Anda di halaman 1dari 23

PELAN PEMASARAN MAKANAN ORGANIK 2003 - 2010

1. Pendahuluan

Pertanian secara organik mula diperkenalkan di negara ini dalam tahun 1987. Pada masa ini ia telah mendapat sambutan oleh pengguna dan mula diusahakan secara komersil. Penggunaan produk ini mempunyai kaitan secara langsung dengan keperluan produk ini di dalam rawatan untuk penyakit yang kronik saperti barah. Ini adalah disebabkan produk ini dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia dan racun serangga dan ianya selamat dan sesuai untuk dimakan kepada mereka yang sedang menjalani rawatan. Namun demikian produk yang dihasilkan dengan kaedah mesra alam dan prihatin kepada alam persekitaran ini juga adalah menjadi keutamaan kepada pengguna yang mengutamakan makanan untuk kesihatan. Pada masa ini produk makanan organik seperti buah-buahan dan sayursayuran yang dihasilkan hanya dipasarkan di kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar utama seperti Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Masalah yang dihadapi oleh pengguna ialah kurangnya pelabelan atau persijilan yang mengesahkan bahawa sesuatu produk itu dihasilkan dari sistem perladangan yang benar-benar secara organik. Pengguna juga tidak dapat membezakan produk organik dengan produk yang dihasilkan secara ladang konvensional. Mereka juga keliru dengan penggunaan pelabelan produk ini dengan nama nama pengeluar.

green food, pesticide free,

chemical free, eco-friendly, safe food dan pelbagai lagi menggunakan

Laporan ini disediakan untuk memberikan maklumat berkaitan dengan pertumbuhan pasaran produk ini di pasaran global, dan mengemukakan pelan tindakan untuk tujuan meningkatkan pasaran produk ini di pasaran domestik dan cadangan untuk memperluaskan pasarannya ke pasaran antarabangsa.

1.1

Produk Makanan Organik Pelabelan atau penggunaan logo untuk sesuatu produk makanan itu sebagai makanan organik adalah ditentukan oleh sesuatu badan kawalselia di sesebuah negara tersebut. Untuk negara-negara di Eropah ianya dikawal selia di bawah peraturan EU-regulation

2092/9, di Jepun oleh Japanese Organic Agriculture Association


(JOAA) dengan logo JAS, dan pelbagai pertubuhan di sesebuah negara tersebut. Kesemua pertubuhan ini dikawal selia badan induk industri organik antarabangsa iaitu The Federation of Organic

Agriculture Movement (IFOAM) yang beribu pejabat di Jerman.


Pertubuhan ini telah melantik agensi International Organic Accreditation Services Inc (IOAS) sebagai agensi yang menjalankan tugas mengakreditasi untuk pengeluaran sijil pengesahan produk organik di negara yang menjadi ahli. Produk-produk organik yang telah mendapatkan pengesahan dan menggunakan logo tertentu adalah terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti sayursayuran, buah-buahan, produk tenusu, biji-bijian, pelbagai jenis jus, makanan bayi dan produk bukan makanan seperti bahan kosmetik dan pakaian. Di antara produk organik yang terdapat di pasaran domestik ialah pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan dan produk herba.

Gambarajah 1

Produk-Produk Organik

1.2

Pembangunan Kawasan Pertanian Organik

IFOAM di dalam laporan Organic Agriculture Worldwide 2002 melaporkan, sehingga bulan Febuari 2002 terdapat seluas lebih daripada 17 juta hektar kawasan pertanian yang diusahakan secara organik di seluruh dunia. Daripada keluasan tersebut 24.79 peratus terdapat di benua Eropah; 21.67 peratus di Amerika Latin, 7.73 peratus di Amerika Utara; 44.91 peratus di kawasan Ocenia iaitu Australia dan New Zealand; 0.55 peratus di Asia dan cuma 0.35 peratus di Afrika. Untuk keseluruhan kawasan di benua Asia keluasan kawasan pertanian organik dianggarkan 100 ribu hektar, manakala untuk kawasan Asia Tenggara ianya kurang daripada 2,500 hektar. Gambarajah di bawah ini menunjukkan pengagihan kawasan pertanian organik di antara benua di dunia pada tahun 2001.

