Anda di halaman 1dari 5

Tajuk: Membina Kemahiran Lisan Mengikut Kamus Dewan lisan membawa maksud sesuatu yang diucapkan.

Kemahiran bahasa dalam pembelajaran Bahasa Melayu sekolah Rendah, kemahiran lisan juga disebut sebagai kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respon. Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomukasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaa tatabahasa yang betul. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudayaan dan tatasusila untuk menjamin ksejahteraan hubungan. Membina Kemahiran Lisan haruslah perpandukan kepada hasil Pembelajaran bagi kemahiran Mendengar dan Bertutur iaitu berbual, bercerita, menyampaikan maklumat dan berbincang. Kemahiran 1.0 merupakan kemahiran lisan iaitu berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal. Kemahiran ini termasuklah kemahiran berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutn, intonasi, dan nada yang sesuai. Contoh keadah pembelajaran yang boleh digunakan ialah keadah main peranan. Beberapa orang murid berperanan sebagai bapa, emak, datuk, nenek, kakak, abang dan adik. Mereka berbual-bual tentang cara untuk mewujudkan keluarga bahagia dengsn menggunakan kata panggilan dan ganti nama diri yang sesuai.

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Kemahiran ini membolehkan murid bersoaljawab tentang sesuatu tajuk yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Keadah sumbang saran sesuai digunakan dalam pembelajaran tentang kriteria ketua kelas melalui teknik lakonan. 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. Murid perlu menyampaikan arahan serta pesanan dengan intonasi yang betul dan sopan. Kemahiran mendengar, menerima dan melaksanakan arahan serta pesanan perlu dikuasau oleh murid dengan betul, cepat dan tersusun. Teknik lakonan dalam situasi Hari Kantin boleh membina kemahiran lisan dalam pembelajaran. Secara berkumpulan murid diminta menyampaikan pesanan guru kepada anggota kumpulan yang lain. Secara tidak langsung murid dapat mendengar, menerima dan menyampaikan pesanan dengan bahasa, gaya dan intonasi yang baik. 1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan menyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan. Kemahiran ini membolehkan murid mengajukan hasrat dan permintaan dengan ungkapan yang sesuai. Secara berpasangan murid melakonkan watak ibu dan anak. Si anak diminta melakonkan cara menyatakan hasrat untuk ke sesuatu tempat yang menarik kepada ibu dengan memberikan alasan yang sesuai. Secara bertatasusila murid boleh memohon agar permintaannya dipertimbangkan. 1.5 memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat. Kemahiran ini membantu murid menyatakan maklumat sesuatu tajuk dengan menggunakan teknik penyoalan. Secara berkumpulan, murid diminta berbincang tentang maklumat yang tersurat dan tersirat berdasarkan tajuk. Bagi membina kemahiran lisan murid menyatakan hasil perbincangan dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan perkhidmatan. Kemahiran ini memberikan keupayaan murid berurusan dengan masyarakat secara bertatasulia bagi mendapatkan penjelasan daripada sesuatu agensi perkhidmatan. Selain itu ia juga bagi membolehkan murid berbincang untuk

mendapatkan persetujun semasa berurusan. Di samping itu murid dapat memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk menyakinkan sesuatu pihak semasa berurusan. 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, atau difahami. Kemahiran ini dapat menimbulkan keberanian murid untuk bercerita dan melaporkan sesuatu perkara dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Sebagai contoh, murid bercerita tentang tempat yang menarik yang pernah mereka lawati. Berdasarkan gambar murid memilih tempat yang ingin dilawati dan menjelaskan sebab mereka memilih tempat tersebut. Hasil lawatan tersebut murid melaporkan dengan bahasa yang sesuai dan tepat. 3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan juga salah satu cara untuk membina kemahiran lisan. Menyampaikan maklumat bermaksud murid boleh menghuraikan dan menyampaikan maklumat pihak lain dengan menggunakan bahasa yang betul, menarik dan berkesan. Contohnya murid dapat mengadakan simulasi bagi mempengerusikan mesyuarat persatuan 4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila. Berbincang bermaksud mengemukakan idea dan hujah yang sesuai dengan konteks secara bertatasusila. Contohnya murid berbincang dalam kumpulan untuk menolak atau menyokong sesuatu pendapat bagi mematahkan hujah lawan dengan alasan yang relevan dan nada yang sesuai.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (IPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH BAHASA MELAYU BMM3101

NAMA: ZAINON BINTI RUSLAN TAJUK: MEMBINA KEMAHIRAN LISAN

Anda mungkin juga menyukai