Anda di halaman 1dari 5

Jenis/nama kecacatan anggota: Monoplegia - hanya satu anggota Hemiplegia - cacat anggota tangan dan kaki yang sama

(sebelah kiri atau kanan) Diplegia - kecacatan anggota kaki melebihi tangan

Quadriplegia - kedua belah kaki dan tangan Paraplegia Triplegia - hanya cacat anggota kaki - tiga anggota, selalunya satu tangan dan semua kaki Double hemiplegia - kedua bahagian tetapi darjah kecacatan berbeza

Masalah Pergerakan Masalah spastik pergerakan anggota yang tidak harmoni Athetosis banyak pergerakan tidak dapat dilakukan kerana anggotanya tegang Ataxia tidak dapat membuat perimbangan badan Tremor- pergerakan yang berulang-ulang yang tidak dapat dikawal, contoh: menggigil dan mengetap gigi

Epilepsi Epilepsi atau sawan merupakan sejenis serangan penyakit yang kebanyakannya disebabkan kecederaan atau jangkitan penyakit di bahagian otak. Ianya juga merupakan ketidakaliran otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal. Serangan penyakit ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba. Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (topi sel-sel saraf berlebihan menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kadar perasaan individu tersebut.

Keadaan yang tidak dapat diramal ini kemungkinan menyebabkan pesakit atau penghidap mengalami kecederaan disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersebar secara meluas di seluruh badan.

Jenis Epilepsi Dua kategori epilepsi: grand mal: kekejangan yang sangat jelas dan berlaku selama beberapa minit Petit mal: kekejangan tidak seserius grand mal dan sering disangka oleh guru sebagai tidak memberi tumpuan kepada muridan

Epilepsi Grand Mal Pesakit kaku, rebah, tidak sedarkan diri dan mungkin badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa. Air ludah mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit. Pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan , kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga pelepasan air kencing mungkin akan berlaku. Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan lima minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat serangan jam atau lebih dan apabila terjaga seolah-olah termenung dan bingung seketika. Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik ini, dia mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tidak menentu dan tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan air besar. Pesakit juga tidak mengecam orang di sekelilingnya dan persekitarannya.

Epilepsi Petit Mal Sawan jenis absens ini biasanya berlaku di antara murid-murid sekolah rendah dan pesakit akan berada dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Kemungkinan matanya kerap berkedipan atau anak mata akan pandang ke atas buat seketika, dan kemungkinan sebahagian daripada badan atau mukanya akan mengerenyut. Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalah anggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatian sepenuhnya. Malah, terdapat kes-kes yang melibatkan pesakit diserang berkali-kali sehari dan boleh mengganggu waktu pelajaran di dalam bilik darjah.

Separuh daripada kanak-kanak yang mengalami epilepsy jenis ini beransur pulih apabila mereka semakin dewasa. Walau bagaimanapun, mereka mesti menerima rawatan perubatan untuk mengawal dan mengelakkan daripada mendapat jenis sawan yang lain.

Punca-Punca Epilepsi Kecederaan di kepala. Factor genetic seperti tuberos sclerosis. Tumor otak. Tekanan psikologi (menyebabkan sawan palsu- pseudoseizure iaitu serangan yang sama dengan sawan epilepsy tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja). Paradoksikal/tindakbalas yang luar biasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah antiepilepsi.

Penyebab pada orang dewasa: Sklerosis (parutan) hipokampus-bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam otak. Penyalahgunaan alcohol atau dadah. Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stress, antipsikotik atau dadah antiepilepsi. Jangkitan kuman seperti Meningitis dan Ensefalitis. Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti pulmbum di tempat kerja. Penyakit kemerosotan otak (berlaku pada warga tua).

Penyebab pada kanak-kanak: Demam yang kuat. Suntikan vaksin-sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku. Sawan aruhan televisyen- sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran televisyen terlalu lama. Kecacatan sewaktu lahir. Kerosakan otak akibat jangkitan kuman, parasit atau bahan toksik,

Keracunan. Kecederaan di kepala. Ubat-ubatan seperti Melatonin-sejenis hormone yang digunakan unutk mengawal atur tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari. Tisu berparut pada otak (seperti hippocampal sclerosis), ketumbuhan luar biasa di otak atau kecacatan semulajadi pada otak (seperti bayi yang dilahirkan dengan otak luar biasa).

Faktor-faktor Kecederaan di kepala seperti selepas terjatuh, kemalangan jalan raya ataupun kecederaan semasa bersukan. Strok/ angin ahmar.

_________________________________________________________________________________ Penyakit kemerosotan system saraf pusat ( seperti penyakit Alzheimer, berbentuk penyakit demansia yang berlaku di kalangan mereka di pertengahan umur dan warga tua. Penyakit ini tidak boleh dirawat). Sawan ketidakwujudan- sawan berlaku secara tiba-tiba yang mengganggu kesedaran pemikiran atau aktiviti. Sawan Mioklonik yang progresif-sejenis epilepsy yang diikuti dengan mioklonus (kekejangan otot yang berlaku secara tiba-tiba terutama ketika mengangkat sesuatu atau membengkok tangan). Epilepsy Mioklonik juvana sindrom sentakan mioklonik yang menyerang secara tiba-tiba terutamanya pada waktu pagi atau ketika tertekan atau keletihan).

Komplikasi

Penyakit epilepsy ini jarang sekali menyebabkan kematian. Namun, 1 dalam 200 pesakit epilepsy ini mati setiap tahun atas sebab-sebab yang tidak dikenal pasti. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes yang membawa maut adalah disebabkan oleh sawan tanpa henti (status Epileptikus). Komplikasi yang paling biasa berlaku ialah kecederaan sewaktu serangan sawan berlaku. Kecederaan akibat terjatuh, terhantuk dan menggigit diri sendiri.

Kesukaran untuk belajar. Kesan sampingan yang buruk daripada ubat yang diambil. Kerosakan otak yang kekal.

Mengenal Pasti Sawan berulang (dating dan pergi), ada waktu bebas di antara dua sawan, pesakit adalah normal dan sifat serangannya serupa (pesakit mendapat tanda-tanda serangan yang sama setiap kali). Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala. Apabila pergi berjumpa dengan doctor, temujanji yang dikenali sebagai catatan latar belakang adalah paling utama dan mustahak. Pesakit dikehendaki memberikan gambaran sepenuhnya kejadian serangan itu. Paling mustahak, sekiranya pesakit boleh membawa ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian, sebab pesakit berada dalam keadaan tidak sedar diri sewaktu diserang sawan.

Kehidupan kanak-kanak Epilepsi Pihak sekolah perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang apilepsi kerana ia adalah satu penyakit yang kerap berlaku yang melibatkan 5 orang dalam setiap 1 000 orang san kebanyakan kes berlaku di peringkat kana-kanak dan remaja.. Pengurusan yang praktikal terhadap kanak-kanak yang mengidap epilepsi seperti : Bertemubual dengan ibubapa. Jika seorang kanak-kanak diserang sawan di sekolah,rancang lebih awal bersamanya dengan rakanrakannya tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya diserang sawan di dalam bilik darjah atau di persekitaran sekolah. Terdapat bebrapa faktor yang mungkin meransangkan sawan seperti menonton televisyen atau aktiviti ayunan yang dilakukan berulang kali.Ia mungkin terjadi apabila kanak-kanak menjadi pasif, atau berdiam diri.