Graf 1

Agihan Kawasan Produk Organik Mengikut Benua

Am i ka Utar a er 8% m i ka Lati n er 22%

Af r i Asi aka 1% 0%

,O ceni a, 44%

Er opah 25%

Dilaporkan juga terdapatnya pertumbuhan yang pesat di dalam kawasan pertanian organik di beberapa buah negara Eropah untuk tempoh 1997-2000 berbanding sepuluh tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini dikaitkan secara langsung dengan peningkatan kesedaran pengguna terhadap keselamatan makanan dan kesan langsung dari wabak penyakit kuku dan mulut yang menyerang ternakan di negara-negara tersebut. Ianya juga mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan dalam bentuk kewangan dan teknikal. Pertumbuhan kawasan pertanian organik secara komersil di Malaysia adalah masih di peringkat permulaan. Jabatan Pertanian Malaysia melaporkan sehingga akhir tahun 2001 terdapat sebanyak 37 ladang diusahakan secara organik dengan keluasan dianggarkan seluas 500 hektar. Kebanyakan ladang ini diusahakan oleh pihak persendirian yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran, buah-

buahan dan padi.

Aktiviti pengeluaran masih kecil-kecilan dan

terdapat juga yang diusahakan secara menggabungkannya dengan

aktiviti pelancongan pertanian.

2.0

Pemasaran Produk Makanan Organik

SOL sabuah penerbitan IFOAM di dalam laporannya Statistic and Future Prospect, Organic Agriculture Worldwide 2002 melaporkan nilai jualan produk organik di seluruh dunia pada tahun 2001 dianggarkan bernilai melebihi USD 26 billion. Daripada nilai tersebut 46 peratus adalah dipasarkan di negara-negara Kesatuan Eropah, 37 peratus di pasaran Amerika Syarikat, 16 peratus di pasaran Asia dan kurang dari 1 peratus di pasaran Australia dan New Zealand. Pasaran jangka sederhana diramalkan akan mengalami pertumbuhan di antara 10-20 peratus setahun. Untuk itu nilai jualan keseluruhannya dijangka akan mencapai USD 80 billion ditahun 2008. Namun demikian nilai jualan ini adalah dianggarkan cuma 1-1.5 peratus daripada nilai jualan makanan keseluruhannya. Di antara negara yang akan mengalami pertumbuhan yang tinggi di dalam permintaan produk organik di kawasan benua Asia ialah negara Jepun dan Taiwan. Jadual 1 di bawah ini memberikan maklumat berkaitan dengan nilai jualan runcit produk organik di pasaran antarabangsa untuk tahun 2000.

Jadual 1

Pasaran Antarabangsa Produk Organik 2000


Negara Republik Jerman United Kingdom Itali Perancis Switzerland Denmark Austria Netherland Sweden Other Europe Amerika Syarikat Jepun sumber ITC 2000. Nilai Jualan Runcit dlm USD Juta 2,400 1,050 1,050 850 470 375 275 250 200 500 8,000 2,500 % Jualan Produk Makanan 1.5 1 1 1 2.5 3 2 1 1 2 Anggaran Peratus Pertumbuhan 10 - 15 25 - 30 15 - 20 15 - 20 15 - 20 10 - 15 10 - 15 10 - 15 20 - 25 20 - 25 -

2.1

Saluran Pengedaran/Pemasaran Global

Saluran

utama

pengedaran

produk

organik

di

pasaran

antarabangsa ialah rangkaian pasaraya yang mewakili 46 peratus, kedai runcit khas termasuk farmasi 26 peratus, pengeluar produk kesihatan 18 peratus dan jualan secara langsung sebanyak 16 peratus. Secara berikut : keseluruhan pasaran produk ini sedang mengalami

pertumbuhan yang pesat. Keadaan ini didorong oleh faktor-faktor

Peningkatan kesedaran pengguna ke atas penggunaan makanan untuk kesihatan. Tawaran harga premium kepada produk yang dihasilkan secara organik. Kebimbangan pengguna ke atas pencemaran makanan daripada bahan kimia dan GMO. Terdapatnya sokongan kerajaan dari segi kewangan dan teknikal. Peningkatan rangkaian gerai yang bersedia menjual produk organik, terutama rangkaian pasaraya yang mempunyai cawangan di pelbagai negara.

