Anda di halaman 1dari 18

CERPEN

GEMA SEPI GADIS GENIUS

TEMA
Sikap individualisme boleh menimbulkan permasalahan dalam kehidupan.  Basirah menghadapi masalah dalam hidupnya kerana tidak mempunyai ramai kawan lantaran dia merupakan seorang gadis genius.

PERSOALAN
1. Masalah yang dihadapi oleh kanakkanak genius. 2. Kesukaran untuk bergaul dengan orang lain. 3. Sikap gemar memandang rendah terhadap kebolehan oarng lain. 4. Sikap keakuan dalam menjalani kehidupan. 5. Menghargai kebolehan orang lain.

WATAK DAN PERWATAKAN


a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Basirah. b) Watak sampingan terdiri daripada Hanani, pensyarah dan timbalan pengurus.

BASIRAH
1) Gadis genius berusia 14 tahun. 2) Siswi tahun akhir dalam jurusan Sains Komputer di sebuah IPT di Semenanjung. 3) Menjalani latihan amali di Makmal Perdana dan dilantik sebagai timbalan pengurus di makmal komputer. 4) Optimis dan gigih. 5) Suka hidup menyendiri dan tidak ramai kawan. 6) Bijak menangani tekanan.

HANANI
1) Merupakan kakak kepada Basirah. 2) Berusia 16 tahun. 3) Seorang remaja biasa yang mempunyai kecerdasan otak yang normal. 4) Mengambil berat terhadap adiknya, Basirah. 5) Seorang yang periang, lincah dan kreatif. 6) Mempunyai ramai kawan.

PLOT
KLIMAKS
Mendapat klu kepada masalah pencerobohan

PERKEMBANGAN
Imbas kembali

PELERAIAN
Penceroboh komputer dapat dikenalpasti

PERMULAAN
Masalah busut dalam sistem komputer

LATAR
1. LATAR TEMPAT Di makmal sistem komputer, Makmal Perdanan tempat Basirah menjalani latihan praktikalnya.

LATAR
2. LATAR MASA Waktu siang

LATAR
3. LATAR MASYARAKAT
 Masyarakat yang celik teknologi maklumat.  Masyarakat yang suka memandang rendah akan kebolehan orang lain.

GAYA BAHASA
1. PERSONIFIKASI keluhan meniti keluar dari bibir Hanani mendadak sedunya menyentak otaknya berputar ligat

GAYA BAHASA
2. PERIBAHASA mata fikir memerah otak 3. METAFORA Bayang-bayang masa silam

GAYA BAHASA
4. SIMILE serius macam orang dewasa ayahnya yang datang dan pergi macam angin kata-kata perangsang itu kedengaran seperti amaran diraikan macam puteri

GAYA BAHASA
5. HIPERBOLA pujian melangit bahananya menggunung tinggi 6. SINKOPE ku, ni tak, kau 7. PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS Hyperintelligent, alter-ego, exterminator

NILAI
a) Kerjasama : Hanani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Basirah untuk mengesan penceroboh sistem komputer.

NILAI
b) Kasih sayang : Hanani menyayangi adiknya, Basirah. c) Ketekunan : Basirah begitu tekun dalam kerjanya.

NILAI
d) Prihatin : Hanani mengmbil berat terhadap adiknya. e) Baik hati : Hanani dan rakan-rakannya datang ke makmal tempat Basirah bekerja dengan membawa kek untuk meraikan hari jadi Basirah

PENGAJARAN
1. Janganlah kita mengamalkan sikap ego. 2. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing. 3. Kita hendaklah menerima kekurangan dan kelemahan diri kita sendiri. 4. Kita janganlah bersikap dengki dan cemburu tehadap kejayaan orang lain. 5. Setelah kita berusaha, kita hendaklah berserah kepada Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai