Anda di halaman 1dari 3

PEMULIHAN KECEDERAAN SUKAN (REHABILITASI) DEFINISI Rehabilitasi mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan asal.

PRINSIP Kesegeraan ambil tindakan segera ke atas sesuatu insiden atau kes. Pemulihan awal - lakukan pemulihan awal untuk mengurangkan kesan kecederaan . Jangan tunggu bahagian tercedera sembuh baru melakukan pemulihan. Progresif lakukan rehabilitasi secara beransur maju.

OBJEKTIF Rawatan yang diberikan mestilah bertujuan untuk memulihkan tubuh badan. Mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal pada jangka masa sesingkat yang mungkin. FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI REHABILITASI Keterukan atau keseriusan kecederaan Tahap penyembuhan tisu Jenis rawatan Kekuatan otot-otot pada tangan dan kaki Kesakitan pada pergerakan sendi Julat pergerakan sendi Bengkak pada sendi

1 | SAINS SUKAN

Keadaan-keadaan lain pada sendi Keperluan atlet untuk bermain semula

PROSES PEMULIHAN 1. Menguatkan otot, ligamen dan tendon yang telah pulih dari kecederaan. 2. Memulihkan tahap kecergasan atlet kepada keadaan asal. 3. Meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot. 4. Mengembalikan keyakinan atlet terhadap keupayaannya.

PERANAN JURULATIH Menggalakkan dan memantau atlet supaya mematuhi program rehabilitasi dan kaedah penyesuaian latihan. Tidak membenarkan atlet menyertai sebarang pertandingan sehingga pulih sepenuhnya. PERANAN AHLI FISIOTERAPI Mengekalkan kecergasan atlet sepanjang masa program rehabilitasi Merancang program rehabilitasi secara individu Memantau perkembangan atlet sehingga kembali aktif semula Membantu mempercepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan

JENIS PEMULIHAN o ELEKTROTERAPI

2 | SAINS SUKAN

Penggunaan alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera Bertujuan merangsang peredaran darah ke tempat yang cedera. Contoh : mesin ultrasound, shortwave diathermy, laser therapy dan interferential. o HIDROTERAPI

Penggunaan air untuk memulihkan kecederaan dgn menjalankan latihan kecergasaan dalam permulaan dgn bantuan daya apungan air.

Apungan air dapat mengurangkan daya hentakan yang dikenakan ke atas anggota badan. o ISOKINETIK

Latihan pemulihan penguncupan fiber-fiber otot pada kelajuan yang tetap untuk mengatasi rintangan yang berubah-ubah.

Contoh peralatan ialah multi-gym.

By : Feliscca Leong, 6B(1)11

3 | SAINS SUKAN

Anda mungkin juga menyukai