Anda di halaman 1dari 20

Soalan 1

1.0 Apakah Perbezaan Antara Pelaburan dan Dana Berdasarkan Pandangan Islam
Pelaburan Maksud Pelaburan secara Islam membawa maksud pelaburan yang dibuat daripada lebihan pendapatan dan harta dengan matlamat untuk mendapat keuntungan pada masa depan dalam bentuk keuntungan modal (kenaikan harga) mahupun keuntungan perniagaan (dividen) mengikut kehendak kehendak Dana Dana bermaksud pengambilan bentuk saham mengikut bahagian/unit yang sama, yang mewakili pemegang saham/ pemegang unit amanah saham dan hak untuk mendapat keuntugan atau kerugian mengikut kehendak hukum syarak.

hukum syarak. Operasi Aktiviti melabur yg melibtkan wang untuk mendapatkan keuntungan sahaja. Pelabur tidak akan melakukan apa-apa jua yang berkaitan dengan operasi syarikat itu Pelabur tidak berhak untuk apa-apa gaji atau upah, dia hanya layak untuk Dalam dana Islam terdapat risiko. Risiko dalam dana Islam adalah pelbagai bergantung kepada kaunter yang dipilih oleh pelabur. Pertumbuhan kaunter Islam telah berlaku di setiap bahagian dunia. Sebagai contoh Saudi American Bank di Arab Saudi, Bank Islam Malaysia Berhad di Malaysia dan banyak lagi. Dana terhasil daripada pelaburan

mendapat keuntungan yang diperolehi oleh syarikat itu. Ciri-ciri Kontrak Mempunyai modal yang dketahui Terdapat pelabur Terdapat Lafaz Ijab dan qabul Terdapat pengusaha yang menjalankan pelaburan

yang dilakukan oleh pelabur.

Mempunyai pendeposit

Terdapat pemegang Saham Liabiliti Lafaz Ijab dan qabul

Perniagaan yang halal yang berlandaskan hukum syarak Pihak yang mengurus Syarikat juga bertindak sebagai pengurus pelaburan Unit trust- medium pertengahan untuk mengagihkan modal. Dalam urusan yang melibatkan dana Bank bertindak sebagai pengurus dana yang diberikan oleh pendeposit .

1.1 Apakah pertimbangan-pertimbangan untuk pelaburan wang berdasarkan perspektif islam?

Peburan sering dikaitkan dengan sesuatu yang berisiko tngggi, namun begitu, pelaburan yang tidak mempunyai sebarang risiko adalah tidak dibenarkan dalam islam. oleh itu, pertimbangan yang mendalam tentang pelaburan haruslah dibuat sebelum membuat keputusan untuk melabur. Antara pertimbangan-pertimbangan dari sudut pandangan islam yang boleh diaplikasikan adalah untuk membuat pelaburan islam seperti berikut; 1.1.1 Peburan harus menepati prinsip syariah y y y y y y Pelaburan haruslah terhindar dari unsur riba Bebas dari unsur gharar Bebas dari unsur perjudian Bebas dari aktiviti yang melibatkan arak dan khinzir Prinsip kesederhanaan Prinsip kelakuan beretika

1.1.2 Merancang pelaburan anda Pelaburan yang bijak tidak hanya bergantung pada nasib semata-mata, pelabur haruslah menjalankan perancangan dengan teliti dan memahami keadaan ekonomi semasa. Jika anda kurang yakin dengan pengetahuan anda tentang ekonomi, anda boleh menggunakan khidmat pakar dalam pelaburan dengan mendapatkan nasihat daripadanya. Di sini terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan semasa merancang pelaburan; i. Mengetahui sebab atau alas an apakan yang mendorong anda ingin melabur. Sebelum mengambil keputusan untuk melabur, anda perlu tahu tujuan sebenar anda untuk melabur serta objektif kewangan anda. Matlamat kewangan anda mungkin untuk:

y y y y y

Membeli kereta Membeli rumah Menghantar anak-anak anda untuk pengajian tinggi Pergi bercuti Merancang persaraan yang selesa untuk masa depan

