Anda di halaman 1dari 79

Ibu dan Ceper

(Shahnon Ahmad) SINOPSIS Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berliku-liku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

TEMA Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan y Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman.

Persoalan
3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam - Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya.

1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan - Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. 2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar - Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya. (iv) Peleraian - Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindihmenindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi. (iii) Klimaks - Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang , kain-kain buru , plastik, dan sisa-sisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia.

Binaan Plot
(i) Permulaan - Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa kepadanya.Aku terkenang akan sungai ini yang jernih ,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam.

(ii) Perkembangan - Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman . Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering , sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,Sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu.

Teknik Plot

2. Dialog - Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini!

3. Imbas Kembali - Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas.

1. Pemerian - Ceper pun serupa. .Ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya.Dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama anakanak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

Latar Masa 1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu. 2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidakdapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri. 3. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya. Latar Tempat 1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah. 2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja. 3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan.

Latar

Latar Masyarakat 1. Masyarakat petani - Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut. 2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup - Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau.

1. Bertanggungjawab Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya.

3. Kesabaran - Ibu terpaksa bersabar

melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

Nilai

2. Kegigihan - Walaupun
terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga.

1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan.

Pengajaran
3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara.

2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri.

Memori Seorang Tua


(Zahari Affandi) SINOPSIS Pak Itam digambarkan seorang sebagai pejuang yang cekal. Dia telah beberapa kali keluar masuk penjara kerana penentangannya terhadap Inggeris. Beliau berhasrat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85. Beliau turut bercadang untuk menjemput wartawan, mahasiswa universiti serta para penduduk Langat ke majlis berkenan bagi berkongsi kisah perjuangannya. Ketika Pak Itam membaca majalah Mastika lama, beliau tersentuh akan paparan Siti Nurhidayah yang menuntut fasakh ketika beliau ditahan di penjara Singapura. Itulah kali terakhir beliau menatap wajah dua orang anaknya, Izwan dan Nuryani Iman. Tuk Mat merupakan orang yang banyak membantu Pak Itam menguruskan segala persiapan untuk majlis itu dan turut dibantu beberapa orang pemuda kampung seperti Isa, Latif dan Jali. Pada hari yng ditetapkan, Pak Itam lengkap berbaju Melayu menyambut tetamu. Orang kampung memenuhi tempat berlangsungnya majlis tersebut, namun Pak Itam kecewa kerana tetamu dari jauh masih belum sampai. Tambah mengecewakan Pak Itam kerana wartawan akhbar dan televisyen tidak muncul.Pak Itam merasakan segala pengorbanannya selama ini telah dilupakan. Apabila tiba waktu Zuhur, Pak Itam masuk untuk menunaikan solat. Kaih yang cemas cuba memberitahu perkara yang berlaku kepada Pak Itam. Apabila Tuk Mat mendekati Pak Itam yang terbaring di sejadah, beliau dilihat sudah meninggal dunia. Tetamu yang hadir membacakan surah Yasin untuk jenazah. Pada ketika itu, datang seorang perempuan tua mendekati jenazah membawa sejambak ros. Tatkala orang ramai tercengang memikirkan identiti perempuan tersebut, Tuk Mat menyapu air matanya dan menganggap hajat Pak Itam untuk bertemu isterinya, Siti Nurhidayah telah tercapai. TEMA Semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh yang ingin berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat. y Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucunya dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.

Persoalan

1. Persoalan kesediaan menghadapi cabaran - Pak Itam terpaksa menempuh halangan dalam perjuangannya, iaitu terpaksa keluar masuk penjara kerana perjuangannya bertentangan dengan dasar pemerintahan pada masa itu. 2. Persoalan rasa tanggungjawab terhadap nasib yang akan dialami oleh anak bangsa - Atas dasar tanggungjawab, Pak Itam berjuang untuk bangsa Melayu kerana dia ingin melihat bangsanya mendapat pendidikan yang tinggi serta tidak menjadi hamba di negara sendiri.

3. Persoalan jati diri yang teguh - Pak Itam mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh dari usia muda sehingga usianya mencecah 85 tahun.

(i) Permulaan - Mengisahkan kehidupan zaman muda Pak Itam yang sering keluar masuk penjara kerana menentang penjajah. Perjuangan untuk memartabatkan orang Melayu amat menebal dalam jiwa Pak Itam. (ii) Perkembangan - Pak Itam melahirkan hasrat beliau untuk mengadakan majlis sambutan hari jadinya yang ke-85 tahun. Sambutan yang julung kali diadakan ini turut bertujuan untuk berkongsi pengalamannya sebagai seorang pejuang. Pak Itam juga turut menyatakan harapannya untuk melihat anak bangsanya hidup dengan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk penjajahan. Tetamu yang hadir pada sambutan majlis hari jadinya agak kurang dan ini menjadikan Pak Itam berasa sedih dan beranggapan bahawa pengorbanannya selama ini kian dilupakan.

Binaan Plot

(iii) Klimaks - Pak Itam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sejadah. Orang ramai yang hadir membaca surah Yasin untuknya. (iv) Peleraian - Kehadiran seorang wanita yang sudah berumur pada hari kematiannya membawa sejambak ros merah menjadikan penduduk kampung tertanya-tanya. Hanya Tuk Mat mengerti dan berfikir dalam hatinya, hajat Pak Itam kesampaian juga.

Teknik Plot

1. Pemerian - Pak Itam toleh kiri kanan. Pokok pisang, pokok lengkuas, serai, betik dan rumput-rampai sekitar rumahnya mengangguk perlahan ditiup angin pagi. Nyaman benar hidup di perkampungan, tetapi

4. Monolog dalaman - Pak Itam sudah berfikir-fikir, budakbudak surat khabar sudah tentu akan mengerumuninya, menghulur berbelas, mungkin berpuluh kaset perakam suara mahu menemuramahnya.

2. Dialog - Dah kau jemput budak-budak surat khabar? tanya Pak Itam.Sudah! jawab Tuk Mat. 3. Imbas Kembali - Tiba-tiba hatinya dipintali kesayuan. Di mana Siti Nurhidayah? Di mana Izwan dimana Nuryani Iman? Sudah berpuluh tahun berpisah.

Latar Masa 1. Sehari sebelum hari lahir Pak Itam yang ke85 tahun- Tuk Mat dan penduduk kampung sibuk menguruskan persiapan untuk majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam. 2. Sebelum Zuhur - Pak Itam masih menanti. Dia amat kecewa. Tuk Mat menyuruhnya berehat.

Latar

Latar Masyarakat 1. Masyarakat pejuang yang mencintai bangsa dan negara - Pak Itam sanggup keluar masuk penjara kerana menentang Inggeris demi sayang akan bangsa dan negara. 2. Masyarakat penulis dan wartawan - Pak Itam mewakili golongan masyarakat yang menentang penjajah menggunakan mata pena.

Latar Tempat 1. Kediaman Pak Itam dan halaman rumahnya- tempat majlis kenduri sempena hari jadi Pak Itam dan pameran diadakan . 2. Di kaki lima rumah Pak Itam tempat Pak Itam duduk sambil membaca akhbar dan majalah seharian di atas kerusi malas. 3. Kampung Pak Itam di Hulu Langatperkampungan yang nyaman tetapi mula tercemar apabila dua buah kilang dari Korea dan Jepun mula beroperasi.

