Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN 1.

1 PENDERAAN KANAK-KANAK Dalam tajuk untuk kursus psikologi perkembangan moral ini saya memilih satu kes iaitu kes penderaan kanak-kanak.Ini kerana saban hari kita sering mendengar atau terbaca didada akhbar tentang kes penderaan kanak-kanak yang mana semakin meningkat dari hari ke hari,dan kes ini sering menular dikalangan masyarakat kita hari ini. Kerajaan Malaysia sangat menitikberatkan pembangunan minda kanak-kanak terutama dalam bidang pendidikan,agama,bangsa dan negara.Malangnya,dalam

memperkayakan persekitaran yang kondusif untuk tumbesaran kanak-kanak di negara ini,masih lagi terdapat kes-kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.Menurut Amar Singh (Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Ipoh ),dianggarkan lebih 10 peratus daripada populasi kanak-kanak di negara ini yang mana dipercayai pernah dan terus mengalami penderaan dan gangguan seksual (Utusan Malaysia,11 Oktober,2003). kebelakangan ini ,negara dikejutkan dengan kes penderaan dan penganiayaan kanakkanak sehingga menyebabkan kematian.Walau bagaimanapun,kematian kanak-kanak lelaki berusia 26 bulan,B.Balasundram,pada 1990 membuka mata pihak terlibat dan juga masyarakat sehingga kes itu dijadikan rujukan kes-kes penderaan yang berlaku di negara ini.Balasundaram ditemui ditinggalkan di lantai simen,berhadapan tandas Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan kecederaan yang teruk,seperti ditubunya dipenuhi kesan lebam dan calar,kesan cucuhan api rokok,kesan pukulan dengan benda keras dan mengalami kecederaan di bahagian otak,serta kerosakan buah pinggang dan akhirnya meninggal dunia (Berita Haria ,19 Jun,2004).

1|Page

Berita tentang kes penderaan kanak-kanak semakin tersebar meluas melalui media massa mahupun media elektronik. Kebanyakkan penderaan ini,bukan sahaja didera oleh ibu,bapa malah oleh kekasih ibu sendiri mencedera kanak-kanak.Seperti yang berlaku keatas syafiah umairah,yang mana ia didera,pukul,teranjang,disepak yang mana kejadian itu berlaku dirumah ibunya dan padang bola.Itu yang berlaku keatas adik syafiah,bagaimana pula dengan kanak-kanak lain. Apabila mendengar kes penderaan kanak-kanak ini,masyarakat mula bertanya dimanakah perikemanusiaan seseorang itu,sehingga sanggup mencederai kanak-kanak yang tidak berdosa.Apakah dosa kanak-kanak ini sehingga diseksa sehingga trauma dan fobia terhadap dirinya. Menurut Clinard & Meier (1985:7) penderaan boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga yang mencederakan tubuh kanak-kanak,memperkosa,memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja,membenarkan mengemis dan mendedahkan mereka kepada bahaya moral sehingga menjejaskan pertumbuhan atau kesihatan emosi dan fizikal mereka.

2|Page

1.2 STATISTIK PENDERAAN KANAK-KANAK Penderaan kanak-kanak mengikut tahun di seluruh Malaysia

TAHUN 2005 2006 2007 2008

BILANGAN KES 1800 KES 1999 KES 2279 KES 2780 KES

Pada tahun 2005 sebanyak 1800 kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di seluruh Malaysia.Manakala meningkat sebanyak 180 tahun 2006,seterusnya pasa 2007 sebanyak 2276 kes dan meningkat lagi kepada 2780 pada tahun 2008 Jenis-jenis kes penderaan mengikut tahun Tahun 2005 Pengabaian Fizikal Seksual Lain-lain 601 kes 431 566 57 Tahun 2006 682 kes 495 670 49 Tahun 2007 761 kes 586 754 70 Tahun 2008 952 kes 733 863 95

