Anda di halaman 1dari 3

PENGIMBUHAN

Imbuhan Awalan Imbuhan awalan ialah imbuhan yang digunakan di hadapan kata dasar, iaitu beR-, meN-, teR-, peN-, ke-, se- dan di-.

Imbuhan Awalan

berR-

meN-

terR-

peN-

ke-

se-

di-

Awalan beR- Maksud 1.menggunakan 2.mempunyai 3.menaiki 4.memakai 5.menunjukkan sikap 6.mengeluarkan atau menghasilkan 7.mengusahakan 8.dalam keadaan 9.bekerja sebagai 10.melakukan perbuatan kepada diri sendiri 11.dalam kumpulan 12.melakukan sesuatu perbuatan 13.mengikuti atau menghadiri Ayat Contoh Siti berpayung kerana hari hujan. Adiknya masih tidak bergigi lagi. Bapa berkereta ke pejabat. Pragawati itu berkebaya moden. Setelah dimarahi emak, Siti bermuram sahaja. Pokok mangga itu berbuah lebat. Pak Azman berkebun di tanah terbiar itu. Murid-murid berseronok meraikan sambutan Hari Kanak-kanak. Ayahnya bertukang kayu. Adik bersembunyi di balik pintu. Mereka bertiga pergi pasar malam bersama-sama. Murid-murid bermain bola di padang. Guru-guru bermesyuarat di bilik guru.

Awalan meN- Maksud 1.melakukan perbuatan 2.menjadi seperti Ayat Contoh Li Sha sedang mencuci pinggan. Rozi membatu ketika dinasihati gurunya.

3.melakukan kerja dengan menggunakan Pak Mail mengapak kayu getah itu untuk sesuatu dijadikan kayu api. Maksud Ayat Contoh 4.mengeluarkan bunyi Si Putih mengiau kerana kelaparan. 5.pergi ke Raihana melangkah pantas menuju ke kelasnya. 6.menjadi Padi di sawah Tok Mat sudah menguning. 7. mengenakan atau memasang Kamal memagar tanaman cilinya supaya tidak diceroboh oleh haiwan liar.

Awalan teR Maksud 1.tidak sengaja 2.keupayaan 3.paling 4.keadaan tersedia Ayat Contoh Suhana terpijak kaki adiknya. Iskandar tidak terpikul guni beras yang baru sampai di kedai bapanya. Zanariah merupakan murid yang terpandai di kelas 6 Bestari. Beberapa pasang selipar terletak di luar tandas untuk kegunaan orang awam.

Awalan peN Maksud 1.orang yang melakukan sesuatu Ayat contoh Haziq ialah pemanah negara yang berbakat besar. 2.orang yang bersifat Sifat Irfan yang peramah itu disenangi rakan-rakannya. 3.alat yang digunakan untuk membuat Aliya menggunakan penapis air untuk sesuatu menapis bancuhan air kopi yang dibuatnya. 4.orang yang memegang sesuatu jawatan Kakak Aqilah bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Kampus Tun Hussein Onn. 5.orang yang dalam keadaan diperlakukan Jururawat pelatih itu sedang dipantau oleh penyelianya.

Awalan keMaksud 1.menunjukkan bilangan Ayat contoh Qayyum mendapat tempat kedua dalam pertandingan melukis itu.

2.menunjukkan himpunan 3.seseorang yang dijadikan

Ketiga-tiga budak lelaki itu ialah anak Pak Ibrahim. Narvin ialah ketua pengawas sekolah saya.

Awalan seMaksud 1.satu 2.sama 3.seluruh 4.sama dengan 5.sama-sama di sesuatu tempat Ayat contoh Terdapat sekeping kad di dalam peti surat itu. Wajah Rania seiras dengan wajah ibunya. Kami sekeluarga akan memberi sokongan dalam pertandingan masakan itu. Laila tidak sebijak kakaknya. May dan Gina tinggal sebilik di rumah sewa yang mahal itu.

Awalan diMaksud Digunakan dalam ayat pasif Ayat contoh Baju kemeja itu dibasuh oleh pembantu rumah.

Anda mungkin juga menyukai