Anda di halaman 1dari 17

PERKUSI

*PENGENALAN *TEKNIK PERMAINAN ALAT PERKUSI *PENYELENGGARAAN ALAT

PENGENALAN PERKUSI
Permainan perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian dengan memainkan corak irama yang dipelajari.

Melalui permainan alat perkusi juga murid dapat membina koordinasi gerakan anggota badan. Selain itu, murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Di samping itu, ensembel alat perkusi dapat membina semangat kerjasama, bertolak ansur, berdisiplin, dan bertanggungjawab terhadap alat muzik.

Guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi dan guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkan mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik sejak awal lagi.

TEKNIK PERMAINAN ALAT PERKUSI

KERINCING

a) Rupa bentuk Kerincing biasanya diperbuat daripada besi berbentuk segitiga yang digantung pada seutas tali pendek Kerincing mempunyai sebatang besi pemukul. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi yang lanjut.

b) Cara memegang dan memainkan kerincing i. Pegang tali kerincing dengan sebelah tangan dan pemukulnya di tangan sebelah lagi, pastikan tangan yang memegang tali tidak menyentuh kerincing.

ii. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk bahagian segitiga dengan pemukul kerincing, ketuk tepian luar kerincing atau dalam kerincing.

TAMBORIN
a) Rupa bentuk Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceperceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Lazimnya terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tanpa kulit.

b) Cara memegang dan memainkan tamborin. Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu : i. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyang. ii. Pegang tamborin dengan tangan kiri. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung tangan kanan.

KASTENET
a) Rupa bentuk Kastenet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.

b) Cara memegang dan memainkan kastenet i. Biasanya gelung tali atau getah kastenet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastenet terletak di atas tapak tangan kiri. ii. Ketuk kastenet dengan hujung jari sebelah tangan kanan.

KAYU TIK-TOK
a) Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.

b) Cara memegang dan memainkan tik-tok i. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan. ii. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

DRAM SAMPING
a) Rupa bentuk Dram samping mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.

b) Cara mengendali dan memainkan dram samping. i. Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram. ii. Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut. iii. Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

CABASA

MARAKAS