Pengorbanan - Pak Itam sanggup menolak jawatan sebagai majistret demi cinta akan bangsa dan negara.

Nilai

Bekerjasama - Semua penduduk kampung tidak kira muda atau tua berganding bahu menjayakan persiapan majlis sambutan hari jadi Pak Itam.

Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara agar tidak dijajah oleh bangsa lain.

Kita wajarlah saling membantu dalam setiap usaha agar pekerjaan menjadi mudah.

Pengajaran
Kita haruslah mengenang jasa tokoh yang banyak berkorban untuk bangsa dan negara walaupun masa berubah. Kita hendaklah sentiasa mentaati perintah tuhan dengan meningkatkan amal ibadah agar mendapat kesenangan di kemudian hari.

Israk
(Erda Roslan Khairi) SINOPSIS Cerpen Israk mengisahkan Adam iaitu anak tunggal Wah, telah balik ke kampung bersamasama isterinya Siti Hawa dan anak-anaknya, Israk dan Mikraj di Kampung Sayong Perak. Keadaan rumah yang serba kekurangan dari segi kemudahan asas dan keselesaan menyebabkan anaknya Israk berasa kurang senang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung . Namun adiknya Mikraj suka akan suasana kampung dan menyebabkan mereka sering bertikam lidah. Hal ini berlaku kerana Israk telah dibesarkan di luar negara.Tindakan Israk yang sering menghina dan menggores perasaan Wah menimbulkan rasa kurang senang Mikraj dan dia sering mempertikaikan perbuatan Israk terhadap Wah. Perbezaan pendapat ini telah mencetuskan perang mulut antara mereka. Namun Wah tidak suka mereka bertengkar bagai anjing dengan kucing dan mahu mereka berbaik-baik semula walaupun hati Wah terluka. Suatu hari, bekalan air paip di kampung Sayong telah terputus menyebabkan Mikraj mencadangkan agar abangnya mandi di sungai. Namun, Israk telah terjatuh dan Wahlah yang berusaha menyelamatkan Israk sehingga naik ke tebing. Akhirnya, Israk insaf dan berubah. Dia mula memakai baju Melayu, makan nasi, dan mencari jering serta tempoyak untuk dimakan. TEMA Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga sehingga mencetuskan pertentangan pandangan dan nilai. y Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya tentang kampung, kehidupan dan diri neneknya Wah.

1. Persoalan jati diri - Israk yang dibesarkan di Perth Australia tidak mempunyai jati diri ketimuran akibat persekitaran dan cara dia dibesarkan. Hal ini bertentangan dengan sifat adiknya Mikraj yang lebih kukuh dan teguh jati dirinya dengan adat ketimuran. 2. Persoalan kasih sayang seorang nenek terhadap cucunya - Wah seorang nenek yang menyayangi cucunya, walaupun cucunya amat ego dan selalu melukakan hatinya namun Wah tetap sabar.Hal ini terpancar apabila Wah menyelamatkan Israk yang hampir lemas dengan tenaga tuanya.

Persoalan
3. Persoalan tanggungjawab bapa terhadap keluarga - Adam menjalankan tanggungjawabnya kepada anak-anak. Dia membiasakan anak-anak dengan kehidupan kampung di tempat dia dibesarkan agar anakanaknya tidak sombong dan lupa diri kerana biasa hidup mewah di bandar.

Binaan Plot

1. Permulaan - Adam, Siti Hawa, Israk dan Mikraj telah pulang ke rumah Wah di Kampung Sayong. Israk anak teruna Adam, kelihatan kurang selesa dengan suasana di kampung kerana selama ini dia dibesarkan oleh datuknya di Perth Australia. 3. Klimaks - Keputusan air di kampung Sayong telah memaksa Israk ke sungai untuk mandi, setelah dicabar oleh adiknya Mikraj. Israk telah terjatuh ke dalam sungai dan telah diselamatkan oleh neneknya.

4. Peleraian - Israk keluar dari bilik dengan berpakaian baju Melayu telah mengejutkan keluarganya. Israk mulai mencedok nasi dan gulai malah mencari jering dan tempoyak yang merupakan makanan yang paling tidak disukainya.

2. Perkembangan - Mikraj, adik kepada Israk seorang remaja yang mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampong. Israk pula ego dengan statusnya sebagai orang bandar dan bakal bergelar ahli korporat. Perselisihan pendapat antara dua beradik ini semakin memuncak apabila kelakuan dan tingkah laku Israk semakin keterlaluan terhadap Wah. Israk tidak patut menyakiti hati Wah kerana Wahlah yang menjaganya sejak berumur sehari. Pertikaman lidah antara dua beradik itu berlarutan dan telah menyebabkan Wah masuk campur serta menasihati kedua-dua cucunya agar jangan bertekak pasal dirinya lagi.

Teknik Plot
3. Teknik Pemerian - Pagi nirmala. Camar menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan. Daundaun melambai-lambai setenang air Sungai Perak. Bot tambang sudah mula beroperasi.

1. Teknik Dialog - Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang menjadi ahli korporat nanti, rayu Mikraj.Tak perlu! Israk menghayun kata-kata

2. Teknik Imbas Kembali - Mikraj teringat akan peristiwa yang berlaku pada Wah semasa muda.Ketika Wah masih remaja (tidak seperti remaja pada masa kini), Lebai Saleh pernah bertakhta di hati Wah. Tetapi terpisah setelah Lebai Saleh mengaji di Mesir.Mikraj tersentak daripada lamunan yang melangit ketika Wah mengacannya.

Latar tempat 1. Kampung Sayung iaitu tempat tinggal Wah. 2. Sungai Perak iaitu sungai yang terletak di tepi rumah Wah.

Latar Masa 1. Pada waktu pagi - Israk jatuh di sungai ketika hendak mandi akibat ketiadaan air paip. 2. Kebanyakan peristiwa berlaku pada waktu siang.

Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang menghormati orang tua - Mikraj amat menghormati Wah 2. Masyarakat muda yang sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung - Israk tidak selesa tinggal di kampung dan makan makanan kampung. seperti petai dan jering.

Latar

1. Ketabahan - Wah amat tabah membesarkan anaknya tanpa kehadiran suami.

Nilai

2. Keprihatinan - Mikraj amat prihatin akan perasaan neneknya yang sentiasa terguris dengan perbuatan dan kata-kata abangnya yang seolah-olah mengejek dan memperlekehkan kehidupan miskin neneknya.

1. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita terutama dari segi percakapan dan perbuatan kita.

Pengajaran

3. Kita haruslah menjaga perlakuan dan kata-kata kita terhadap sesiapa sahaja agar orang di sekeliling kita tidak merasa tersinggung dan kurang senang kepada kita.

2. Kita mestilah mengetahui asal usul kita agar kehidupan kita selari dengan kehendak agama dan masyarakat.

Pemain Catur
(Zaharah Nawawi) SINOPSIS Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluar. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar. Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um. TEMA Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan. y Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan.

