Anda di halaman 1dari 2

Perlindungan Persekitaran oleh Nurul Afaliana Hafiza SMK Kpg Nangka

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya berinteraksi sesame manusia, tetapi juga berinteraksi dengan alam sekitar. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia ialah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesame manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan dan kemajuan sains dan teknologi, manusia cenderung untuk menguasai dan mengeksploitasi alam sekitar. Natijahnya, keseimbangan alam sekitar tidak dapat dikekalkan. Kajian interaksi alam sekitar dengan manusia masa kini berasaskan paradigma dampak dan impak. Paradigma dampak dan impak boleh dilihat melalui fenomena-fenomena tertentu. Sebagai contoh, fenomena pencemaran udara. Fenomena ini merupakan kesan yang dilakukan oleh manusia. Misalnya, aktiviti pembakaran minyak mentah dan arang batu dalam sektor perindustrian telah mencemarkan udara kerana mengeluarkan Sulfur Dioksida, Karbon Dioksida, debu dan sebagainya. Keadaan ini mengakibatkan berlakunya fenomena jerebu dan hujan asid. Contohnya, pada tahun 1994, Malaysia telah dilanda jerebu terutamanya di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Petaling Jaya. Apa yang jelas masalah jerebu akan menjejaskan kesihatan penduduk seperti penyakit batu kering, edema, pendarahan pulmonori. Hujan asid pula menyebabkan manusia mengalami penyakit seperti barah kulit. Tegasnya, fenomena jerebu dan hujan asid memberi kesan negatif kepada kehidupan manusia. Persoalannya, mengapakah kita masih lagi mencemarkan alam sekitar sekiranya kegiatan ini memberi kesan yang negatuf? Oleh itu, teknologi hujan tiruan haruslah dipertingkatkan untuk mengurangkan kemerosotan kualiti udara. Selain itu, pemanasan global yang berlaku melalui mekanisme kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon merupakan satu gangguan kepada sistem atmosfera. Keadaan ini berlaku akibat pemerangkapan haba berlaku disebabkan aktiviti penyahutanan. Dampaknya, akan dialami oleh sistem geomorfologi apabila litupan ais benua menyebabkan peningkatan paras laut dan akan membanjiri pulau-pulau kecil di dunia. Perubahan iklim juga akan berlaku dan mengakibatkan kejadian rebut seperti siklon tropika, taufan, hurrikan dan kejadian El-Nino. Contohnya, El-Nino telah mengahalang hujan lebat ke Malaysia dan membawa kemarau yang berpanjangan telah menjejaskan penduduk di daerah Fitas, Sabah pada awal tahun 1998. Oleh itu, langkah-langkah mengurangkan penggunaan alat-alat yang boleh membebaskan Clorofluorokarbon (CFC) seperti penghawa dingin dan menghijaukan kawasan dengan penanaman pokok-pokok haruslah dipraktikkan. Seterusnya, pencemaran sumber air yang dilakukan oleh manusia melalui aktiviti pembuangan bahan-bahan kumbahan, sisa-sisa toksik, sampah sarap dan bahan buangan industry seperti kilang pemprosesan kelapa sawit dan getah. Keadaan ini akan mengurangkan kandungan oksigen dalam sungai dan menjejaskan hidupan akuatik. Contoh, sungai yang

boleh diklasifikasikan sebagai sangat tercemar ialah Sungai Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Juru, Pulau Pinang yang berada dalam kategori ketiga atau keempat. Impak daripada pencemaran ini akan mengurangkan bekalan air bersih dan menjejaskan kualiti hidup manusia. Walaupun kebanyakan sungai di Malaysia diklasifikasikan berada di kelas sederhana secara keseluruhan, adakah kita harus mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga kualiti sungai di negara ini bertambah parah dan terus mati? Lantaran itu, pengurangan bahan yang tidak mudah reput, mengitar atau mengguna semula bahan tersebut, penyediaan kawasan khas untuk pembuangan dan penanaman bahan-bahan sisa dipraktikan. Tuntasnya, langkah perlu diambil oleh pihak yang berkenaan. Hal ini tidak bermakna kita harus menolak pembangunan dan kemajuan sains dan teknologi menjadi penyebab kepada masalah ini. Oleh itu, kita harus berusaha mencari jalan penyelesaian secara sistematik dan saintifik. Sekiranya tanpa usaha tidak mungkin yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek. Semoga kita sedar bahawa kelestarian ala mini bergantung kepada kita untuk dijadikan khazanah bagi generasi akan datang. Bersamalah kita mengembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini. (526).

Anda mungkin juga menyukai