Anda di halaman 1dari 2

ISU KEGAGALAN MURID 1. Sikap pelajar yang kurang berminat membaca dan tidak mahu membuat hafalan. 2.

Tidak mahu berbincang dengan guru. 3. Tidak menguasai kemahiran Proses Sains dan KBKK 4. Lemah membuat dalam membuat penilaian yang tepat pada soalan. 5. Kurang bersedia dari awal dan membuat persiapan pada saat akhir. 6. Tidak menguasai sukatan pelajaran dari tahun 4 hingga ke tahun 6 untuk diaplikasikan pada soalan. 7. Terlalu bergantung kepada bimbingan guru di sekolah dan kurang bimbingan dari sebahagian ibu bapa di rumah. 8. Belajar sambil lewa. 9. Kehadiran murid ke sekolah murid tidak penuh ( kerap ponteng sekolah). 10. Masih ada murid tahun 6 yang relibat dalam PROTIM, ini menyumbang kepada ketidakupayaan murid memahami fakta sains dan menyampaikan idea untuk menjawab soalan sains. 11. Kehadiran murid kurang memuaskan setiap kali kelas tambahan diadakan. Ini menyebabkan mereka keciciran ilmu penting yang diajarkan oleh guru semasa sesi kelas tambahan. 12. Kekeliruan terhadap fakta sains dalam dua bahasa. Murid cenderung menjawab soalan dalam Bahasa Melayu sedangkan buku teks yang menjadi rujukan utama murid masih dalam Bahasa Inggeris. 13. Terdapat sebahagian ibu bapa kurang mendorong anak untuk mengulangkaji pelajaran di rumah. 14. Motivasi belajar murid masih di tahap rendah. 15. Murid kurang berminat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum akademik di mana kehadiran dalam setiap kali perjumpaan agak tidak memuaskan. 16. Tiada kesungguhan dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru di mana kerap kehilangan bahan edaran seperti lembaran kerja rumah dan tidak menepati masa penghantaran tugasan yang ditetapkan oleh guru (lupa bawa).

17. Tidak tahu menghargai/mengurus/menyimpan bahan edaran/ lembaran kerja yang telah dan belum dibincangkan oleh guru di mana kerap kehilangan dan keciciran bahan yang diberikan. 18. Ramai Murid tahun 6 kerap terlibat dalam program luar pembelajaran akademik. Ini memberi kesan kurang baik dalam memahami teknik-teknik menjawab soalan sains yang diajarkan oleh guru.