Pensyarah
PUAN PUTERI HAYATI BINTI MEGAT AHMAD
Disediakan Oleh HERMIE BIN ZAINAL YR2008-1418 SEMESTER 7,SEISI 2011/2012 HA13 (Industri Dan Organisasi)
ISI KANDUNGAN
PERKARA 1.Prakata 2.Pengenalan 3.Definsi Personaliti 4.Pengenalan Diri 5.Teori Kerjaya Holland 6.Model Heksagon Holland 7.Sosial 8.Konvensional 9.Artisitk 10.Kesimpulan 11.Rujukan.
PRAKATA
Syukur Alhamdulillah ,segala puji bagi Allah s.w.t, serta selawat dan salam keatas junjungan besar baginda Muhammad s.a.w,kerana dengan limpah izin dan kurnianya tugasan Kerjaya dan Penempatan dapat juga disiapkan dengan jayanya dan seadanya.Ucapan ribuan terima kasih serta setinggi tinggi penghargaan kepada Puan Puteri Hayati Binti Megat Ahmad selaku pensyarah Sekolah Psikologi dan kerja
Sosial(Kaunseling Kerjaya dan Penempatan PK3O3O) yang telah banyak mencurah dan membimbing saya untuk tugasan ini.Semoga tugasan ini,boleh menjadi rujukan kepada diri saya sendiri dan juga kepada yang membacanya.Bukan sesuatu yang mudah untuk mengkaji dan mengamati personaliti sendiri melainkan mentelaah berbagai sumber rujukan dan berbekalkan semangat yang penuh dengan komitmen untuk menghasilkan tugasan ini.
Muka Surat 1
Pengenalan
Siapa saya adalah satu persoalan mengenai diri saya secara keseluruhannya sama ada dari dalam dan juga luaran,persoalan tersebut akan dikaitkan dengan personaliti yang disokong oleh berberapa contoh dan aspek aspek lain yang boleh
menyimpulkan dan menjelaskan peribadi saya melalui naratif yang mana menjadi gambaran serta pernyataan identiti saya yang sebenar. Tugasan mengenai penceritaan personaliti , sebenarnya akan membawa lebih banyak gambaran personaliti yang berlaku dan perkembangan personaliti dalam diri saya, secara disedari atau tidak.Aspek yang boleh dinilai daripada keseluruhannya adalah dari sudut sosial,artistik dan konvensional .ketiga tiga item tersebut amat
penting dalam menghuraikan dan menjelaskan personaliti individu atau orang.Dalam tugasan ini,sesuatu yang amat menarik ialah pencarian personaliti secara realitinya yang berlegar dalam diri sendiri dan jawapan kepada personaliti tersebut merupakan bentuk personaliti yang sebenar dan hakiki. Tidak dinafikan,tanpa pencarian personaliti mengenai diri sendiri,sudah tentu saya sendiri kabur, tentang tingkahlaku saya atau dalam erti kata yang lain tidak mengetahui siapa sebenarnya saya atau apa personaliti diri saya yang sebenar dan bagaimana bentuk tingkahlaku saya di kaca mata orang serta pengamatan personaliti diri sendiri.Terhasilnya tugasan ini, akan memberi prospek personaliti yang menyeluruh kepada method persoalan siapa saya dalam tugasan yang penuh pengamatan diri sendiri ini.