Objektif pelaburan anda adalah sama ada untuk: y y y y y Mengekal atau memelihara kuasa beli bagi amaun pokok yang dilaburkan Mendapat pendapatan daripada pelaburan anda Meningkatkan nilai aset bersih anda Gabungan mana-mana daripada yang di atas Anda boleh mencapai matlamat anda dengan melabur simpanan anda berdasarkan jangka masa apabila matlamat kewangan anda boleh dicapai. Selain itu, adalah penting bagi rancangan pelaburan anda bersesuaian dengan objektif perancangan kewangan keseluruhan anda bagi mendapatkan hasil yang terbaik untuk mencapai matlamat anda. ii. Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur pelaburan ialah komitmen jangka panjang, anda perlu

Memandangkan

mengambil kira kemampuan dan keupayaan anda untuk melabur sebelum anda membuat pelaburan. Antara isu utama yang perlu dipertimbangkan adalah seperti yang berikut: y Berapa banyakkah wang yang anda punyai untuk komitmen jangka sederhana dan panjang? y Adakah anda benar-benar memahami produk yang anda hendak laburkan? y Adakah pelaburan yang dirancang bersesuaian dengan portfolio

keseluruhananda? y Sudahkah anda membandingkan pulangan bagi pelaburan lain yang sama?

Adakah anda memahami risiko yang terbabit dan adakah anda tahu tahap kerugian yang boleh anda tanggung? (iaitu berapa banyakkah perubahan harga/nilai pelaburan yang anda boleh tanggung)

Apakah jangkaan anda terhadap pulangan daripada pelaburan anda? (iaitu berapa banyakkah pulangan yang akan memuaskan anda)

Berapa lamakah tempoh pelaburan anda? (sebagai contoh, 5 tahun, 10 tahun, dsb.)

Adakah anda mempunyai fleksibiliti untuk mencairkan pelaburan yang berkenaan ketika anda terdesak?

Bagaimanakah anda boleh memantau prestasi pelaburan anda secara berterusan berbanding dengan keperluan anda yangberubah-ubah?

iii.

Mengetahui strategi dan konsep melabur a. Pempelbagaian

Strategi yang sudah terbukti berjaya dalam pelaburan ialah pempelbagaian iaitu mempelbagaikan pelaburan anda. Pempelbagaian merupakan cara yang berkesan untuk meminimumkan risiko dan melindungi anda daripada volatiliti dalam sesuatu kelas aset atau industri. Jenis pelaburan yang berbeza terdedah kepada tahap risiko yang berbeza dan dengan pempelbagaian, kerugian dalam sesetengah pelaburan boleh diimbangi oleh perolehan pelaburan lain. b. Nilai masa wang Masa ialah aset yang terbesar bagi sesiapa yang hendak melabur. Lebih awal anda melabur, lebih besar pulangan atas nilai wang anda. Ini disebabkan oleh prinsip faedah kompaun di mana anda memperolehfaedah atas pelaburan asal anda dan atas faedah yang telah anda peroleh daripada pelaburan anda. Walaupun dengan perbezaan satu mata peratusan, kesan dalam jangka panjang boleh menjadi ketara.

c.

Impak Inflasi dan Cukai

Perancangan yang baik serta memastikan kadar pulangan purata yang minimum bagi pelaburan dalam jangka panjang juga penting kerana wang yang anda punyai pada hari ini berkemungkinan tidak lagi mempunyai nilai yang akan membolehkan anda membeli jumlah barangan yang sama pada masa hadapan. Ini disebabkan inflasi menyusutkan nilai wang. Walaupun anda memperoleh pulangan daripada pelaburan, nilai sebenar pelaburan anda mungkin berkurangan disebabkan oleh kesan inflasi. Matlamat pelaburan adalah untuk menambah wang anda melebihi kadar inflasi. Cukai juga akan mengurangkan pulangan pelaburan melainkan pelaburan anda mendapat pengecualian cukai. Oleh itu, anda perlu melabur dalam aset yang membolehkan anda mendapat pulangan terbaik sesudah mengambil kira kesan pencukaian dan inflasi dalam jangka panjang. d. Memaksimumkan Pulangan Sebagai pelabur, anda akan terus mencuba untuk mendapat pulangan yang tertinggi bagi pelaburan anda. Masa yang diperlukan untuk menggandakan wang anda boleh dikira dengan menggunakan Peraturan 72. Bahagikan 72 dengan peratusan faedah yang anda peroleh daripada simpanan. Sekiranya pulangan yang dikira tidak memuaskan, anda boleh menimbang pilihan lain yang memberi kadar pulangan yang lebih tinggi. e. Pemurataan Kos Ringgit (Ringgit Cost Averaging)

