Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PROGRAM PENANAMANSEJUTA POKOK JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH PERINGKAT SM KEN HWA

Mereka yang terlibat terdiri daripada : 1. Semua guru dan pelajar Sekolah Menengah Ken Hwa Tarikh Masa Tempat OBJEKTIF 1. Meningkatkan kesedaran bahawa amalan seperti menanam pokok adalah amalan yang sangat penting dalam proses menggerakkan hati nurani insan untuk samasama menjaga alam sekitar. 2. Memupuk sikap positif, mencintai alam semula jadi dan bermotivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 3. Memahami dan menghargai fungsi flora dan fauna dalam menjamin kelangsungan hidup sejagat. KANDUNGAN PROGRAM 16 Oktober 2010 Sabtu Program dimulakan dengan ketibaan guru-guru dan murid-murid yang terlibat pada pukul 7.00 pagi serta penyediaan peralatan yang diperlukan. Puan Pengetua selaku pengerusi program memberikan ucapan alu-aluan pada pukul 7.30 pagi di dataran perhimpunan lama SM Ken Hwa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi hadir dan memberikan kerjasama dalam program ini. Program dirasmikan oleh pengerusi PIBG iaitu Encik Chai Nyuk Kong, dengan upacara menanam pokok di hadapan dataran perkhimpunan lama. : 16 Oktober 2010 : Jam 7 pagi 11.30 pagi : Sekolah Menengah Ken Hwa

Program diteruskan dengan taklimat oleh penyelaras program Pn. Hartini berkenaan perubahan tugasan kumpulan serta ahli kumpulan. Guru-guru bersama pelajar yang terlibat kemudian mengambil peralatan dan bergerak ke kawasan masing-masing mengikut kerja yang telah ditetapkan. Antara kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang program ini adalah memasang net hitam di kolam ikan depan pejabat, kolam ikan bersebelahan dengan makmal sains menengah rendah, pengola berhadapan dengan makmal fizik, tapak semaian stesen pembelajaran sains dan mini nurseri berhadapan bilik gerakan. Mengecat di tembok cina, pergola berhadapan dengan makmal fizik, stesen pemadam api berhadapan dengan makmal kimia, batu bata taman Leo, pancuran air depan makmal sains menengah rendah dan piramid depan pejabat, menanam pokok dan menyiram pokok. Program tamat pada pukul 11.30 pagi dan diakhiri dengan jamuan minum pagi di kantin sekolah. REFLEKSI Semua guru dan pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung. Terdapat banyak perubahan dari segi keceriaan di semua kawasan yang telah ditetapkan. CABARAN/MASALAH 1. Peralatan tidak mencukupi. Seperti tangga, cakul dan ...... 2. Tenaga kerja tidak mencukupi ini kerana terdapat ramai guru terlibat dengan PTK ( Penilaian Tahap Kecekapan). 3. Terdapat jenis pokok yang kurang sesuai dengan kawasan yang telah ditetapkan contohnya pokok Ara di Zon 7. 4. Saiz lubang yang telah dikorek lebih awal dengan menggunakan jentera (case) kurang sesuai dengan saiz pokok yang hendak ditanam. 5. Terdapat masalah semasa upacara perasmian di mana penngendalian jentera (case) yang kurang cekap oleh pekerja.

6. Terdapat ketidak seimbangan tenaga kerja untuk setiap kumpulan. CARA MENGATASI : 1. Peralatan perlu disediakan dengan mencukupi dengan memberi keutamaan kepada peralatan yang lebih diperlukan. 2. Pemilihan tarikh dan masa untuk perlaksanaan prorgam perlulah sesuai dengan kelapangan masa guru. 3. Jenis pokok yang hendak ditanam perlulah dikenalpasti terlebih dahulu mengikut kesesuian kawasan. 4. Pastikan lubang yang dikorek (dan jentera yang digunakan) bersesuian dengan saiz pokok yang hendak ditanam bagi mengelakkan pembaziran tenaga dan masa. 5. Faktor keselamatan perlu ditingkatkan dengan memastikan pengendalian jentera oleh pekerja yang benar-benar mahir bagi mengelakkan kemalangan. KESIMPULAN Kesimpulannya, program ini berjaya dijalankan seperti yang dirancang oleh sekolah dan program ini boleh dikatakan tercapai dan semua guru dan pelajar memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung. Didapati bahawa program ini mampu mendidik guru dan pelajar supaya bersama sama meningkatkan keceriaan kawasan sekolah disamping menyahut seruan JPNS. Program ini juga amat berkesan dan perlu di teruskan untuk masa masa akan datang. JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM PENANAMAN SEJUTA POKOK JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH PERINGKAT SM KEN HWA PENASIHAT: EN. RAISIN SAIDIN PENGERUSI : PN. LIAN FEE CHOO TIMBALAN PENGERUSI : PN. DOROTHEA C. ONONG SETIAUSAHA: EN. MIUS ONTIT CIK LILIAN LIM BENDAHARI: PN. NG CHOOI KIM

CIK CALLIE AJIK PENGERUSI MAJLIS : PN. KOMILLA A/K DIYU PENYELARAS : PN. HARTINI RAMLAN CIK SALWA ISMAIL AJK PERASMIAN: PN. VERON JUNGKIM CIK NORAIDA FARDIELA CHE HALIM AJK PENYEDIAAN POKOK & TANAH : PN. HARTINI RAMLAN PN. SOPHIA LEN LEE LAN EN. ALFRED BUHIN NAT AJK LANDSKAP & PENYEDIAAN TEMPAT MENANAM : TEY SIEW TEE NORAZMAN ZAINUDIN LEONG AH KHIAM CHARLES NG SEEW SING AJK PERALATAN: SUFIAH ANUM HARON JANUARIUS JOSEPH ROYSTON SALIMUN MOHD HAFIZA MAT JUSOH AJK PENGANGKUTAN: VIVEMARLYNE F. MUDIN VERUS LONTOU GIDEON GADIT AJK MAKANAN: KASMIAH NARIMIN RAZNANI MAIDIN NITA SEBLI AJK FOTOGRAFI & DOKUMENTASI: TANG SIANG YING FLORA LOMBOTING LEENA GANGATHAVAN

PENGELOLA PROGRAM PENANAMAN SEJUTA POKOK JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH PERINGKAT SM KEN HWA JAM 7.00- JAM 11.30 16.10.2010 (SABTU)

LAMPIRAN

PENUTUP Di akhir program : 1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria. 2. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai