendaftaran kursus adalah tidak dibenarkan dalam kes-kes di atas. Calon bolehlah memohon untuk mengikuti kursus ini pada tahun berikutnya. 4. BIDANG KURSUS Bidang kursus yang akan diikuti merangkumi : (a) Akademik

i)
ii) iii) (b) (c) 5.

Mata pelajaran Asas Dinamika Guru Mata pelajaran Ilmu Pendidikan Mata pelajaran major dan minor

Gerak Kerja Kokurikulum (kelab/persatuan, unit beruniform, sukan dan permainan). Praktikum Pengalaman latihan mengajar di sekolah.

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN Sebagai pelajar (murid pendidikan guru) anda: (a) adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian yang dikuatkuasa mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550); mesti menjalani penilaian dan menduduki peperiksaan serta lulus setiap komponen kursus pengajian dan program latihan yang ditetapkan;

(b)

(c)

layak menduduki peperiksaan jika kehadiran anda 100% bagi setiap komponen kursus iaitu akademik, praktikum (jika berkenaan), aktiviti luar kurikulum dan semua aktiviti yang dijadualkan oleh IPG. Anda juga mesti lulus semua kerja kursus; (d) lulus peperiksaan apabila anda lulus semua kaedah penilaian bagi setiap mata pelajaran pada setiap semester/peringkat;

(e)

hendaklah mendapat nilai mata gred tidak kurang daripada 2.00 bagi setiap mata pelajaran untuk lulus peperiksaan; dan akan diberhentikan kursus apabila mendapat purata mata gred (PMG) 1.50 atau kurang.

(f)

6 6. STRUKTUR DAN KOMPONEN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH AMBILAN 2009

KOMPONEN
(A) PENGAJIAN ASAS

MATA PELAJARAN
1. Bahasa Melayu Komunikasi 2. Pengurusan Sumber 3. Tamadun Islam 4. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral 5. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia 6. Pendidikan Alam Sekitar 7. Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 8. Pendidikan Jasmani Jumlah (A) 9. Ilmu Pendidikan Jumlah (B) 10. 11. 12. 13. Major Minor 1 Minor 2 Jumlah (C) Kokurikulum Pengurusan Gerko Unit Beruniform Sukan Jumlah (D)

JUMLAH
1 kredit 2 kredit 1 kredit 1 kredit 1 kredit 1 kredit 1 kredit 1 kredit 9 kredit 7 kredit 7 kredit 8 kredit 4 kredit 4 kredit 16 kredit 1 kredit 1 kredit 1 kredit 3 kredit 35 kredit 12 M ( 6 kredit )

(B) (C )

PENGAJIAN PROFESIONAL PENGAJIAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN KOKURIKULUM

(D)

(E)

PRAKTIKUM

14. Latihan Amali JUMLAH KREDIT KESELURUHAN

41 kredit (Tertakluk kepada perubahan)

NOTA
1. Program KPLI Sekolah Rendah dikendalikan dalam tempoh 39 minggu yang merangkumi 1 minggu pengurusan pelajar baru, 24 minggu interaksi kuliah , 12 minggu praktikum, 1 minggu refleksi dan 1 minggu peperiksaan. 2. Program Bina Insan Guru dilaksanakan secara pakej perkhemahan 4 hari, 3 malam termasuk perjalanan. Masa pelaksanaan perkhemahan ditetapkan oleh institut sendiri. 3. Praktikum dikendalikan dalam 2 fasa. Pelaksanaannya ialah pada Semester 2 selama 12 minggu. 4. Mulai ambilan 2004, Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan di dalam dan di luar bilik kuliah pada hujung minggu selama satu atau dua minggu. 5. Sebanyak 10 hari diagihkan untuk lawatan pengalaman berasaskan sekolah sebelum praktikum fasa 1. 6. Calon IPTA tempatan dibenarkan pindah kredit Tamadun Islam. 7. Kandungan Pengurusan Sumber merangkumi 3 bidang pembelajaran iaitu Teknologi Maklumat & Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan. 8. Pengiraan Kredit 1 kredit kuliah = 15 jam interaksi 1 kredit amali kokurikulum = 45 jam 1 kredit praktikum = 2 minggu

MATA PELAJARAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH Ambilan 2009 PENGAJIAN ASAS 1. 2. 3. 4. Bahasa Melayu Komunikasi Pengurusan Sumber Tamadun Islam Pendidikan Negara Bangsa Malaysia 5. 6. 7. 8. Pendidikan Alam Sekitar Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