Jadual 2 : Saluran Pengedaran Utama Produk Organik di beberapa buah negara di Eropah.
Negara/ Saluran Pengedaran Portugis Sweden Denmark Finland U.K Austria Switzerland Norway Luxembourg Perancis Sepanyol Germany Belgium Itali Netherland Czech Republic Peruncitan Pasaraya 91 91 90 89 74 75 69 56 40 38 29 33 23 23 2 15 Kadai Khas 1 0 2 5 15 10 19 19 28 46 49 38 55 60 96 0 Jualan Secara Terus 3 7 8 5 6 10 7 21 28 16 22 17 17 17 1 3 Lain-lain Saluran 5 2 0 1 5 5 5 4 4 0 0 12 5 0 1 82

2.2

Saluran Pemasaran Domestik

Pasaran domestik untuk produk organik pada masa ini adalah terhad kepada kumpulan pengguna yang berhadapan dengan masalah kesihatan terutama mereka yang menghidapi penyakit barah. Maklumat berkaitan dengan kuantiti yang dihasil dan dipasarkan sukar diperolehi. Berdasarkan jumlah pelanggan yang dilaporkan melebihi 500 keluarga untuk sayur-sayuran organik, dengan anggaran penggunaan sekeluarga purata 10 kg seminggu, penggunaan tahunan dianggarkan sebanyak Manakala untuk buah-buahan dengan 280 metrik tan. puata penggunaan

sekeluarga 5kg seminggu, penggunaan tahunan adalah sebanyak 140 metrik tan. Daripada jumlah tersebut USDA (Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) melaporkan Malaysia mengimport hampir 100 metrik tan produk organik setahun. Di antara produk yang diimport ialah lobak merah, epal hijau dan daun sadri. Ianya diimport dari negara Amerika dan Austaralia. Kawasan jualan adalah masih terhad di Lembah Klang dan bandarbandar utama seperti Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang. Jualan dibuat melalui rangkaian kedai runcit, farmasi dan pasaraya tertentu. Namun demikian saluran pemasaran yang popular ialah melalui kaedah jualan langsung yang dikenali sebagai sistem

Tiekie. Melalui sistem ini, pengguna boleh mendapatkan bekalan


produk organik sama ada dengan mengambilnya sendiri daripada pengeluar, atau pihak pengeluar membuat hantaran secara berjadual kepada pengguna. Produk organik yang diurusniagakan melalui sistem ini akan dihantar dengan menggunakan bungkusan sama ada dengan kotak atau bakul.

Terdapat juga sistem jualan melalui sajian makanan yang disediakan semasa pelanggan mengunjungi kawasan ladang. Ianya adalah akiviti pemasaran yang digabungkan dengan aktiviti perlancongan pertanian. Kaedah jualan secara ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama kepada kumpulan pengguna yang ingin mencuba sajian makanan daripada produk yang dihasilkan secara perladangan organik.

2.3

Situasi dan Daya Saing Industri

Pada masa ini saiz pasaran untuk produk organik di Malaysia masih kecil. Permintaan untuk produk ini hanya tertumpu kepada pengguna yang memerlukannya untuk tujuan kesihatan. Dengan tahap pengeluaran juga masih secara kecil-kecilan dan penggunaan tenaga kerja secara intensif, ianya menjadikan harga pasaran untuk produk ini adalah lebih mahal daripada produk yang sama yang dihasilkan secara konvensional. Kesan langsung ialah peningkatan di dalam permintaan dan penggunaan adalah kecil. Apa yang jelas pada masa ini, produk ini tidak dapat bersaing dari segi kos dan harga berbanding dengan penghasilan secara konvensional. Kekurangan permintaan ini telah mengakibatkan terdapatnya pengusaha ladang organik yang sedia ada terpaksa mengurang atau memberhentikan pengeluaran. Pertumbuhan pasaran untuk produk organik ini juga adalah bergantung kepada kepercayaan pengguna akan kesahihan sesuatu produk itu dihasilkan dari peladangan secara organik. Pada masa ini usaha ke arah pengeluaran sijil yang mengesahkan kesahihan

