Anda di halaman 1dari 1

Terbitan Bahagian Agama & Kaunseling IPD Gombak 1432 Hijrah / 2011 Masihi Pengertian Zakat Fitrah Zakat

Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah :1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya. 2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. 3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. 4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan. Kadar Fitrah Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. Waktu Menunaikan Zakat Fitrah Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5: 1. Waktu Wajib Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. 2. Waktu Paling Afdal Sebelum sembahyang Hari Raya 3.Waktu Sunat Sepanjang bulan Ramadhan 4.Waktu Makruh Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal 5.Waktu Haram Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber : Lembaga Zakat Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerapSelangor memberi sedekah kali kamu Online
sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu, dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan. (Al-Mujadilah : 13)

Anda mungkin juga menyukai