Anda di halaman 1dari 2

Asas Agama Islam Rukun Islam 1. 2. 3. 4. 5.

Mengucap dua kalimah shahadah Sembahyang lima waktu Menunaikan zakat Berpuasa di bulan Ramadhan Mengerjakan haji di Mekah bagi yang mampu

Rukun Iman 1. 2. 3. 4. 5. 6. Beriman dengan Allah swt Beriman dengan para malaikat Beriman dengan kitab-kitab suci Beriman dengan para Rasul Beriman dengan Hari Akhirat Beriman dengan Qada' dan Qadar

Sifat 20 bagi Allah Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

No 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Wajib WUJUD QIDAM BAQA MUKHALAFATUH U LILHAWADIS QIYAMUHUU BINAFSIH WAHADAANIYAT QUDRAT IRADAT ILMU HAYAT SAMA BASAR

Makna Ada Sedia Kekal Tidak sama dengan yang baharu Berdiri dengan dirinya sendiri Esa Kuasa Menentukan Mengetahui Hidup Mendengar Melihat

Mustahil Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada. Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada) Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa) Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu. Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya. Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang. Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa. Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa. Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui. Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati. Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar. Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

13 14 15 16 17 18 19 20

KALAM QOODIRUN MURIIDUN AALIMUN HAYUUN SAMI'UN BASIIRUN MUTAKALLIMUN

Berkata-kata Maha Kuasa Menentukan Maha Mengetahui Hidup Mendengar Melihat Maha Berkatakata

Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu. Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa. Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa. Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui. Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati. Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli. Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta. Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.