Anda di halaman 1dari 14

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK
PENGHARGAAN POTONGAN AYAT PENDAHULUAN DEFINISI INFO PANDANGAN SUMBER

MUKA SURAT

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, kami, Nur Farah Aishah binti Mohd Rohaizad, Nur Amalina binti Karim dan Nur Ellia binti Abdul Talib ingin mengucap setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga pengajar kami, Ustaz Abdul Qahar, kerana membantu kami memberi tunjuk ajar dalam mencari maklumat dan menerangkan konsepkonsep yang berkaitan dengan tajuk yang kami kaji berdasarkan pembelajaran Islam. Selain itu, penghargaan daripada kami kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu kami untuk berkongsi maklumat dan membuat kajian mengenai Hari Kiamat Hari Akhir Dunia

POTONGAN AYAT
-Antara potongan-potongan ayat mengenai hari kiamat yang diceritakan dalam surah Yasin

Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!"

Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing)

Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!

Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).

Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

PENDAHULUAN
Kiamat ialah hari akhir yang merupakan salah satu rukun iman bagi orang Islam yang wajib dipercayai. Kiamat menurut Islam sudah pasti akan datang dan terjadi tetapi waktunya tidak diketahui jawabnya Wallaahu Alam. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu waktu kiamat itu akan tiba, bahkan Nabi Muhammad saw kekasih Allah sahaja tidak mengetahuinya. Ketika nabi ditanya oleh Malaikat Jibril tentang waktu tibanya hari Kiamat, beliau hanya menjawab bahawa yang ditanya tidak lebih tahu dan yang bertanya . Baik Al Quran mahupun hadis tidak pernah ada yang memberitahukan secara pasti waktu kiamat itu akan datang, kerana Hari Kiamat merupakan rahsia Allah SWT. Nabi hanya diberitahu oleh Allah SWT tanda-tandanya sahaja dari hari Kiamat sebagai peringatan telah dekat kedatangan hari akhir tersebut. Salah satu ayat yang memastikan bahawa kiamat akan terjadi adalah QS.Al Hajj ayat 7 dimana Allah memastikan bahawa Kiamat itu pasti datangnya. Situasi atau saat terjadinya Kiamat dikisahkan dalam Al Quran Surah Al Waqiah yang menceritakan hari Kiamat dan setelahnya dalam surat ini Allah menceritakan tidak akan ada yang dapat menyangkal atau mendustakan bila hari yang telah ditentukan ini tiba. Bumi akan digoncang dengan dahsyat sehingga seluruh isinya akan hancur berkecai, gunung-gunung berterbangan seperti kapas yang tertiup angin, semua menjadi seperti debu yang berterbangan.

Bolehkah dibayangkan jika gunung sahaja yang sangat besar berubah menjadi seperti debu yang berterbangan lalu bagaimana dengan manusia? Tiada satu pun manusia yang dapat menyelamatkan diri, kerana semua yang bernama makhluk hidup pasti akan mati . Tidak ada celah sedikitpun di muka bumi ini untuk dapat bersembunyi atau menyelamatkan diri.

DEFINISI
Kiamat berasal daripada perkataan Arab iaitu "qiam" yang bermaksud "bangun" atau "bangkit". Hari kiamat membawa maksud secara keseluruhannya ialah "Hari kebangkitan", yang dimaksudkan kebangkitan ialah kebangkitan semula makhluk dari kematian.

Kafir ( ) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk kepada orang-orang yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang yang bersyukur). Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak. Mukmin ( ) ialah orang yang beriman kepada AllahYang Maha Esa.Beliau merupakan setingkat yang lebih tinggi dari Muslim. Syurga (kata serapan daripada bahasa Saskrit Swargam atau Heaven dalam bahasa Inggeris dan (Jannah) dalam Bahasa Arab) merupakan satu konsep hidup selepas mati dalam banyak agama dan falsafah rohaniah. Mereka yang mempercayai tentang syurga umumnya berpendapat bahawa syurga atau neraka adalah destinasi bagi kebanyakan atau semua manusia selepas kematian. Menurut banyak testimoni dan tradisi, dalam kejadiankejadian yang luar biasa, manusia telah mempunyai pengetahuan peribadi tentang syurga. Mereka menganggap bahawa pengetahuan ini diberikan mereka untuk mengajar manusia yang lain tentang kehidupan, dewa-dewa, dan tanggapan-tanggapan tentang hidup selepas mati. Sedangkan terdapat banyak sumber yang berbeza-beza tentang tanggapan Syurga, pandangan biasa bagi orang-orang yang mempercayainya kelihatan bergantung sebahagian besarnya kepada agama yang dianuti mereka. Berbagaibagai agama telah memerihalkan Syurga sebagai diduduki oleh malaikat, syaitan, dewa dan dewi atau pahlawan (khususnya dalam agama Zoroastrianisme Parsi dan kemudiannya mitologi Yunani). Syurga umumnya ditafsirkan sebagai tempat kebahagiaan atau kekadangnya kebahagian abadi. Dalam agama Yahudi kuno, kepercayaan kepada Syurga dan hidup selepas mati dikaitkan dengan Sheol (disebut dalam Isaiah 38:18, Psalms 6:5, dan Job 7:710). Sesetengah cendekiawan menegaskan bahawa Sheol merupakan konsep yang lebih awal, tetapi teori ini tidak diterima sejagat. Farisi, salah satu mazhab Yahudi yang kemudian, mempercayai tentang Kebangkitan Semula, tetapi

kepercayaan ini ditentang oleh mazhab Sadducees yang menolak doktrin Kebangkitan Semula (Matt. 22:23). Menurut agama Islam, syurga atau jannah adalah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan

Neraka adalah perkataan Melayu yang berasal daripada bahasa sanskrit istilah"Naraka ". Ia bermakna "tempat seksaan di mana roh disucikan melalui keadaan kesengsaraan". Menurut Al-Quran, neraka adalah tempat sengsara sementara dan mereka akan kemudian pergi ke syurga, terkecuali pada orang murtad sewaktu mereka hidup di bumi Nama-nama neraka menurut Islam 1. Hawiah (Lubang yang tak berdasar) (Al-Qaariah ayat 9) 2. Huthamah (Yang menghancurkan sampai berkeping-keping) (AlHumazah ayat 4) ) (Ali'Imran ayat 162) 3. Jahannam ( 4. Jahim (Asy Syu'araa ayat 91) 5. Saqar (Al Muddatstsir ayat 26) 6. Sijjin (Al Muthaffifiin ayat 7) 7. Ladza 8. Sae'er 9. Wail Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari pembalasan. Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat kebahagiaan di syurga. Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat siksaan dan ditempatkan di neraka. Pahala ialah nilai baik bagi amal soleh dan perkara makruf yang diberikan kepada manusia oleh Allah. Dosa (dari bahasa Sanskrit: do a) merupakan satu perkataan yang biasanya digunakan dalam konteks keagamaan untuk menerangkan perbuatan-perbuatan yang melanggar hukum agama, atau yang bertentangan dengan prinsip-prinsip moral. Dosa sering digunakan untuk merujuk kepada kelakuan yang dianggap salah atau dilarang dalam agama, terutamanya dalam Islam dan Kristian. Dalam agama monoteistik, cara kelakuan sehari-hari ditetapkan oleh Tuhan.

INFO
Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar. Tanda-tanda besar
y y y y y y y y y y y y y y y

Hijaunya bumi Arafah. Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi. Keluar asap tebal dibumi Hijaz. Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40. Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia. Berlaku perang besar dikawasan Kaukasus. Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah. 3 kali gempa bumi. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj. Bermulalah kekuasaan Dajjal. Munculnya Imam Mahdi. Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan Yakjuj dan Makjuj. Matahari terbit dari ufuk barat. Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua dan ketiga.

Tanda-tanda kecil Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
y

Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
y

Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
y

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

Bermaharajalela alat muzik

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
y

Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahmegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
y

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
y y

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan Ramai orang soleh meninggal dunia

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran Riwayat Ahmad
y

Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
y

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
y

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
y

Bulan sabit kelihatan besar

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
y

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
y

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
y

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
y y

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
y

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

y y y

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi. Nama-nama hari kiamat dalam Islam Nama-nama tersebut disebut dalam al-Quran: Arab Terjemahan Hari kebangkitan Waktu Hari Akhir Hari akhir (agama) Hari keputusan Hari perhitungan Hari pengadilan Hari perpisahan Hari pengumpulan Hari kekekalan Hari Keluar Hari Kebangkitan Hari penyesalan Hari pemanggilan Hari mendekat Hari terbukanya aib Hari agung Hari penyaksian Bencana yang menggetarkan Bencana yang tak tertahankan Bencana yang memilukan Bencana yang melanda Kebenaran besar Peristiwa besar

Rumi (transliterasi) Yawm al-Qiy ma al-S 'a Yawm al-Akh r Yawm al-D n Yawm al-Fa l Yawm al- is b Yawm al-Fat Yawm al-Tal q Yawm al-Jam'(i) Yawm al-Khul d Yawm al-Khur j Yawm al-Ba'th Yawm al- asra Yawm al-Tan d Yawm al- zifa Yawm al-Tagh bun Yawm al-Wa' d Yawm al-A m al-Yawm al-Masyh d al-Q ria al-Gh syia al- khkha al-T mma al-Kubr al- qqa al-W qi'a

SUASANA HARI KIAMAT


y y

y y

Huru-hara di waktu terjadinya hari kiamat manusia di waktu hisab (hari perhitungan) terbagi atas tiga golongan, iaitu golongan yang segera menjalankan kebaikan, golongan kanan dan golongan yang celaka serta balasan yang diperoleh oleh masing-masing golongan; bantahan Allah terhadap keingkaran orang-orang yang mengingkari adanya Tuhan, hari berbangkit, dan adanya hisab; Al Quran berasal dari Luh Mahfuz

PANDANGAN
Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau hari kiamat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran. Pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan. Oleh itu, Kita hendaklah melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah dengan segera. Selain itu, kita hendaklah bertaubat dengan kadar segera apabila melakukan larangan Allah. Dengan ini, menunjukkan kita mempunyai perasaan takut akan hari Kiamat. Pada hari kiamat, orang-orang yang beriman akan ditempatkan ke Syurga manakala orangorang kafir akan ditempatkan ke neraka .

RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_KiamatKategori Eskatologi IslamFrasa dan kata Arab

bab 10, The translation of the Meanings of Summarized Sahih Al-Bukhari (dalam bahasa Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris)Dr. Muhammad Muhsin Khan (1996)., 1022

Tafsir Quran Karim, Prof Dr.H. Mahmud Yunus(1957)

Al Quran dan Terjemahnya, Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir Al Quran(1971)

http://www.surah.my/36

ASSIGNMENT CTU 101

TAJUK: HARI KIAMAT HARI AKHIR DUNIA KURSUS: DIPLOMA SAINS KUMPULAN KELAS: AS 120 1F2 TARIKH:11.07.2011 NAMA PENSYARAH: USTAZ ABDUL QAHAR NAMA AHLI KUMPULAN: i)NUR FARAH AISHAH BINTI MOHD ROHAIZAD ii) NUR AMALINA BINTI KARIM iii)NUR ELLIA BINTI ABDUL TALIB