Anda di halaman 1dari 8

KEPENTINGAN SAINS BAGI KANAK-KANAK DI PRASEKOLAH PENGHARGAAN Assalamualaikum wbt, Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah izin

dan rahmatnya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di sebalik kejayaan saya terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa kajian dijalankan sehinggalah saya selesai menyiapkan tugasan ini. Oleh itu,saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan kepada pihak yang terbabit. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Pn Raziah Bt Ramli selaku pensyarah untuk subjek Sains Untuk Kanak-Kanak Prasekolah(ETD 3143) yang telah banyak memberi bimbingan , teguran dan membantu di dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau tentunya kajian ini tidak dapat dijalankan dengan baik dan teratur. Sekalung budi juga buat ibubapa dan rakan-rakan yang selama ini tidak jemu-jemu memberi segala bentuk pengorbanan , kewangan , nasihat dan tunjuk ajar untuk memastikan hasrat murni ini tercapai.Tanpa sokongan dari semua pihak tidak bermaknalah hasil kerja ini. Sesungguhnya kejayaan ini hanyalah sebagai titik permulaan untuk perjalanan yang masih panjang. Sekian terima kasih.

PENGENALAN Kanak-kanak sememangnya berminat mempelajari perkara yang berhubung dengan kehidupan mereka. Bagi mereka dunia ini penuh dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik dan penuh dengan misteri yang perlu diterokai dan difikirkan. Sains bagi kanak-kanak bermula apabila mereka sedar mereka dapat belajar berhubung dengan alam kehidupan melalui tindakan dan perlakuan mereka sendiri seperti meniup belon atau buih sabun dan sebagainya. Menurut Rohani Abdullah (2004) sains adalah cara kita berfikir dan melihat dunia persekitaran kita. Sains adalah suatu proses eksperimen yang berterusan dan mencuba jawapan terhadap kejadian dan tindak balas yang berlaku di dalam persekitaran. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Justeru, pendedahan awal dalam sains amat penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggungjawab, prihatin serta hormat pada alam sekitar. Program pendidikan sains prasekolah seharusnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran saintifik yang diperlukan bagi mengkaji dan memahami alam. Selain itu, pengalaman dalam sains juga seharusnya dapat membantu kanak-kanak membina sikap dan minat yang positif dalam diri mereka. DEFINISI PENGAJARAN PRASEKOLAH DAN SAINS AWAL Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Menurut Lee Shok Mee (1994) Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains. Pada peringkat sains awal, guru menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman. Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam sains awal penting bagi mencapai pembelajaran yang terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat murid kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar. Sains Prasekolah Sains adalah cabang ilmu pengetahuan yang mempunyai banyak ciri dan perbezaan berbanding dengan disiplin ilmu yang lain. Sains bermatlamat untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semulajadi. Guru yang tidak memahami dan berpersepsi negatif akan menggagalkan proses pembelajaran di dalam kelas. Pelaksanaan kurikulum merupakan satu proses yang kompleks. Di samping itu, perubahan akan menimbulkan masalah. Oleh itu, situasi ini perlu difahami agar tindakan berkesan dapat diambil untuk mengatasinya. Sifat ingin tahu akan menjuruskan minat kanak-kanak mencuba dan mengeksperimenkan sesuatu benda. Semakin banyak mereka mencuba, semakin banyak mereka mempelajari sains. Pusat perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan berusaha ke arah itu di mana dalam Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sudah memasukkan pembelajaran awalan sains dalam perkembangan kognitif. Penerokaan adalah aspek penting dalam proses saintifik. Melalui penerokaan, kanak-kanak dapat

mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan, mengelas dan membina soalan interaksi mereka dengan alam sekitar membantu dalam membina kefahaman konseptual saintifik di samping membentuk sikap dan sifat dalam sains antaranya keinginan untuk tahu, tabah dan jujur. Kepercayaan guru tentang sains sering mempengaruhi keputusan dan tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Dapatan-dapatan kajian menunjukkan peranan guru adalah penting dalam usaha memupuk dan menanam sikap yang sesuai terhadap Sains. Kajian turut menunjukkan sikap guru yang negatif atau neutral terhadap Sains akan dapat dirasai dan menjadi ikutan murid-murid. Selain itu, sikap kepercayaan serta nilai yang dihayati guru turut mempengaruhi corak pengajaran dan meninggalkan kesan terhadap pembelajaran, kepuasan dan keseronokan serta perkembangan murid-murid. Memahami cara guru membina kefahaman yang mencorak pengajaran mereka dalam Sains mempunyai implikasi kepada pencapaian matlamat yang dirancangkan dalam pendidikan Sains. Keyakinan guru boleh dibina melalui aktivitiaktiviti yang melibatkan mereka secara aktif. Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan memberi peluang dan masa untuk membolehkan guru-guru menilai dan membuat refleksi terhadap kepercayaan mereka tentang Sains dan pengajaran Sains dan keserasian sistem kepercayaan tersebut dengan kurikulum yang perlu mereka laksanakan. (Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003). Mengajar dengan cara praktikal hands-on experiences Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara hands-on experiences iaitu mereka belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Terus terang saya katakana, saat yang paling saya ingati sewaktu di tabika 22 tahun yang lalu ialah semasa bermain plastisin (tanah liat) dan bermain cantuman lego bersama kawan-kawan. Oleh itu pilih aktiviti sains yang menekankan kepada hands-on dan hanya memerlukan penerangan ringkas dari anda. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak ini untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar. Selain itu anda perlu pilih aktiviti sains prasekolah yang secara konsepnya berhubung kait. Walaupun ia seperti melompat dari satu topik ke satu topic yang lain, tetapi dengan cara ini

kanak-kanak akan lebih tertarik untuk belajar apabila kita memberi mereka peluang untuk meneroka dan berfikir tentang konsep yang diajar. Untuk menjadikan pengajaran sains itu lebih bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya anda memilih 1 atau 2 konsep yang berhubung kait. Contohnya konsep didalam" dan "diluar atau konsep perubahan biologi" dan "kitaran hidup. Adalah amat penting untuk anda sebagai guru prasekolah untuk kekal mengajar konsep yang sama selama sebulan atau lebih (Gelman dan Brenneman 2004). Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains prasekolah yang pelbagai. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini . Contohnya; Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (cnth: mengira biji benih dalam buah epal; menanam biji benih; membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar. Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama dan sebagainya. Mengukur pertumbuhan/perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan Belajar tentang kesihatan dan penyakit Mengembangkan lagi minat kanak-kanak Setiap kanak-kanak mempunyai minat atau kecenderungan pada sesuatu. Minat kanak-kanak ini pelbagai, ada yang menyukai binatang seperti kucing, tidak kurang yang suka melihat kereta dan sebagainya. Oleh itu sebagai guru prasekolah, beri perhatian terhadap minat kanak-kanak prasekolah ini dan cari atau rancang aktiviti sains yang mempunyai kaitan dengan minat mereka.Sesuaikan aktiviti sains dengan usia mereka Berhati-hati dengan aktiviti sains yang pada asasnya di buat untuk kanak-kanak yang lebih matang. Guru atau ibu bapa lebih tahu akan tahap pembelajaran anak atau murid mereka,untuk itu adalah sangat penting untuk menyesuaikan aktiviti sains yang dirancang dengan tahap kemahiran kanak-kanak. Elakkan juga aktiviti yang memerlukan banyak penjelasan dan juga perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti medan magnet.Jadikan alatan-alatan sains sebahagian daripada hidup mereka

Sesetengah aktiviti sains perlu menggunakan alatan sains seperti kanta pembesar, pembaris dan dacing. Apabila kanak-kanak telah mahir menggunakannya, jadikan peralatan ini sebagai instrumen pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan sepanjang masa; bukan sekadar semasa aktiviti prasekolah sahaja. Sesetangah aktiviti sains memberikan kanak-kanak ruang untuk meneroka sesuatu perkara secara sendiri tanpa mereka sedari bahawa apa yang mereka terokai itu adalah satu kaedah saintifik. Saya percaya aktiviti sebegini adalah berbaloi. Tetapi jangan pula kita abaikan aktiviti yang kita rancang dengan lebih sistematik kerana kanak-kanak juga menggemari aktiviti yang lebih teratur yang mendedahkan mereka kepada aktiviti saintifik secara ketara. Rochel gelman mensyorkan supaya kanak-kanak di peringkat prasekolah perlu diperkenalkan dengan perkataan-perkataan berikut: 1.Perhati 2.Andaian 3.Kenalpasti Pendek kata dalam setiap aktiviti sains yang dijalankan bersama murid prasekolah, pastikan anda masukkan aktiviti yang memerlukan mrereka memerhatikan apa yang berlaku, kemudian buat andaian apa yang akan berlaku seterusnya dan kenalpasti hasilnya. Jadikan aktiviti sains presekolah sebagai satu peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari kaedah saintifik. Saintis membina hypotesis untuk menerangkan segala apa yang berlaku di dunia ini. Kemudian mereka bertanya kepada diri sendiri apakah akan terjadi andainya hypotesis mereka tepat. Menguji andaian-menganalisa keputusan- adalah intipati kepada kaedah saintifik.

KESIMPULAN Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian mengenai kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka panjang dan jangka pendek. Oleh itu, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak untuk mengikutinya kerana banyak kelebihan yang akan mereka perolehi. Selain itu juga, pendidikan prasekolah adalah satu pendidikan yang bertujuan untuk mempersiapkan diri kanak-kanak sebelum mereka masuk ke alam persekolahan. Pendidikan sains awal di peringkat prasekolah adalah penting bagi menggalakkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling meraka. Penerokaan adalah penting dalam proses saintifik. Menurut Johnston, 1996, melalui penerokaan, kanak-kanak mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan, mengelas, dan membina soalan. Oeh itu, Interaksi mereka dengan alam sekitar membantu mereka dalam membina kefahaman konseptual saintifik disamping membentuk sikap dan minat dalam sains antaranya seperti keinginan ingin tahu, tabah, ikram, dan jujur.

BIBLIOGRAFI

Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras Transformasi.Diperoleh pada Februari 20 daripada http://eprints.utm.my/2286/1

(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Asma (2001), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001; Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003.Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah.Diperolehi pada Februari 25 daripada http:// www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah

Diperoleh dari http://sarjana.tripod.com/pra1. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Prasekolah pada 8 Febuari 2010.

Halim (1989), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.