Persoalan

1. Persoalan sikap bangga yang menguasai diri -Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik. 2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan - Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anakanaknya yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu.

3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan sematamata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur.

(ii) Perkembangan - Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar mengulangi sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat. Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula berlawan catur. Perlawanan berlangsung dengan sengit untuk mencari kemenangan.

(i) Permulaan - Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan siapa yang lebih hebat.

Binaan Plot

(iii) Konflik - Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan keluarga.

(iv) Klimaks Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja catur.

(v) Peleraian - Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Um dan satu pihak lagi menyokong Uj.

Teknik Plot

1. Pemerian - Pengarang menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM dalam permaian catur.

3. Imbas Kembali Mengimbas kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal dalam permainan catur pada kurun ke 17.

2. Dialog - Perbualan di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga menceritakan akan kehebatan keluarga mereka.

Latar masa Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan Um

Latar
Latar tempat Rumah keluarga Uj Biliik air

Latar masyarakat Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj. Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um. Masyarakat yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit

Nilai

1. Nilai keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur.

3. Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um.

2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguhsungguh menelaah buku tentang permainan catur.

1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup

Pengajaran
2. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik.

3. Kita hendaklah saling menyayangi antara adikberadik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni

Mellisa
(Abdullah Hussain) SINOPSIS Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi. TEMA Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya. y Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.

Persoalan

1. Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara - Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.

3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara - Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.

2. Persoalan persengketaan antara kaum - Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara.

1. Permulaan - Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.

Binaan Plot

3. Klimaks - Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermainmainkan oleh Mei.

2. Perkembangan - Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya.

Teknik Plot
4. Dialog - Siapa? Mei! Ada telefon. Okey.Saya datang.

1. Imbas kembali - Mei, Mei! kata Hisyam.Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam.Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.

3.Monolog Dalaman Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.

2. Pemeriaan - Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.

Latar Masa 1. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar. 2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.

Latar

Latar Tempat 1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja 2. Rumah Mellisa - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa. 3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh.

Latar Masyarakat 1. Masyarakat muda yang amat cinta akan negara - Mellisa amat cinta akan negara lebihlebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu. 2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni - Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.

1.Kasih Sayang - Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanakkanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. 2.Kegigihan - Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.

3. Keberanian - Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa.

Nilai

1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah.

Pengajaran
3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan 2. Kita haruslah bersungguhsungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Biarkan Samudera
(Raihanah Salleh) SINOPSIS Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih. TEMA Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar. y Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.

1. Persoalan kemiskinan para nelayan - Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan.

2. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama - Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.

Persoalan
(i) Permulaan - Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah. (ii) Perkembangan - Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya. (iii) Konflik - Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya.

Binaan Plot

(v) Peleraian - Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa.

(iv) Klimaks - Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung.

Teknik Plot

1. Pemerian - Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki.

3. Suspens - Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai.

2. Dialog - Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh Amirah.

Latar Masa Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya. Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran.

Latar

Latar Tempat Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki. Di rumah Hakimah Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah. Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung. Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.

Latar Masyarakat Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung. Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan perasaan. Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan.

1. Kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.

Nilai

4. Rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan.

2. Keprihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.

3. Kesabaran Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.

2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian.

1. Kita hendaklah tolongmenolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan.

3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan.

Pengajaran

4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung.

5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita.

Gelanggang Tok Wali


(Ismail Kassan ) SINOPSIS Babak 1 - Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu. Babak 2 - Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali.

Babak 3 - Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Babak 4 - Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah. Babak 5 - Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali.

PEMIKIRAN DRAMA Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa. y Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang.

PERSOALAN 1. Persoalan sikap hormat menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu - Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat. 2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan - Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. 3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat - Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. 4. Persoalan perasaan dengki dan khianat - Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. 5. Persoalan dendam yang berpanjangan - Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan bekas tunangnya 6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat - Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah.

Binaan Plot
(i) Permulaan - Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.

(iv) Peleraian - Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tok Wali.

(iii) Klimaks - Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali. Tok Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.

(ii) Perkembangan - Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok Wali telah menampar anak saudara Tok Wali.

1. Teknik pemerian Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama.

Teknik Plot

2. Teknik dialog Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak. 3. Teknik imbas kembali -Tok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas .Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut.

4. Teknik suspens Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali.

WATAK DAN PERWATAKAN Tok Wali y y y y y y y y y y Ripin y y y y y Anak murid Tok Wali Berusia dalam lingkungan 30-an Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya. Dia seorang yang menghormati orang tua - Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali. Dia seorang yang taat suruhan gurunya - Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tok Wali Dia seorang pendendam - Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali. Watak utama Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus. Dia berumur dalam lingkungan 70-an. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. Dia seorang yang tegas dengan pendirian - Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam. Dia seorang yang berani - Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. Dia seorang yang pantas bertindak - Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas. Dia seorang yang taat akan perintah agama - Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. Dia seorang yang suka membantu orang lain - Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah.

Mak Umi y y y y y y Dia ialah isteri Tok Wali. Berusia dalam lingkungan 50-an. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda. Dia seorang yang bijak - Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali. Dia seorang yang penyabar - Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang membidas kata-katanya. Seorang yang prihatin - Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.

LATAR Latar masa y y y Pada waktu pagi - Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali. Pada waktu petang - Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri. Pada waktu malam - Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.

Latar tempat y y Di rumah Tok Wali - 2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya. Di gelanggang silat - Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat.

Latar masyarakat y y y y y y Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa - Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya. Masyarakat yang beradab - Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya. Masyarakat yang saling menghormati - Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan. Masyarakat yang hipokrit - Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu. Masyarakat yang tidak berakhlak - Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi. Masyarakat yang taat perintah agama - Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.

1.Ketegasan - Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.

Nilai

4.Keprihatinan - Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

2.Keberanian - Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

3.Bertangungjawab - Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya.

5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.

2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita.

4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.

3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni.

Forum Remaja 2020


(Sharif Shaary) SINOPSIS Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang yang datang ke bumi untuk menjayakan satu misi. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin . PEMIKIRAN DRAMA Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran dan Chong. PERSOALAN 1. 2. 3. 4. Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. 5. Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020.

BINAAN PLOT Permulaan - Plot dimulakan dengan perbincangan serius antara Salmah, Chandran dan Chong sehingga mereka tertidur. Perkembangan - Kedatangan dua makhluk Utopia ke bumi dengan membawa misi suci dan memilih Malaysia kerana Malaysia mempunyai potensi yang boleh dimajukan sebagai sebuah negara model dunia. Chong berhujah tentang Malaysia yang sudah mempunyai kualiti pembangunan dan bangsa Malaysia mempunyai etika kerja berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Salmah turut mengemukakan hujah bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang muhibah di samping bangunan pencakar langit yang setanding negara maju. Chandran mahukan penjelasan sebab mereka dipilih untuk berdialog. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka merupakan bakal pemimpin negara. Perdebatan sengit berlaku antara tiga sahabat dan dua makhluk Utopia. Hujah tentang keagamaan dan ketuhanan turut diperkatakan oleh Salmah. Agama sepatutnya diutamakan dan dipraktikkan dengan fikiran yang rasional dan niat yang ikhlas serta suci. Perkara yang membimbangkannya ialah keadaan anak muda sekarang yang longgar kepercayaan agamanya yang menjadi punca kemerosotan moral. Konflik - Pada peringkat ini konflik timbul apabila Chandran merasai bahawa mereka sedang bermimpi. Chong berpendapat kemungkinan makhluk itu menyamar. Bagi Salmah, mereka meragui tentang makhluk itu kerana pendapat-pendapat yang bersanggah. Klimaks - Salmah, Chandran dan Chong akhirnya bersetuju akan perkara-perkara yang dihujahkan oleh makhluk Utopia. Peleraian - Akhirnya, tiga sahabat ini menjelaskan bahawa mereka harus merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan perkara yang dihujahkan. Mereka mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda dan memperkemaskan disiplin supaya setiap yang dirancang akan lebih berkesan. Mereka harus memulakannya dari sekarang. TEKNIK PLOT Teknik dialog - Dialog antara watak Salmah, Chandran dan Chong, contohnya y y y Chandran:Ah, Makhluk Utopia yang berdebat dengan kita tadi tu! Chong: Entah, aku rasa macam mimpi saja. Salmah:Tapi, takkanlah ketiga-tiga kita bermimpi serentak?

Teknik suspens - Kedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka hendak lari.

WATAK DAN PERWATAKAN Watak Utama Salmah y y Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan.

Chandran y y Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda.

Chong y y Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa.

Watak Sampingan Makhluk Utopia I dan II y y Makhluk asing dari planet Utopia Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan.

LATAR Latar masa y waktu petang pada tahun 2020

Latar tempat y Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar

Latar masyarakat y y y Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.

1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara.

Nilai

2. Nilai cinta akan tanah air Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang.

3. Nilai baik hati Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi.

1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong.

4. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan

Pengajaran

2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan.

3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.

Cempaka Berdarah
(A.Rahim Abdullah) SINOPSIS Babak 1 - Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Babak 2 - Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. PEMIKIRAN DRAMA Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter. PERSOALAN y y y Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.

BINAAN PLOT Permulaan - Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Perkembangan - Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga. Konflik - Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter. Klimaks - Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. Peleraian - Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri. TEKNIK PLOT Teknik pemerian Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka - Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur. Teknik imbas kembali Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun - Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.

WATAK DAN PERWATAKAN Zaman y y y y y Watak utama Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. Dia seorang yang penyayang - Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar. Dia seorang yang berani - Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter.. Dia seorang yang bijak - Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya. Dia seorang yang keras hati - Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain.. Dia seorang yang tekun belajar - Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya.

y y y y

Mak Jah y y y y Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka Dia seorang yang penyayang - Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat. Dia seorang yang tegas - Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter. Dia seorang yang bertanggungjawab - Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.

Prof.Peter y y y y y y Seorang lelaki Inggeris Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan.. Dia seorang yang bijak - Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang. Dia seorang yang sombong - Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor. Seorang yang tegas - Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya. Seorang yang sanggup berkorban - Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia sematamata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun.

LATAR Latar masa y y y Pada sekitar tahun 60-an Pada waktu menjelang tengah hari - Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur. Pada waktu petan - Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter.

Latar tempat y y Di rumah Mak Jah - Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya. Di pinggir belukar dalam kampong - Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.

Latar masyarakat y Masyarakat yang mempertahankan hak - Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah. Masyarakat yang penyayang - Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya . Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita - Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan - Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman. Masyarakat yang prihatin - Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa meninggalkannya.

y y y

Nilai

1. Kasih sayang - Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.

3.Bertanggungjawab - Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar.

2.Keberanian - Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.

1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. 2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.

5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka.

Pengajaran

4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan.

3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita.

Pelayaran Yang Penuh Peristiwa


SINOPSIS Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin. Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa. Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung.

Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung. Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri. Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.

TEMA Kelebihan dan kehebatan anak raja y Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan mecmpakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak Terengganu, alat-alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya . Satu lagi kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak .

PERSOALAN y Persoalan cinta tidak mengenal rupa paras - Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot dan hitam. Persoalan perasaan dengki dan iri hati - Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung. Persoalan kewibawaan dan pengaruh yang kuat - Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda. Persoalan menipu untuk mencapai sesuatu tujuan - Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan mengatakan dialah yang menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Persoalan menghormati tetamu - Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu semasa naik ke balairung seri.

LATAR Latar Tempat y y Geliung panjang - Tuan Puteri Dayang Seri Jawa belayar menaiki geliung panjang dari Bandar Mengkalih menuju ke negeri Semarang di Tanah Jawa. Pulau Tapai - Tempat Geliung berlabuh di Pulau Tapai untuk mendapatkan kayu dan air. Pada mulanya geliung tidak boleh berlabuh kerana laut bergelora. Awang Sulung menggunakan kelebihannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih yang diikat dengan benang banyak warna. Akhirnya air laut menjadi tenang dan geliung dapat berlabuh. Pulau Salah Nama - Sekumpulan lanun menyerang geliung di Pulau Salah Nama. Anak-anak kapal lari menyelamatkan diri termasuk jurumudi. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta bantuan Awang Sulung menentang lanun. Negeri Pati Talak Terangganu - Awang Sulung menyabung ayamnya Kinantan Suci .

Latar Masa y y Tiga hari tiga malam semasa geliung berlabuh di Pulau Tapai. Waktu siang - ketika anak-anak kapal mencari kayu api dan air di pulau.

Latar Masyarakat y y y y y y Golongan bangsawan Awang Sulung, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Pinang Masak, Raja Negeri Pati Talak Terengganu. Golongan bawahan anak-anak kapal Masyarakat lanun yang melakukan rompakan di laut Golongan taat kepada perintah Si Kembang Cina dan Bujang Selamat taat akan perintah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dan Awang Sulung Merah Muda. Masyarakat penipu jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung dengan menunjukkan keris berdarah Masyarakat yang suka menyabung ayam - Awang Sulung Merah Muda menyabung ayam dan rakyat Negeri Pati Talak Terengganu

Rendah Diri - Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam yang comot Keyakinan - Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sanggup mengambil alih mengemudi kapal sewaktu jurumudi pengsan

Keinsafan - Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang Sulung.

Nilai
Bertimbang Rasa Awang Sulung membantu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mengemudi geliung. Berani - Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan puteri Dayang Seri Jawa

Kita hendaklah sentiasa merendah diri di manamana sahaja kita berada supaya kita akan dihormati.

Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan pertolongan.

Pengajaran

Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.

Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Merah Silu
SINOPSIS Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut. Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya.Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu yang ditahannya dipenuhi dengan cacing gelanggelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada suatu hari , Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangai oleh penduduk kampung kerana kerbaukerbau itu memakan tanaman mereka.Merah Silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar bersetuju membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan yang menontonnya. Megat Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun. Sultan Malikul- Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu.

TEMA Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup. y Merah Silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun.

PERSOALAN y Persoalan perselisihan antara adik-beradik - Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya. Persoalan perkara di luar logik akal - Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnyanya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Persoalan keberanian anak raja - Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul-Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun. Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat - Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah. Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat - Merah Silu suka menyabung ayam dan mengunakan wang pertaruhan .

y y

LATAR Latar Tempat Negeri Semerlanga y y Peperangan antara Raja Ahmad dengan Raja Muhammad menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau.

Beruana y y Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum. Cacing gelang-gelang yang memenuhi bubu Merah Silu yang ditahannya di hulu sungai telah direbus dan bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi kaya.

Rimba Jerun y y Peperangan antara Sultan Malikul-Nasar dengan Merah Silu. Merah Silu menjadi raja di sini setelah Sultan Malikul-Nasar ditewaskan oleh Megat Iskandar di Kumat.

Latar Masa y y y Bermula dari kelahiran Merah Silu hingga dilantik menjadi raja di Rimba Jerun. Waktu malam semasa Puteri Betong tidur dan Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya. Waktu siang - Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan.

Latar Masyarakat y y y Golongan bangsawan Merah Silu, Merah Hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar,Megat Kedah, Sultan Malikul-Nasar Masyarakat yang suka menyabung ayam - Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Golongan bawahan orang yang diupah untuk mengorek lubang besar (anderak) bagi menangkap kerbau liar Golongan askar golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan. Masyarakat yang suka membantu - Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ.

NILAI

1.Taat Setia rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa.

2.Murah Hati - Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam. 4. Nilai Berdikari Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah Hasum.

3.Keberanian Merah Silu berani berperang menentang Sultan MalikulNasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun.

Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya peperangan.

Kita janganlah menganiayai binatang

Pengajaran

Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu- gugat.

Kita hendaklah menghormati tetamu.

Hikayat Indera Nata


SINOPSIS Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar . Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas.Selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ.Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu segera.Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka ,perlulah mencari gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama semua harta dalam mahligai itu.Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang.Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati.Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri Cenderawati.

TEMA Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran y Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.

PERSOALAN Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja y y Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan. Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.

Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya y y Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik darpada mengembara. Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri y Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading emas segera. Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka. Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.

Persoalan tolong-menolong sesama manusia y y Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas di hutan. Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan raksasa.

LATAR Latar Tempat y y y y y Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar) - Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata Negeri Pattani - Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan. Sebuah bukit yang tinggi - Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan. Sebuah peti emas - Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik ke mahligai. Tepi Laut / Pantai - Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.

Latar Masa y y y y y Waktu pagi raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas. Waktu petang raksasa tidur. Waktu siang raksasa keluar mencari gajah bergading emas. Tujuh hari tujuh malam perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama tujuh puteri. Waktu tengah malam Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.

Latar Masyarakat y y y y Golongan bangsawan Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma Golongan bawahan rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang semuanya dimakan oleh raksasa Masyarakat taat kepada perintah Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga. Masyarakat raksasa sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit. Masyarakat haiwan gajah bergading emas, ular sakti dan naga

y y

Bijaksana Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk melepaskan diri.

Nilai

Nilai Kasih Sayang Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.

Nilai Keberanian Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.

Pengajaran

Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.

Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaikbaiknya

Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.

Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.

Hikayat Khoja Maimun


SINOPSIS Bab 1 - Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor burung Bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal ( wangi-wangian). Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah. Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela. Pada ketika itu dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat burung tiung. Namun, tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterusnya, dia meminta pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan bercerita kepadanya. Bab 2 - Cetera pertama berkisar tentang Kisah Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar berbuat demikian kerana mengesyaki bahawa Bayan telah membocorkan dia telah bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut mengganggap Bayan telah mati. Isteri saudagar menberitahu kepada suaminya bahawa bayan telah mati akibat dimakan kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar tersebut marah dan menghalau isterinya. Dia telah pergi ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali. Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyian lalu terbang ke kubur Tuan Syeikh untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat. Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima kembali.Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari telah siang. Pada hari yang lain Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemuai anak raja itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.

Bab 3 - Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan yang menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan Isteri Syah Alam sehingga menyebabkan rajanya murka.Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut perempuan itu, jika Taif inginkan daulat raja Tabristan bertambah dan umur baginda dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia sebenarnya hanya ingin menguji Taif.Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia dianugerahi sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam berikutnya, Bayan bercerita lagi. Bab 4 - Terdapat seorang suami yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala tindak tanduk isterinyanya dikawal. Isterinya telah bercerita tentang seorang suami yang terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang terhadapnya.Hal ini demikian kerana, dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau dengan lelaki lain.Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa dia setia, namun kesetiaannya masih diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu akan layu dan kain itu akan luntur.Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Kebijaksanaan isteri saudagar itu menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaan isteri saudagar dengan menghantar seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterusnya, tiga orang hamba dihantar untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi, namun turut mengalami kegagalan. Akhirnya raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya, Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada suaminya. Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri. TEMA Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada berlaku curang. PERSOALAN y y Persoalan kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan - Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, bayan berpura-pura tidur. Persoalan kecurangan seorang isteri - Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja.

LATAR Latar Masa y y Waktu malam - Bibi Zainab berhias dengan cantik untuk menemui kekasih hatinya. Waktu pagi - Bayan selesai bercerita pada waktu pagi .

Latar Tempat y y y y y Negeri Ajam - Khoja Maimun menetap di situ Pekan - Khoja Maimun dan Bibi Zainab membeli burung bayan dan tiung di pekan. Latar Jendela - tempat Bibi Zainab melihat anak raja Kubur Tuan Syeikh - Isteri saudagar berdoa di kubur dan bertemu semula dengan Bayan.

Latar Masyarakat y y y y Masyarakat yang mementingkan ajaran agama -Isteri saudagar menasihati raja agar bertaubat Masyarakat yang menurut hawa nafsu - Bibi Zainab tidak dapat menahan perasaan berahinya terhadap anak raja Masyarakat yang pemurah - Raja Tabristan menganugerahi Taif pelbagai hadiah. Masyarakat yang jujur memikul amanah yang diberikan - Taif begitu setia dan jujur kepada Raja Tabristan.

Nilai

Kasih Sayang - Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.

Taat - Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya. Prihatin - Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah buat keluarga

1. Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada kemungkaran

Pengajaran

4. Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak mendatangkan kemudaratan.

2. Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih sejahtera.

3. Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh kebahagian yang berkekalan.

Harga Remaja
(Rahman Shaari) MAKSUD Rangkap 1 - Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan. Rangkap 2 - Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu. Rangkap 3 - Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu. Rangkap 4 - Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna. TEMA Ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. y Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju.

PERSOALAN y Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh. Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja - Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

BENTUK y y y y NADA y Sinis Terdiri daripada empat rangkap Bilangan barisnya tidak sama - Rangkap pertama, kedua dan ketiga terdiri daripada enam baris, manakala rangkap keempat terdiri daripada dua baris. Mengandungi antara satu hingga empat patah kata sebaris. Rima akhirnya bebas abaccd,abcdcd, abcdce dan aa.

Nilai

1. Keberanian - Remaja perlu berani untuk menegakkan kebenaran.

2.Kegigihan - Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.

3. Kebijaksanaan - Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

1. Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkaraperkara yang bermanfaat.

4. Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.

Pengajaran

2. Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.

3. Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.

Di Perpustakaan
(Shafie Abu Bakar) MAKSUD Rangkap 1 - Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah. Rangkap 2 - Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia. Rangkap 3 - Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya. TEMA y Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi kunjungan pencinta ilmu.

PERSOALAN y y y Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan. Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya. Persoalan cinta akan ilmu pengetahun.

BENTUK y y y y y NADA y Sinis Terdiri daripada tiga rangkap Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada sepuluh baris, rangkap kedua ada lima belas baris dan rangkap ketiga terdiri daripada enam baris. Mengandungi antara dua hingga lima patah kata sebaris. Rima akhirnya bebas abccdddddd, abacdbbefegehcc,, abbaba. Sajak ini berbentuk bebas.

1.Kerajinan - rajin menuntut ilmu.

Nilai
3.Bertanggungjawab berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan. 2. Ketekunan - tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.

1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.

Pengajaran

2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.

4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan. 3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.

Mengintai Ruang Insaf


(Shukri Abdullah) MAKSUD Rangkap 1 - Penyajak berasakan bahawa semakin banyak dosa yang dilakukannya telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah s.w.t. Rangkap 2 - Penyajak merupakan insan biasa yang seringkali melakukan kesilapan dalam hidup sehinggakan sukar untuk dirinya mendapat cahaya kebenaran dari Ilahi. Rangkap 3 - Penyajak tidak yakin sekiranya ruang keinsafan akan wujud dalam dirinya. Rangkap 4 - Penyajak berharap agar pintu taubat masih terbuka dan dirinya terhindar dari api neraka. TEMA y Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat.

PERSOALAN y y y Persoalan fitrah manusia yang sering melakukan kesilapan dalam hidup.. Persoalan keinsafan yang wujud dalam diri manusia apabila menyedari kesilapan masa lalu. Persoalan keinginan untuk kembali mendapat keampunan dan rahmat Allah.

BENTUK y y Terdiri daripada empat rangkap Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama ada empat baris, rangkap kedua ada enam baris, rangkap ketiga terdiri daripada lima baris manakala rangkap keempat terdiri daripada tiga baris. Mengandungi antara satu hingga enam patah kata sebaris. Rima akhirnya bebas abab,abcdbe,aabcd dan abb. Sajak ini berbentuk bebas.

y y y NADA y

Melankolik.

Nilai

1.Keinsafan - timbulnya perasaan insaf yang mendalam untuk bertaubat akibat kesalahan masa lampaunya.

3.Kesedaran - penyajak sedar dirinya telah melakukan banyak kesalahan.

2.Rasional - penyajak mengakui segala kesilapan yang pernah dilakukannya.

1. Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.

Pengajaran

4. Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan. 2. Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.

3. Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mngejar ilmu.

Mahsuri
(Zurinah Hassan) MAKSUD Rangkap 1 - Dalam rangkap ini, pengarang menggambarkan bagaimana citra Mahsuri wujud di mana-mana di setiap tempat diLangkawi. Hampir semua tempat yang adadi sini dihubungkaitkan atau mempunyai bayangan Mahsuri seperti dipantai,pulau,laut,telaga, dan tanjung sehinggakan Langkawi dikenali pada hari ini. Rangkap 2 - Melalui rangkap ini pula pengajak mengupas tentang dua perkara. Pertama, tentang legenda Mahsuri yang kononnya semata-mata. Mahsuri tidak wujud. Kedua, memanglah Mahsuri pernah benar-benar wujud, akan tetapi telah ditokok tambah sehingga dia menjadi legenda. Orang yang menokok tambah itu ialah pengarang yang berkecimpung dalam bidang sastera. Mereka inilah sebenarnya yang mencipta imej Mahsuri serupa itu dan dengan adanya legenda Mahsuri,Langkawi mendapat identitinya sebagai mana yang ada pada hari ini. Rangkap 3 - Penyajak menyimpulkan bahawa legenda Mahsuri yang menjadikan Langkawi ternama,manakal peranan sastera pula memperkasakan tanah air kita. TEMA y Sejarah dan sastera begitu bernilai dan mampu menjana ekonomi Negara.

PERSOALAN y Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya.Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih. Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlakuke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan. Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai.

y y

BENTUK y y y y Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama adaenam belas baris manakala rangkap kedua adasebelas baris. Mengandungi antara satu hingga enam patah katasebaris. Rima akhirnya bebas iaitu abbaccdedfaaaaba dan abbaccdeeed Sajak ini berbentuk bebas.

Kesetiaan - Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.

Kreativiti - Penulis yang kreatif mampu mengolah bahan sejarah menjadi hasil sastera yang indah.

Nilai
Patriotisme - Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya.

Pengajaran

Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara.

Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.

Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa.

Adat Sezaman
(Wan Nazihah Wan Abdullah) MAKSUD Rangkap 1 Perbezaan zaman sekarang dengan zaman dahulu amat ketara, terutama dari segi adat. Rangkap 2 Adat dipandang tinggi dan menjadi pegangan hidup generasi dahulu.Mereka amat gembira apabila anak gadis dan anak teruna menjalinkan hubungan mengikut adat dan mengamalkan nilai-nilai murni. Rangkap 3 tetapi, kini golongan tua berdukacita dan kecewa kerana kesantunan anak gadis dan kewarakan anak teruna telah lenyap. Rangkap 4 Keruntuhan moral dalam kalangan muda-mudi masa kini semakin berleluasa sehingga mereka hilang rasa malu dan tidak mempedulikan batasan pergaulan. Rangkap 5 Hal ini demikian kerana mereka telah meninggalkan adat dan ajaran agama , sebaliknya mengamalkan budaya kuning dari barat. TEMA y Kelunturan adat warisan dan budaya akibat perubahan zaman

PERSOALAN y y y adat / tradisi kaum jangan dilupakan kerana memiliki banyak kelebihan / keindahan dan faedah kepada masyarakat itu sendiri. pergaulan bebas golongan muda masa kini seakan dilakukan tanpa batasan kemodenan yang dikejar menyebabkan tradisi / adat menjadi semakin luntur

Nilai

menghormati orang tua adalah penting memelihara pengormatan terhadap orang tua yang dianggap lebih berpengetahuan / berpengalaman / tahu baik buruk

kesedaran betapa pentingnya memelihara adat / tradisi terutama dalam soal hubungan pemuda dan pemudi

teguh pendirian / jati diri tradisi dan adat menjadi benteng ampuh untuk mengelak diri daripada terjebak ke lembah maksiat

Kita hendaklah menjaga peradapan masyarakat timur

Pengajaran

Kita jangan terpengaruh dengan budaya kuning

Kita perlu menghargai maruah diri

Kita tidak seharusnya menyakiti hati orang tua

Tiba Waktunya
(Ghazali Lateh) MAKSUD Rangkap 1 - Arus globalisasi telah berlaku dengan pantas meliputi pelbagai bidang. Oleh itu, manusia perlu merebut peluang yang ada selari dengan perubahan zaman. Rangkap 2 - Wanita tidak perlu memikirkan perkara-perkara yang bakal menimbulkan kekeliruan untuk membuat pilihan kerana akan merugikan masa. Perkara yang lebih penting ialah wanita perlu merebut peluang yang ada dalam usaha memajukan diri dan keluarga. Rangkap 3 - Penyajak menyarankan agar wanita zaman siber berani meluahkan idea ke tengah arena negara. Penglibatan wanita dalam pelbagai bidang mampu memacu negara mencapai wawasan. Rangkap 4 - Mereka perlu keluar daripada kongkongan kedaifan dan meleraikan semua yang mengelirukan. Mereka juga perlu berani, berkeyakinan tinggi, tabah di samping menjaga budi pekerti serta hebat semua bidang. Rangkap 5 - Penyajak mengajak wanita supaya mengangkat martabat mereka dengan kekuatan akal dan tenaga fizikal. Dengan berbekalkan keimanan dan kecekalan, penyajak menyarankan wanita menggerakkan keupayaan maksimum. Rangkap 6 - Sekaranglah masanya untuk wanita berada di puncak pentas dunia. TEMA y Usaha mengangkat martabat wanita.

PERSOALAN y y y Persoalan persaingan manusia dalam mengejar kemajuan pada zaman moden. Persoalan keyakinan diri dalam usaha mendapat kesenangan dalam hidup. Persoalan peranan wanita dalam masyarakat.

BENTUK y y Terdiri daripada enam rangkap. Bilangan barisnya tidak sama. Rangkap pertama mengandungi lima baris, rangkap kedua mengandungi tujuh baris, rangkap ketiga mengandungi empat baris, rangkap keempat mengandungi enam baris,rangkap kelima mengandungi lima baris dan rangkap terakhir mengandungi dua baris.

Keberanian - Wanita kini perlu berani mengemukakan idea dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk pembangunan negara.

Berpandangan jauh - Setiap individu perlu berpandangan jauh untuk mencapai matlamat hidup

Nilai
Keyakinan diri - Wanita kini perlu memiliki keyakinan diri dalam menempuh arus perdana dalam hidup.

Kecekalan Kecekalan penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.

Pengajaran

1. Wanita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam zaman moden ini demi kejayaan diri sendiri.

4. Wanita hendaklah berusaha mengangkat martabat mereka dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal. 3. Wanita mestilah menjaga iman dan adab sopan agar terpelihara daripada godaan dunia.

2. Kita mestilah cekal dalam meniti kehidupan demi kesejahteraan hidup.

Pantun Empat Kerat


(budi)
MAKSUD Rangkap 1 - Seeorang yang tidak diingati, biasanya tidak akan disebut-sebut oleh orang lain walaupun telah menabur bakti. Rangkap 2 - Menjadi kebiasaan hidup manusia, orang yang telah meninggal dunia sentiasa disebut-sebut orang/dikenang orang Rangkap 3 - Sedikit kebaikan yang dibuat, akan tetap diingati sampai bila-bila. Rangkap 4 - Kebaikan yang diberi ,diterima dengan hati terbuka dan dianggap sesuatu yang tidak dapat dibalas sampai bila-bila. TEMA Kepentingan hidup berbudi dalam masyarakat y Budi dan jasa memainkan peranan penting dalam kehidupan biasa manusia. Biasanya orang yang berbudi akan sentiasa dikenang dan disebut-sebut oleh orang lain sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.

PERSOALAN y y y NILAI y y y Berbudi bahasa berbudi walaupun kecil Mengenang budi orang berjasa sentiasa dihargai Kasih sayang - orang yang berbudi sentiasa disayangi Hanya orang yang dingati sahaja yang sentiasa disebut-sebut dan menjadi ingatan Manusia yang berbudi dan berjasa menjadi sebutan masyarakat sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia Manusia yang berjasa walaupun kecil sumbangannya tetap akan dikenang orang

PENGAJARAN y y y y Kita hendaklah menabur budi dengan ikhlas agar diingati masyarakat Kita hendaklah berbuat jasa walaupun kecil Kita mesti menghargai jasa dan budi yang dicurahkan oleh orang lain terhadap kita Jangan melupakan jasa orang lain terhadap kita.

Pantun Empat Kerat


(Jenaka dan Sindiran) MAKSUD Rangkap 1 - Tiada gunanya memiliki seorang isteri yang cantik sahaja jika tidak pandai melakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga. Rangkap 2 - Ilmu pengetahuan penting kepada semua manusia. Rangkap 3 - Jenaka menggambarkan kehairanan apabila melihatkan kebodohan seseorang atau melihat sesuatu yang menghairankan. Rangkap 4 - Jenaka yang menggambarkan rasa bimbang apabila melihat seseorang yang melakukan sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukannya. Rangkap 5 - Jenaka yang menggambarkan rasa kehairanan seseorang apabila melihat seseorang mampu melakukan sesuatu di luar dugaan. TEMA y Pantun ini bertemakan jenaka dan sindiran kepada isteri yang tidak pandai menguruskan rumah tangga, kepentingan ilmu dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan.

PERSOALAN y y y Perlunya seseorang isteri bijak menguruskan rumah tangga dengan sempurna. Kebodohan seseorang sehingga dia mungkin menjadi mangsa kepada orang lain. Keupayaan seseorang tidak harus dilihat daripada sifat semula jadinya.

BENTUK PANTUN y y y y Mengandungi 5 rangkap/ bait. Setiap rangkap mengandungi 4 baris. Setiap baris mengandungi di antara 3 hingga 5 perkataan. Setiap baris mengandungi di antara 9 hingga 11 suku kata.

BAHASA PANTUN y y y y NILAI y y y Bijaksana - Seseorang isteri harus bijak menguruskan rumah tangga. Mengutamakan ilmu - Ilmu penting kepada semua manusia. Rasional - Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri. Rima akhir abab. Asonansi - Duduk termenung harimau tua (pengulangan vocal u sebanyak 5 kali) Aliterasi - Hinggap menghisap bunga layu (pengulangan konsonan g sebanyak 4 kali) Singkop - Penggunaan perkataan tak.

PENGAJARAN y y y y Seseorang isteri mestilah bijak menguruskan rumah tangganya. Kita mestilah sentiasa mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak memudaratkan diri kita. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat sifat luarannya sahaja

Syair Definisi Orang Berakal


MAKSUD Rangkap 1 - Orang berakal atau cerdik dianggap lebih mulia oleh masyarakat dan menyamai orang alim. Mereka yang menjadi pengikut akan turut dipandang mulia dan dapat kebahagiaan hidup Rangkap 2 - Orang berakal akan mencari keadilan dan membela mereka yang teraniaya. Rangkap 3 - Orang berakal berpandangan jauh. Mereka teliti dalam memilih kawan dan setia kepada sahabat-sahabat mereka. Orang berakal tidak akan berkawan dengan orang jahat. Rangkap 4 - Orang berakal sentiasa mengikut undang-undang dan hukum-hakam agama. Mereka tidak tamak kerana mereka tahu matalamat akhir mereka ialah kehidupan kekal di akhirat. Rangkap 5 - Orang berakal tidak akan menjadi sombong walaupun mereka dikasihi oleh orang atasan / orang besar. Mereka boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja dan tidak bersikap mengada-ada. Rangkap 6 - Orang berakal akan sentiasa beringat-ingat sewaktu mereka dikasihi orang atasan. Mereka tidak akan membuang saudara-mara dan sahabat handai mereka. Rangkap 7 - Orang berakal tidak akan bosan mengejar ilmu. Mereka tidak akan berhenti belajar kerana ilmu tidak ada hujung atau penamatnya. TEMA y Keperibadian atau Ciri-ciri orang yang bijaksana.

PERSOALAN y y y y y y Orang yang mengikut sifat orang bijaksana akan hidup sejahtera. Membiarkan keburukan berlaku di depan mata akan menyebabkan keruntuhan akhlak. Perlu bertindak bijak apabila berhadapan dengan orang yang jahat supaya tidak mendapat malu. Menjauhi sifat tamak yang buruk. Tidak meninggi diri dalam urusan pekerjaan. Berhemah tinggi dalam pergaulan akan disukai orang.

NILAI y y y y y Kerajinan - menuntut ilmu dan meneliti hal kehidupan tanpa jemu. Bijaksana - bijak dalam menangani permasalahan seperti ketika berhadapan orang yang jahat. Kesederhanaan - tidak sombong dan meninggi diri. Ketabahan - melawan sifat tamak. Baik hati - berbudi bahasa dalam pergaulan.

PENGAJARAN y y y y y y y Kita mestilah rajin membaca buku dan mengkaji sesuatu agar menjadi orang yang berilmu. Kita hendaklah bijak bertindak apabila menghadapi masalah. Kita harus yakin untuk melakukan sesuatu yang baik. Kita wajar tabah menghadapi godaan syaitan dan keadaan supaya melakukan hal yang buruk. Kita patut bersikap sederhana dan tidak meninggi diri. Kita mestilah berbuat baik dengan semua orang. Kita wajib taat akan perintah Tuhan.

Syair Siti Sianah


MAKSUD Rangkap 1 - Wanita yang gemar mencukur bulu roma di muka, menbentuk kening seperti taji ayam dan keterlaluan berhias diri dianggap janggal dalam masyarakat. Rangkap 2 - Ketawa mengilai-ngilai , Suka mempamerkan diri di hadapan lelaki , Mogamoga kaum lelaki tertarik akan dirinya Rangkap 3 - Sesetengah kaum wanita amat suka bersolek dan berpakaian cantik.Asyik menelek muka dan bergaya di nhadapan cermin kerana terlalu taksub dengan penampilan diri. Rangkap 4 - Walaupun sesetengah kaum wanita tidak memiliki wajah yang cantik tetapi masih tetap berhias diri secara keterlaluan Rangkap 5 - Ada kaum wanita yang memakai rambut palsu untuk menutup kekurangan diri yang berambut sedikit ditegur oleh penyair Rangkap 6 - Sesetengah kaum wanita dianggap menipu tentang ketrampilan diri kerana mengenakan mekap yang tebal Rangkap 7 - Ada kaum wanita yang dikategorikan sebagai orang yang suka dipuji.Mulalah menghias diri berlebih-lebihan , Berperangai suka memandang-mandang orang lelaki , Suka berfoya-foya dengan laki-laki jahat/tidak bermoral Rangkap 8 - Perempuan yang meliuk lengguk di hadapan lelaki sebenarnya bertujuan menggoda laki-laki Rangkap 9 - Kita diingatkan agar sentiasa berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah dari segala perbuatan yang keji. Agar kita tidak menjadi sampah masyarakat. Rangkap 10 - Ada perempuan yang suka berjudi sehingga habis segala harta yang ada.Segala barang kemas habis digadaikan kerana terlalu gemar berjudi dan tabiat buruk ini tidak dapat dikikis lagi. Rangkap 11 - Perempuan dan lelaki yang tidak menjaga kelakuan banyak terjebak dalam perbuatan yang dilarang agama.Segala amalan sembahyang tidak dilaksanakan kerana telah terjebak dengan hasutan syaitan.

TEMA y y Nasihat kepada kaum wanita agar menjaga maruah diri, agama dan bangsa Nasihat kepada kaum wanita agar tidak melanggar norma kehidupan dan budaya bangsa.

PERSOALAN y y y y NILAI y Ketaatan - Taat dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diri terpelihara dari perbuatan keji. Kaum wanita yang tidak tahu menjaga maruah diri. Kaum wanita yang terlalu bebas pergaulan Perlanggaran terhadap larangan tuhan/ tidak mengambil berat tuntutan agama Keperluan doa dalam hidup manusia agar tidak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral

PENGAJARAN y y y y y y Wanita perlu menjaga aurat dan fizikal agar terlindung dari kejahatan lelaki Jangan berlebih-lebihan menghias diri Hendaklah patuh akan ajaran agama Hendaklah menerima keadaan semula jadi fizikal diri. Jangan suka dipuji-puji kerana akhirnya memberi kemudaratan Hendaklah menjaga maruah diri demi nama baik keluarga

Gurindam 12 Fasal yang Keenam


MAKSUD Rangkap 1 - Saranan agar mencari rakan yang baik dan boleh memberikan manfaat kepada kita. Rangkap 2 - Saranan agar mencari guru yang mahir tentang muslihat musuh. Rangkap 3 - Saranan agar memilih isteri yang taat setia akan suami. Rangkap 4 - Saranan agar memilih kawan yang tahu erti setia kawan. TEMA y Nasihat untuk memilih sahabat, guru, isteri yang sebaiknya.

PERSOALAN y y y Kepentingan mencari kawan yang baik dan setia. Guru yang bijak dapat mengajar muridnya menilai perkara yang baik dan buruk. Seorang isteri yang baik selalunya taat kepada suami.

PENGAJARAN y y y Kita haruslah bijak mencari kawan yang sanggup berkongsi ketika susah dan senang. Kita perlulah mencari guru yng dapat membimbing kita menilai perkara yang baik dan yang buruk. Kita hendaklah mencari isteri yang patuh dan taat kepada suami.

Seloka Emak Si Randang


MAKSUD y Emak Si Randang yang baik hati sanggup menanakkan nasi kepada orang dagang yang lalu di depan rumahnya. Kerana ketiadaan kayu api, dia telah merobohkan rumahnya untuk mendapatkan kayu api. Disebabkan nasi telah dijamu kepada orang lain, anak sendiri yang kelaparan. Hal ini diibaratkan seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Apabila dagang itu pergi, dia kerugian ditambah pula kerana beras habis dan tanaman padi juga tidak menjadi.

TEMA y Sikap manusia yang sering menghargai orang lain berbanding keluarga sendiri , Berbudi tidak kena pada tempatnya.

PERSOALAN y y y y NILAI y Menghormati tetamu - Emak Si Randang amat menghormati tetamu dengan memberi layanan yang sangati istimewa Berbudi dan berjasa mengikut kemampuan diri. Sikap terlalu mengagung-agungkan orang lain selain dari keluarga sendiri Sikap manusia yang kurang beringat tentang kemampuan diri Sikap manusia yang suka menunjuk-nunjuk akhirnya membawa kesusahan kepada diri sendiri

PENGAJARAN y y y y y Apabila berbudi hendaklah berpatutan dan sesuai dengan kemampuan diri Jangan terlalu mengagung-agungkan orang asing kerana belum tentu mereka membawa kebaikan kepada kita Hendaklah mengutamakan kebajikan anak dan keluarga berbanding orang luar dari keluarga kita Hendaklah membuat perancangan yang teliti agar tidak diperalatkan oleh orang yang tidak dikenali. Hendaklah berhati-hati agar tidak ditimpa kesusahan kemudian hari.

Anda mungkin juga menyukai