3|Page

1.3 PERNYATAAN MASALAH Pada zaman sekarang masyarakat yang semakin maju dan moden ini,dikatakan tidak semua ibu bapa dapat memenuhi tuntutan dan keperluan anak-anak,sebagaimana yang ditentukan atau dikehendaki oleh Allah s.w.t.Ibu bapa pada zaman moden ini mempunyai pelbagai urusan-urusan yang mana masing-masing tidak berkesempatan lebih lama bertemu dengan anak-anak.Pada wanita-wanita yang berkerjaya dan juga sebagai isteri pula,mereka mempunyai tugas yang agak berat kerana mempunyai agenda di pejabat,melayan suami dan tangunggjawab terhadap anak-anak di rumah. Dalam proses mendidik anak-anak,boleh dikatakan berbagai-bagai tingkah laku atau perangai anak-anak.Ini merupakan cabaran yang besar kepada ibu bapa atau pengasuh.Jika ibu bapa atau pengasuh tidak mempunyai kesabaran yang tinggi dan keimanan kebiasaanya akan bertindak kasar seperti menendang,memukul,memaki atau pelbagai cara. Oleh itu,Islam mengajar kita tentang cara-cara mendidika anak-anak.Mengikut kaedah pengajaran yang dituntut oleh Islam , ialah tidak boleh memukul anak-anak yang berumur kurang dari 10 tahun kerana dari segi fizikalnya,adalah lemah dan kulit mereka masih nipis.Jikalau hendak memukul atau menghukumnya biarlah dengan cara yang betul dan tidak meninggalkan bekas atau kesan kepada mana-mana bahagian tubuh. menghukumnya dengan

4|Page

2.1 KONSEP/DEFINISI KES PENDERAAN Definisi yang diberikan oleh Tomlinson-Keasey (1985) tentang penderaan ialah : Initially,professionals limited their attension to cases where the child suffered severe physical abuse.The definition excluded children who desperately needed to be protected from sexual abuse,emotional abuse or neglect. Mengikut Wan Abdul Kadir (1990) penganiayaan adalah suatu konsep yang ditakrifkan sebagai perbuatan menyakiti atau menyeksa sama ada dilakukan terhadap manusia atau binatang.Mohd Salleh (1991) menerangkan bahawa penganiayaan boleh

diertikan sebagai pemusnahan hak seorang kanak-kanak,menjauhkan mereka daripada mendapat kesempurnan kesihatan,pertumbuhan,kebajikan dan keselamatan. Penderaan kanak-kanak juga bermaksud dera,menyeksa ataupun perbuatan zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak.Di Malaysia kanak-kanak ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun (Akta Kanak-Kanak). Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberikan menunjukkan penderaan adalah satu penyalahgunaan tingkah laku pengajaran yang dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak.Penyalahgunaan tersebut ialah dari segi kekerasan.Kes penderaan dan penganiayaan mudah berlaku kepada kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 12 tahun.Mengikut kajian-kajian umum menunjukkan kanak-kanak perempuan adalah lebih ramai menjadi mangsa penderaan jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki.

5|Page

2.2 JENIS-JENIS PENDERAAN Dr Kasmini Kassim (1992) telah menerangkan tiga konsep penderaan iaitu Penderaan Fizikal,Pengabaian Kanak-kanak dan Penderaan Seksual.Manakala Penderaan Emosi juga terlibat dalam penderaan. 2.2.0 Penderaan Fizikal Penderaan secara fizikal oleh ibu bapa atau penjaga ke atas kanak-kanak adalah dianggap paling popular dan kerap berlaku secara meluas iaitu tidak kira agama,bangsa,negara dan taraf kedudukan sosial.Penderaan fizikal ini biasanya dapat dilihat pada kesan tubuh badan kanak-kanak seperti luka,terbakar,patah,lebam,dan boleh membawa kematian.Contohnya penderaan yang sukar dilupakan ialah yang berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun ( Berita Harian,25.11.95 ) Kanak-kanak itu mati akibat didera dan badannya luka serta lebam. Kajian Lynch & Robert ( 1982 ) menerangkan bahawa ibu bapa yang melakukan hukuman kekerasan kepada kanak-kanak ialah yang berkeadaan tidak matang dan selalu mengalami keresahan.Begitu juga ibu bapa yang suka menggunakan hukuman kekerasan terhadap kanak-kanak ialah yang hidup secara terpencil dan tiada mempunyai hubungan yang rapat dengan jiran tetangga ( Elmer,1967 ). 2.2.1 Penderaan seksual Penderaan seksual merujuk kepada segala bentuk aktiviti seksual yang mempunyai tujuan untuk memenuhi nafsu seks orang dewasa melalui pornografi,gambar, dan juga merangkumi memegang tempat sulit kanak-kanak,merogol,meliwat dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak.

6|Page

Menurut Schechter dan Roberge ( 1976 ) dalam sesetengah hal kanak-kanak menjadi mangsa di dalam keluarga ( sumbang muhrim ) atau untuk upacara ritual tertentu.Manakala Menurut Finkelhor pula ( 1979:23) fakor-faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan seksual adalah umur pelaku,bentuk perlakuan atau kejadian,sama ada mangsa mengizinkan perlakuan tersebut,umur mangsa,jantina dan hubungan mangsa dengan pelaku dan akibat perlakuan tersebut atau kejadian terhadap kanak-kanak tersebut. Beberapa ahli psikologi berpendapat bahawa bentuk penderaan ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosional seseorang kanak-kanak mangsa penderaan (Davidson & Nicol 1993:47).Oleh yang demikian penderaan seksual mempunyai kaitan erat dengan penderaan emosional. 2.2.2 Pengabaian Kanak-kanak Pengabaian kanak-kanak merangkumi dari segi keperluan asas seperti keselamatan,makanan berkhasiat,pendidikan,rawatan emosi dan fizikal ( Ammerman & Hersen,1990:28).Salah satu adalah kanak-kanak dipaksa bekerja. Aspek psikologi,menurut Kieran OHagan (1993:101) keadaan seumpama itu akan menyebabkan kanak-kanak mengalami tekanan jiwa.Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja menggangu psikologi kanak-kanak,malah boleh menggangu tumbesaran mereka.Contohnya kanak-kanak akan menjadi pendek dan kurus.

7|Page

2.3 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN KANAK-KANAK Pada bulan Mac 2010 kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri.Allahyarham adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian.Pendera tersebut telah didapati bersalah dan telah di jatuhi hukuman mati oleh mahkamah. Terdapat banyak faktor berlakunya kes penderaan kanak-kanak ini.Antaranya adalah faktor sosio-ekonomi merupakan penglibatan dominan penglibatan kanak-kanak dalam kes penderaan dan penganiayaan.Menurut Engfer dan Gavranidou (1988) pula mendapati bahawa terdapat toleransi antara status sosio-ekonomi rendah dengan cara mendidik kanakkanak.Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak.Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan ekonomi ini.Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau menyakiti anak-anak tersebut.Keadaan ini amat menyedihkan kerana anak-anak tidap sepatutunya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerluka kasih sayang dan perlindungan.Dari segi aspek ekonomi,ekonomi memang penting dalam mewujudkan sebuah keluarga bahagia dan sempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin mengunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang. Selain itu adalah tekanan beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa.Kebanyakkan ibu bapa yang berkerjaya akan menjadi kurang waras apabila menghadapi sesuatu tekanan terutamanya tekanan dalam pekerjaan.Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak-anak yang tidak berdosa.Maka mereka melepaskan tekanan atau kemarahan kepada anak-anak dengan menyakiti atau memukul.Apabila sedar daripada keselahan itu ibu bapa akan merasa kesal diatas perbuatan

8|Page

mereka.Tingkah laku ibu bapa haruslah dijaga apabila berhadapan dengan anak-anak tidak kiralah samaada berada dalam keadaan bermasalah atau sebaliknya. Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak terjadinya kes penderaan kanakkanak.Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.Anakanaklah yang sering menjadi mangsa mereka.Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal.Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak- anak yang tidak berdosa. Pendidikan di sekolah harus menekankan soal kasih sayang.Jiwa yang masih bersih jika diterapkan dengan nilai murni akan dapat berkekalan di lubuk hati.Pendidikan awal ini dapat menyemai sikap tanggungjawab dan antipenderaan. Seterusnya adalah masalah orang gaji.Apabila anak-anak dipelihara atau dijaga oleh orang gaji,ini yang menyebabkan anak-anak berasa diri mereka kurang diberi perhatian dan kurang mendapat layanan daripada ibu bapa.Kesan daripada kurang perhatian maka anakanak akan cuba menunjukkan ketidakpuasaan hati mereka terhadap ibu bapa dengan menunjukkan kenakalan,kedegilan dan pemalas.Inilah yang menyebabkan ibu bapa akan bertindak kasar dan memukul mereka.Bukan ibu bapa sahaja yang tidak tahan dengan perlakuan kanak-kanak ini,malah orang gaji juga tidak tahan dengan perangai anak-anak majikan mereka.Sebab itulah kita sering mendengar ada kanak-kanak yang didera oleh orang gaji. Sikap ibu tiri dan ayah tiri merupakan punca penderaan.Anak-anak yang tinggal dengan ibu tiri dan ayah tiri juga mudah berlakunya penderaan.Ibu tiri biasanya akan melakukan penderaan fizikal dan juga emosi sahaja.Manakal kalau ayah tiri pula akan melakukan penderaan seksual terhadap anak tiri perempuan.Faktor berlaku penderaan ini juga adalah sikap jiran tetangga.Kejadian penderaan berlaku kerana jiran tetangga atau

9|Page

masyarakat sekitar tidak mengambil tahu dengan sepenuhnya terhadap keluarga yang menghadapi masalah.Mereka ini tidak berani melaporkan kepada pihak berkuasa dengan kata lain mereka ini tidak suka masuk campur dalam rumah tangga orang. 2.4 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PENDERAAN KANAK-KANAK Kematian dua kanak-kanak malang baru-baru ini iaitu K.Harreswara,1 tahun serta Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun akibat didera secara sadis pada Mac dan Februari lalu masih segar di ingatan kita semua rakyat Malaysia.Dan membuka mata kita semua untuk menangani kes penderaan kanak-kanak. Antara caranya untuk mengatasi penderaan adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia ini bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka.Setiap keluarga mesti ingin mempunyai keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segalagalanya bagi kita.Hidup tanpa keluarga pasti tidak bermakna,dan kita memerlukan insaninsan yang tersayang disamping kita.Dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak.Ini kerana anak-anak perlu dididik dengan sempurna supaya tidak menimbul masalah yang lebih besar kelak nanti. Pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pelaku kes penderaan seperti mengenakan hukuman yang lebih berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak.Mempertingkatkan penguatkuasaan lagi undang-undang boleh menyebabkan pelaku berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu. Selain itu peranan pasukan perlindungan kanak-kanak PPUM.Pasukan Perlindungan Kanak-kanak ( child abuse team) yang terulung di Malaysia pula ditubuhkan pada Julai 1978.Pasukan ini akan bertindak sebagai penasihat,iaitu dengan memberi bantuan dan sokongan kepada ibu bapa untuk mencegah masalah penderaan ini berlaku dikalangan mereka lagi.Ia juga membuat laporan mengenai kes penderaan kepada penasihat perubatan
10 | P a g e

secara bertahap dan mengambil keputusan mengenai polisi sebarang kes penderaan dan sebagainya.Oleh itu,dengan kerjasama semua pihak maka kes penderaan in dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

2.5 KESAN PENDERAAN KANAK-KANAK Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanakyang menjadi mangsa penderaan.Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan mereka tidak dapat membantah.Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan. Ibu bapa perlu sedar jika terlalu memaksa anak-anak,ini akan menjejaskan perkembangan emosi mereka.Apabila emosi mereka terjejas,ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka. Selain itu,hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak- kanak sentiasa berkeadaan bimbang,menimbulkan rasa kecewa,hilang keyakinan diri sendiri,bersikap agresif,dan fikiran mereka sering terganggu.Ibu bapa yang garang dan bengis akan membentuk kanak-kanak yang kurang baik perkembangan emosinya seperti membenci terhadap sikap ibu bapa,bosan belajar,dan tidak berminat dalam pelajaran. Gangguan perkembangan kanak-kanak juga merupakan kesan daripada

penderaan.Perkembangan kanak-kanak akan terbantut sekiranya kanak-kanak ini tidak diberi penjagaan yang baik.Bagi yang semakin serius adalah kanak-kanak akan mengalami kemurungan dan kebimbangan dalam mengahadapi kawan-kawan yang lain sama ada di sekolah,taman reakreasi serta tempat-tempat lain.Dan sesetengah ada juga mangsa yang berfikir untuk membunuh diri kerana menganggap diri tidak berguna lagi kepada keluarga dan masyarakat sekililing.Mangsa penderaan dan pengabaian akan mengalami kesan yang berkekalan dan terpaksa menanggung penderitaan sehingga menjejaskan perkembangan kognitif,kesihatan mental,kestabilan emosi dan penyesuaian sosialnya.Kesan-kesan
11 | P a g e

penderitaan ini penting untuk diketahui kerana ia dapat dijadikan sebagai asas dan panduan untuk menyusun langkah-langkah secara efektif dan program rawatan yang lebih berkesan bagi mengurangkan penderitaan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak yang pernah menjadi mangsa penderaan.

3.0 TEORI MORAL TERHADAP KES PENDERAAN KANAK-KANAK 3.0.1 TEORI TELEOLOGI Teori ini menyatakan bahawa nilai sama ada betul atau salah adalah bergantung kepada keputusan serta kesan sesuatu tindakan.Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan,sama ada secara langsung atau tidak langsung,iaitu perbandingan antara baik dan buruk,betul atau salah.Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan.Manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral.Teori teleologi amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan.Jikalau akibatnya baik,maka wajib dilakukan dan kalau sebaliknya tidak harus dilakukan.Contoh kalau berbohong demi menyelamatkan nyawa,maka mengikut ahli teleologis,perbuatan tersebut adalah betul.Akibat yang baik boleh ditafsirkan sebagai yang membuat orang lain bahagia dan yang menguntungkan diri sendiri. Seperti dalam perbuatan atau perlakuan penderaan kanak-kanak ini,teori ini berpendapat bahawa jika mendatangkan banyak kebaikan daripada keburukan maka perbuatan penderaan kanak-kanak ini dianggap bermoral.Tetapi kes penderaan kanak-kanak ini banyak mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada kanak-kanak apabila dewasa kelak justeru itu mengikut teori teleologi perbuatan penderaan kanak-kanak ini dianggap tidak bermoral.

12 | P a g e

Teori teleologikal boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu utilitarianisme dan egoisme.Manakala utilitarianisme terbahagi kepada dua iaitu act utilitarianism dan hedonistic utilitarianism.

3.0.2 TEORI UTILITARIANISME Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagian yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah keseronokan (sesuatu bukan bersifat moral).Jeremy Bentham (17481832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh anaknya,John Stuart Mill (1806-1873).Bentham (1970) mengatakan bahawa manusia dikuasai dan

dipengaruhi keseronokan serta kesakitan,manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan,iaitu keseronokan. Ini menunjukkan kes penderaan kanak-kanak,yang mana setiap pelaku itu akan dipengaruhi keseronokan baginya serta kepuasaan tercapai apabila seseorang individu dapat mencedera kanak-kanak.Maka pelaku itu mencapai kemoralan apabila mencapai tahap kebahagiaan dan keseronokan bagi dirinya dengan melakukan penderaan terhadap kanakkanak. Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula,beliau memperihalkan seperti berikut: Konsep utiliti atau Prinsip Kebahagiaan Terbanyak menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu.Yang dimaksudkan dengan kebahagiaan ialah keseronokan yang dihajati dan tiada kesakitan,manakala kedukaan ialah kesakitan dan tiadanya keseronokan.Keseronokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar,baik dan yang diidamkan.

13 | P a g e

Ini menyatakan bahawa setiap perlakuan yang baik atau benar banyak maka tercapailah prinsip kebahagiaan terbanyak,tetapi bagi kes penderaan kanak-kanak ini bukan prinsip kebahagiaan terbanyak tetapi kedukaan dan kesakitan.Pelaku melakukan penderaan atas dasar keseronokan yang mana ia menghasilkan kesakitan kepada kanak-kanak.

3.1 JENIS-JENIS UTILITATIANISME: Act utilitarianism (tindakan utilitarianisme) Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes.Ciri ini dipanggil act utilitarianism.Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat dan berfaedah seperti kerja kebajikan. Selain itu,tindakan seperti mendera kanak-kanak juga merupakan tindakan utilitarianisme kerana tidak bermanfaat bagi pelaku dalam mencederai kanak-kanak ini juga dianggap tidak bermoral,jadi sepatutnya individu itu seharusnya melakukan perkara yang baik-baik,seperti penjagaan,kasih sayng serta pendidikan kepada kanak-kanak.Perlakuan seperti itu jelas menunjukkan bahawa seseorang itu melakukan tindakn yang bermoral.

Hedonostic utilitarianism (peraturan utilitarianisme) Ciri ini mengambil kira kegembiraan,kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral.Ini kerana Bentham berpendapat untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu,ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya.Contohnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan sehingga mencetuskan ciri kegembiraan.Memutuskan persahabatan tetapi membahagikan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

14 | P a g e

4.0 KESIMPULAN Kes penderaan ini sebenarnya tidak hatus berlaku dikalangan kanak-kanak,kerana kanakkanak merupakan anugerah tuhan untuk kita yang mana ibu bapa seharusnya mendidik,menyanyangi dan mencorak anak-anak mengikut acuan yang benar.Kanak-kanak ini memerlukan kasih sayang yang mencukupi bagi tumbesaran serta perkembangan kanakkanak.Pada tahap perkembangan kanak-kanak sangat penting kerana ibu bapa adalah orang perlu memberi sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak dalam perkembangan. Mengikut pandangan moral juga penderaan kanak-kanak juga dianggap tidak bermoral jika melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan kesusahan dan penderitaan kepada seseorang.Manakala yang mendatangkan kebahagian pula adalah dianggap bermoral dan harus diamalkan dan dikekalkan dalam suasana kegembiraan dan keseronokan. Dalam kes penderaan ini,kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.Justeru itu,bagi kanak-kanak yang mempunyai keberanian mereka akan mengadu kepada orang terdekat seperti ibu,emak saudara,bapak saudara dan sebagainya supaya penderaan keatasnya tidak berulang lagi.Jika seseorang mendera seorang kanak- kanak maka dianggap perbuatan itu tidak bermoral mengikut peraturan utilitarianisme.

15 | P a g e