Anda di halaman 1dari 5

YANG BERUSAHA ENCIK MARCUS HUGO MATU LEJAU PENGETUA KANAN SMK LUTONG YANG BERBAHAGIA PUAN SANDRA

DEMI CHAONG YDP PIBG SMK LUTONG YANG DIHORMATI PUAN ROSNANI BINTI YUNUS PEGAWAI PELAJARAN DAERAH MIRI ENCIK MAHMOOD BIN JALI PEGAWAI PEPERIKSAAN DAERAH MIRI ENCIK PETER FAM JURULATIH SMK LUTONG BARISAN PARA WARTAWAN, PENOLONG2 KANAN, AJK-AJK PIBG,GURUGURU SETERUSNYA PARA HADIRIN SEKALIAN. SELAMAT DATANG KE MAJLIS MAKAN MALAM SANJUNGAN BUDI PENGIKAT KASIH. BAGI MEMBERKATI MAJLIS KITA PADA MALAM INI DIJEMPUT ALFADHIL USTAZ SHAMRI MOHAMMAD UNTUK MEMBACAKAN DOA. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA USTAZ SHAMRI ATAS BACAAN DOA ITU TADI.SEMOGA MAJLIS KITA MENDAPAT RAHMAT DAN KEBERKATAN DARIPADANYA. PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MAKAN MALAM SANJUNGAN BUDI PENGIKAT KASIH MERUPAKAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN SEKOLAH UNTUK WARGA PENDIDIK SERTA STAFF SOKONGAN SETIAP KALI TIBANYA PENGHUJUNG TAHUN. MAJLIS INI DIADAKAN BAGI MENGHARGAI SERTA RAKAMAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA DAN PENGORBANAN TENAGA PENGAJAR SERTA STAFF SOKONGAN SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN VISI.MISI SERTA IMPIAN SEKOLAH UNTUK LEBIH BERJAYA. PENGHARGAAN JUGA DITUJUKAN KHAS BUAT NADI PENGGERAK PROGAM SEKOLAH YAKNI PIBG SMK LUTONG, BARISAN PARA WARTAWAN YANG TIDAK PERNAH KETINGGALAN DALAM SETIAP MAJLIS SEKOLAH SERTA ENCIK PETER FAM YANG BANYAK MENYUMBANGKAN KERINGAT BUAT PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH. TERIMA KASIH JUGA DIRAKAMKAN KEPADA PEJABAT PELAJARAN DAERAH MIRI YANG BANYAK MEMBANTU. SELAIN ITU JUGA MAJLIS INI JUGA UNTUK MERAIKAN TENAGA BARU DI SMK LUTONG YANG BAKAL MEWARNAKAN LAGI WAJAH SEKOLAH SERTA MERENCANAKAN LAGI KEJAYAAN SEKOLAH PADA MASA HADAPAN.

UNTUK AGENDA SETERUSNYA SAYA MENYERAHKAN KEPADA EASTWOOD GOLF AND COUNTRY CLUB. DIPERSILAKAN. PARA HADIRIN SEKALIAN, DALAM KITA MENJAMU SERTA MENIKMATI HIDANGAN YANG DISEDIAKAN MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN DARIPADA WAJAHWAJAH BARU DAN TENAGA MUDA SMK LUTONG.OLEH ITU DIPERSILAKAN BARISAN GURU-GURU BAHARU SMK LUTONG UNTUK MEMPAMERKAN BAKAT MEREKA.DIPERSILAKAN. (TEKS SENDIRI) MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN SESI TITIPAN INGATAN ANTARA GURU DAN STAFF SOKONGAN SEBAGAI SATU SIMBOLIK UCAPAN TERIMA KASIH ATAS NILAI PERSAHABATAN,KERJASAMA DAN SOKONGAN SEPANJANG TAHUN 2009. OLEH ITU DIJEMPUT GURU-GURU YANG MEMEGANG NOMBOR 1 HINGGA 20 UNTUK NAIK KE PENTAS UTAMA BAGI MENGAMBIL HADIAH.DIPERSILAKAN. SETERUSNYA DIJEMPUT GURU-GURU DI BAWAH BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL UNTUK MEMPERSEMBAHKAN PERSEMBAHAN MEREKA.DIPERSILAKAN. (TEKS SENDIRI) SETERUSNYA DIJEMPUT PEMEGANG NOMBOR ANTARA 21 HINGGA 40 UNTUK MENERIMA OLE-OLE ANDA.DIPERSILAKAN. KUMPULAN YANG AKAN MEMBUAT PERSEMBAHAN SEBENTAR NANTI TIDAK KURANG JUGA HEBATNYA.KALAU DI SEKOLAH MEREKA HANYA KENAL DENGAN RADAS DAN JUGA BAHAN KAJIAN SAHAJA NAMUN SEBENARNYA MEREKA JUGA TURUT BERBAKAT DI ATAS PENTAS.DENGAN INI DIPERSILAKAN GURU-GURU DI BAWAH BIDANG SAINS DAN MATEMATIK. (TEKS SENDIRI) MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT GURU-GURU YANG MEMEGANG NOMBOR 41 HINGGA 60 UNTUK NAIK KE PENTAS UTAMA.DIPERSILAKAN. RASANYA TIDAK SAH KALAU KITA TIDAK MENDENGAR AMANAT DARIPADA TUAN PENGETUA.PASTINYA BANYAK YANG INGIN DIPERKATAKAN OLEH BELIAU. OLEH ITU MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEUNTAI KATA SEGUGUS BICARA DARIPADA PENGETUA KANAN KITA.MAJLIS MEMPERSILAKAN ENCIK MARCUS HUGO MATU LEJAU UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA.DIPERSILAKAN. AGENDA MAJLIS SANJUNGAN BUDI PENGIKAT KASIH MENERUSKAN SIRNANYA DENGAN MEMPERSILAKAN GURU-GURU YANG AKAN BERPINDAH