Muka Surat 2
Definisi Personaliti
pementasan drama.Dalam hubungan ini pengertian personaliti merujuk kepada gambaran pandangan luaran dari seseorang individu barat yang bersifat subjektif.Terdapat definisi atau banyak
tokoh-tokoh
mengenai
pengertian
personaliti,sepertimana dibawah ini. Menurut Menninger ( 1930 ),personaliti ialah apa- apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang,dalam konteks definisi tersebut,beliau menyatakan bahawa personaliti dikaitkan dengan keadaan biologi dan fisiologi seseorang,namun demikian definisi yang diketengahkan oleh Menninger menjelaskan dengan lebih menyeluruh. Selain Menninger yang mendefinisikan personaliti,Warren dan Carmichael (1930) juga menyatakan personaliti diertikan sebagai organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarnya.Pandangan dua orang tokoh tersebut sebenaranya dikatakan adalah ringkas dan tidak
lebih menyeluruh berbanding dengan pengertian yang diketengahkan oleh Meninnger Namun demikian,mengikut Ryckman (2000),para pengkaji telah bersepakat untuk membuat kesimpulan dinamik bahawa personaliti ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang
dan tersusun yang dimiliki oleh seseorang individu yang secara unik
mempengaruhi kognitif,motivasi dan tingkahlakunya dalam pelbagai situasi atau keadaan. Nahtijah daripada definisi yang telah dijelaskan daripada pandangan
pandangan tokoh diatas,mengambarkan bahawa pengertian personaliti adalah luas dan bersifat subjektif serta tidak merujuk kepada sesuatu sebagai dasar atau garis panduan untuk mendefinisikan personaliti.Apa yang jelas personaliti dibuat terhadap sesorang individu. Muka Surat 3 adalah penilaian yang
Biodata
03hb Februari 1978,merupakan satu tarikh yang cukup bermakna bagi saya apabila pada tarikh tersebut saya dilahirkan kedunia bergelar manusia.Sebagai manusia saya bersyukur diatas segala kurniaan yang Allah S.W.T telah berikan kepada saya.Sebagai seorang individu sudah tentulah saya mempunyai personaliti yang berbeza dengan individu individu lain,Justeru itu dalam mengambarkan personaliti
saya dalam tugasan ini, pelbagai perkara akan dikupas menerusi teori kod Holland antaranya ialah Sosial,konvensional ,Investigatif,artistik ,realistik dan enterprising. Nama saya Hermie Bin Zainal ,berbangsa Bajau,beragama islam,berumur 30 tahun sehingga Februari 2008,dengan ukuran fizikal dari segi ketinggian 165 sintemeter atau 5 kaki 4 inchi berat badan 75 kilogram ,berkulit coklat,bermata hitam berbadan gempal, berasal dari daerah semporna.Pendidikan awal adalah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tohok,pendidikan Menenggah di Sekolah Menenggah Kebangsaan Bugaya dan pendidikan terakhir di Sekolah Menenggah Kebangsaan Panglima Abdullah Semporna.Hobi yang menjadi pilihan saya adalah berkarya dan bermain komputer. Dalam usia saya yang sudah mencecah 33 Tahun ini,wawasan hidup saya ialah ingin menjadi seorang insan yang berguna dengan memiliki kesempurnaan hidup dari segi taraf pendidikan,berakhlak mulia,berhati iman,berharta dan dapat menolong insan yang kekurangan serta menjadi pemimpin keluarga dan masyarkat dengan adil, saksama dan bertoleransi.
Muka Surat 4
Tidak dinafikan , pemilihan kerjaya berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Holland adalah sangat sesuai sebagai panduan dalam memilih kerja yang ada keserasian dengan minat dan personaliti yang ada pada individu itu sendiri. Menurut teori kod Holland terdapat 6 jenis persekitaran dan personaliti yang berkaitan dengan sifat sifat individu yang akan membantu untuk mengenalpasti
bidang pekerjaan yang sesuai.Pada masa yang sama, soal selidik berbentuk soalan mengenai minat kerjaya daripada Holland perlu dijawab bagi mengetahui dominan seseorang daripada 6 kategori personaliti yang digariskan menerusi heksagon Holland. Kategori pertama daripada 6 jenis personaliti yang diperkenalkan oleh Holland menerusi kod Holland ialah Realistik,menurut Holland realistik adalah individu yang memiliki ciri -ciri sikap materealistik, jujur, pemalu keras hati dan orang jenis praktikal. Semantara persekitaran bagi realistik adalah seperti eletrikal, kejuruteraan, mekanik, juruteknik. Kategori Kedua ialah Investigatif, personaliti jenis ini lebih kepada ciri individu yang saintifik dan teknikal dari segi personalitinya seperti memiliki sikap teliti, ingin tahu, pasif, pendiam,sistematik , introvert, radikal dan tidak popular.Manakala dari segi persekitaran investigative meliputi Saintis, Pakar Bedah ,ahli kaji cuaca, ahli patologi dan juruteknik. Kategori Ketiga dalam teori Kerjaya Holland ialah Artisitik, golongan individu dalam kategori ini, tidak dinafikan persekitaran kerjanya adalah seperti guru bahasa, pelukis, ahli muzik , pengarah drama atau filem, juru gambar , juru solek dan wartawan. Semantara itu personaliti yang ada pada individu artistik adalah seperti berimiginasi, banyak idea,sensitif,emosi,suka bersendirian dan tidak suka bersosial.