"Pemurataan kos ringgit" merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham. Ia melibatkan pelaburan amaun yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak. Apabila harga dana lebih tinggi, pelaburan tambahan akan membeli bilangan unit yang lebih kecil tetapi apabila harga lebih rendah, jumlah wang yang sama membolehkan anda membeli lebih banyak unit. Apa yang tersirat daripada

pendekatan ini adalah, pada sesuatu masa, pasaran akan pulih kerana ia bergerak mengikut kitaran dan pada ketika inilah keuntungan boleh diambil. f. Hubungan Risiko Dengan Pulangan

Terdapat banyak instrumen pelaburan dalam pasaran dan setiap satu mempunyai tahap risiko dan jangkaan pulangan yang berbeza. Sesetengah jenis pelaburan (seperti simpanan bon) bersifat "lebih selamat" berbanding dengan pelaburan yang lain. Ini bermaksud bahawa pelaburan asal anda kekal tetapi kadar pulangannya mungkin lebih rendah. Pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi (seperti dana amanah saham ekuiti atau saham) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Akibat tukar ganti (trade-off) risiko dan pulangan ini, anda perlu menimbang tahap risiko yang berkaitan dengan kelas aset yang berbeza dan memilih aset yang sesuai untuk pelaburan. g. Memahami Risiko Risiko ialah satu penunjuk jangkaan mengenai potensi keuntungan atau kerugian yang berkaitan dengan pelaburan yang merentangi masa. Jika anda menjangka akan meraih keuntungan yang tinggi dalam tempoh yang singkat, risiko yang ditanggung adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda memilih pelaburan jangka panjang, tahap risiko yang ditanggung adalah lebih rendah. Semakin panjang tempoh masa pelaburan, variasi dan volatiliti pulangan cenderung untuk menjadi lebih rendah. iv. Tahu pelaburan mana yang sesuai untuk anda

Sebelum anda memilih sebarang produk pelaburan, adalah penting bagi anda memahami pelaburan tersebut terlebih dahulu. Setiap aset adalah unik dan mempunyai profil risiko pulangan yang berbeza yang membolehkan anda melabur untuk mencapai matlamat kewangan yang berbeza.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menyedari bahawa kebanyakan jenis pelaburan boleh membawa kerugian. Graf di bawah menunjukkan risiko dan pulangan bagi beberapa jenis instrumen pelaburan. 1.1.3 Perancangan kewangan dan strategi kitaran hayat Jumlah wang yang akan dilaburkan dalam pelbagai aset bergantung kepada: y Matlamat dan keperluan anda - untuk membeli rumah, melancongatau keperluan persaraan y Umur anda ketika melabur - ini akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. Contohnya, jika anda masih muda, maka anda boleh mengambil risiko pelaburan yang secara relatif lebih tinggi y Pendapatan anda ketika melabur - jika anda berpendapatan lebih tinggi, maka anda akan mempunyai wang yang lebih untuk dilaburkan.Tahap kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang anda boleh lakukan y Pekerjaan anda - contohnya, jika terdapat pelan persaraan dalam pekerjaan anda, anda mungkin tidak mahu mempunyai pelan persaraan lain. y Ufuk masa - bilakah anda mahu mencairkan aset anda? Kecairan - berapa cepatkah anda boleh menukarkan aset anda kepada wang tunai? Toleransi terhadap risiko - berapa banyakkah risiko yang anda sanggup tanggung? 1.1.4 Apakah profil risiko anda? Ketika menentukan profil risiko anda, tanya pada diri anda tentang persoalan berikut: y Apakah peringkat usia anda? Jika anda masih muda, biasanya anda mampu mengambil risiko yang lebih besar dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang. Jika anda sudah tua, jaminan sara hidup merupakan faktor yang penting. y Adakah matlamat anda jangka pendek, jangka sederhana atau jangka panjang? Secara umum, jika anda seorang pelabur jangka panjang, anda berkemampuan membuat pelaburan yang lebih berisiko. Walau

