P. 1
Sinopsis Keseluruhan Novel Melunas RIndu

Sinopsis Keseluruhan Novel Melunas RIndu

|Views: 6,390|Likes:
Dipublikasikan oleh Farah Dinah Hassan

More info:

Published by: Farah Dinah Hassan on Jan 05, 2012
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/08/2014

pdf

text

original

Sinopsis Keseluruhan

Fuad ( Joshua) yang kehilangan ibu sejak kecil telah membawa diri ke Danau Seberang setelah berkrisis dengan ayahnya Robert Lim. Di kampung Danau Seberang dia tinggal bersamasama keluarga angkatnya iaitu Makm Salamah dan Pak Ismail yang telah dikenalinya semasa datang ke kampung tersebut sebelum ini. Kehadiran Fuad tidak disukai oleh Mak Salmah kerana Fuad telah melarikan Sofea, anak angkat Pak Ismail dan Mak Salmah ke Kuala Lumpur. Sofea dipulangkan kepada kedua-dua orang tuanya yang sebenar iaitu Robert Lim dan Susan. Fuad dan Sofea ialah adik-beradik sebapa. Di Kampung Danau Seberang, Fuad ditawarkan oleh Cikgu Abas untuk menjadi guru sandaran Bahasa Inggeris. Fuad menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia dan Farhana ,Ketua Panitia Bahsa Inggeris berusaha keras membantu pihak sekolah meningkatkan penguasaan subjek Bahasa Inggeris pelajar Tingkatan 5. Dalam masa yang sama, Fuad semakin merindui ibu kandungnya yang tidak pernah dikenali. Dia hanya mengetahui ibunya seorang wanita Melayu setelah diberitahu oleh ayahnya Robert Lim. Selama ini, Fuad menganggap Robert Lim ialah bapa saudaranya sementara Peter Lim yang membesarkannya ialah bapa kandungnya. Fuad berusaha menjejaki ibunya. Khabar yang didengar ialah ibunya telah meninggal dunia. Namun dia berusaha mencari pusara ibunya. Melalui maklumat daripada Peter Lim, Fuad ke Lembah Klau untuk mencari ahli keluarga ibunya. Di sana dia bertemu Pak Ngah Lias dan maklumat tentang ibunya diperoleh- ibunya telah berpindah ke tempat lain setelah mengalami gangguan jiwa kerana ditinggalkan oleh Robert Lim setelah tiga bulan berkahwin. Dalam masa yang sama hubungan Fuad dengan Farhana semakin rapat dan mereka saling jatuh hati. Fuad banyak membantu Farhana yang terpaksa berulang-alik dari Kuala Terengganu ke Kuantan menjaga ibunya yang sedang sakit.Di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang , Fuad seolah-olah berasa Mariana , iaitu ibu Farhana ialah ibu kandung yang dicarinya. Pada ketika itu, Robert Lim sampai bersama-sama Pak Ismail dan Chin. Segala rahsia terungkap, Fuad dan Farhana ialah adik-beradik seibu.Kekecewaan menyelubungi Fuad dan Farhana.Namun keduaduanya dapat menerima takdir tuhan dengan reda dan rela hati. Fuad berazam untuk menjaga ibu dan adik-adiknya. Fuad membawa Mariana, Mak Salmah dan Pak Ismail mengerjakan umrah di Mekah. Robert Lim bertemu semula Mariana di KLIA. Robert Lim berpesan agar Fuad menjaga ibunya dan berkemungkinan dia akan menyusul mereka di Mekah.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->