Muka Surat 5
Kategori Keempat dalam teori Holland adalah Sosial, individu jenis personaliti sosial lebih cenderung kepada personaliti yang memiliki ciri ciri sosial seperti
berkerjasama ,suka menolong, prihatin, bertangungjawab, agresif, suka bergaul dan berinteraksi. Manakala dari segi persekitaran kerja, biasanya individu dalam kategori sosial berkecimpung dalam dunia politik, guru , jururawat , kaunselor, pegawai kebajikan , diplomat dan ahli sosialogi. Kategori Kelima untuk teori kerjaya Holland ialah Enterprising, personaliti yang ada pada individu enterprising adalah meliputi sifat agresif, memujuk, optimistik, bersunguh sungguh, kebolehan memimpin ,menonjolkan diri dan pentingkan
diri.Individu enterprising dari segi persekitarannya lebih kepada orientasi manipulasi keuntungan dan mempengaruhi orang lain, antara kerja yang dianggap dalam kategori enterprising iaitu Pengurus, peguam, hakim, penerbit dan jurujual. Keenam dan terakhir dalam kategori teori kerjaya Holland ialah Konvensional atau individu atau orang jenis sistematik. Persekitaran kerja yang digambarkan oleh individu konvensional biasanya berpaksi kepada pekerjaan dan organisasi pejabat antaranya ialah akauntan, guru perdagangan, penilai harta dan pegawai statistik. Mankala personaliti yang terdapat pada indivdiu konvensional adalah seperti jujur , berhemat, kemas ,tegas, sopan, tekun dan praktikal. Sesungguhnya pengenalan enam kategori personaliti dan persekitaran kerja oleh Holland dalam bentuk heksagon melalui teorinya telah memberi gambaran yang jelas bahawa setiap personaliti yang ada pada individu akan memberi kesan kepada pemilihan kerjaya yang sesuai kepada mereka sendiri.
Muka Surat 6
INVESTIGATIVE(4)
SOSIAL (21)
REALISTIK (8)
ARTISTIK ( 18 )
CONVENTIONAL(13)
ENTERPRISING (3)
Berdasarkan model heksagon Holland sepertimana gambar rajah diatas dan selepas mengikuti ujian personaliti Self direct searching saya mendapati terdapat tiga kategori yang sangat dominan dan serasi dengan personaliti diri saya antaranya ialah sosial,konvensional dan artisitk. Sosial merupakan kategori personaliti yang paling tinggi skornya daripada enam elemen dalam teori kerjaya Holland. Skor ujian sosial yang saya perolehi adalah sebanyak 21 mata, diikuti oleh conventional sebanyak 13 mata dan artisitk dengan jumlah mata sebanyak 18 mata. Semantara personaliti dan persekitaran yang lain adalah lemah, ini menunjukkan bahawa tiga personaliti yang lain tidak mempengaruhi minat serta personaliti saya dari segi persekitarannya. Justeru itu, menerusi kod tiga mata Holland secara tidak langsung akan membantu diri saya memperjelaskan dan menangani pemilihan kerjaya saya secara efisyen dan sebati dengan kehendak personaliti sendiri.
Muka Surat 7
Sosial
Umumnya, sama ada saya sedari atau tidak sebenarnya dalam ujian SDS menerusi teori Holland, personaliti dan persekitaran saya adalah dalam kategori sosial, hakikat ini dibuktikan dengan skor ujian yang tertinggi iaitu 21 mata daripada enam elemen yang disenaraikan oleh Holland melalui model heksagonnya. Menurut Holland dalam teori kerjanya, individu jenis sosial adalah mereka yang berorientasikan kebajikan dan kemasyrakatan. Justeru itu, ciri ciri personaliti dan persekitaran sosial sememangnya selari
dengan sikap atau sifat yang ada dalam diri saya. Dari segi zahirnya, tidak dinafikan bahawa saya lebih suka menolong orang, berkerjasama suka bergaul dan mudah berinteraksi . Menurut pandagan ahli keluarga saya, mereka melihat saya seorang yang tinggi sosial yang mana mereka menganggap saya sebagai seorang yang
penyabar,mengambil berat, prihatin serta bertanggungjawab kepada keluarga. Dari segi persekitaran , saya lebih berminat berkerja dengan masyarakat dan suka berinteraksi bagi bertukar tukar pendapat atau pandangan . Selain itu, saya juga
gemar mengikuti perkembangan politik semasa dan berita yang bercorak kebajikan dan kemasyarakatan. Namu demikian terdapat juga berberapa perkara yang berkaitan dengan pekerjaan , sering membuatkan saya merasa bosan antaranya ialah kerja kerja berbentuk fizikal seperti latihan perbarisan dan sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada huraian dan gambaran sosial saya
sepertimana huraian diatas, jelaslah bahawa saya sebenarnya lebih dominan kepada personaliti dan persekitaran sosial.Keaadaan ini secara langsung akan membantu saya dalam membuat penilaian terhadap pemilihan kerja yang serasi dengan kehendak saya.