bagaimanapun, jika anda memerlukan wang untuk bayaran muka pembelian

rumah dalam jangka masa dua tahun, maka anda tidak seharusnya melabur dalam aset berisiko tinggi. y Apakah sikap anda terhadap wang? Sesetengah orang sanggup mengambil risiko, manakala yang lain tidak. Oleh itu, anda perlu memahami sikap anda terhadap wang dan risiko sebelum membuat sebarang pelaburan. y Setakat manakah kesanggupan anda menerima turun naik jangka pendek nilai pelaburan anda? Jika dengan melihat harga saham turun naik membuatkan anda susah hati, anda perlu mengehadkan pelaburan saham anda sehingga anda rasa lebih selesa. y Adakah anda bersedia menerima risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar? Pada umumnya, pelaburan tanpa risiko memberi pulangan yang lebih rendah. Oleh itu, cuba dapatkan tahap kombinasi risiko dan pulangan yang anda rasa selesa. 1.1.5 Mendapatkan nasihat kewangan Terdapat banyak pihak yang menawarkan nasihat kewangan seperti bank, remisier, perancang kewangan atau ejen insurans, bergantung pada jenis instrumen pelaburan yang terlibat. Walau bagaimanapun, sebelum anda memilih penasihat kewangan anda, pastikan yang beliau mempunyai kelayakan yang sesuai untuk memberi sebarang nasihat. 1.1.6 Sumber maklumat Maklumat mengenai pelaburan boleh diperoleh daripada: y y y y y Laporan tahunan yang diterbitkan oleh syarikat Surat khabar, jurnal dan majalah Internet Kursus Seminar

1.1.7 Pelihara kepentingan anda Bagi sebarang pelaburan yang anda buat, tip-tip berikut perlu diambil kira: y y Memahami pelaburan dan risiko yang terlibat Pilih penasihat kewangan secara berhati-hati jika anda memerlukannya. Pastikan mereka berkelayakan dan berpengalaman. Tanyakan soalan dan pastikan anda faham isu dan prosedur yang terlibat. Dapatkan pandangan pihak kedua jika anda masih ragu y Jangan terburu-buru ketika membuat keputusan. Berhati-hati terhadap taktik penjualan agresif yang memaksa anda membuat keputusan dan bertindak segera y y Simpan semua rekod transaksi yang dilakukan Berhati-hati dengan skim yang menjanjikan keuntungan cepat pada tahap risiko yang minima atau tanpa risiko 1.2.8. Perkara yang perlu dielakkan dalam pelaburan Terdapat beberapa amalan yang perlu anda elakkan semasa membuat keputusan untuk melabur bagi mengurangkan risiko menanggung kerugian: y Jangan meminjam untuk melabur - anda tidak seharusnya menggunakan wang orang lain untuk melabur atau mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit anda. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, jangan melabur y Jangan melabur semata-mata untuk mendapatkan pulangan yang cepat dan tinggi - pulangan yang cepat lazimnya mempunyai risiko yang tinggi. Sentiasa berwaspada terhadap skim cepat kaya haram yang menjanjikan pulangan wang yang cepat atas pelaburan anda. Orang yang menjalankan skim tersebut memberi janji palsu dan mungkin akan lesap bersama-sama wang anda y Jangan melabur dalam pelaburan yang berisiko tinggi kecuali anda benarbenar bersedia untuk menghadapi risiko tersebut. Sesetengah pelaburan melibatkan elemen spekulasi dan risiko yang tinggi (contohnya: dagangan hadapan) y Jangan melabur berdasarkan "hot tips" dan khabar angin

Soalan 2
2.0 Berdasarkan pendapat anda, apakah jenis-jenis pelabur
Pelabur adalah pihak yang membuat pelaburan ke dalam satu atau lebih kategori aset dan pada dasarnya dengan objektif menerima pulangan kewangan. Aset pelabur boleh membeli pelbagai luas, tetapi termasuk saham, bon, hartanah, komoditi, dan koleksi. Terdapat empat jenis pelabur mengikut pendapat saya.

a. Agresif Pelabur yang agresif adalah orang yang tidak berminat untuk pendapatan semasa tetapi beliau berminat untuk peningkatan modal. Peningkatan modal nilai meningkat apabila syarikat pertumbuhan modal sebagai kesan daripada kejayaan perniagaan syarikat. Ini jenis orang yang sanggup menerima risiko pasaran yang tinggi. Strategi pelaburan agresif adalah berguna jika anda mempunyai faktor-faktor masa memihak kepada anda. Orang-orang ini perlu mempunyai keupayaan untuk menunggu beberapa tahun supaya ia dapat mengambil kesempatan penuh daripada pelaburan. Beliau juga harus mampu untuk bertolak ansur dengan suatu tahap yang lebih tinggi risiko. Asas yang kukuh adalah perlu untuk membina empayar kewangan. Dalam usaha untuk menubuhkan sebuah empayar kewangan orang mestilah mengikut kaedah-kaedah asas tertentu bunyi pelaburan. Strategi pelaburan agresif memerlukan jawapan kepada ketiga-tiga soalan-soalan berikut; untuk berapa lama boleh dia selesa melabur wang, apa yang ada harapan untuk keuntungan yang diperolehi, dan tahap risiko yang pelabur selesa dengan?

b. Sederhana Jenis kedua ialah pelabur sederhana. Ini jenis pelabur pandangan pendapatan semasa sebagai seorang bawahannya untuk peningkatan modal. Bagi mereka, pendapatan semasa penerimaan kedua penting selepas peningkatan modal. Pelabur sederhana cenderung untuk membuat keuntungan yang lebih rendah tetapi mendapatkan kestabilan dalam portfolio. Mereka agak terlindung daripada turun naik pasaran.

c. Sangat Konservatif Jenis ketiga adalah sangat konservatif. Ini jenis orang yang tidak bersedia untuk menerima apa-apa risiko. Dia cuba untuk banyak mengurangkan risiko pasaran dan amat meningkatkan pulangan pasaran atau pendapatan semasa. Beliau tidak berminat pada peningkatan modal.

d. Konservatif Jenis keempat adalah pelabur yang konservatif. Konservatif adalah orang yang bersedia untuk menerima hanya risiko pasaran terhad. Bagi mereka, pendapatan semasa adalah sangat penting berbanding peningkatan modal. Pesara banyak mengguna pakai pendekatan pelaburan yang konservatif untuk memastikan mereka tidak kehilangan simpanan mereka melalui keputusan pelaburan ruam, belum mendapat pulangan yang layak untuk membayar bil.

2.1 Bincangkan jenis-jenis sumber dana dalam pengurusan dana islam


1. Dana Komoditi y Jumlah langganan digunakan untuk membeli komoditi yang berlainan bagi tujuan jualan semula itu. y keuntungan yang dihasilkan pada setiap jualan komoditi akan diagihkan kepada pelanggan. y Dana komoditi mestilah close-end fund dan setiap unit yang diniagakan tidak boleh dirunding pasaran sekunder.

2. Dana lindung nilai islam y berlaku perdagangan yg kerap dan mengambil pertaruhan besar di dalam derivatif kewangan y y y tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yg spekulatif seperti short-selling bebas utk semua jenis dana ( tetapi utk dana-dana yg dibenarkan syarak) short-selling ialah mewujudkan kedudukan pasaran dengan menjual satu sekuriti yg dijangkakan akan jatuh pada masa akan datang.

3. Dana Mudarabah y Beroperasi mengikut prinsip mudarabah (profit sharing), dimana bank menerima deposit daripada pelabu-pelabur sama ada ditentukan atau tempoh masa yang tidak terhad. y y Juga dikenali sebagai deposit perkongsian untung dan rugi . Terdapat dua akaun mudarabah iaitu mudarabah mutlaqah (akaun pelaburan umum) dan istimewa). mudarabah muqayyadah (akaun pelaburan

4. Al-wadiah y y Bank islam mengamalkan prinsip wadiah dalam operasi akaun simpanan. Bank akan meminta kebenaran pelanggan untuk menggunakan duit pelanggan bagi membuat pelaburan dalam sesuatu aktiviti dan diberi hibah oleh pihak bank itu sendiri.

5. Dana pemegang saham y Menggunakan prinsip Musharakah (penglibatan ekuiti). Berdasarkan prinsip ini, pemilik modal memasuki perkongsian dengan bank dengan menyumbangkan dana perkongsian yang ditentukan untung dan rugi berdasarkan nisbah yang ditentukan.

6. Dana ekuiti islam y y Dihasilkan berdasarkan mudarabah kontrak Melalui kontrak mudarabah, dana dihasilkan dgn mengeluarkan dan menjual sijil ataupun instrument dan kemudiaanya dana itu dilaburkan sama ada melalui mudarabah, musyarakah dan saham-saham biasa yang diterima sharak. y penubuhan dana itu membawa ke dalam kewujudan sukuk yang kini menghasilkan pendapatan yang berubah-ubah bagi pelabur

7. Dana Ijarah a) digunakan utk membeli aset seperti estate, kenderaan atau peralatan lain b) Jumlah sewaan yg dikenakan kepada penyewa merupakan sumber utama pendapatan bagi jenis dana ini. c) kontrak pajakan perlu mematuhi prinsip-prinsip Syariah yang berbeza daripada terma-terma dan syarat-syarat yang digunakan dalam perjanjian pajakan kewangan konvensional. d) Bersandarkan prinsip2 asas yang berikut Aset pajakan hendaklah daripada jenis yang halal (dibenarkan) y y Pemajak mesti bertanggungjawab terhadap pemilikan aset. Sewaan mesti tetap dan diketahui oleh pihak-pihak yg berurusan semasa di awal kontrak

8. Dana Campuran y Adalah dana yang terkumpul secara semula jadi di mana jumlah yang disumbangkan diterima dalam pelbagai jenis pelaburan yang berbeza seperti ekuiti, sewaan, komoditi , akaun simpanan dan lain-lain lagi.

Soalan 3
3.0 Kenapa pelabur keluar sumber pelaburan 3.1 Terangkan beberapa kaedah teknik pembiayaan dalam pengurusan dana islam

Soalan 4
4.0 Apakah dana bersama 4.1 Jelaskan beberapa jenis dana bersama
Dana bersama umumnya boleh diletakkan ke dalam salah satu daripada tiga kategori utama iaitu saham dana, dana bon dan modal pasaran wang. Ramai pelabur akan mempelbagaikan portfolio mereka dengan menggabungkan ketiga-tiga kategori tersebut. 1. Saham Dana Dana saham, yang juga dikenali sebagai dana ekuiti adalah yang tidak menentu antara tiga kategori tersebut, dengan nilai yang tidak konsisten kadangkadang semakin meningkat dan jatuh secara mendadak dalam tempoh yang singkat. Tetapi sejarah telah menunjukkan prestasi saham yang lebih baik dalam jangka masa panjang daripada lain-lain jenis pelaburan. Ini kerana, saham yang diniagakan di jangkakan bahawa keputusan masa depan sebuah syarikat akan termasuk dalam bahagian pasaran yang diperluas, lebih besar hasil dan keuntungan yang lebih tinggi. Semua tersebut akan meningkatkan nilai pemegang saham. Secara umumnya saham berubah-ubah kerana penilaian pelabur keadaan ekonomi dan mungkin mereka memberi kesan ke atas perolehan korporat. Pelabur yang bertanggungjawab secara sosial juga merupakan faktor risiko yang lain kepada pendapatan seperti pendedahan kepada denda atau tindakan undang-undang dari mencemarkan ekonomi atau membezakan terhadap pekerja yang tertentu.

