Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN Perkataan I'jaz al-Quran adalah satu perkataan yang baru dalam ilmu perbahasan alQuran.

Semasa mulanya al-Quran diturunkan ianya tidak disebut-sebut sebagai Ijaz sekalipun golongan Muslimin terdahulu mengetahui adanya perkara itu. Ijaz al-Quran adalah salah satu istilah yang mula dikenali selepas berlalunya 6 kurun dalam kiraan kalendar Hijrah1. Kadar kemukjizatan Al-Quran itu meliputi tiga aspek iaitu aspek bahasa (sastera, badi, balagah/kefasihan), aspek ilmiah (sains, pengetahuan, ketepatan ramalan) dan aspek tasyri (penetapan hukum syariat). kemukjizatan Al-Quran adalah dari segi-segi berikut2:
1. Susunan kalimahnya yang cukup indah. 2. Terdapat uslub (gaya bahasa) yang unik, berbeza dengan semua uslub-uslub bahasa

Arab.
3. Cabaran untuk membuat satu ayat saja yang boleh menyamai Al-Quran, tapi cabaran

itu tidak terpenuhi sampai sekarang ini.


4. Bentuk perundangan yang memuatkan prinsip dan dasar yang mencukupi seluruh

aspek kehidupan manusia melebihi setiap undang-undang ciptaan manusia. 5. Menerangkan perkara-perkara ghaib yang tidak diketahui.
6. Tidak bertentangan dengan pengetahuan ilmiah. 7. Tepat terbukti semua perkara yang dinyatakan dalam Al-Quran. 8. Mengandung prinsip-prinsip ilmu pengetahuan ilmiah di dalamnya. 9. Berpengaruh kepada hati pengikut dan musuhnya.

DEFINISI IJAZ AL-QURAN Menurut bahasa: kata Ijaz adalah isim mashdar dari ajaza-yujizu-Ijazan yang memberi erti melemahkan. I'jaz yang ditakrifkan oleh ulama dengan maknanya dari segi istilah syar'iyyah ialah Perkara yang mencarik adat yang disertai dengan cabaran, lagi terlepas dari penentangan3. Ijaz juga ditakrifkan sebagai suatu urusan yang menyalahi kebiasaan yang disertakan dengan tahaddi (cabaran) dan terlepas dari tentangan4. CABARAN AL-QURAN

1 2

Mafhum al-Ijaz al-Quraniy, Doktor Ahmad Jamal al-Umari. Muhammad Ali Ash Shabumi dalam kitab At-Tibyan. 3 al-Itqan oleh al-Suyuti dalam nau' yang ke-64. 4 Mabahith fil Ulum al-Quran oleh Mannaul Qattan.

Al-Quran adalah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad saw, sekaligus ianya menjadi bukti bahawa Al-Quran merupakan firman Allah SWT, dan bukan ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad saw sendiri. Rasullulah saw telah menjadikan Al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang-orang kafir Quraisy. Dan kita dapati bahawa mereka sememangnya tidak mampu menghadapinya, padahal mereka mempunyai kemahiran tingkat tertinggi fashahah dan balaghahnya. Hal ini tidak lain adalah kerana Al-Quran sememangnya adalah suatu mukjizat (yang mustahil dapat ditandingi). Jika kita meneliti ayat-ayat cabaran yang Allah SWT wahyukan di dalam Al-Quran daripada sudut dan konteksnya sebagai suatu mukjizat, maka kita akan dapati bahawa Rasullulah saw telah mencabar orang-orang Arab agar mereka menandingi kehebatan Al-Quran di dalam tiga peringkat iaitu5; a. Cabaran peringkat pertama.

Mencabar mereka dengan keseluruhan Al-Quran dalam uslub umum yang meliputi orang Arab sendiri dan orang lain, manusia malah jin, dengan cabaran yang mengalahkan dan menjatuhkan mereka secara padu sebagaimana firman Allah taala dalam Surah al-Isra 17 : 88;

Katakanlah! Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.

b. Cabaran kedua.

Mencabar dengan sepuluh surah sahaja daripada Al-Quran sebagaimana firman-Nya dalam Surah Hud 11 : 13-14;

Bahkan mereka mengatakan Muhammad telah membuat-buat Al-Quran, Katakanlah! Jika demikian, maka datangkanlah sepuluh surah yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar. Jika mereka (yang kamu seru itu) tidak menerima seruanmu, ketahuilah, sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah
5

rujuk Manna' Khalil Al Qatthan, Studi Ilmu-ilmu Qu'ran, hal 372)

c. Cabaran ketiga.

Mencabar mereka hanya dengan satu surah daripada Al-Quran sahaja sebagaimana firman-Nya dalam Surah Yunus 10 : 38;

Atau (patutkah) mereka mengatakan: Muhammad membuat-buatnya (Al-Quran). (Kalau benar yang kamu katakan itu), cubalah datangkan satu surat seumpamanya

Dan Surah al-Baqarah 2 : 23;

Dan jika kamu tetap dalam keadaan ragu tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad saw), maka buatlah satu surat saja yang semisal AlQuran itu KEAJAIBAN SAINTIFIK AL-QURAN Al-Quran mempunyai keajiban tersendiri, yang tidak terdapat pada kitab yang lain. Boleh dikatakan semua maklumat yang ada di alam maya ini terungkap dalam al-Quran sama ada secara jelas atau tersembunyi yang memerlukan penelitian yang mendalam dan serius. Maklumat yang terdapat dalam al-Quran boleh diterokai tanpa batas, asalkan manusia sanggup berbuat demikian. Allah swt menyatakan tidak ada sesuatu pun yang tercicir dibicarakan oleh al-Quran. Malah setiap kejadian yang diciptakan oleh Allah swt semuanya mendatangkan manfaat kepada semua makhluknya. 1. Pandangan masa depan Atara keajaiban al Qur'an yang diungkapkannya adalah sejumlah peristiwa penting yang akan terjadi di masa depan, iaitu ramalan masa depan (futurestic). Ayat ke-27 surah 48 misalnya, member penjelasan kepada Nabi berkaitan dengan khabar atau maklumat gembira pada orang-orang yang beriman bahwa mereka akan menduduki kota Mekah pada satu ketika nanti. Masyarakat Islam tidak terfikir tentang perkara 4 tersebut kerana pada masa itu kota Mekah masih dikuasai kaum musyrikin, tidak mungkin kaum Muslimin dapat kembali ke Mekah. Namun pada hakikatnya perkara itu tidak mustahil akan berlaku. Firman Allah swt: Maksudnya : Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya Dalam perkara mimpi itu Dengan kenyataan yang sebenar; Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram - insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan
3

musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah mengangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana ia mengetahui (adanya feadah Dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (Masa berlakunnya). ( al-Fath, 48:27) Demikian juga pernyataan yang diungkapkan dalam al-Quran tentang ramalan masa depan yang menggambarkan cerita yang lebih menarik, berhubungkait dengan kerajaan Bizantium. Ayat pertama surah 30 menyatakan sekalipun kerajaan Bizantium telah mengalami kekalahan besar dalam satu siri peperangan, namun dalam waktu terdekat kekaisaran Bizantium akan memperoleh kemenangan, dan dapat menebus kembali kekalahan yang mereka alami. Firman Allah swt: Maksudnya : Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. (Rum,30:1 3)

2. Kejadian alam berpasangan Dari aspek yang lain, keajiban al-Quran dapat dilihat berdasarkan kepada kejadian alam yang pelbagai namun ianya berpasangan. Allah swt menjadikan alam sarwajagat saling berbeza, yang memperlihatkan tentang keagungan ciptaan ilahi. Semua makhluk yang dicipta saling berpasangan, dimana setiap pasangan saling memerlukan dan memenuhi antara satu sama lain. Disamping setiap pasangan mempunyai tanggungjawab yang ada kalanya bersamaan, namun yang lebih ketara adalah berbeza. Misalnya gelap dan terang, rumput dan padang pasir. Sementara malam dan siang kedua-duanya bersangkutan dengan masa, namun peranan masing-masing berbeza, kerana berbeza dari aspek kondisinya. Allah swt menyatakan siang untuk mencari rezeki sementara malam diperuntukkan untuk beristirehat. Firman Allah swt : Maksudnya : Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelapgelitanya), Dan siang apabila ia lahir terang-benderang; Demi Yang menciptakan (makhlukmakhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya. ( al-Lail 92 : 1 4 ) Demikian juga Allah swt menggambarkan lagi tentang kejadian semua makhluk adalah berpasangan, dan kehidupan berpasangan itu sebenarnya akan menyempurna dan memperelok kehidupan yang sedia ada. Misalnya kewujudan manusia lelaki tidak akan sempurna sekiranya tidak ada manusia perempuan. Kerana itu Allah swt mencipta Adam as kemudian diciptakannya pula Siti Hawa bagi memenuhi kesempurnaan hidup manusia. Hal yang sama juga dengan tumbuh-tumbuhan, sekalipun ianya hidup melata di muka bumi, namun ianya tetap memerlukan pasangan bagi membina kesempurnaan mereka sebagai makhluk Allah swt. Firman Allah swt;

Maksudnya :Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Al Qur'an, 36:36) Persoalannya mengapa Allah swt mempamerkan setiap perkara saling berpasangan ?, dan digambarkan juga setiap pasangan yang berlainan apabila menyatu akan melahirkan sesuatu yang positif, dan sekiranya pasangan yang bersamaan bersatu dalam satu kondisi ia akan menghasilkan perkara yang negatif. Misalnya penghasilan cahaya kesan daripada guna penyatuan antara aliran tenaga positif dan negatif. Demikian juga kewujudan manusia adalah hasil daripada hubungan antara lelaki dan perempuan, namun manusia tidak akan terjadi hasil daripada percantuman antara benih lelaki dan lelaki kerana ia tidak mengikut aliran yang telah digambarkan oleh al-Quran. Sekalipun seorang lelaki yang telah menjalankan pembedahan jantina untuk menjadi seorang wanita dan berkahwin dengan lelaki lain, sehingga kini belum terdapat bukti yang mereka boleh melahirkan anak kerana hubungan mereka dalam kelompok yang sama. Malah pendekatan seperti itu bertentangan dengan mana-mana nilai agama yang mengerti nilai kemanusiaan.

3. Manusia dan Kejadian Al-Quran juga memprihalkan tentang kejadian manusia, sebagai makhluk yang paling sempurna penciptaannya. Melalui al-Quran manusia digambarkan kejadiannya secara jelas atau detail tidak seperti makhluk lain. Bermula daripada punca terciptanya manusia sehinggalah kepada tumbuh besarnya rangka manusia tersebut diungkap dalam al-Quran. Penceritaan tentang kejadian manusia diulas secara menyeluruh melalui al-Quran bermula daripada manusia pertama Adam as, sehinggalah nilai kejadian manusia seterusnya hasil dari hubungan antara lelaki dan perempuan. Semua kenyataan tersebut boleh dan dapat dibuktikan melalui kajian secara saintifik dan dapat dibuktikan ketepatan paparan yang disebut melalui al-Quran dengan kajian sains. Misalnya firman Allah swt dalam surah 32 ayat 7 hingga 8, yang memperihalkan tentang asal usul manusia bermula daripada tanah, kemudian diperkembang-biakkan melalui perhubungan yang boleh menghasilkan zuriat atau keturunan. Manusia adalah makhlok yang asal semulajadinya dicipta, ia bukan proses perkembangan perubahan dari spesis yang lain dari manusia. Persoalannya mengapa manusia direka cipta pada peringkat awalnya dari tanah dan tidak dari nilai bahan bukan tanah?. Kajian mendapati bumi memiliki seluruh sifat yang diperlukan bagi kehidupan. Salah satunya adalah keberadaan atmosfera, yang berfungsi sebagai lapisan pelindung yang melindungi makhluk hidup. Adalah fakta yang kini telah diterima bahawa atmosfera terdiri dari lapisanlapisan berbeza yang tersusun secara berlapis, satu di atas yang lain. Firman Allah swt; Maksudnya :Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang; (Al Qur'an, 32:7-8)

Melanjutkan gambaran kejadian manusia dalam ayat di atas, Allah swt memprihalkan bagaimana prosesperkembangan manusia itu ditumbuhbesarkan dan disempurnakan kejadiannya dengan segala bentuk kelengkapan, seperti pendengaran dan penglihatan. Ini memberi gambaran tentang kejadian manusia itu melalui proses tertentu. Pendekatan ini digunakan oleh Allah swt bagi manusia mengetahui tentang kejadian mereka, dan sekiranya berlaku sesuatu yang berhubungkait dengan nilai kejadian manusia dan kes-kes yang melibatkan nyawa manusia, nilai rujukan proses kejadian ini boleh dilihat sebagai penyusunan fakta dalam membuktikan sesuatu perkara. Firman Allah swt Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipankewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat. (Al Qur'an, 76:2) Siri penting lain tentang informasi yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Qur'an adalah tahaptahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalam ayat tersebut bahwa dalam rahim ibu, mulanya tulang-tulang terbentuk, dan selanjutnya terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini. Dan proses pembentukan itu melalui masa yang tertentu, sebagaimana disebut dalam hadis setiap tahap mengambil masa 40 hari dan 40 hari. Proses tumbuhbesar fizikal manusia dalam rahim ibu itu telah diperakui kesahihannya oleh sains moden, malah mereka mengesahkan apa yang terungkap itu sesuatu yang luar biasa yang tidak terdapat dalam kitab sebelumnya, dan tidak mungkin ianya diungkapkan oleh manusia biasa, kerana penjelasannya diluar dari daya pemikiran manusia biasa, ini bermakna alQuran mempunyai keajiban yang luar biasa secara saintifik. Persoalan mengapa Allah swt memprihalkan tahap perkembangan proses kejadian manusia?, dan mengapa Allah swt menceritakan manusia memerlukan tahap seperti itu untuk kejadiannya?. Perkara ini sebenarnya ada hubungkaitnya dengan nilai pembuktian sekiranya berlaku krisis atau pertikaian zuriat manusia. Firman Allah swt. Maksudnya : Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al Qur'an, 23:14) 4. Alam semseter dan keajibannya Al-Quran juga menggambarkan bahawa asal mula kejadian alam semesta ini adalah ciptaan Allah swt, baik yang wujud di muka bumi yang terbentang luas dengan pelbagai bentuk makhluk yang wujud di dalamnya, juga makhluk diangkasa raya yang mempunyai pelbagai tanggungjawab tersendiri digambarkan secara jelas dalam al-Quran. Allah swt berfirman; Maksudnya : (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha mengetahui akan segala-galanya. (Al Qur'an, 6:101)

Malah cakerawala jutaan jumlahnya sentiasa beredar mengikut aliran yang telah ditentukan peraturannya dari Allah swt. Misalnya tatkala kita merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur'an, ianya ditegaskan dimana masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu tanpa ada sentuhan dan perlanggaran yang boleh melibatkan sesuatu malapetaka yang besar berlaku. Pusingan yang dibuat oleh bulan dan matahari ini diperakui kebenarannya oleh para sains moden. Mereka tidak dapat menolak hakikat kebenaran yang dilafazkan dalam al-Quran, cuma apa yang boleh mereka lakukan tentang pengukuran kelajuan, bentuk pusingan dan fungsi pusingan yang dilakukan oleh bulan dan bintang itu apakah ianya boleh mendatangkan nilai kebaikan atau keburukan kepada manusia dan alam pada keseluruhannya. Pada awal abad ke-20, fisikawan Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgia, George Lemaitre, secara teoritis menghitung dan menemukan bahwa alam semesta senantiasa bergerak dan mengembang. Edwin Hubble, seorang astronom Amerika, menemukan bahwa bintang-bintang dan galaksi terus bergerak saling menjauhi. Sebuah alam semesta, di mana segala sesuatunya terus bergerak menjauhi satu sama lain, bererti bahwa alam semesta tersebut terus-menerus "mengembang". Firman Allah swt. Maksudnya : Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiaptiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). (Al Qur'an, 21:33) Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahwa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu. Cuma manusia hanya dikehendaki mengukur atau kelajuan pusingan matahari dan bulan tersebut. Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al Qur'an ini telah ditemukan melalui pengamatan astronomis di zaman kita. Menurut perhitungan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang disebut Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh kurang lebih 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari,semua planet dan satelit dalam sistem gravitasi matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam suatu gerakan serupa yang terencana Maksudnya : Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masingmasing. ( Yasin 36 : 38 40) Garis edar di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tak satupun dari benda-benda angkasa ini memotong lintasan yang lain, atau bertabrakan dengan lainnya. Bahkan, telah teramati bahwa sejumlah galaksi berpapasan satu sama lain tanpa satu pun dari bagian-bagiannya saling bersentuhan.
7

Demikian Allah swt menceritakan tentang dari mana datangnya cahaya yang telah menerangi alam yang terbentang luas ini. Kenyataan al-Quran ini tidak boleh disangkal malah diperakui peranannya, manusia hanya boleh mengkaji dari aspek kekuatan cahaya yang dipancarkan, kepanasan yang dimiliki dan kelajuan perjalanan cahaya yang dipancarkan itu untuk sampai ke bumi. Malah manusia dalam menentukan bilangan bulan bagi membuat kiraan tahun bersandar kepada pusingan yang telah ditentukan oleh Allah swt. Firman Allah swt Maksudnya : Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindahrandah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan Dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu Yang dijadikanNya). ( Yunus : 10:5) 5. al-Quran dan matematik Kajian telah dijalankan oleh seorang cendekiawan Islam iaitu Dr Tariq Al-Suwaidan, beliau mendapati beberapa "Keajaiban" statistik yang terdapat di dalam Al-Quran. Secara ringkasnya, kajian tersebutmenunjukkan bahawa, perkataan atau maksud bilangan yang disebut di dalam Al-Quran menunjukkan satu persamaan diantara dua perkara yang berlawanan, antaranya; (1) al-Dunya (dunia) 115 al-Akhirah (akhirat) 115. (2) al-Malaikat (malaikat) 88 al-Syayateen (syaitan) 88. (3) al-Hayat (kehidupan) 145 al-Maut (kematian) 145. (4) al-Rajul (lelaki) 24 al-Mar'ah (perempuan) 24. (5) alShahru (bulan) 12 (6) al-Yauum (hari) 365. (7) al-Bahar (lautan) 32 al-Barr (daratan) 13, Jika kita campurkan jumlah perkataan yang membawa maksud "lautan" dan "daratan", jumlahnya adalah 45 (32 + 13). Dan jika dibuat kira-kira mudah: i) Lautan : 32 / 45 X 100% = 71.11111111%. ii) Daratan : 13 / 45 X 100% = 28.88888888%. Jawapan yang dikemukan di dalam peratusan tersebut adalah bersamaan dengan jumlah atau peratusan lautan dan daratan pada hari ini yang telah dikeluarkan oleh saintis-saintis barat. Ini memberi gambaran bahawa apa yang diungkapkan dalam al-Quran semuanya benar, dan bukan rekaan atau tekaan sebagaimana yang pernah disangkakan oleh sesetengah orang. 4.0 Pendekatan pembuktian atau Qarinah dalam al-Quran Menurut Undang-Undang pembuktian (qarinah) didefinisikan sebagai fakta-fakta yang ada hubungan dengan fakta yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam hukum syara atau yang dihuraikan dalam perintah. Qarinah termasuk fakta-fakta yang berkaitan dengan sesuatu fakta dan menjadi sebahagian dari urusan yang sama, samada ianya berlaku pada waktu dan tempat yang sama atau pada waktu atau tempat yang berlainan. Contohnya jika A dituduh memukul isterinya B, apa jua yang dikatakan 9atau dilakukan oleh A atau B atau orang-orang yang melihat kejadian memukul itu tidak lama sebelum atau selepas pemukulan sebagai menjadi sebahagian daripada kejadian tersebut. Walau bagaimanapun di dalam mensabitkan satu-satu kesalahan, qarinah tidak diterima sebagai bukti utama khususnya
8

kesalahan-kesalahan yang melibatkan hukuman hudud dan qisas. Hanya iqrar dan shahadah sahaja yang diterima bagi mensabitkan kesalahan hudud dan qisas kerana kedua-kedua keterangan (bayyinah) tersebut dikira mempunyai tahaf pembuktian yang meyakinkan. Di dalam Islam, hukuman hudud dan qisas perlulah digugurkan jika terdapat walaupun sedikit keraguan di dalam bukti-bukti yang dikemukakan. Ini berdasrkan kepada sebuah hadith Rasulullah saw yang bermaksud Kewujudan sains dan teknologi pada hari ini tidak lari dari kehendak al-Quran. Malah ianya telah memudahkan urusan manusia pada keseluruhannya dalam membuktikan sesuatu itu benar atau tidak. Ayat-ayat Allah swt yang berbentuk muhkamat dan mutasyabihat juga dalam bentuk maqruat dan manzurat boleh dijadikan landasan atau bahan bukti terhadap sesuatu perkara. Apa yang telah ditonjolkan pada peringkat awal dalam tulisan ini adalah sebahagian pendekatan yang boleh diketengahkan dalam pembuktian sesuatu isu. Terdapat sesuatu isu atau perkara yang terungkap dalam al-Quran dipaparkan secara jelas yang tidak memerlukan satu penafsiran atau penelitian yang lebih mendalam. Mungkin apa yang perlu dilakukan memanjangkan kajian tentang apa yang telah diungkapkan. Misalnya perkara yang berhubung dengan pusingan atau peredaran matahari dan bulan yang telah didedahkan oleh Allah swt; ditegaskan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu. Firman Allah swt Maksudnya : Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiaptiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). (21 : 33 ) Persoalannya mengapa Allah swt menjadikan malam, siang, matahari dan bulan?, dan apa hubungkaitnya dengan pendekatan pembuktian?. Secara sepintas lalu semimangnya tidak ada hubungkaitnya dengan aliran pembuktian terhadap sesuatu perkara, namun apabila diteliti secara mendalam dan terperinci ianya ada hubungkait dengan bahan pembuktian yang hendak dikendalikan, ini memberi erti peranan cahaya memberi implikasi yang besar dalam penentuan keputusan. Misalnya dalam menentukan kawat cam penjenayah, tahap cahaya ketikamana saksi melihat pesalah perlu diambil kira, kerana apabila tahap cahaya itu berkedudukan ditahap mana 70%, 50%, 30% atau 10%, dan tidak jelas atau hanya agakan sahaja, maka kawat cam itu boleh dipertikaikan dan mungkin tidak boleh digunapakai sebagai bahan pembuktian sesuatu perkara. Sudah pasti pencahayaan memaminkan peranan yang penting dalam menentukan sesuatu itu berkesan atau tidak. Kerana itu terdapat ayat al-Quran mencabar minda manusia supaya menekuni apa yang terungkap dalam al-Quran secara serius dan mendalam bagi sesuatu perkara berdasarkan kepada perspektif dan motif apa yang hendak digunakan. Misalnya firman Allah swt dalam surah al-Ghassiah merakamkan perkara tersebut. Firman Allah swt Maksudnya :(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?. Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (Wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya),
9

kerana Sesungguhnya Engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; ( al Ghasiah : 17 21 ) Demikian juga Allah swt mengingatkan agar manusia membaca tentang kejadian alam dan makhluk pada keseluruhannya, kerana membaca akan memberi menghasilkan sesuatu perkara yang lebih baik. Membaca disini bukan sahaja dalam bentuk bahan-bahan yang tertulis atau sudah diterbitkan, namun apa yang lebih penting adalah membaca dalam ertikata meneliti, mengkaji dan menganalisa bahan-bahan mentah yang belum diterokai melalui kajian-kajian makmal atau sebagainya, ini juga dilihat sebagai membaca maklumat yang belum diperolehi melalui tulisan. Kerana itu kajian atau penyelidikan dan penerokaan bagi mendapatkan ilmu baru adalah penting. Maksudnya : Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku (alAlaq : 1-2) Justeru itu dikemukakan dalam banyak ayat Alquran, pernyataan seperti, Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?, mengapa kamu tidak berfikir, terdapat tanda-tanda (ayat) bagi orang-orang yang berakal, memberikan penegasan tentang pentingnya memikirkan secara mendalam tentang tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Allah swt telah menciptakan pelbagai ciptaan yang tak terhitung jumlahnya untuk direnung. Segala sesuatu yang kita saksikan dan rasakan sama ada di langit, di bumi dan segala sesuatu di antara keduanya adalah perwujudan dari kesempurnaan penciptaan oleh Allah, dan oleh kerananya menjadi bahan yang patut untuk direnungkan. 1. Pembuktian melalui Alat atau bahan fizikal antaranya. a. Darah Darah boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk memastikan kenyataan yang diungkapkan itu benar atau salah. Misalnya pengakuan seseorang itu tentang anak yang dilahirkan, atau penapian seseorang tentang anak yang dilahirkan itu bukan anaknya. Proses kajian dan penetapan melalui DNA para pakar perubatan memperakui 90% ujian yang dilakukan adalah tepat. Kes pembuktian yang dilakukan oleh saudara Yusuf, bagi membuktikan Yusuf dimamah serigala berdasakan kesan darah yang terdapat pada baju Yusuf, adalah pendekatan yang telah digunapakai 1400 tahun lepas, dan ianya boleh dijadikan asas kepada salah satu kaedah pembuktian sesuatu perkara itu betul atau salah. Demikian firman Allah swt; Maksudnya : Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf Dengan darah palsu. bapa mereka berkata: "Tidak! bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). kalau demikian, Bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya, dan Allah juala yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." (Yusuf 12:18) b. Berdasakan kepada tempat kes itu berlaku atau penggunaan terma. Al-Quran juga menunjukkan bagaimana untuk menolak atau membuktikan sesuatu tuduhan atau membuat sanggahan terhadap sesuatu tuduhan yang dilemparkan yang tidak
10

bersandarkan kepada saksi. Penampilan saksi adalah pendekatan yang paling mudah, sekiranya kes itu dilakukan berdasarkan kepada kewujudan saksi. Adalah amat sukar sekali hendak menafikannya melainkan ada satu kaedah yang logik dan meyakinkan boleh dilakukan. Demikian kes yang terjadi diantara Yusof dengan Zulekha. Dari sudut kepercayaan tanpa bukti yang kukuh, kenyataan yang diungkapkan oleh Zulekha lebih boleh diterima, kerana ia seorang wanita, adalah tidak mungkin seorang wanita boleh mempengaruhi lelaki sekiranya duduk dalam keadaan berduaan. Namun teori pembuktian yang dijelaskan oleh al-Quran boleh diterima dan logik untuk menolak tuduhan yang telah dikemukakan oleh Zulekha. Sesuatu tuduhan boleh ditolak tanpa ada saksi sekiranya penggunaan terma atau tempat adalah sesuatu yang tepat dan boleh digunakan bagi membuktikannya. Merujuk kepada ini Allah swt berfirman; Maksudnya : Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-o r a n g yang benar". Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; Sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya. ( Yusuf : 27 28 ) c. Bahan bukti menggunakan alat atau benda yang tidak bergerak Al-Quran juga mencadangkan supaya pendekatan pembuktian sesuatu kes itu berdasarkan kepada alat atau benda yang tidak hidup atau bernyawa. Sekalipun benda mati tidak boleh mengungkapkan kata-kata, namun dalam proses membuktikan sesuatu kes ianya boleh digunakan pakai, tetapi ianya mestilah disertai dengan penjelasan yang meyakinkan dan beserta dengan maklumat yang lain. Misalnya dalam kesmembunuh, apakah perlakuan membunuh itu dengan niat atau tanpa niat. Kenyataan niat atau tanpa niat itu boleh dibuktikan melalui cara tindakan atau pukulan atau tikaman atau faktor-faktor yang mendorong ia melakukan atau tindakan susulan selepas ia melakukannya. Demikian apa yang telah diketengahkan oleh Allah swt dalam kes perbalahan masyarakat tentang kematian seorang dalam pebalahan antara kaum. Ini memberi erti alat atau bahan yang mati boleh diguna sebagai alat pembuktian sesuatu kes itu untuk disabitkan atau untuk menolak sesuatu sabitan. Firman Allah swt Maksudnya :Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan. Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukulah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu"(Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya, supaya kamu memahaminya. ( al-Baqarah 2 : 72 73 ) d. Pembuktian berdasarkan kenyataan bersumpah atau ikrar (kenyataan benar). Al-Quran juga mengketengahkan pembuktian melalui sumpah atau kenyataan benar yang dibuat oleh orang yang melakukan kesalahan atau orang yang membuat tuduhan terhadap sesuatu kes. Kaedah ini adalah jalan yang paling mudah dilakukan sekiranya tidak boleh
11

dibuktikan melalui kenyataan saksi.Sekalipun sumpah ini boleh dipermainkan, dan orang bersumpah atau memberi kenyataan itu boleh merekacipta kenyataan yang bukan sebenarnya atau sebaliknya, dan hakim boleh membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan. Pembuktian mengikut kaedah ini adakalanya boleh mendatangkan keraguan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh hakim, namun kaedah ini diperakui dan diperbolehkan (valid) dalam sistem perundangan Islam malah disebut dalam al-Quran dan ia menjadi bahan pembuktian. Pendekatan ini juga diperakui oleh para pakar perundangan moden kerana tahap kenyataan salah atau benar seseorang kini boleh diukur dan diuji peratusan kebohongan atau ketidak benaran kenyataan yang dikeluarkan melalui denyutan nadi atau fungsian otak. Dr. Mohamed said Polygraph test results correlated well with actual events when subjects were asked to lie (92 percent accuracy); however, the results were not as conclusive when subjects were asked to tell the truth (70 percent accuracy). Ini memberi gambaran bahawa tahap kebolehpercayaan terhadap kenyataan bersumpah seseorang itu boleh diukur dengan adanya penemuan sains dan teknologi. Al-Quran Cuma menggariskan pembuktian melalui sumpah salah satu kaedah yang boleh diterima pakai dalam sistem perundangan Islam, bagi membuktikan sesuatu sumpah itu benar atau tidak ianya boleh diukur dengan ujian tahap kebohongan seseorang dalam menyatakan sesuatu. e. Pembuktian melalui kesan fizikal manusia Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, kerana manusia itu berbeza tahap penciptaannya dan berbeza dari aspek rupabentuk fizikalnya. Cap jari manusia secara khusus ditekankan dalam memprihalkan manusia itu amat berbeza.Mengesan penjenayah melalui cap jari adalah kaedah yang paling mudah, dan ianya boleh diterima pakai. Penciptaan manusia yang berbeza khalqan akhar yang sebut dalam al-Quran memberi konotasisebenarnya mempermudah untuk mengumpul bahan-bahan yang sudah semimangnya berbeza.Bagaimana kalau manusia itu diciptareka dalam nilai yang serupa dan bersamaan dalam semua perkara, kepastian untuk mengumpul bahan bukti lebih menyulit dan menyusahkan, kalaupun boleh dilakukan ia memakan masa yang lama. Keperbezaan inilah memungkinkan setiap kes itu dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Firman Allah swt Maksudnya : Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya Segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih Halus dari yang lain). (Surah al-Qiyamah; 3-4)

12

Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik.Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia.Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini. QASHAHS AL-QURAN Dari segi bahasanya qashash bermaksud urusan (al-amr), berita (khabar), dan keadaan (hal). Manakala qashash secara istilahnya ialah sesuatu yang tertulis untuk menerangkan kejadian, keadaan, hikayat, perkara yang menceritakan keadaan yang benar berlaku atau secara ringkasnya sesuatu perkara dan kejadian yang dikisahkan. Qashash al-Quran adalah kisah-kisah dalam Al-Quran tentang para Nabi dan Rasul serta peristiwa-peristiwa yang terjadi pada masa lampau, masa kini, dan masa yang akan datang6. JENIS-JENIS KISAH DI DALAM AL-QURAN a. Dilihat dari Sudut Pandang Pelaku dan Peristiwa yang Mengikutinya

Dari Sudut Pandang Pelaku dan Peristiwa yang Mengikutinya terbahagi kepada tiga iaitu7:

i.

Kisah Para Nabi. Kisah yang mengandungi dakwah mereka kepada kaumnya, mukjizat-mukjizat yang memperkuatkan dakwahnya, sikap-sikap orang-orang yang memusuhinya, tahap-tahap dakwah dan perkembangannya serta akibat-akibat yang diterima oleh mereka yang mempercayai dan golongan yang mendustakan. Misalnya kisah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa dan Harun a.s,Nabi Muhammad s.a.w dan nabi-nabi serta rasul-rasul lainnya. Kisah-kisah yang berhubungan dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi pada masa lalu dan orang-orang yang tidak dipastikan kenabiannya. Misalnya kisah orang yang keluar dari kampung halaman yang beribu-ribu jumlahnya kerana takut akan mati, kisah Thalut dan Jalut, dua orang putera Nabi Adam a.s, penghuni gua, Zulkarnain, orang-orang yang menangkap ikan pada hari Sabtu, Maryam, Ashabul Ukhdud, Ashabul Fil (pasukan bergajah) dan sebagainya.

ii.

6 7

Manna Al-Qathan Ibid., h. 387 388.

13

iii.

Kisah-kisah yang berhubungan dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi pada masa Rasulullah seperti perang Badar dan perang Uhud dalam surah Ali Imran, perang Hunain dan Tabuk dalam surah At-Taubah, perang Ahzab dalah surat Al-Azhab, hijrah, Isra-Miraj dan lain-lain.

b. Dilihat dari Panjang Pendeknya Kisah

Dari panjang pendeknya kisah Al-Quran, dapat dikategorikan kepada tiga iaitu:

i.

Kisah Panjang contohnya kisah Nabi Yusuf [Surah Yusuf : 12] yang hampir seluruh ayatnya mengungkapkan kehidupan Nabi Yusuf, sejak masa kanak-kanak sampai dewasa dan memiliki kekuasaan. Kisah yang lebih pendek dari bahagian pertama seperti kisah Maryam [Surah Maryam : 19], kisah Ashab al-kahfi [Surah Al-Kahfi : 18], kisah Nabi Adam [Surah Al-Baqarah : 2] dan surah Thoha : 20] yang terdiri atas sepuluh atau belasan ayat sahaja. Kisah Pendek iaitu kisah yang jumlahnya kurang dari sepuluh ayat. Misalnya kisah Nabi Hud dan Nabi Luth [surah Al-Araf : 7] dan kisah Nabi Shalih [Surah Hud : 110].

ii.

iii.

c. Ditinjau dari segi waktu, antara lain:


i.

Gaib pada masa lalu dikatakan masa lalu karena kisah-kisah tersebut merupakan hal gaib yang terjadi pada masa lampau di mana kita tidak menyaksikan peristiwa tersebut, tidak mendengarnya dan juga tidak mengalaminya sendiri. Contoh-contoh adalah seperti berikut:

Kisah tentang dialog malaikat dengan Allah swt mengenai penciptaan khalifah di

muka bumi sebagaimana dalam Surah al-Baqarah : 30-34.


Kisah tentang penciptaan alam semesta sebagaimana diceritakan dalam Surah al-

Furqon: 59 dan Surah Qaf : 38.


Kisah tentang penciptaan Nabi Adam a.s dan kehidupannya ketika di syurga

sebagaimana dijelaskan dalam Surah al-A'raf : 7.

ii.

Ghaib pada masa kini iaitu kisah tersebut terjadi pada masa sekarang, namun kita tidak dapat melihatnya di bumi ini. Contoh-contohnya adalah;

14

Kisah tentang turunnya Malaikat-malaikat pada malam Lailatul Qadar seperti

disebutkan dalam Surah al-Qadar : 1-5.


Kisah tentang kehidupan makhluk-mahkluk ghaib seperti syaitan, jin, Iblis, seperti

dalam Surah al-A'raf : 13-14.

iii.

Gaib pada masa depan iaitu penjelasan tentang perkara yang akan terjadi pada masa depan (di akhir zaman). Contoh-contohnya adalah;

Kisah tentang akan terjadinya hari kiamat dalam Surah Qori'ah dan Surah al-Zalzalah. Kisah Abu Lahab kelak di akhirat seperti yang terdapat pada Surah al-Lahab. Kisah tentang syurga dan neraka dan orang-orang di dalamnya seperti yang dijelaskan

dalam Surah al-Ghosiyah dan surah-surah yang lain .

KEPENTINGAN PENGULANGAN CERITA

a. Menjelaskan keistimewaan balaghah Al-Quran dalam tingkatan paling tinggi. Ini kerana keistimewaan balaghah adalah mengungkapkan sebuah makna dalam berbagai macam bentuk yang berbeza dan diulang dengan uslub yang berbeza sehingga tidak membuat orang merasa bosan kerananya, bahkan dapat menambah ke dalam jiwanya makna-makna baru yang tidak didapati di saat membacanya di tempat lain.

b. Menunjukkan kehebatan mukjizat (Ijaz) Al-Quran di mana salah satu bentuk pun

tidak dapat ditandingi oleh sastrawan Arab dan bukti bahawa Al-Quran itu datang dari Allah.

c. Penjelasan betapa pentingnya kisah tersebut diceritakan oleh Allah sebagai

pengajaran dan agar pesanan-pesanannya lebih berkesan serta melekat dalam jiwa.

d. Setiap kisah memiliki maksud dan tujuan yang berbeza. Oleh hal yang demikianlah kisah-kisah itu diungkapkan agar orang yang membacanya memberi perhatian terhadap isi kandungannya.

15

e. Kita dapat mencontohi kisah-kisah kehidupan para Nabi, orang-orang yang beriman

dan beramal soleh.

KISAH-KISAH AL-QURAN : KEBENARAN ATAU MITOS

Kisah-kisah dalam al-Quran merupakan kisah paling benar sebagaimana disebutkan dalam firman Allah taala dalam Surah an-Nisa 4: 87 yang bermaksud : Dan siapakah orang yang lebih benar perkataannya dari pada Allah

Kisah al-Quran juga merupakan sebaik-baik kisah sebagaimana disebutkan dalam firman Allah taala dalam Surah Yusuf 12:3 yang bermaksud : Kami menceritakan kepadamu kisah yang paling baik dengan mewahyukan al-Quran ini kepadamu.

Semua yang telah kita pelajari sejauh ini memperlihatkan kita akan satu kenyataan pasti, bahawa al Qur'an adalah kitab yang di dalamnya berisi berita yang kesemuanya terbukti benar. Fakta-fakta ilmiah serta berita mengenai peristiwa masa depan, yang tak mungkin dapat diketahui di masa itu, dinyatakan dalam ayat-ayatnya. Mustahil informasi ini dapat diketahui dengan penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi masa itu. Ini merupakan bukti nyata bahwa al Qur'an bukanlah perkataan manusia, tetapi ia datang dari pencipta yang maha mengetahui segala sesuatu. Dialah Tuhan yang mempunyai ilmu meliputi segala sesuatu, malah kandungan al-Quran tidak bertentangan dan saling mengukuh antara satu sama lain. Kenyataan ini dapat dilihat melalui ayat 82 surah 4 dalam al-Quran. Allah swt menyatakan Maksudnya : Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. ( al Nisa 4 : 82) Tidak hanya kitab ini bebas dari segala pertentangan, akan tetapi setiap kalimah informasi yang terkandung di dalamnya sekiranya diteliti secara mendalam, semakin mengungkapkan keajaibannya hari demi hari dan tambah mendekat dengan perkembangan ilmu kontemporari. KESIMPULAN Keistimewaan kemukjizatan al-Quran dibandingkan dengan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan Allah kepada para Nabi sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw sebenarnya cukup sempurna dan tepat. Perhatikan misalnya, Nabi Musa a.s diberikan 9 macam mukjizat yang mengatasi tentangan atau cabaran ilmu sihir yang dibawakan oleh tukang-tukang tenung Firaun dalam membuktikan kebenaran risalah Allah yang termuat dalam kitab suci Taurat.
16

Di antara sembilan tanda (ayat) yang menjelaskan mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa as adalah tongkatnya yang ketika dilemparkan berubah menjadi ular besar dan tangannya menjadi putih bersinar ketika dimasukkan ke dalam saku8. Maka dapat disimpulkan bahwa mukjizat yang menjadi pendukung bukti kebenaran risalah Allah tersebut merupakan elemen-elemen luaran dan bukannya dari kitab suci yang diberikan. Begitu juga kepada Nabi Isa as Allah mengurniakan beberapa macam mukjizat yang mengatasi keunggulan yang dimiliki kaumnya dalam bidang ilmu perubatan. Seperti menciptakan burung dari tanah, menyembuhkan orang buta dan penyakit kusta serta mengeluarkan orang mati dari dalam kubur dengan izin Allah taala 9. Mukjizat-mukjizat tersebut, sama seperti yang sebelumnya diberikan kepada Nabi Musa as di mana merupakan elemen-elemen luaran dan bukan dari kitab suci Injil yang diwahyukan kepadanya. Di sini, keistimewaan al-Quran dibandingkan dengan kitab-kitab suci agama samawi lainnya terletak pada kenyataan bahawa Allah menurunkan al-Quran sebagai risalah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw kepada umat manusia sekaligus al-Quran itu sendiri menjadi bukti bagi kebenaran risalah yang terkandung di dalamnya. Al-Quran adalah kitab yang sarat dengan ilmu pengetahuan, tidak ada sesuatu yang tercicir atau tidak disentuh oleh al-Quran. Baik ilmu yang bersangkutan dengan alam benda, bukan benda atau alam roh, Cuma manusia diminta agar menyelidiki al-Quran dan perkara-perkara yang terungkap di dalamnya. Kerana setiap kejadian yang diungkapkan dalam al-Quran mempunyai peranan dan mendatangkan faedah kepada semua kehidupan. Firman Allah swt. "Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?" (Surat al-Mu'minuun, 115) Apa yang perlu dilakukan oleh manusia ialah mengkaji, meneliti dan mengolah ilmu dasar yang telah dijelaskan oleh al-quran itu mengikut perkembangan ilmu yang terdapat pada masa sekarang. Al-quran menyiapkan dasar pemikiran ilmu, manusia yang bijak dan berkeyakinan dengannya membuat penelitian agar memperolehi penemuan-penemuan baru yang sejajar dengan kehendak al-quran sebagai pedoman bagi mereka yang beriman dengannya.

8 9

lihat QS 27:10-13 dan QS 28:31-32. QS 3:49, dan QS 5:110.

17

BIBLIOGRAFI

Al-Quran Ali, Abdullah Yusuf. 1991, The Meaning of the Holy Qur'an. Amana Corporation, Maryland, Asad, Muhammad. 1984, The Message of the Qur'an. Dar-Al-Andalus Limited, Gibraltar, Yusuf al-Qaradawi, 1416/1996, Al-'Aql wa-l-'Ilm fi-l-Qur'an al-Karim, Cairo: Maktabat Wahbah. http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban01.php www.missionislam.com/science/book.htm http://ahliquran.blogspot.com/2010/05/ijaz-al-quran-istilah-yang-dikenali.html www.al-azim.com/masjid/.../nuzul/fungsi.htm http://abumuslimalbugisy.blogspot.com/2009/06/qashash-al-quran.html id.wikipedia.org/wiki/Qasas_al-Qur'an

18