DARI SMK LUTONG BAGI MENERIMA CENDERAMATA DARIPADA SEKOLAH ATAS SEGALA KOMITMEN MEREKA SEPANJANG BERADA DI BUMI BERTUAH SMK LUTONG. MENDAHULUI SENARAI IALAH SEBUT SEMUA YANG DAPAT TRANSFER) SEKOLAH JUGA TIDAK LUPA UNTUK MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU YANG TELAH MEMBERI KOMITMEN SEPENUHNYA SERTA SANGGUP BEKORBAN DEMI ANAK BANGSA SEHINGGA DAPAT MENGEKALKAN PENCAPAIAN 100% DALAM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR DAN SPM 2008. DENGAN INI DIPERSILAKAN. ( SEBUT NAMA PENERIMA) PENGHARGAAN SETERUSNYA DIBERIKAN KEPADA GURU-GURU DAN STAFF SOKONGAN YANG TELAH MENCAPAI KEHADIRAN 100% SEPANJANG TAHUN 2009. DIPERSILAKAN....(SEBUT) BUAT PEGETAHUAN SEMUA TUAN PENGETUA KITA SENDIRI TELAH MENCAPAI KEHADIRAN 100%.OLEH ITU BAGI MENYAMPAIKAN SIJIL DIJEMPUT PUAN SANDRA DEMI CHAONG UNTUK MENYAMPAIKAIN SIJIL.DIPERSILAKAN. DIPERSILAKAN ENCIK MARCUS HUGO MATU LEJAU. SETERUSNYA TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SERTA PENYAMPAIAN HADIAH SERTA CENDERAMATA ITU TADI. PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI.DI MANA BUMI DI PIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG. OLEH ITU TANPA MEMBUANG MASA DIJEMPUT PUAN YEAP SIEW YEAN UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN BAGI MEWAKILI GURU-GURU YANG BAKAL BERPINDAH.DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN YEAP.BUAT MEREKA SEMUA SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH BAHARU DAN SEMOGA SEGALA MOMEN-MOMEN INDAH YANG KITA LALUI BERSAMA AKAN MENJADI SATU MEMOIR YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN. BAGI MENGURANGKAN RASA SEBAH DAN SAYU DIPERSILAKAN KUMPULAN STAFF SOKONGAN UNTUK MENUNJUKKAN AKSI-AKSI MEREKA.DIPERSILAKAN. (TEKS SENDIRI) BAGI PEMEGANG NOMBOR 61 HINGGA MENGAMBIL HADIAH ANDA. DIPERSILAKAN. 80 DIPERSILAKAN UNTUK

KEMERIAHAN MAJLIS MASIH LAGI DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT PAKAR-PAKAR SEJARAH,AHLI-AHLI GEOLOGI DAN KAJI CUACA UNTUK MEMPERSEMBAHKAN BUAH TANGAN SEBAGAI KENANG-KENANGAN BUAT KITA SEMUA.DIPERSILAKAN GURU-GURU BIDANG KEMANUSIAAN. (TEKS SENDIRI) SETERUSNYA DIJEMPUT PEMEGANG NOMBOR 81 HINGGA 100 UNTUK MENERIMA HADIAH ANDA.DIPERSILAKAN.

KEDINGINAN MALAM INI DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARIPADA GURU-GURU SESI PETANG KITA.MARI KITA SAKSIKAN TELATAH DAN AKSI MEREKA. DIPERSILAKAN. (TEKS SENDIRI) SETERUSNYA PEMEGANG NOMBOR 101 HINGGA 121 UNTUK NAIK KE PENTAS MENERIMA HADIAH ANDA.DIPERSILAKAN. MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT TUAN PENGETUA,ENCIK MARCUS HUGO MATU LEJAU UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KEPADA PARA TETAMU JEMPUTAN.DIPERSILAKAN. DIJEMPUT BARISAN PIBG SMK LUTONG.DIMULAKAN DENGAN YDP PIBG PUAN SANDRA DEMI CHAONG, NAIB YANG DIPERTUA PIBG ENCIK NELSON NANG BALAI SETERUSNYA DIIKUTI OLEH AJK PIBG SMK LUTONG ENCIK ABDUL MUIN BIN AMIR ---------------------------------------------------- (ISTERI KEPADA ENCIK ABD MUIN AMIR) ENCIK JOHN JUSTIN HASNAN PUAN IR MOLLY SIM LIM HONG PUAN IDAWATI ROSLI ENCIK PETER FAM (JURULATIH SMK LUTONG) ENCIK MAHMOOD JALI (PEGAWAI PEPERIKSAAN DAERAH MIRI) PPD MIRI ------------------------------------------------DAN ---------------------------------------------------------- MERUPAKAN SUAMI KEPADA PUAN CHIENG SO CHEW. SETERUSNYA DIJEMPUT GURU-GURU YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN PADA BULAN NOVEMBER DAN JUGA DISEMBER 2009. MENDAHULUI SENARAI PENERIMA ------SEBUT NAMA GURU- GURU DAN TARIKH LAHIR DIPERSILAKAN GURU-GURU INI UNTUK MEMOTONG KEK HARIJADI.(WAT TEKS SENDIRI) MENUTUP TIRAI PERSEMBAHAN PADA MALAM INI ADALAH GURU-GURU DI BAWAH BIDANG BAHASA. DENGAN INI DIJEMPUT GURU-GURU UNTUK MEMPERSEMBAHKAN NYANYIAN ALA-ALA M.NASIR MEREKA.DIPERSILAKAN.

(WAT TEKS SENDIRI) MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT PUAN SANDRA DEMI CHAONG DAN DIIRINGI OLEH AJK PIBG YANG LAIN UNTUK MENYAMPAIKAN INSENTIF PIBG KEPADA GURU-GURU KERANA KOMITMEN MEREKA DALAM MENJAYAKAN KELAS BIMBINGAN SEKOLAH.MAJLIS MEMPERSILAKAN. DIJEMPUT... (SEBUT NAMA CIKGU) TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN SANDRA ATAS PENYAMPAIAN INSENTIF ITU TADI. ACARA YANG AMAT DINANTI-NANTIKAN PADA MALAM INI DENGAN CABUTAN BERTUAH.OLEH ITU UNTUK MENCABUT NAMA-NAMA YANG BERTUAH PADA MALAM INI DIJEMPUT TUAN PENGETUA UNTUK MENGIRINGI ENCIK MAHMOOD BIN JALI.DIPERSILAKAN. NAMA BERTUAH PERTAMA.....SAMPAI 10 MAJLIS PADA MALAM INI BAKAL MELABUHKAN TIRAINYA SEBELUM ITU DIUMUMKAN PENERIMA ADIRAJA DAN ADIRATNA 2009. ADIRAJA 2009 DINOBATKAN KEPADA------DAN ADIRATNA 2009 BAKAL MENJADI MILIK-----TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ENCIK MAHMOOD ATAS PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI. DENGAN PENGUMUMAN ADIRAJA DAN ADIRATNA ITU TADI MAKA BERAKHIRLAH SUDAH MAJLIS SANJUNGAN BUDI PENGIKAT KASIH 2009. KAMI MENYUSUN 10 JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI SEPANJANG MENERAJUI MAJLIS PADA MALAM INI ADA TERLANJUR KATA TERSALAH BICARA. KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS PADA MALAM INI TERIMA KASIH DIUCAPKAN.SELAMAT MALAM DAN JUMPA LAGI DI LAIN LEMBARAN.