Anda di halaman 1dari 1

SKRIP UCAPAN PELANCARAN BULETIN.

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada En Injan bin Malul; Pemangku Pengetua, En Maulani Diman; Penolong Kanan HEM, Dr Jessel; Penolong Kanan KOKUM, En Tommy Golok; Penolong Kanan PRA-U, ketua-ketua bidang, ketua-ketua panitia, guru-guru yang saya hormati DAN seterusnya rakan-rakan pelajar yang seperjuangan dengan saya.

Berdirinya saya di sini adalah untuk mengacarakan Majlis Pelancaran Buletin UBK & PRS, terbitan Unit Bimbingan dan Kaunseling, SEMTASI. Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, Buletin ini mula diterbitkan pada tahun 2011. Buletin ini akan diterbitkan sekali dalam dua bulan, bergantung kepada kesempatan yang kami ada. Setakat ini, kami telah berjaya menerbitkan dua keluaran iaitu BIL 1 dan BiL 2. Apa yang menarik, Buletin ini mengandungi karya-karya kami sendiri mahu pun karya-karya yang kami susun atur dari sumber-sumber luar. Di samping itu, Buletin ini juga mengetengahkan pelbagai isu yang menarik selaras dengan keperluan pelajar SEMTASI. Untuk keluaran BIL 2, kami menyediakan PERTANDINGAN UJI MINDA. Pertandingan ini boleh disertai oleh rakan-rakan, bergantung kepada terma dan syarat. Oleh kerana Uji Minda ini satu pertandingan, maka hadiah memang disediakan. Bermakna ada hadiah untuk pemenang.

Sebagai maklumat tambahan, Buletin ini dihasilkan oleh SEMART REPORTER yang dianggotai olehh 12 orang ahli PRS termasuk saya sendiri. Pada kesempatan ini juga, saya ingin membuat satu promosi. Kepada rakan pelajar yang berminat untuk menyumbangkan karya berbentuk sajak atau cerpen, anda boleh berhubungi dengan rakan-rakan saya..

Untuk Simbolik pelancaran, saya dengan ini menjemput rakan saya Zulhairi untuk mengiringi Encik Injan Bin Malul untk melakukan simbolik pelancaran buletin. Dipersilakan..

Dengan simbolik pelancaran sebentar tadi, maka buletin ini secara rasminya dilancarkan..Sebagai tanda terima kasih kepada En Injan bin Malul, saya dengan ini menjemput Zulkhairi sekali lagi untuk menyampaikan buletin BIL 2, kepada En Injan bin Malul..Dipersilakan.

Dengan berakhirnya penyampaian buletin BIL 2 itu tadi, maka selesailah tugas saya..Sekian dan terima kasih.