produk makanan dihasilkan secara organik masih di peringkat perancangan oleh Jabatan Pertanian. Perlaksanaan Peraturan MS 1592, iaitu Skim Persijilan Perladangan Organik hanya akan dikuatkuasakan awal tahun 2003. Pada masa ini pengesahan kesahihan produk adalah dengan bantuan IFOAM dan memerlukan kos akreditasi ladang yang tinggi. Keadaan ini turut menjejaskan aktiviti pengeluaran dan perluasan pasaran. Tahap pengetahuan di kalangan pengusaha perladangan organik juga adalah masih terhad, terutama yang berkaitan dengan teknologi baru pengeluaran dan pengendalian lepas tuai. Pada masa yang sama, pengguna domestik juga kurang diberi pendedahan berkaitan dengan kelebihan dan kebaikan produk organik. Keadaan ini menjadikan produk tersebut kurang mendapat sambutan daripada golongan pengguna awam. Usaha untuk mempromosikan produk ini juga adalah masih kurang dan jika dilaksanakan berterusan. Kesediaan maklumat berkaitan dengan jenis, kesediaan bekalan, pemasaran dan potensi pasaran untuk produk organik di pasaran tempatan dan antarabangsa juga adalah terhad. Untuk itu ia tidak dapat membantu kepada pengusaha yang menceburi industri ini untuk membuat perancangan mengkomersilkan aktiviti perladangan pengeluaran produk organik yang mereka usahakan. Aktiviti perladangan organik di negara ini adalah masih baru. Pengeluaran masih terhad untuk beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu. Dengan usaha pengeluaran secara kecil10 ianya tidak menyeluruh, tidak bersepadu dan

kecilan dan menggunakan tenaga buruh secara intensif. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran berbanding dengan pertanian secara konvensional. Oleh itu kebanyakan produk organik yang dihasilkan telah dipasarkan dengan harga yang lebih mahal berbanding dengan produk yang sama yang dihasilkan secara ladang biasa. Keadaan ini menyebabkan kurangnya permintaan terhadap produk tersebut. Kebanyakan mereka ini juga adalah terdiri daripada kumpulan pengguna yang berpendapatan sederhana daan tinggi.

3.0

Potensi Pasaran

Secara umum produk makanan yang dihasilkan secara perladangan organik adalah baru di dalam pemasaran produk makanan di beberapa buah negara di dunia. Maklumat berkaitan dengan penggunaan adalah di dalam bentuk anggaran daripada jumlah penggunaan produk makanan keseluruhannya. Pada masa ini ianya dianggarkan diantara 1-1.5 peratus, dan pengeluaran sedang mengalami pertumbuhan di antara 10-20 peratus setahun. Produk ini dilaporkan mempunyai potensi pasaran yang baik dan sedang mengalami pertumbuhan yang pesat dengan nilai jualan di pasaran dunia mencapai USD 80 billion menjelang tahun 2008.

11

3.1.1 Pasaran Eropah

Negara-negara di benua Eropah adalah pasaran utama untuk produk organik. Pasaran di benua ini sedang mengalami pertumbuhan yang pesat bukan sahaja dari segi kepelbagaian produk yang ditawarkan tetapi sambutan pengguna yang telah memberikan sokongan dan mengunakannya. Pertumbuhan pasaran di kebanyakan negara di benua ini secara purata 15 peratus. Pengedarannya melalui rangkaian pasaraya mencapai 80 peratus di Sweden, 70 peratus di United Kingdom dan 50 peratus di Perancis. Manakala di negara lain jualan dibuat di rangkaian khas. Perkidmatan Pertanian Luar Amerika Syarikat (FAS) melaporkan pada tahun 1999, negara-negara di Eropah mengimport produk buah-buahan dan sayur-sayuran organik bernilai USD 69 juta daripada negara Amerika Syarikat. Negara pengimport utama ialah UK, Netherland dan Jerman. kedai runcit

3.1.2 Pasaran Asia

Untuk benua Asia, diantara negara yang mempunyai potensi peningkatan penggunaan produk organik ialah Jepun, Taiwan dan China. Di negara Taiwan terdapat lebih daripada 1000 rangkaian kedai runcit khas dan pasaraya telah terlibat secara langsung di dalam penjualan produk organik pada tahun 1999. Negara ini juga dilaporkan mengimport makanan organik bernilai USD 9.7 juta setahun. Di antara produk ini ialah bijirin, beras, kacang soya, jus 12

dan makanan yang diproses. Manakala negara Jepun adalah pengimport utama dengan nilai import bernilai USD 2,500 juta setahun. Pertambahan permintaan adalah disebabkan peningkatan

kesedaran pengguna untuk menggunakan produk ini untuk tujuan kesihatan dan rawatan penyakit yang kronik. Pertambahan permintaan dilaporkan tidak sepesat di Eropah disebabkan harga jualan produk ini biasanya lebih daripada tiga kali ganda daripada produk yang sama dihasilkan secara konvensional. Jadual 3 yang dikemukakan di bawah ini memberikan maklumat nilai pengimportan produk organik untuk beberapa buah negara di dunia yang boleh di jadikan panduan berkaitan dengan potensi negara tersebut sebagai pasaran eksport untuk produk yang boleh dihasilkan di negara pengeluar termasuk Malaysia. Jadual 3
Potensi Pasaran Produk Berdasarkan Peratusan Import di Negara Pengguna

Negara

Jumlah Nilai Import USD Juta 275 850 1,050 2,500 250 470 1,050 8,000

Peratus Kadar Pertumbuhan 10 -15 20 30 -50 10 10 10--20 15 10 -15

Peratus Primium Harga 20 -30 25 -35 50 -200 20 -30 8 -200 10 - 30 5 - 50 11 -120

Peratusan Import 30 50 50 70 50 30 75 10

Austria Perancis

Itali
Jepun Netherland Switzerland U. Kingdom USA

sumber : FAO

13

3.1.3 Potensi Pasaran Domestik Maklumat terkini berkaitan dengan jumlah penggunaan produk organik domestik sukar diperolehi. Sehingga ini, maklumat yang dilaporkan hanya anggaran jumlah keluarga yang menggunakan produk ini untuk tujuan kesihatan dan rawatan. Turut dilaporkan negara ada mengimport sejumlah 1.5 metrik tan seminngu produk organik daripada Australia dan Amerika. Pasaran domestik mempunyai potensi untuk ditingkatkan iaitu setelah mengambil kira pertambahan jumlah penduduk yang mula beralih untuk mengambil makanan untuk tujuan kesihatan. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan jualan produk kesihatan yang dijual melalui beberapa rangkaian kedai jualan langsung. Faktorfaktor seperti kesesuaian cuaca ; kesediaan kawasan tanaman dan rangkaian kemudahan infrastruktur yang sedia ada membolehkan usaha pengeluaran produk organik dipertingkatkan di negara ini. Potensi untuk beberapa produk organik untuk pasaran tempatan boleh dianggarkan iaitu dengan memberikan tumpuan kepada beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh diusahakan secara perladangan organik. Jadual 4 di bawah ini memberikan maklumat berkaitan dengan potensi tersebut dengan megambil kira sejumlah 30 peratus daripada penduduk di negara ini mengambil tindakan menggunakan produk tersebut.

14

Jadual 4 : Potensi Penggunaan Produk Organik Pilihan Untuk Tahun 2005 dan 2010
Jenis produk Penggunaan Perkapita Tahun 2001 (kg) Buah-buahan Belimbing Pisang Emas Nenas Sarawak 1.17 5.53 0.325 7,722 35,838 2,145 9034 41925 2509 12858 59673 3572 Anggaran Jumlah Penggunaan 2001(m.ton) Anggran Penggunaan tahun 2005 (m..ton) Anggran Penggunaan Tahun 2010 (m.ton)

Sayur-sayuran Kacang Bendi Kubis Bulat Terung Peparu Timun Kacang Buncis Tomato Bayam Sawi Hijau 1.73 5.95 1.93 4.68 1.49 1.24 2.94 5.95 11418 39270 12738 30888 9834 8184 19404 39270 13879 47733 15483 37545 11953 9948 23586 47733 17713 60921 19761 47917 15256 12696 30102 60921

Asas pengiraan Pertambahan penggunaan untuk buah-buahan di anggarkan 4 peratus dan untuk sayur-sayuran sebanyak 5 peratus setahun.

4.

Isu dan Cabaran 4.1 Keupayaan Pengeluaran Industri makanan organik mempunyai potensi untuk dimajukan untuk pasaran domestik dan eksport. Pada masa ini keupayaan pasaran domestik belum diterokai sepenuhnya. Penggunaan masih terhad kerpada kumpulan pengguna tertentu. Kesedaran umum terhadap keistemewaan dan kelebihan produk organik ke atas kesihatan masih belum menyeluruh. Dengan keadaan pengetahuan

15

pengeluar yang terhad dan pengeluaran dengan menggunakan tenaga kerja secara intensif, menjadikan produk ini berkos tinggi dan tidak dapat bersaing dari segi harga dengan produk yang sama dikeluarkan secara konvensional.

4.2

Keperluan Teknologi Pengendalian Pasaran di dunia sedang mengalami pertumbuhan dari niche

market kepada growing market. Perluasan pasaran bukan sahaja


memerlukan penggunaan teknologi baru dari segi pengeluaran tetapi teknologi yang menjimatkan kos di dalam pengendalian produk jarak jauh.

4.3

Keperluan Sijil Pengesahan Kesahihan Produk Hampir keseluruhan negara pengeluar dan pengguna produk makanan organik pada masa ini sedang melaksankan program pembangunan produk organik yang dihasilkan. Ianya bertujuan untuk melindungi pengguna dan perluasan pasaran eksport. Sebagai contohnya, perlaksanaan EU Regulation 2092/91 di Eropah adalah bertujuan untuk mengawal pertumbuhan tanaman, pengeluaran, pemprosesan, pembungkusan, penglebelan dan pengedaran produk organik di 15 buah negara di benua tersebut. Terdapat juga tindakan yang memberikan perlindungan dan keutamaan kepada produk yang dihasilkan di dalam negeri. Di samping memperketat kawalan kemasukan produk dari luar.

16

Negara Jepun yang menjadi pengimport utama produk organik daripada Amerika Syarikat dan Australia telah mengenakan syarat mulai Jun 2000, produk organik yang diimport perlu mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Pertanian dan Perikanan Jepun. Ianya mesti menggunakan label Organic JAS Mark. Sehubungan dengan itu, terdapat juga usaha ke arah membangunkan mutu dan standard produk organik di beberapa negara di Asia seperti China, Filipina, Thailand dan Malaysia. Usaha ini adalah sebagai tindakan awal ke arah penyediaan peraturan Sijil Pengesahan Kesahihan Produk sebagai produk organik. Sijil ini adalah perlu untuk membantu usaha perluasan pasaran produk di pasaran tempatan dan antarabangsa.

4.4

Keupayaan Bersaing Di dalam menghadapi pasaran terbuka, untuk membolehkan produk organik dari negara ini menembusi pasaran eksport, pengeluar tempatan perlulah bersedia untuk bersaing dengan pengeluar lain di kawasan tropika untuk menghasilkan produk yang mempunyai potensi untuk dipasarkan di negara beriklim sejuk dan sederhana dari segi pemilihan produk, kos dan kualiti.

17

5.

Strategi Pembangunan Pemasaran Produk Organik Sebagai tanaman yang baru dibangunkan secara komersil ianya

memerlukan bukan sahaja strategi pembangunan yang berfokus kepada pemasaran tetapi pembangunan pengeluaran dan produk. Antara strategi yang dicadangkan ialah : 5.1 Melaksana dan menguatkuasakan peraturan MS 1592 (Skim Persijilan Perladangan Organik) untuk mengesahkan kesahihan produk organik yang dikeluarkan di pasaran domestik dan seterusnya mendapatkan perakuan di peringkat antarabangsa 5.2 Menyedia dan melaksanakan program pendidikan dan

pengembangan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pengusaha dan pegawai berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran produk organik 5.3 Mempertingkat usaha pengumpulan maklumat pasaran dan

pemasaran produk untuk pasaran domestik dan eskport 5.4 Menyediakan program galakan pasaran secara bersepadu antara pengeluar dan agensi kerajaan bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna umum untuk menggunakan produk organik yang dihasilkan di dalam negeri 5.5 Membangunkan pasaran eksport secara bekerjasama dengan rangkaian negara ini pengimport yang mempunyai rangkaian pasaraya di

18

5.6

Galakan

pembangunan

usahawan

untuk

mengusahakan yang

pengeluaran eksport

secara komersil untuk pengeluaran produk

telah dikenalpasti mempunyai potensi pasaran domestik dan

5.7 Menubuhkan Majlis Industri Organik Maalaysia sebagai badan kawalselia untuk menyelaras aktiviti dan program berkaitan dengan pembangunan dan pertumbuhan industri organik secara bersepadu dan berterusan.

6.

Pelan Tindakan 6.1 Penubuhan Majlis Industri Organik Malaysia Industri ini sedang dikomersilkan di negara ini. Ianya mempunyai potensi untuk dibangun dan dimajukan kerana mempunyai potensi pasaran yang baik terutama untuk pasaran eksport. Sokongan dan kerjasama di antara pihak kerajaan dengan pengusaha adalah diperlukan untuk membolehkan ianya dibangunkan dan memberi sumbangan kepada bekalan makanan pilihan di pasaran domestik dan di masa hadapan turut menyumbang kepada perolehan pertukaran asing dari pasaran eksport. Usaha ini perlu diteruskan melalui penubuhan sebuah badan pengurusan atas nama Majlis Industri Organik Malaysia dengan peranan berikut: 6.1.1. Sebagai badan penyelaras dan koordinasi aktiviti dan program berkaitan dengan pembangunan pengeluaran dan 19

permasaran produk organik yang diusahakan oleh pihak persendirian, kerajaan. 6.1.2 Bertanggungjawab untuk mengumpulkan dan mengedarkan semua maklumat berkaitan dengan jenis industri seperti teknologi kawasasan pengeluaran, produk, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan

pengeluaran dan pemasaran, potensi dan harga pasaran untuk kegunaan semua pihak. 6.1.3. Menerima dan mempertimbangkan cadangan daripada pelbagai pihak di dalam industri yang bertujuan untuk pembangunan melalui penganjuran seminar, kursus, bengkel dan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. 6.1.4. Sebagai badan perunding dan rujukan kepada semua pihak di dalam menangani isu-isu berkaitan dengan pembangunan produk, kualiti dan gred.

6.1.5. Mendapatkan peruntukan dari pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk tujuan penyelidikan, pembangunan produk dan promosi. Majlis ini akan dianggotai oleh semua pihak yang terlibat secara langsung di dalam industri termasuk jabatan dan agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Persatuan Pengeluar, pengeksport dan Pengusaha Rangkaian Pemasaran. Majlis ini dicadangkan ditubuhkan di Kementerian Pertanian dengan FAMA sebagai Setiausaha. 20

6.2.

Perlaksanaan dan Penguatkuasaan Skim Persijilan Perladangan Organik Penguatkuasaan peraturan ini adalah perlu untuk tujuan

mengesahkan kesahihan produk organik menepati ciri dan standard yang ditentukan. Peraturan ini perlu mendapatkan pengiktirafan dariapada pertubuhan atau pihak berkuasa di peringkat nasional dan antarabangsa. Untuk tujuan ini usaha Jabatan Pertanian Malaysia pada masa ini untuk melaksana dan menguatkuasakan Sijil Persijilan Perladangan Organik adalah tepat ada masanya. Usaha ini perlu diperluas sehingga produk organik yang dihasilkan di negara ini memenuhi keperluan piawaian yang diterima di peringkat antarabangsa. Lampiran 2 yang disertakan memberikan maklumat berkaitan dengan cadangan perlaksanaan Peraturan MS 1592 berkaitan.

6.3.

Program Pengumpulan Maklumat Untuk Pasaran Domestik dan Eksport 6.3.1 Pasaran Domestik Tumpuan utama program ini ialah untuk menyenaraikan semua ladang organik yang terdapat di negara ini dari segi keluasan, jenis tanaman yang diusahakan, status pengeluaran, luang dan saiz pasaran.

21

6.3.2 Pasaran Eksport Di antara maklumat yang perlu diperolehi ialah jenis dan produk yang dihasilkan di negara tersebut, jenis dan kuantiti yang diimport, sumber negara pengeksport yang merangkumi produk organik segar dan yang diproses. Di samping itu, pengumpulan maklumat juga perlu merangkumi senarai pengimport, saluran pasaran di mana produk tersebut diedarkan, potensi pasaran dan keadaan pesaing, tawaran harga, kualiti produk, cara pembungkusan, pelabelan, keperluan kuarantin, gred dan standard, cara penghantaran dan pembayaran. Lampiran 3 yang disertakan memberikan maklumat yang boleh dijadikan panduan berkaitan dengan jenis produk yang sedia terdapat diimport oleh negara-negara di Kesatuan Eropah dan USA.

6.4

Program Pembangunan Pengeluaran Produk Organik Dengan menggunakan maklumat berkaiatan dengan potensi pasaran domestik dan pasaran eksport, pembangunan pengeluaran produk organik boleh dilaksanakan dengan tindakan berikut : 6.4.1. Meneruskan perlaksanaan Skim Perladangan Organik yang sedia ada dengan pelbagai insentif. 6.4.2. Menguatkuasakan Skim MS 1592 dengan keutamaan mendapatkan pengesahan di peringkat antarabangsa.

22

6.4.3. Memperbaiki kaedah pengendalian dengan tumpuan kepada kaedah pembungkusan dan kualiti. 6.4.4. Memperbanyakkan rangkaian pengedaran dengan tawaran harga yang lebih bersaing dengan produk yang dihasilkan secara konvensional.

23

Anda mungkin juga menyukai