Muka Surat 8
Konvensional
Menurut kod tiga mata Holland, konvensional ditafsirkan sebagai individu yang jenis sistematik terutamnya dari segi pekerjaan dan organisasi pejabat. Berdasarkan pernyataan tersebut jelaslah kepada saya bahawa ciri ciri tersebut tidak banyak
bezanya dengan sikap dan sifat yang ada dalam diri saya. Oleh itu, secara tidak langsung personaliti dan persekitaran saya tergolong dalam Konvensional. Kesahihan personaliti dan persekitaran konvensional dalam diri saya ,dikuatkan dengan tahap minat saya kepada kerja yang kemas,tersusun serta sistematik dan persekitaran kerja yang berorientasikan pengurusan kewangan, pentadbiran,
perniagaan, perakaunan dan pendidikan. Selain itu, saya juga suka kepada arahan , tugas yang sistematik, menyusun maklumat dan system failing. Sikap konvensional yang wujud dalam diri saya adalah seperti teliti,kemas,disiplin. Konservatif dan kurang berdikari. Dalam ujian personaliti SDS, skor mata konvensional yang saya perolehi adalah sebanyak 13 mata , ini menunjukkan bahawa personaliti dan persekitaran kategori konvensional masih lagi menjadi rujukan kepada diri saya dalam membuat pemilihan kerjaya dimasa akan datang. Justeru itu, peluang kerjaya yang berorientasikan pengurusan dan pentadbiran amatlah tinggi untuk saya perolehi berdasarkan keserasian personaliti saya dan persekitaran kerja yang ada.
Muka Surat 9
Artistik
Memang tidak dinafikan, artisitik merupakan kategori persekitaran dan personaliti yang banyak keserasian dalam diri saya sama ada dari segi luaran atau dalamannya. Artistik menurut tafsiran Holland, individu yang ada kecendurungan kepada dunia seni dan imaginasi. Semakin banyak terlibat dengan penciptaan idea dan karya maka semakin tinggilah pencapaian personaliti dan persekitaran artistik seseorang individu. Demikian juga dengan personaliti dan persekitaran diri saya, hampir keseluruhan jiwa saya berpaksi kepada artistik . Hakikat ini dibuktikan daripada skor mata artisitik yang dibuat menerusi ujian personaliti SDS Holland yang mana skor yang saya perolehi adalah 18 mata. Sebagai individu aritistik saya lebih suka kepada kreativiti, suka menulis cerita pendek ( cerpen ),suka menulis skrip drama atau filem, suka menghasilkan puisi dan lebih selesa kerja bersendirian. Selain daripada itu, saya juga gemar kepada pekerjaan yang berorientasikan muzik, grafik ,lukisan ,tarian dan pengarahan drama dan filem.Sikap saya yang suka berimiginasi, beremosi dan tidak praktikal sememangnya ada persamaan dalam personaliti artisitik.Namun demikian terdapat juga kerja yang tidak mendorong minat saya untuk berkerja antaranya ialah kerja yang berstruktur. Sebagai kesimpulannya, dari segi personaliti dan persekitaran diri saya adalah lebih dominan kepada artisitik dan kebanyakan minat dan pekerjaan yang saya buat semuanya berlegar dalam dunia artisitik.
Muka Surat 10
Kesimpulan
Melalui ujian personaliti SDS Holland, secara keseluruhannya telah memberi gambaran yang jelas kepada diri saya dari segi personaliti dan persekitaran hidup saya yang mana gabungan tiga kategori iaitu sosial , konvensional dan artistik telah banyak membantu untuk membuat tafsiran mengenai kesesuaian dalam memilih kerjaya dimasa akan datang. Sesungguhnya teori kerjaya Holland secara tidak langsung membolehkan saya mengimplimentasikan konsep kendiri dengan membuat pemilihan pekerjaan yang mendorong eksperisi diri mengadaptasi personality dengan pekerjaan yang
banyak bergantung
kepada darjah keselarasan antara jenis personality dengan persekitaran kerja. Nahtijahnya, Teori kerjaya Holland telah banyak membantu dan mengubah perpektif personality secara keseluruhannya mengenai masa depan pekerjaan yang
Muka Surat 11
Rujukan
Bernard Thierry Macaque societies : a model for the study of social organization Cambridge Cambridge University Press, 2004
Muka Surat 12
Muka Surat 13