Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN MINGGU AKADEMIK BIDANG KEMANUSIAAN 2010 S.M.K.

BANDAR PUCHONG JAYA (A) JALAN PIPIT, 47100 PUCHONG, SELANGOR DARUL EHSAN 1.0 PENGENALAN 1.1 Tajuk laporan Program Minggu Akademik tahun 2010 1.2 Pegawai yang melapor dan jawatan Pn. Sia Bee Loon (Ketua Panitia Pendidikan Moral) 1.3 Tarikh laporan 12 April 2010 1.4 Tempat laporan S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) 1.5 Objektif laporan 1. Memupuk semangat integrasi dan perpaduan kaum di antara pelajar-pelajar dan guru-guru melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sepanjang minggu ini. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sepanjang aktiviti bagi rujukan pada masa akan datang. 2.0 STATUS PERKARA YANG DILAPORKAN 2.1 Tujuan/Objektif 1. Membantu meningkatkan motivasi pelajar serta mengasah bakat-bakat tertentu yang bersesuaian dengan kecenderungan diri mereka. 2. Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dalam kalangan pelajar ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina. 3. Mengenalpasti pelajar yang dapat mewakili sekolah dalam pertandingan yang akan diadakan di peringkat daerah Petaling. 4. Meningkatkan sikap bertanggungjawab, amanah, berdikari, toleransi, kerajinan dan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam kalangan pelajar. 2.2 Pertandingan Melukis Poster Pendidikan Moral Tarikh : Mac 2010 hingga 31 Mac 2010 Tema : Mematuhi Peraturan dan Undang-undang Keselamatan Tanggungjawab Be Bidang : Nilai Berkaitan dengan Demokrasi dalam Bidang Pembelajaran 6.

2.3 Syarat-syarat Pertandingan Melukis Poster Pendidikan Moral Sila rujuk Lampiran 1. 2.4 Laporan Pertandingan Melukis Poster Pendidikan Moral Tarikh : 9 April 2010 Tempat : S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A) Penglibatan : Semua murid Tingkatan 1 hingga 5 yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral Pertandingan ini dikendalikan oleh Pn. Thiru Selvi dan Pn. Rose Mary. 2.5 Nama-nama Pemenang Pertandingan Melukis Poster Pendidikan Moral : Pemenang Tempat Pertama CHAN MIN SHWEN WONG WAI LING KUM SWEE KIN KUAN YEEN CHYET TIO CHEE CHONG Pemenang Tempat Kedua LIM HUI YIN YONG WON TENG CHIN CHE TING NG YEE LING Pemenang Tempat Ketiga LIEW CHIN YEE WONG WAI TENG JACQUELYNE ANNE BOUDEVILLE FOO KAH CHUN 1 UTM 2 UPM 3 USM 4 USM 5 UM

1 USM 2 USM 4 UKM 5 UTM 1 USM 2 UKM 4 UM 5 UTM

4.0

ISU DAN MASALAH Penyertaan pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 adalah menggalakkan namun penyertaan Pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 sangat terhad. Penyertaan pelajar adalah secara individu iaitu mereka dibenarkan melukis dan mewarna poster di rumah semasa cuti sekolah. Sebanyak 11 penyertaan diterima dari tingkatan 1, 7 penyertaan dari tingkatan 2, 3 penyertaan dari tingkatan 3, 14 penyertaan dari tingkatan 4 dan 6 penyertaan dari tingkatan 5. Panitia Pendidikan Moral telah memberi hadiah berbentuk voucher kepada semua pemenang termasuk Pn. Hani selaku pengadil pertandingan melukis poster anjuran Panitia Pendidikan Moral. Cadangan Penambahbaikan

5.0

Murid-murid perlu diberi motivasi untuk menyertai pertandingan anjuran Panitia Pendidikan Moral. 6.0 Rumusan Secara kesluruhannya, hampir 95% daripada aturcara Minggu Akademik tahun 2010 telah berjaya dilaksanakan dan mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pihak pentadbir, guru-guru dan para pelajar. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah mula bertanya tentang halatuju selepas SPM. Program ini dapat membantu membangkitkan kesedaran pelajar dan seterusnya memotivasikan mereka untuk lebih berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akan datang.

Disediakan oleh: ( ....................... ) Pn. Sia Bee Loon Penyelaras AJK Dokumentasi Minggu Akademik S.M.K. Bandar Puchong Jaya (A)

Anda mungkin juga menyukai