Anda di halaman 1dari 2

Garisi jawapan yang betul. 1.

Beberapa buah keluarga asas akan berkembang untuk mewujudkan keluarga (asas, kembangan) 2. Setiap anggota keluarga kembangan perlu menjalinkan hubungan yang (dingin, baik) supaya sentiasa hidup bahagia dan harmoni. 3. Untuk mengelakkan pertelingkahan, setiap anggota keluarga kembangan perlu mengamalkan sikap (tolak ansur, sederhana). 4. Seorang (bapa, menantu) perlu menghormati keluarga mertua seperti keluarga mereka sendiri. 5. (Menghargai, Membenci) anggota keluarga kembangan dapat dilihat melalui layanan baik ketika mereka datang berkunjung. 6. Puan Siah adik bongsu kepada Encik Malik. Anak-anak Encik Malik akan memanggil Puan Siah dengan gelaran (Mak Long, Mak Su) sebagai tanda menghormatinya. 7. Puan Saroja isteri Encik Rama. Dia adalah (menantu, mertua) kepada Encik Sundram dan Puan Kalai, iaitu ibu bapa Encik Rama. 8. Encik Wong berkahwin dengan Puan Selina. Ibu Encik Wong ialah (ibu mertua, ibu saudara) kepada Puan Selina. 9. Amelia menghadapi masalah dengan sepupunya yang suka meminjam barangnya tanpa memulangkannya kembali. Cara terbaik untuk Amelia menyelesaikan masalahnya ialah dengan mengajak sepupunya (bergaduh, berbincang) 10. Kita perlu menjalinkan hubungan baik dengan anggota keluarga kembangan supaya ketika menghadapi masalah mereka dapat menghulurkan (bantuan, hadiah)