Anda di halaman 1dari 2

Yang berusaha Encik Mohd Noor Bin Chik Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.

Yang Dihormati, Encik Zulbahri Bin Ibrahim, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Jeli. .................................... .................................... .................................... Abang-abang dan kakak-kakak fasilitator serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum, dan selamat sejahtera. Bersyukur kita kehadrat illahi, kerana dengan limpah dan kurnianya, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini, di dalam majlis penutup program membina sahsiah gemilang. Tuan-tuan, puan-puan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada urusetia kerana telah memberikan saya peluang selaku wakil peserta untuk memberi sepatah dua kata dalam majlis ini. Tidak lupa juga kepada penceramah penceramah jemputan kerana telah banyak memberi maklumat dan pengetahuan untuk kami menjadi insane yang mempunyai sahsiah yang gemilang dan terbilang. Melalui ceramah-ceramah serta aktiviti yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memberikan kami ilmu pengetahuan. Sepanjang berada di sini berbagai-bagai ilmu telah dicurahkan kepada kami supaya kami dapat mempersiapkan diri kami untuk menempuh cabaran sebagai seorang remaja disamping dapat meningkatkan keyakinan diri. Sesungguhnya program ini merupakan satu program yang sangat bermanfaat kepada kami semua yang mampu membentuk wawasan yang mempunyai daya kreativiti, inovasi dan keyakinan diri.

Oleh itu, saya menyeru kepada diri saya dan peserta yang lain untuk memastikan apa yang telah dipelajari sepanjang tempoh kami berada disini dapat diamalkan supaya kite semua menjadi remaja yang lebih baik dan bersedia untuk menghadapi cabaran hidup dimasa akan datang. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini saya bagi pihak semua peserta program ini memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengikuti program ini mungkin terdapat perkataan dan perilaku kami yang menyinggung perasaan. Sesungguhnya kami semua amat seronok sekali mengikuti kursus sepanjang 3 hari berada di sini. Kami juga bersedia untuk mengikuti program seumpama ini sekiranya diberi peluang dimasa akan datang. Kami semua berharap dan mendoakan agar semuanya terus berada dalam keadaan sihat, panjang umur dan murah rezeki. Sekian terima kasih. Wabillahittaufiqi walhidayah wassalmu alaikum warah matullahi wabarakatuh.