PENGAJIAN PROFESIONAL 1. Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan Pedagogi Profesionalisme Guru

PENGAJIAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN (MAJOR) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Pengajian Islam Matematik Sains Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. Kemahiran Hidup Pendidikan Seni Visual Pendidikan Jasmani Pendidikan Moral Bimbingan dan Kaunseling Pendidikan Khas Prasekolah Pendidikan Muzik Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan

PENGAJIAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN (MINOR) KUMPULAN BAHASA 1. 2. 3. Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Melayu KUMPULAN SAINS DAN TEKNOLOGI 1. 2. 3. 4. 5. Matematik Sains Kemahiran Hidup Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. KUMPULAN AGAMA DAN MORAL Pendidikan Islam Pendidikan Al-Quran Pendidikan Moral KUMPULAN SAINS SOSIAL Kajian Tempatan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Muzik (Prasekolah) Pendidikan Seni Visual (Prasekolah)

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH KOMBINASI MAJOR DAN MINOR AMBILAN 2009

MAJOR Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan

MINOR 1 ( pilih satu) Kumpulan Sains dan Teknologi Matematik Sains Kemahiran Hidup Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

MINOR 2 ( pilih satu ) Kumpulan Agama dan Moral Pendidikan Moral Kumpulan Sains Sosial Kajian Tempatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Kumpulan Agama dan Moral Pendidikan Islam Kumpulan Bahasa Bahasa Arab Kumpulan Sains dan Teknologi Kemahiran Hidup Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Kumpulan Agama dan Moral Pendidikan Moral Kumpulan Sains Sosial Kajian Tempatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik

Bahasa Arab Pengajian Islam Matematik Sains

Kumpulan Agama dan Moral Pendidikan Al-Quran Kumpulan Agama dan Moral Pendidikan Al-Quran Kumpulan Bahasa Bahasa Inggeris

Kemahiran Hidup

Kumpulan Sains dan Teknologi Matematik Sains Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

Kumpulan Bahasa Bahasa Melayu Kumpulan Agama dan Moral Pendidikan Moral Kumpulan Sains Sosial Kajian Tempatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik

MAJOR MAJOR Pendidikan Muzik Pendidikan Jasmani

MINOR ( pilih satu sahaja) MINOR 1 MINOR 2 Kumpulanpilih satu) Teknologi ( Sains dan ( pilih satu ) Kemahiran Hidup Kumpulan Sains dan Teknologi Kumpulan Bahasa Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Bahasa Melayu Pendidikan Kesihatan Kumpulan Agama dan Moral Kumpulan Bahasa Pendidikan Moral Bahasa Melayu Kumpulan Agama dan Moral Kumpulan Sains Sosial Pendididkan Moral Kajian Tempatan Kumpulan Sains Sosial Pendidikan Sivik dan Kajian Tempatan Kewarganegaraan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik Kumpulan Sains dan Teknologi Kumpulan Bahasa Kemahiran Hidup Bahasa Melayu Pendidikan Jasmani Kumpulan Agama dan Moral Pendidikan Kesihatan Pendidikan Moral Kumpulan Sains Sosial Kajian Tempatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Muzik Kumpulan Bahasa Bahasa Melayu Kumpulan Sains Sosial Kajian Tempatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Kumpulan Sains Sosial Pendidikan Muzik (Prasekolah) MINOR ( pilih satu sahaja) Kumpulan Sains dan Teknologi Kemahiran Hidup Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Kumpulan Sains Sosial Kajian Tempatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik

Pendidikan Seni Visual

Pendidikan Moral

Kumpulan Sains dan Teknologi Kemahiran Hidup Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

Prasekolah

Kumpulan Sains Sosial Pendidikan Seni Visual (Prasekolah)

MAJOR Bimbingan dan Kaunseling

Pendidikan Khas

Kemahiran Hidup sahaja ditawarkan

10

(Tertakluk kepada perubahan)

7.

PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN (PENGKHUSUSAN) DAN PUSAT BERKURSUS Adalah diingatkan bahawa pertukaran bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus tidak dibenarkan kerana: (a)
(b)

tawaran dibuat berdasarkan pengkhususan yang dipohon. penempatan dibuat berdasarkan institut tertentu yang ada menawarkan pengkhususan tersebut. kekosongan tempat terdapat di IPG tertentu sahaja.

(c)

Oleh yang demikian anda hendaklah mempertimbangkan sebaikbaiknya masalah yang dihadapi (jika ada) seperti mempunyai anak kecil yang perlukan perhatian, ibu bapa yang tua dan uzur dan ingin berdekatan dengan suami/isteri/keluarga sebelum membuat keputusan menerima tawaran ini. 8. KEHADIRAN (a) (b) Kehadiran 100% bagi setiap komponen kursus adalah wajib. Penglibatan secara aktif adalah perlu dalam gerak kerja kokurikulum (GERKO) seperti sukan, permainan, unit beruniform persatuan dan aktiviti luar yang lasak. Syarat lulus GERKO juga adalah wajib. Pelajar wajib mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Penglibatan secara aktif adalah penting dan syarat lulus juga adalah wajib.

(c)

11

9.

DISIPLIN DAN PERJANJIAN Sebagai pelajar institut, anda adalah tertakluk kepada Akta 174 iaitu Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976) yang telah mula dilaksanakan mulai Januari 1998. Oleh itu, seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib, boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali seperti berikut : (a) (b) amaran; denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit;

(c)

digantung daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; digantung daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; dihalang daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi; disingkir daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan; dan dibuang daripada institusi.

(d)

(e)

(f)

(g)

10.

ELAUN Anda akan diberi elaun semasa berkursus iaitu RM1,336.71 (tertakluk kepada perubahan). Bagaimanapun anda dinasihatkan membawa bersama wang untuk keperluan asas yang mencukupi sementara menunggu pembayaran elaun. Elaun anda hanya dibayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya sebagai pelajar institut (mengemukakan semua dokumen ASAL, laporan pemeriksaan doktor dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru).

11.

PENGINAPAN (a) (b) Anda dimestikan tinggal di asrama sekiranya penginapan semasa berkursus disediakan oleh IPG. Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan penginapan yang dikeluarkan oleh pihak IPG sama ada anda menginap di asrama atau di luar asrama. 12

12.

PELANGGARAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

(a)

Semasa berkursus anda sebagai pelajar diwajibkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Pengarah Institut berkenaan. Sekiranya melanggar syarat tersebut anda (pelajar) akan diberhentikan daripada mengikuti kursus seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian Pendidikan Guru dan anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan atau seperti yang tercatat dalam perjanjian.

(b)

Sekiranya didapati anda (pelajar) telah mengemukakan maklumat palsu untuk mendapatkan tempat berkursus, tawaran berkursus ini akan dibatalkan dan anda akan diberhentikan daripada mengikuti kursus, atau jika kesalahan ini terbukti selepas anda menamatkan kursus dan sedang berkhidmat anda akan dipecat dan Diploma anda akan ditarik balik. Anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang tersebut dalam Fasal 7 Perjanjian Pendidikan Guru berkenaan.

13

13.

PANDUAN UNTUK MELENGKAPKAN BORANG PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU (PPG/KPLI-2005) DAN BUTIRAN PENJAMIN DAN SAKSI (BPDS-in.1/99) 13.1 Anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah membaca dengan teliti dan memahami kandungan perjanjian berkenaan sebelum melengkapkan dan menandatanganinya. (a) Kosongkan ruang di baris pertama dan kedua pada muka surat 1 dalam Perjanjian Pendidikan Guru tersebut, iaitu di dalam ayat yang berbunyi Perjanjian ini dibuat pada . haribulan . tahun

(b)

Kosongkan ruang di bahagian akhir muka surat 4 Borang Perjanjian Pendidikan Guru tersebut, daripada ayat Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh . hingga baris terakhir. Ruangan dalam butiran (a) dan (b) di atas akan dilengkapkan oleh pihak institut berkenaan.

(c) 13.2

Anda dikehendaki melengkapkan dengan betul lima helaian Perjanjian Pendidikan Guru dan lima helaian Butiran Penjamin Dan Saksi
(a) Sekiranya berlaku sesuatu kesilapan semasa mengisi Perjanjian

Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin Dan Saksi hendaklah dipotong kesilapan tersebut dengan satu garisan sahaja dan buat pembetulannya di ruang yang terdekat dengan kesilapan berkenaan. Setelah itu anda dan penjaminpenjamin anda hendaklah menandatangani ringkas di ruang kosong yang bersetentang dengan pembetulan tersebut. Penggunaan sebarang cecair pemadam untuk tujuan pembetulan adalah tidak dibenarkan. (b) Setiap borang ini hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan pen dakwat hitam atau ditaip. Salinan yang menggunakan karbon tidak diterima. Nama, nombor kad pengenalan dan alamat bagi semua pihak yang terlibat dengan perjanjian ini hendaklah dilengkapkan dengan betul. Nama mereka hendaklah dituliskan seperti yang tercatat pada kad pengenalan. Singkatan bagi perkataan tertentu yang telah diterima umum boleh digunakan untuk menulis alamat bagi pihak yang berkenaan.

(c)

(d)

NOTA Penggunaan perkataan MURID bagi menggantikan perkataan PELAJAR dalam Borang Perjanjian adalah mengikut tafsiran Akta Pendidikan 1996. 14

13.3

Penjamin (a) Anda hendaklah mendapatkan dua orang penjamin. Seorang sebagai penjamin pertama dan seorang lagi sebagai penjamin kedua. Kedua-dua penjamin ini hendaklah menandatangani dan melengkapkan butiran diri mereka di ruang berkenaan pada semua borang Perjanjian Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin Dan Saksi (BPDS Pin.1/99). Syarat-syarat untuk menjadi penjamin ialah : i) ii) Warganegara Malaysia Bermastautin di Malaysia

(b)

iii)

Tidak bankrap atau muflis PENJAMIN PERTAMA boleh terdiri daripada sama ada BAPA atau IBU atau PENJAGA (guardian) kepada pelajar tanpa mengira umur ataupun kedudukan kewangan. Sekiranya penjamin pertama bukan bapa atau ibu atau penjaga, penjamin tersebut mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan hitung panjang jumlah pendapatannya mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun. PENJAMIN KEDUA mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan hitung panjang jumlah pendapatannya mestilah tidak kurang daripada RM500.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun Penjamin PERTAMA dan penjamin KEDUA hendaklah dua orang yang berlainan. Bagi penjamin yang tidak boleh menandatangani di dalam TULISAN RUMI mereka dibenarkan menurunkan cap jari. Kedua-dua penjamin dikehendaki melengkapkan borang Butiran Penjamin Dan Saksi (BPDS-Pin1/99) dan dihantar bersama-sama dengan borang perjanjian. Penjamin-penjamin diingatkan bahawa mereka adalah bersama-sama bertanggungjawab dengan murid yang dijamin terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh Kerajaan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran syarat. Penjamin-penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian tidak boleh menarik diri dari menjadi penjamin kecuali mereka hilang kelayakan seperti yang diperuntukkan dalam surat perjanjian. 15

iv)

v)

vi) vii)

viii)

ix)

x)

13.4

Saksi (a) Anda dan penjamin-penjamin anda hendaklah menandatangani borang perjanjian berkenaan. Setiap tandatangan hendaklah dibuat di hadapan saksi. Walau bagaimanapun seorang saksi boleh menjadi saksi kepada anda dan kedua-dua penjamin anda dengan syarat ketiga-tiga tandatangan tersebut dilakukan di hadapan saksi berkenaan. (b) Saksi kepada anda hendaklah menandatangani Perjanjian Pendidikan Guru dan melengkapkan butiran dirinya di ruang berkenaan pada borang tersebut. Hanya saksi kepada penjamin-penjamin anda dikehendaki melengkapkan butiran diri dan

menandatangani di ruang tertentu pada kedua-dua borang Perjanjian Pendidikan Guru dan borang Butiran Penjamin Dan Saksi. (Sila lihat contoh) (c) Syarat-syarat untuk menjadi saksi ialah: (i) (ii) Warganegara Malaysia. Mempunyai taraf atau memegang mana-mana satu jawatan berikut: Ahli Dewan Negara Ahli Dewan Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri Jaksa Pendamai Penghulu atau Penggawa Ketua Kampung

Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Guru Besar/Pengetua Sekolah Bantuan Penuh, Guru Sekolah Kerajaan, Doktor, Pegawai Tadbir atau Diplomatik, Hakim, Majistret, Yang Dipertua Mahkamah, Pendaftar Mahkamah, Pegawai Kerja dan lain-lain kakitangan kerajaan yang mempunyai cop rasmi nama Jawatan dan Jabatan.

(iii)

Setiap saksi hendaklah menggunakan cop rasmi jawatan & jabatannya. Penggunaan cop bagi pihak seperti b.p. Ketua Setiausaha, b.p. Ketua Pengarah, b.p. Pengetua dan sebagainya adalah dilarang. 16

13.5

Cara Melengkapkan Perjanjian Pendidikan Guru (PPG)

Muka surat 1 PPG


NO. PENDAFTARAN INSTITUT ......(kosongkan) PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU PERJANJIAN ini dibuat pada ..(kosongkan).. haribulan.(kosongkan

tahun.(kosongkan)..(

) ANTARA

..(nama penuh Murid).No. K.P.(No. K.P. Murid). (Huruf Besar) yang beralamat di...(alamat tetap Murid). .
Maklumat Murid, Penjamin Pertama dan Penjamin Kedua diisi oleh Murid

dan yang dilahirkan pada(tarikh lahir Murid).(kemudian daripada ini dipanggil MURID) sebagai pihak yang pertama DENGAN Kerajaan Malaysia (Kemudian daripada ini dipanggil KERAJAAN) sebagai pihak yang kedua, DAN.. (nama penuh Penjamin Pertama) (Huruf Besar) No. K.P ...(No. K.P. Penjamin Pertama) .. yang beralamat di . (alamat tetap Penjamin Pertama) . dan dilahirkan pada(tarikh lahir Penjamin Pertama) DAN(nama penuh Penjamin Kedua) (Huruf Besar) No.K.P(No. K.P. Penjamin Kedua)..yang beralamat di(alamat tetap Penjamin Kedua). . dan dilahirkan pada..(tarikh lahir Penjamin Kedua)....(kemudian daripada ini dipanggil PENJAMIN-PENJAMIN) MENYAKSIKAN seperti berikut: sebagai pihak yang ketiga adalah

Muka surat 3 PPG


Diisi oleh Murid 9. Adalah dengan ini diakui dan dipersetujui bahawa Surat Tawaran Rujukan Nombor KP(BPG)9115/8/1( .. ) bertarikh . hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada Perjanjian ini. Sekiranya terdapat percanggahan di antara Surat Tawaran dan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini hendaklah terpakai.

17

Muka surat 3 & 4 PPG


PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam Perjanjian ini telah memahami dengan menurunkan tandatangan serta meteri mereka pada haribulan yang mula-mula tertulis di atas. MURID
Maklumat Murid

Ditandatangani (Tandatangan Murid).. oleh ...(Nama Penuh Murid dengan Huruf Besar).... MURID tersebut di hadapan Nama Saksi ..(Nama Penuh Saksi denganHuruf Besar)...

Dan Maklumat Saksi Diisi oleh Murid

No. Kad Pengenalan Saksi ..... Pekerjaan Saksi ... Alamat Tetap Saksi.. .. Tandatangan Saksi .... ..Cop Jawatan & Jabatan :

PENJAMIN PERTAMA Maklumat Penjamin Pertama


Dan Maklumat Saksi Disi oleh Murid

Ditandatangani (Tandatangan Penjamin Pertama) oleh ..(Nama Penjamin Pertama dengan Huruf Besar)... PENJAMIN tersebut di hadapan Nama Saksi (Nama Penuh Saksi dengan Huruf Besar).... No. Kad Pengenalan Saksi .. Pekerjaan Saksi ... Alamat Tetap Saksi ..... ...... Tandatangan Saksi .. Cop Jawatan & Jabatan :

PENJAMIN KEDUA
Maklumat Penjamin Kedua

Ditandatangani (Tandatangan Penjamin Kedua).. oleh (Nama Penjamin Kedua dengan Huruf Besar)..... PENJAMIN tersebut

Dan Maklumat Saksi Disi oleh Murid

di hadapan Nama Saksi ..(Nama Penuh Saksi dengan Huruf Besar) No. Kad Pengenalan Saksi .. Pekerjaan Saksi.... Alamat Tetap Saksi.. ...... Tandatangan SaksiCop Jawatan & Jabatan :

18

Muka surat 4 PPG

Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA oleh :

(kosongkan) (Tandatangan bagi pihak Kerajaan Malaysia)

Cop Jawatan & Jabatan :

..(kosongkan).. (Nama)

Di hadapan Nama Saksi Kerajaan...(kosongkan).. (Huruf Besar) No. Kad Pengenalan Saksi Kerajaan (kosongkan).. Pekerjaan Saksi Kerajaan (kosongkan).. Alamat Saksi Kerajaan(kosongkan).. Tandatangan Saksi Kerajaan(kosongkan) Cop Jawatan & Jabatan :

19

Salinan untuk BPG BORANG PENERIMAAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2009
ARAHAN: 1. Jika menerima tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut Perguruan berkenaan.

2.

Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang berkenaan.

..

No.K.P . Jantina .

(Nama penuh dengan huruf besar) Alamat surat menyurat: :


Kursus ditawarkan ..

Di Institut

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Guru (Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Aras 3, Blok E 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya 62604 Putrajaya Tuan, PENERIMAAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk mengikuti kursus yang tersebut dalam Surat Tawaran berkenaan.

Sekian, terima kasih. Yang benar,

Tandatangan

Tarikh

Salinan untuk Institut BORANG PENERIMAAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2009
ARAHAN: 1. Jika menerima tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institut Perguruan berkenaan.

3.

Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang berkenaan.

..

No.K.P . Jantina .

(Nama penuh dengan huruf besar) Alamat surat menyurat: :


Kursus ditawarkan ..

Di Institut

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Guru (Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Aras 3, Blok E 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya 62604 Putrajaya Tuan, PENERIMAAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas sukacita dimaklumkan bahawa saya menerima tawaran untuk mengikuti kursus yang tersebut dalam Surat Tawaran berkenaan.

Sekian, terima kasih. Yang benar,

Tandatangan

Tarikh

Salinan untuk BPG BORANG PENOLAKAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2009
ARAHAN: 1. Jika menolak tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institit Perguruan berkenaan.

2.

Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang berkenaan.

.. (Nama penuh dengan huruf besar) Alamat surat menyurat: .

No K.P . Jantina Kursus ditawarkan .. Di Institut .

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Guru (Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Aras 3, Blok E 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya 62604 Putrajaya Tuan, PENOLAKAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas dukacita

dimaklumkan bahawa saya menolak tawaran tersebut kerana

Sekian, terima kasih. Yang benar, Tandatangan Tarikh

Salinan untuk Institut BORANG PENOLAKAN TAWARAN KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI) SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2009
ARAHAN: 1. Jika menolak tawaran anda hendaklah melengkapkan borang ini dalam dua salinan. Borang pertama hendaklah dikirimkan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan borang kedua dikirimkan kepada Pengarah Institit Perguruan berkenaan.

3.

Kedua-dua borang hendaklah dikirimkan segera kepada pihak yang berkenaan.

.. (Nama penuh dengan huruf besar) Alamat surat menyurat: .

No K.P . Jantina Kursus ditawarkan .. Di Institut .

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pendidikan Guru (Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Aras 3, Blok E 13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya 62604 Putrajaya Tuan, PENOLAKAN TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KPLI SEPENUH MASA AMBILAN JANUARI 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA Merujuk surat KP(BPG)9115/8/1C ( ) mengenai perkara di atas dukacita

dimaklumkan bahawa saya menolak tawaran tersebut kerana

Sekian, terima kasih. Yang benar, Tandatangan Tarikh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (UNIT PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN PELAJAR) ARAS 3, BLOK E 13 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 62604 PUTRAJAYA Tel : 03-88841260 Fax : 03-88841274 Ruj. Kami: Tarikh : Penguasa Hospital/Pegawai Perubatan Hospital/Klinik .. KP(BPG)9115/8/2/SJ

.. Tuan/Puan, PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2009 DI INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA Sukacita dimaklumkan bahawa Encik/Puan/Cik .. No. Kad Pengenalan .. telah ditawarkan untuk mengikuti kursus di atas dan akan melaporkan diri pada . di Institut . 2. Untuk makluman, bidang kursus yang akan diikuti di maktab merangkumi a) Akademik b) Gerak kerja kokurikulum (persatuan, unit beruniform, sukan, permainan dan aktiviti luar yang lasak) c) Praktikum 3. Oleh itu sila buat pemeriksaan ke atas beliau (pemeriksaan hendaklah termasuk xray dada dan paru-paru) dan berikan keputusannya seberapa segera yang mungkin dengan menggunakan Borang Am 402 yang disertakan. 4. Sehubungan ini juga dimaklumkan bahawa segala perbelanjaan pemeriksaan doktor dan x-ray adalah tanggungjawab pelajar berkenaan. Kerjasama tuan/puan dalam hal ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Bahagian Pendidikan Guru b.p.Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai