Anda di halaman 1dari 7

Konsep muzik Multi-Cultural sangat sesuai dibentuk dalam Negara Malaysia memandangkan Malaysia sebuah negara yang mempunyai

berbagai kaum dan etnik serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Jelaskan konsep Muzik Multi-Cultural dan bagaimana ianya dapat diimplementasikan dalam masyarakat Negara ini.

Pendahuluan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 22 juta orang. Mendailing, Kerinci, dan pelbagai Lebih separuh daripadanya adalah Bumiputera yang merangkumi pelbagai sub etnik seperti Melayu, Jawa, Banjar, sub etnik lain lagi serta Bumiputera yang berada di Sabah dan Sarawak. Di samping itu kaum Cina sendiri mempunyai pelbagai sub etniknya yang tersendiri seperti Hokkien, Teow Chew, Hakka, Fukien dan beberapa lagi. Begitu juga dengan kaum India seperti suku Tamil, Telegu, Maliyalam, Malbari serta berpuluh suku atau sub etnik yang lain. Keadaan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan tradisi yang diamalkan sama ada secara bersama etnik lain atau dalam kelompok etnik itu sendiri. Salah satu elemen budaya yang terpenting ialah muzik. Dengan adanya pelbagai etnik dan sub etnik maka sudah semestinyalah Malaysia mempunyai pelbagai jenis muzik tradisi yang berbeza dari segi amalan dan praktisnya. Kemungkinan akan berlaku beberapa perkara seperti etnosentrisme , acculturation atau enculturation adalah tinggi. Justeru itu adalah wajar dicari satu jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul. Untuk tujuan ini adalah dicadangkan Multi-Cultural Music sebagai cara yang terbaik.

Konsep Multi-Cultural Music

Multi-Cultural Music membawa maksud kepelbagaian muzik yang terdapat di sesebuah negara berlandaskan kepada kepelbagaian etnik yang terdapat di negara tersebut. Ia berlandaskan kepada kajian dalam salah satu cabang bidang Antropologi iaitu Kajian Budaya(Cultural Studies). Ini telah di jelaskan oleh Peter Dunbar-Hall (Mac 2005) Cultural studies, regardless of the domain of its application (theater, literature, dance, etc.), focuses on ways of studying culture that question the relationships between cultures. This questioning is particularly important in situations where one culture assumes power over anotherwhether this power is overt or more subtle, such as through financial, medical, and educational programs, or through the provision of culturally influential artifacts such as films and television programs, music CDs, computer games, or types of food and dress. Ways in which aspects of Western popular culture, especially clothing and music, have become the norm for teenagers worldwide is a clear example of this type of overwhelming cultural influence. Kajian budaya sebenarnya telah bermula sejak tahun 1970 semasa permulaan zaman postcolonialism. Walau bagaimanapun ianya giat dijalankan selepas tercetusnya tragedi 11 September, 2001, di New York dan pengeboman pelancong di sebuah bar di Bali pada October 2002 dengan penekanan terhadap pemahaman budaya luar. Salah satunya cabang kajian ialah Musik Multicultural. Pendidikan muzik Multi-Cultural menekankan kepada sensitiviti pelajar terhadap kepelbagaian etnik lain yang terdapat di sekelilingnya, dalam negara dan di serata dunia. Ia melibatkan pemahaman terhadap budaya, toleransi, penghormatan dan sebagainya selaras dengan kenyataan Campbell, 1989 dalam Abeles ms 285. Anderson dan

Multicultural education clearly develops the understanding that there are many different but equally valid forms of musical and artistic expression and encourages students to develop a broad perspective based on understanding, tolerance, and respect for a variety of opinions and approaches.

Konsep Multi-Cultural muzik ini kemungkinannya telah di tafsir dan diperluaskan makna serta diperkemas pelaksanaannya ekoran tertubuhnya The National Standards for Arts Education di Amerika Syarikat selepas Simposium Tanglewood pada tahun 1967. Mereka beranggapan bahawa kepelbagaian budaya di Amerika pada masa itu mestilah diterjemahkan melalui Pendidikan Seni. Menurut Banks (1993),dalam Miralis, Yiannis Christos (2003) multicultural education is "an idea stating that all students, regardless of the groups to which they belong, such as those related to gender, ethnicity, race, culture, social class, religion, or exceptionality, should experience educational equality in the schools" (p. 25) Campbell (1996) pula berpendapat bahawa , 'multicultural music education' is the study of music from groups distinguished by race or ethnic origin, age, class, gender, religion, life style and exceptionality" (p. 15), Fung, 1995; Okun, 1998; Reimer, 1993; Schippers, 1996 berpendapat yang sama iaitu mempelajari muzik dunia bermakna mengkaji kepelbagaian genre muzik dan stail dari seluruh dunia melalui teori dan praktikal.

whereas world music education is described as the theoretical and practical study of diverse musical genres and styles from around the world Justeru itu dapatlah dibuat kesimpulan bahawa muzik Multicultural merupakan idea pembelajaran muzik yang merangkumi pemahaman pelbagai latar budaya, pandangan yang berbeza, pendekatan yang berlainan, latar kelas sosial yang berbeza, jantina, kaum, umur, gaya hidup dan pelbagai lagi yang mesti dipelajari oleh semua pelajar terutamanya bermula dari peringkat sekolah rendah untuk menjamin keberkesanan dan kejayaan idea ini.

Membawa Muzik Multicultural Dalam Masyarakat Malaysia. Muzik Multicultural sememangnya tidak asing bagi masyarakat Malaysia. Dengan kepelbagaian etnik yang telah lama hidup bersama sama ada di desa atau di kota, masyarakat Malaysia telah terdedah kepada muzik yang pelbagai yang di warisi oleh setiap kaum yang berjiran atau tinggal dalam satu komuniti yang sama. Walau bagaimanapun tidak semua masyarakat Malaysia berpeluang melihat, mendengar atau menghayati kepelbagaian muzik yang terdapat di negara ini kerana faktor geografi, status sosio ekonomi, pantang larang atau kekangan adat dan sebagainya . Justeru itu pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang mungkin akan berkesan untuk menerapkan Muzik Multicultural dalam kehidupan segenap lapisan masyarakat agas saling mengenali dan mempelajari budaya kaum lain agas peristiwa seperti yang terjadi pada 11 September di New York dan 22 Oktober di Bali tidak berlaku di sini. Pelaksanaan Sekolah Wawasan yang menghimpunkan 3 jenis sekolah dalam satu kawasan dan berkongsi beberapa kemudahan ; yang diletakkan di bawah pentadbiran yang berasingan amat sesuai melaksanakan Muzik Multicultural di samping sekolah harian biasa yang lain.

Konsep atau idea Muzik Multicultural boleh dilaksanakan menerusi mata pelajaran Pendidikan Muzik dengan tumpuan kepada muzik tradisional setempat atau muzik popular semasa yang disenangi semua. Beberapa strategi perlu dirangka dari beberapa peringkat pembuat dasar sehinggalah kepada pelaksana dan penerimanya iaitu para pelajar. Beberapa kekangan atau halangan serta kekuatan dan kelemahan perlu dikaji dengan teliti. Beberapa persoalan boleh ditimbulkan . Antaranya ialah : muzik kaum manakah yang akan diajar ? adakah guru mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap muzik tradisional pelbagai etnik di Malaysia ? apakah ada campur tangan ahli politik dalam menentukan hala tuju kurikulum yang digubal ? bagaimanakah minat pelajar terhadap muzik kaum lain ? bagaimanakah pandangan masyarakat terhadap pelaksanaannya nanti ?

Selain itu peranan guru sebagai pelaksananya sangatlah penting. Guru mestilah cuba memberikan makna sebenarnya Muzik Multicultural kepada para pelajarnya. Guru perlu menarik minat pelajar dan membuat perkaitan antara apa yang dipelajari dalam kelas dengan apa yang berlaku di luar bilik darjah seperti kata Steven N Kelly, Kimberly Van Weelden.(2004) ....., to learn and use those musical styles that students experience outside of school so that teachers can establish a connection between what students experience in and out of music class. Teachers do not need to personally embrace current pop styles, but they should know the names of the current artists their students prefer so they can better transfer class concepts to the students' culture.

Apabila guru membuat perkaitan dan menunjukkan keprihatinan terhadap kehendak atau kegemaran pelajar, maka mereka akan lebih senang menerima idea dan konsep yang dibawa oleh guru mereka. Beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam menjalankan Muzik Multicultural di sekolah-sekolah di Malaysia. Antaranya ialah : perkembangkan pemahaman terhadap kepelbagaian budaya termasuk perbezaan jantina, kelas sosial, agama, bahasa, kedudukan geografi, umur sebagai tambahan kepada bangsa dan etnik. Bersikap terbuka terhadap pelbagai jenis muzik seperti pop, jazz, hip-hop, country-western, klasikal, reggae, gospel, blues, dan folk. Pelajarilah nama artis dan lagu mereka yang menjadi pujaan pelajar agar dapat membuat perkaitan antara Muzik Multicultural yang dipelajari dalam kelas dengan muzik yang mereka minati di luar kelas. Perhatikan reaksi pelajar terhadap pelbagai jenis muzik dan mintalah mereka bercerita mengenai muzik kegemaran mereka. Bertanyalah kepada masyarakat apakah muzik yang sesuai diajarkan kepada para pelajar. Terimalah hakikat bahawa kadangkala pelajar lebih tahu dari guru dan belajarlah dari mereka. Sentiasa mengikuti perkembangan muzik terkini dan sentiasalah menambahkan pengetahuan dengan membaca.

Penutup Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa Muzik Multicultural boleh diimplementasikan dalam masyarakat Malaysia menerusi pendidikan. Ia tidak akan dapat dilihat dalam jangka masa yang terdekat. Mungkin selepas 30 tahun barulah kesannya akan dapat dilihat dengan jelas.

Bibliografi.

1. Abeles, H.F., Hoffer, C.F., Klotman, R.H., (1994). Foundations of music . New York: Schirmer Books 2. Kelly, Steven N., Van Weelden, Kimberly : Connecting Meaningful Music and Experiences in a Multicultural, Multimusical Classroom, Music Educators Journal, 00274321, Jan2004, Vol. 90, Issue 3 3. Miralis, Yiannis Christos Multicultural-World Music Education at the Big Ten Schools: A Description of Course Offerings: UPDATE: Applications of Research in Music Education, 87551233, Fall/Winter2003, Vol. 22, Issue 1 4. Patricia Scehan Campbell: Music education in a time of cultural transformation. Music Educators Journal. Reston: Sep 2002.Vol.89, Iss. 1; pg. 27, 7 pgs 5. Peter Dunbar-Hall. Colliding Perspectives? Music Curriculum as Cultural Studies Music Educators Journal. Reston: Mar 2005.Vol.91, Iss. 4; pg. 33, 5 pgs 6. Roger Rideout : Whose Music? Music Education and Cultural Issues. Music Educators Journal. Reston: Mar 2005.Vol.91, Iss. 4; pg. 39, 3 pgs