Tidak semua dana saham yang sama. Beberapa dana biasa termasuk: y Dana pertumbuhan, yang menawarkan potensi untuk kenaikan modal yang besar tetapi tidak boleh membayar dividen biasa. y Pendapatan dana yang melabur dalam saham-saham yang membayar dividen biasa. y Dana indeks, yang cuba untuk mencerminkan prestasi indeks pasaran tertentu. y Dana sektor biasanya pakar dalam segmen industri tertentu, seperti kewangan, penjagaan kesihatan atau teknologi.

2. Dana Bon Dana bon, juga dikenali sebagai pendapatan tetap, melabur dalam hutang korporat dan kerajaan dengan tujuan untuk menyediakan pendapatan melalui pembayaran dividen. Dana bon sering dimasukkan ke dalam portfolio untuk meningkatkan jumlah pulangan pelabur, dengan menyediakan pendapatan yang stabil apabila dana saham kehilangan nilai. Sama seperti dana saham, dana bon juga boleh dianjurkan oleh sektor, supaya dana bon boleh dikategorikan. Walaupun biasanya lebih selamat daripada dana saham, dana bon menghadapi risiko sendiri termasuk: y Kemungkinan bahawa penerbit bon, seperti syarikat-syarikat atau majlis perbandaran, mungkin gagal untuk membayar balik hutang mereka. y Peluang bahawa kadar faedah akan meningkat, yang menyebabkan nilai bon menurun y Kemungkinan bahawa suatu bon akan dibayar awal. Apabila ini berlaku dalam tempoh dana bon ada peluang pengurus mungkin tidak dapat untuk melabur semula hasil dalam sesuatu yang lain yang membayar sebagai pulangan tinggi.

3. Dana Pasaran Wang Dana pasaran wang mempunyai risiko yang rendah, berbanding dengan lainlain dana bersama dan kebanyakan pelaburan lain. Dalam undang-undang, dana pasaran wang adalah terhad iaitu hanya boleh melabur yang berkualiti tinggi, pelaburan jangka pendek yang dikeluarkan oleh kerajaan, syarikat-syarikat, dan kerajaan-kerajaan negeri dan tempatan. Dana pasaran wang cuba menyimpan "nilai aset bersih (NAV) - yang mewakili nilai satu saham dalam dana pada kadar yang malar $ 1 sesaham. Tetapi NAB boleh jatuh di bawah $ 1 jika pelaburan dana buruk. Dari segi sejarah pulangan untuk dana pasaran wang adalah lebih rendah berbanding bon atau dana saham, menyebabkan mereka terdedah kepada kenaikan inflasi. Dalam erti kata lain, jika dana pasaran wang membayar kadar jaminan sebanyak 3 peratus, tetapi lebih inflasi tempoh pelaburan yang meningkat sebanyak 4 peratus, nilai wang pelabur akan telah terhakis kepada 1 peratus. .4.2 Bincangkan perbezaan antara pandangan

konvensional dan islam tentang dana bersama.


Kedua-dua dana diuruskan dengan objektif yang sama untuk memenuhi pemegang saham dan keuntungan lebih daripada pulangan yang sederhana

Pandangan Konvensional

Pandangan Islam

y Dana bersama (juga dikenali sebagai y Dana bersama Islam yang diuruskan unit amanah di Malaysia) ditakrifkan sebagai satu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk pengumpulan dana mereka oleh pengurus dana atau syarikatsyarikat pelaburan, yang pada mulanya menaikkan wang daripada pemegang saham atau pelabur yang berminat.

untuk y Walau bagaimanapun, mereka (pengurus dana) akan melabur dana dalam kumpulan aset yang mesti dipatuhi dengan prinsip-prinsip Syariah mengikut sistem kewangan Islam, dengan merujuk kepada parameter

dilaburkan dalam portfolio sekuriti atau aset-aset lain. y Pengurus dana kemudian melabur dana yang dikumpulkan dalam dana portfolio, terutamanya termasuk beberapa kelas

aset seperti wang tunai, bon, deposit, saham, komoditi dan juga hartanah selari dengan dana objektif. y Dana bersama terlibat dari syarikatsyarikat yang dalam aktiviti-aktiviti, produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan insurans konvensional, perbankan dan perkhidmatan kewangan, perjudian, minuman beralkohol dan produk makanan yang tidak halal.

Syariah yang dibangunkan untuk jenis produk yang dikehendaki.

y Dana bersama Islam mesti mematuhi perintah-perintah pelaburan Syariah

(undang-undang Islam). y Syariah menggalakkan keuntungan dan penggunaan dan skim riba dan

perkongsian perkongsian, (faedah),

melarang (perjudian

maysir

permainan tulen daripada kebetulan), gharar (menjual sesuatu yang adalah tidak dimiliki atau yang tidak boleh menjadi diterangkan iaitu detail tepat, dari segi jenis, saiz dan jumlah). y Garis Syariah dana panduan dan prinsip-prinsip aspek

mengawal bersama

beberapa Islam,

termasuk (portfolio

peruntukan

aset

pemeriksaan), pelaburan dan amalan perdagangan, dan pengagihan

pendapatan (penulenan). y Apabila memilih pelaburan untuk y Satu dana bersama mesti Islam,

portfolio mereka (peruntukan aset), dana boleh bersama memilih konvensional antara bebas

bagaimanapun,

menubuhkan

skrin untuk memilih syarikat-syarikat itu daripada memenuhi kualitatif dan

pelaburan

menanggung hutang dan pelaburan menanggung untung , dan melabur di

kuantitatif kriteria yang ditetapkan oleh garis panduan Syariah. kepada dana bersama Islam

seluruh spektrum semua industri yang y Asas ada.

beroperasi juga mesti patuh Syariah iaitu dana yang dilaburkan mestilah bebas daripada hutang yang

berasaskan faedah atau spekulasi y Dana konvensional seperti dana lindung y Dana nilai, dana arbitraj, dan dimanfaatkan buy-out (LBO), semua dana meminjam berat untuk membiayai amalan bersama Islam tidak boleh margin;

berdagang

menggunakan

dalam erti kata lain, mereka tidak boleh menggunakan faedah membayar

pelaburan mereka, dan mereka dilarang untuk pelabur Islam. y Ia juga tidak dibenarkan untuk

hutang untuk membiayai pelaburan.

melibatkan diri dalam penjualan dan perjanjian belian semula (repo atau membeli-belakang yang juga dikenali sebagai). Urus niaga ini dianggap sama dengan faedah mengenakan bayaran.

Dana Islam juga menunjukkan prestasi lebih baik berbanding dana konvensional dalam pasaran menurun, manakala dana konvensional menunjukkan prestasi lebih baik berbanding yang Islam semasa pasaran yang menaik. Risiko yang sistematik bagi dana Islam adalah sentiasa lebih rendah daripada dana rakan sejawat konvensional mereka dalam tempoh krisis kewangan. Semua keperluan ini menjadikan dana bersama Islam berbeza daripada dana bersama Konvensional asas dan konsep.

Bibliography Cara Bijak Menguruskan Kewangan & Menentukan Matlamat Kewangan Anda. (2011, November 19). Retrieved Disember 2, 2011, From Blogspot: Http://Bijakuruswang.Blogspot.Com/ Islamicwealthplanning. (2010, April 24). Merancang Kekayaan Demi Masa Depan Ummah. Retrieved Disember 2, 2011, From Wordpress: Http://Islamicwealthplanning.Wordpress.Com/2010/04/24/42/ Premium Research Reports Are Now Online. (2011). Retrieved Disember 2, 2011, From Idealratings, Inc: Http://Www.Idealratings.Com/Newsletter/IslamicInvestor-Newsletter-Q4.Html Securities Industry Development Corporation. (N.D.). Bufet Pelabur Bijak.

Anda mungkin juga menyukai