Anda di halaman 1dari 15

Peperiksaan penting seperti SPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata.

Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya.

Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda
bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........ "AKU BOLEH BERJAYA". Melangkah dengan fikiran yang positif.

TIP 1
1. PERSEDIAAN FIZIKAL KESIHATAN Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut: Tidur yang cukup. Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang. Jaga pemakanan. Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka. Riadah. Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang

bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

KESELAMATAN Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah. 2.PERSEDIAAN MENTAL Pelbagai Gambaran Negatif Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah: a) Menyerah kalah sebelum berjuang Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca. b) Merasa belum bersedia Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran. c) Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar

diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masingmasing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak. c) Berfikiran Positif Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisasisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya. Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda. Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti: "Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung". "Something is better than nothing" Lakukan "Latihan Minda" setiap hari. "If you can't see it, you can't have it". Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya. Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah. 1.Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda. 2.Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3.Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali. 4.Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali. 5.Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi. 6.Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali. 7.Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha. Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda. 3) PERSEDIAAN EMOSI Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan: Pertengkaran dengan rakan-rakan; Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah; Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan; Bersikap terlalu yakin - "overconfident"; Berprasangka buruk terhadap orang lain; Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi

tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari. Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda. Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda. 4) PERSEDIAAN ROHANI Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini. Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah: 1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan. 2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda. 3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati". 4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

TIP 2
TIPS BILA HAMPIR PEPERIKSAAN
Artikel ini adalah mengenai tips tips yang harus kita amalkan apabila hampir peperiksaan. 1.Baiki hubungan dengan Allah -Tunaikan solat dhuha -Jaga solat -Memohon ampun daripada Allah ( istighfar ) -Jangan lupa beribadah kepada Allah -Peliharalah solat fardhu lima waktu -Memperbanyakkan doa 2.Agar doa makbul -Hindarkan perut dimasuki barang haram -Harus khusyuk dan serius untuk beribadah -Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan contoh: * Satu pertiga malam yang akhir * Hari jumaat dan malamnya * Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar * Hari a\'rofat * Khatam quran * Setelah mendengar azan * Di antara dua khutbah jumaat -Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih

Untuk berjaya & gembira


Hidup hanya sementara.Pergunakan waktu yang singkat ini untuk menjadi orang yang berjaya,dan dalam masa yang sama,menikmati kehidupan ini sebagai suatu pengembaraan paling menyeronokkan.Bagaimana?Di bawah ada Sembilan tip untuk anda ikuti bagi mencapai matlamat itu Jadilah orang yang kuat dan teguh hingga tiada satu pun yang mampu mengganggu kedamaian jiwa serta minda anda. Bercakaplah tentang kesihatan,kegembiraan dan kemakmuran dengan setiap orang yang anda temui. Membuat sesiapa sahaja baik kawan,jiran mahupun kenalan baru merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka.

Hanya memikirkan yang terbaik,kerja untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan cuma mengidamkan yang terbaik. Menjadi orang yang begitu seronok dan ghairah dengan kejayaan orang lain seolaholah kejayaan itu adalah kejayaan anda juga. Melupakan kesilapan lalu dan menjadikannya azimat untuk mencapai kejayaan gemilang pada masa hadapan. Sentiasa ceria dan melemparkan senyuman apabila bertemu dengan sesiapa sahaja. Peruntukkan sebanyak masa untuk membetulkan dan meningkatkan potensi diri hingga anda tidak punya masa untuk mengkritik orang lain.

STRES: LUAHKAN PERASAAN ANDA


BENARLAH kata-kata hikmah yang meletakkan kewarasan sebagai rahmat paling agung. Apabila pertimbangan telah hilang dan manusia menjadi gelap mata walau seketika cuma, matilah zuriat di tangan orang tua sendiri. Begitulah sebaliknya, anak-anak menjadi kering hatinya tatkala menyembelih ibu bapa mereka. Kes-kes tekanan mental yang luar biasa dan semakin berleluasa ini pada awalnya bertitik tolak dari stres ringan tetapi tidak diberikan perhatian sewajarnya. Padahal, skil pengurusan stres boleh dipelajari dan langkah pertama hanyalah dengan membuka mulut untuk bercakap. Mungkin, rakyat Malaysia perlu dilatih secara lebih serius untuk meluahkan perasaan mereka dan bersikap terbuka mengenainya. Tiada apa yang hendak dimalukan. Jangan sampai kita akhirnya terpaksa menerima nasib yang sama kerana tekanan mental yang bertitik tolak dari stres boleh terjadi kepada sesiapa jua. Wartawan SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN dan TAJAIYAH IHSAN cuba menyelami permasalahan ini. DALAM kehidupan serba moden yang penuh mencabar ini, tekanan perasaan atau stres sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Pendek kata, stres adalah hidup dan hidup adalah stres. Mungkin, kebanyakan daripada kita melihat stres dari perspektif negatifnya sahaja seperti gejala sosial, kecenderungan untuk melakukan keganasan dalam menyelesaikan masalah serta meningkatkan risiko penyakit mental. Sesetengah stres juga adalah baik sebenarnya apatah lagi dalam tuntutan seharian kita dalam mengejar masa dan tarikh akhir. Stres memberikan kita tenaga dan motivasi untuk mengendalikan proses itu. Tanpa stres, seseorang pekerja atau pelajar itu mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan atau projeknya pada masa yang telah ditetapkan. Perasaan stres terbit daripada naluri semula jadi tubuh untuk mempertahankan diri

daripada sebarang perubahan atau pengubahsuaian persekitaran mahupun, tekanan fizikal dan emosi yang dalam situasi ekstremnya boleh mendatangkan bahaya. Ia meletakkan diri kita dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan oleh itu, membolehkan kita bertindak balas terhadap sebarang situasi meruncing yang bakal tercetus terutamanya dalam kes-kes kecemasan. Misalnya, ketika anda berada di dalam kenderaan yang sedang memecut laju tanpa haluan, tubuh badan anda bersedia untuk terjun keluar daripada kereta berkenaan. Sekiranya ia normal, kenapa saya sedih? Walaupun stres itu baik, namun, jika keterlaluan ia boleh mendatangkan kesan sebaliknya. Ia boleh mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit kepala, perut meragam, tekanan darah tinggi, malah penyakit jantung dan strok. Stres kronik yang berlanjutan tanpa diberikan perhatian dan rawatan sewajarnya membuatkan kita berasa seperti terperangkap dan tidak mampu untuk mengendalikannya. Apabila ini berlaku, ia seumpama tubuh badan anda telah bersiap sedia untuk terjun keluar daripada kenderaan yang bergerak laju tadi tetapi masih terpacak kaku. Badan anda berkerja lebih masa dan tiada ruang untuk menempatkan kesemua tenaga berlebihan yang ada. Ini seterusnya membuatkan diri anda berasa takut, bimbang, resah gelisah dan berdebar-debar. Apakah perubahan-perubahan yang boleh menekan saya? Situasi yang mencetuskan stres keadaan di mana kita mengalami permintaan yang melebihi keupayaan untuk mengendalikannya adalah unik bagi setiap orang. Apa yang menekan A mungkin tidak menjadi hal kepada B. Gen, personaliti dan pengalaman hidup semuanya mempengaruhi tindak balas stres tubuh anda. Misalnya, seseorang itu mungkin mengalami stres setelah ditegur oleh ketua jabatannya manakala bagi individu yang lain pula tidak berasa apa-apa. Apa jua perubahan boleh mencetuskan tekanan, sekalipun perubahan yang baik-baik sifatnya. Kehilangan akibat kematian, perceraian dan berpisah dengan anak-anak yang meninggalkan rumah setelah mendirikan rumah tangga boleh menjadi sumber stres, begitu juga dengan penyakit yang lama dan hilang upaya. Bagaimanapun, hal-hal seperti perkahwinan, berpindah rumah, kerja baru, naik pangkat dan percutian turut memberikan kadar stres yang tinggi. Adakah punca stres saya satu ancaman? Atau ia tidak perlu dirisaukan? Stres merupakan sesuatu yang normal dan sebahagian dari proses hidup. Pun begitu, tidak bermakna kita perlu mencampuradukkan segala masalah yang ada, putus harap

dan mempunyai pemikiran-pemikiran negatif seperti tiada orang lain yang mengalami tekanan seperti aku. Ingat, kita bukan insan yang lemah kerana mengalami tekanan tetapi, kita tertekan kerana kita hanyalah seorang manusia biasa. Justeru, menyalahkan diri sendiri atau melakukan perkara yang bukan-bukan baik mencederakan diri sendiri atau menjejaskan orang lain, hanyalah satu tindakan sia- sia. Sekalipun tidak berupaya mengawal benda-benda yang menekan anda sepanjang masa, anda masih boleh mengawal bagaimanakah caranya untuk bertindak balas terhadapnya. Percayalah, apa yang anda rasakan tentang sesuatu perkara itu terhasil daripada cara mana anda memikirkan tentang perkara itu. Sekiranya anda menukar cara anda berfikir, bermakna anda juga telah mengubah apa yang anda rasakan. Saya telah cuba mengendalikannya tetapi saya seperti sudah berputus asa Ini satu petanda bahaya. Ada kalanya, stres menjadi terlalu besar untuk kita tangani. Ia boleh mencetuskan perasaan-perasaan buruk yang mungkin anda fikirkan seperti mencederakan, malah membunuh diri sendiri. Apabila anda berasa seperti sudah putus harap, nampaknya, keadaan tidak akan menjadi bertambah baik. Terus bercakap dengan seseorang apabila anda mengalami perasaan ini. Bercakap dan meluahkan perasaan merupakan langkah pertama untuk anda belajar menguruskan tekanan yang dialami dan mula berasa sedikit lega dan bertambah baik. Adalah penting bagi anda untuk mengetahui bahawa mengawal stres adalah sesuatu yang boleh anda pelajari kerana stres itu sendiri datangnya dari cara mana anda memberikan respons terhadap situasi yang menekan itu. Sehinggalah sains menemui jawapan yang solid mengenai stres, bukanlah suatu tragedi bagi anda untuk belajar cara-cara menguruskan stres. Dalam kata lain, cuba jangan menjadi terlalu stres kerana tertekan. Di manakah saya boleh mendapatkan pertolongan? * Hospital * Klinik kesihatan * Persatuan Kesihatan Mental Setempat * Sekolah, institusi pengajian tinggi atau pusat perkhidmatan kaunseling.

::CARA NADIAH MENDAPAT 19 A DALAM SPM::

NADIAH Amirah Jamil menunjukkan piala yang dimenanginya dalam aktiviti kokurikulum.

BELAJAR secara berjadual dan fleksibel merupakan rahsia pencapaian cemerlang Nadiah Amirah Jamil, 18, sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 dengan memperoleh 19 A. Lebih-lebih lagi, beliau terpaksa belajar sendiri lapan mata pelajaran tambahan yang diambil bagi mencapai impian memecahkan rekod idolanya, Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004. Lapan mata pelajaran tambahan yang terpaksa beliau belajar sendiri ialah Ekonomi Asas, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran as-sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Geografi, Sastera dan Perdagangan. Sebelas lagi mata pelajaran yang diambil ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Pendidikan Islam, English For Science and Technology (EST) dan Prinsip Perakaunan. Sepatutnya saya nak ambil 21 subjek tetapi ibu melarang kerana katanya 19 subjek sudah cukup membebankan, katanya. Menyedari mata pelajaran yang diambil bukan calang-calang jumlahnya, pelajar pintar ini terpaksa menyusun jadual secara teliti agar tidak ada satu pun mata pelajaran yang diambil akan ketinggalan dan tercicir dari segi penumpuan. Anak sulong daripada tiga adik-beradik kepada pasangan guru, Jamil Omar, 55, dan Zakiah Zakaria, 51, ini memberitahu, bagi mengimbangi jadual pembelajaran hariannya yang cukup ketat, beliau akan memberi penekanan yang lebih kepada

matapelajaran utama atau penting. Beliau berkata, bagaimanapun, penekanan kepada mata pelajaran penting ini pada ketikanya akan diubah sekiranya dirasakan perlu dilakukan setelah membuat penilaian terhadap semua pencapaian mata pelajaran dalam peperiksaan penggal. Katanya, selepas melihat keseluruhan pencapaian, biasanya beliau terpaksa mengubah jadual dengan memberi penekanan pula kepada mata pelajaran yang mengalami kemerosotan. Tambah Nadiah, beliau perlu memastikan setiap mata pelajaran mencapai keputusan yang seimbang. Ini penting bagi menentukan saya boleh mencapai keputusan A1 dalam semua mata pelajaran yang diambil dan jika boleh mencatat markah 100 peratus, katanya. Apabila berlaku keputusan markah yang kurang seimbang tersebut, saya akan mengubah semula jadual belajar iaitu memberi penekanan kepada mata pelajaran yang mengalami kemerosotan, katanya ketika ditemui MEGA di rumahnya di Kampung Sungai Tongkang Tambak, Batu Pahat, Johor. Nadiah memberitahu bermula dari tingkatan empat dan percubaan peperiksaan SPM, beliau berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam hampir kesemua mata pelajaran kecuali pernah menghadapi masalah di peringkat awal dalam mata pelajaran perakaunan. Beliau berkata, oleh kerana perakaunan merupakan satu bidang yang terlalu baru baginya dan ketika mula mengambilnya, keputusan awal tidak begitu memberangsangkan. Namun beliau berjaya mencapai markah 100 peratus selepas berusaha lebih dan mengikuti kelas tambahan. Katanya, bagi mata pelajaran yang terpaksa diambil secara sendiri, beliau mengakui banyak menerima bimbingan daripada guru-guru di sekolahnya termasuk ayahnya sendiri yang merupakan guru geografi di sekolahnya. Di samping itu katanya, beliau melakukan perbincangan dengan rakan-rakan lain yang mengambil subjek yang sama bagi memantapkan lagi kefahamannya. Nadiah mengakui beliau sebenarnya bukanlah tergolong sebagai pelajar yang mengambil waktu terlalu lama untuk mengulangkaji mata pelajaran selepas waktu kelas di rumah. Seperti remaja-remaja lain beliau juga turut menggunakan waktu lapang yang ada dengan membaca buku-buku di luar bidang akademik khususnya buku-buku motivasi dan dia amat meminati hasil karya Dr. H.M. Tuah serta buku-buku resipi masakan kerana Nadiah juga minat memasak. Bagi Nadiah memasak mampu menjana otak untuk menjadi lebih kreatif dan beliau

sudah pandai menyediakan nasi goreng untuk diri sendiri ketika di sekolah rendah dan mampu memasak untuk keluarga dan tetamu khususnya nasi ayam ketika berada di tingkatan satu. Menyentuh mengenai cara belajar lagi, Nadiah memberitahu beliau lebih memberikan tumpuan ketika berada di kelas dan seboleh-bolehnya menyelesaikan masalah yang ada ketika itu juga dengan bimbingan guru-guru. Saya jarang berjaga sehingga larut malam untuk mengulangkaji pelajaran di rumah dan biasanya saya akan masuk tidur tepat jam 11 malam,\'\' katanya. Bagaimanapun, Nadia mengakui beliau akan bangun lebih awal iaitu kira-kira jam 3.30 pagi untuk bersolat sunat terlebih dahulu, menghafal al-Quran sambil menunggu waktu solat subuh dan kemudian bersiap-siap ke sekolah. Beliau mengakui melakukan mind setting amat penting bagi mengekalkan tumpuan kepada pelajaran dan pengajaran guru di kelas. Katanya, apa pun kesulitan termasuk gangguan mengantuk ketika belajar dapat diatasi jika seseorang pelajar mampu menguasai pemikirannya. Jika kita kata kita mengantuk, maka kita akan jadi mengantuklah... dan begitulah sebaliknya, katanya yang mengakui suatu ketika dahulu pernah menjadi seorang gadis yang kuat tidur sehingga mendapat gelaran Ratu Tidur di kalangan rakanrakan sekelasnya gara-gara pernah tertidur dalam kelas dan ketika menjawab soalan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Kejayaan dan kecemerlangan Nadiah juga banyak dibantu dengan keyakinannya terhadap kekuatan dan keupayaan menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Beliau yakin membaca dan menghafal kitab tersebut merupakan kaedah yang baik untuknya untuk sentiasa dapat berfikir dan bertindak secara lebih tenang dan mudah membuat hafalan. Oleh itu katanya, beliau berusaha menghafal Al-Quran sejak di tingkatan satu dan menjadi amalan hariannya sehingga kini, walaupun dilakukan secara sedikit demi sedikit. Nadiah kini telah berjaya menghafal lapan surah antaranya Yasin, Al-Mulk, ArRahman, Al-Sajdah, Al-Waqiah dan Luqman. Saya menyimpan cita-cita untuk menghafal kesemua juzuk dalam al-Quran kerana yakin ia mampu memberi ketenangan dan menguatkan ingatan, katanya. Bersesuai dengan keyakinan terhadap ajaran Allah dapat mambantunya berjaya dunia dan akhirat, Nadiah juga menjadi seorang yang sangat pemilih terhadap persekitaran khususnya muzik yang perlu didengarnya setiap hari untuk menghilangkan kebosanan atau tekanan. Nadiah mengakui beliau banyak mendengar lagu-lagu nasyid yang baginya sesuai

untuk membentuk jiwa seseorang menjadi lembut dan amat meminati Kumpulan Raihan. Jika kita sentiasa terdedah dengan lagu-lagu bercorak keras, lama kelamaan jiwa kita juga akan menjadi keras, katanya yang turut meminati Datuk Siti Nurhaliza dan berharap dapat bertemu dengan penyanyi pujaan ramai itu suatu hari nanti. Jika mendapat kesempatan, Nadiah memberitahu, beliau berhasrat melanjutkan pelajaran di bidang farmasi kerana beliau mempunyai impian menjadi usahawan berjaya dalam bidang tersebut dengan membuka sebanyak mungkin rangkaian farmasi di dalam dan luar negara. Katanya, beliau juga berharap dapat melanjutkan pelajaran di bidang farmasi di University of Cambridge, United Kingdom hingga ke peringkat kedoktoran falsafah (PhD) kerana beliau juga bercita-cita menghasilkan ubat yang mampu meningkatkan sel-sel neuron dalam otak manusia. Nadiah menasihatkan pelajar-pelajar khususnya yang akan mengambil peperiksaan penting agar tidak mengambil jalan singkat untuk berjaya. Katanya, sikap suka meniru juga merupakan tabiat yang sangat buruk dan boleh menyebabkan sesuatu bangsa itu akan mundur. Ingat... di sebalik kesulitan ada kemudahan dan kejayaan itu sangat manis,\'\' katanya. Beliau juga mengakui belum mempunyai teman lelaki istimewa kerana baginya ia tidak perlu ketika masih di bangku sekolah kerana tanggungjawab seorang pelajar adalah menuntut ilmu. Katanya, ketika ini kasih sayang ibu bapa, adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan sudah memadai. Saya mempunyai seorang kawan lelaki yang sangat rapat tetapi setakat teman tetapi mesra, katanya sambil tersenyum.

Tips Hilang Rasa Gementar Dalam Exam


DI antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghilangkan perasaan bimbang dan takut di dalam menghadapi peperiksaan ialah : 1. Sembahyang lima waktu sehari semalam. 2. Membaca Surah al-Fatihah setiap hari. 3. Banyakkan bersalawat ke atas Nabi.

4. Banyakkan berdoa. Selain itu, pelajar yang akan menduduki peperiksaan serta ibu bapa pelajar hendaklah sentiasa membaca Surah Yasin dan menunaikan solat hajat dua rakaat memohon agar Allah SWT memudahkan serta memberi bantuan ketika menjalani peperiksaan.

Ketenangan Bagi Jiwa Yang Resah


Mencari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti Ham Sah, suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan. Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat hammm. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat saah. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit. Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk. Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang. Abdullah menjawab: Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah. Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu. Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca alQuran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali. Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria.

Semua itu akan memberi kesan positif kepada kesihatan jantung dan mampu menipiskan lemak yang menyelimuti pembuluh darah. Hormon stress yang bernama cortisol juga sangat rendah di kalangan mereka yang beribadah dengan khusyuk. Benarlah firman Allah bermaksud: Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang. (Surah ar-Rad, ayat 28)