Anda di halaman 1dari 15

DIRGAHAYU BAHASAKU

:PROSA :CERPEN :DRAMA

Langlang Buana
Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera

Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat.

Hikayat siak
Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan

Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Dua geliga hikmat


Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan

meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Hikayat Opu Daeng Menambun


Bab III Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju. Bab IV Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima.

Bab V Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan. Bab VI Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka. Bab VII Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas. Bab VIII

Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah. Bab IX Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.

Cerpen Pahlawan Buntung


Khalid telah bertemu kembali dengan Pak Husain yang berkaki kudung. Pertemuan itu menyebabkan Khalit mengingat kembali kepada kisah lampau yang berlaku ketika tentera Jepun mendarat di Pengkalan Chepa. Khalid memberitahu ayahnya sudah meninggal dunia setahun yang lalu. Khalid terkenang peristiwa 34 tahun dahulu, sebelum dia bersama keluarganya telah berpindah ke kota. Ketika tentera Jepun mendarat di Kelantan, Pak Husain berusia 30 tahun dan Khalid berusia 14 tahun. Mereka tinggal di Kampung Pulau Pak Amat. Tentera Jepun mendarat dan membunuh askar-askar Punjabi. Pak Husain telah mengarahkan keluarga Khalid dan penduduk kampung berpindah. Mereka mengekori langkah Pak Husain dari belakang sehinggalah mereka ditinggalkan di selekoh batas. Suasana ketika itu sangat mencemaskan kerana bedilan senapang dan letupan bom berlaku di mana-mana. Ketika mereka mahu menaiki perahu, sebuah ledakan jatuh di depan mereka. Rumah Mak Esah terbakar. Mak Esah dan anaknya telah menjadi korban tentera Jepun. Perahu bergerak pantas sebelum diserang oleh tentera Jepun. Dalam keadaan kelam-kabut itu mereka mendapati Pak Husain tiada bersama-sama mereka. Penduduk kampung berkumpul di Kampung Dal. Khalid dan rakan-rakannya menyeberangi sungai Pangkalan Cepa. Mereka mendapati Pangkalan Cepa sudah terbakar. Mereka kemudiannya pulang semula ke Kampung Dal. Ketika itu Pak Husain ada bersama-sama. Pak Husain menceritakan punca kehilangannya. Dia telah ditahan oleh tentera Jepun dan menyuruhnya menggali kubur besar untuk menanam mayat mangsa perang yang terbunuh.

Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, rompakan sering berlaku. Pak Husain telah menembak perompak tersebut yang masih di dalam perahu dengan menggunakan senapang yang diambil daripada mayat askar Punjabi. Pada satu pagi, Pak Husain terkena letupan bom peninggalan perang. Beliau tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Kota Bharu. Kaki Pak Husain dipotong. Kisah silam terputus dan kini Khalid berhadapan dengan Pak Husain. Khalid menjemput Pak Husain ke rumahnya di Jalan Bayam, tetapi Pak Husain menolak kerana dia mahu ke Padang Bemban, rumah cucunya.

CERPEN PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG


Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal, Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut menjadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.

CERPEN IDOLA (Zaen Kasturi)


Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan reality hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Cerpen penanggungan
Cerpen ini mengisahkan Kapten Mamat yang menghadapi konflik dalam dirinya setelah didatangi oleh janda kelasinya Baharom. Masnah, janda arwah Baharo ialah saudara jauh sebelah bapanya. Masnah dating menuntut haknya sebagai seorang janda. Suaminya Baharom meninggal selepas jatuh dari tiang geladak kapal yang dikemudi oleh Kapten Mamat. Kapten Mamat sangat bersimpati dengan Masnah namun apa dayanya. Isteri Kapten Mamat cuba mententeramkan Masnah namun gagal. Masnah meluahkan kekecewaannya kerana nasibnya tidak terbela selepas kematian suaminya, Baharom. Kapten Mamat berjanji untuk membela nasib Masnah. Keadaan menjadi kelam kabut apabila, Masnah tiba-tiba pengsan. Isteri Kapten Mamat menyuruhn ya memanggil bomoh. Namun Kapten Mamat tidak percayakan khidmat bomoh lalu dia menggosokkan tapak kaki Masnah. Kemudian dia menyuruh isterinya memercikkan air ke muka Masnah. Akhirnya Masnah sedar dari pengsan. Kapten Mamat menyuruh Masnah balik ke kampong untuk menenangkan jiwanya. Dia juga menyuruh Masnah berjumpa doctor untuk mengetahui penyakit yang dialaminya. Masnah akhirnya akur dengan nasihat Kapten Mamat. Sehebat mana penanggungan masalah yang dihadapinya, Masnah akur dengan ketentuan Tuhan bahawa setiap yang hidup akan mati.

Cerpen hutan rimba


Cerpen ini mengisahkan kekesalan hati seorang pemandu jentolak yang telah memusnahkan hutandara untuk pembangunan. Dalam sekelip mata, hutan dara yang dilitupi busana hijau itu menjadi gondola. Musnah semua busana rimba dirobek jentolak berjenama Caterpillar itu. Semua flora dan fauna, kecil besar, tua muda musnah dalam sekelip mata. Selama 30 tahun Pak Tua memandu jentolak itu untuk membersihkan hutan bagi membina kawasan perladangan kelapa sawit di hutan dara itu. Air mata kekesalan menitis dari kelopak matanya yang dipenuhi garis-garis halus. Pak Tua bertekad untuk menanam semula dan memulihara hutan yang telah ditebangnya suatu masa dahulu. Dia inginkan hutan itu merimbun dan menghijau semula. Dia juga mahukan mergastua dan segala jenis binatang dalam hutan itu kembali mendiami habitat masing-masing. Setiap hari Pak Tua merungut di depan isterinya, Mak Tua. Mak Tua tetap menyatakan Pak Tua tidak bersalah kerana dia hanya menjalankan tugasnya untuk mencari rezeki bagi membesarkan keempat-empat orang anaknya. Pak Tua, seorang lelaki yang berasal dari seberang dan berhijrah mencari rezeki di Sandakan. Setiap hari dia melalui Sungai Kinabatangan dan di sanalah dia selalu Nampak gadis sungai sedang mencuci pakaian. Cintanya pun berputik dan akhirnya bersambut. Ayah Mak Tua menghalang kerana Pak Tua bukan warganegara namun kerana cinta Pak Tua berjanji akan menetap di Sabah. Akhirnya mereka berkahwin dan dikurnia 4 orang anak. Keempat-empat orang anaknya belajar sehingga ke menara gading tanpa bantuan sesen pun daripada kerajaan. Ajam,

anaknya yang sulung menjalankan perniagaan pengangkutan bas antarkota, Bakar, anaknya yang kedua lulusan Sarjana Pertanian bekerja sebagai pengurus estet ladang kelapa sawit, Melati, anak ketiganya bekerja sebagai pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi dan anaknya yang bongsu Budi, seorang guru lulusan Sarjana Muda Pendidikan. Kini dengan usaha dan bantuan anak-anaknya PakTua cuba membina semula warisan hutan yang pernah dimusnahkannya dulu. Hutan simpan impian Pak Tua telah membuahkan hasil. Semua buah-buahan hutan terdapat dalam hutan simpan yang diusahakan oleh Pak Tua. Mak Tua tersenyum bangga kerana perkahwinannya yang pernah ditentang oleh ayahnya dahulu ternyata mengundang bahagia yang tidak terkata. Pak Tua tersenyum bangga kerana usahanya membuahkan hasil. Apa lagi dalam meniti usia senja seperti ini dia sudah bergelar haji dan hidupnya ditemani cucu-cucu dan anakanak yang memahami hasratnya.

CERPEN TANGGAR AMANAT


Cerpen ini mengisahkan seorang usahawan eko-pelancongan pewaris ketujuh Ahmad Abdullah di Taman Nasional Yellowstone, Amerika Syarikat. Hawa merupakan pewaris Ahmad Abdullah dan isteri kepada Adam. Pakar geologis meramalkan akan berlaku letusan gunung berapi di sekitar Yellowstone dan berdasarkan pergerakan seismic yang sedang menghampiri Canyon Village. Grand Geyser melepaskan erupsi air panas dalam masa sehari kelmarin. Semuanya merupakan petanda bahawa Yellowstone akan bermandikan larva gunung berapi dalam masa terdekat. Adam berusaha memujuk isterinya meninggalkan Yellowstone dan pulang ke Malaysia. Hawa bertegas tidak mahu berpindah kerana moyangnya telah menetap dan menjana ekonomi di Yellowstone bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi sebuah empayar. Tiba-tiba Hawa terasa loya dan pening yang amat sangat. Hawa terasa seperti gunung berapi di selatan Yellowstone telah meletus dan dia terdampar dalam kawah gunung berapi sehingga terhumban ke dalam sebuah terowong. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang member salam. Perkataan bonda yang diucapkan oleh suara tersebut membuat Hawa tergamam. Siapakah gerangan yang sedang berbicara dengannya. Suara itu memberitahu Hawa bahawa dia berada dalam rahimnya sendiri dan dunia belum kiamat. Hawa melihat seketul objek berukuran 12 sentimeter di hadapannya. Barulah dia tahu itulah janin yang yang sedang dikandungnya. Dia melihat janinnya yang sedang membesar di dalam rahimnya tersenyum manis. Janinnya mengelus lembut jemarinya. Hawa terkasima dan menjadi kaget. Janinnya memberitahu bahawa dalam keadaan tertentu si ibu akan dapat

berkomunikasi dengan janin yang sedang dikandungnya. Hawa mula rasa bahagia. Dia sedang berkomunikasi dengan janinnya sendiri. Tiba-tiba janinnya mengutarakan persoalan agar Hawa segera berpindah dari Yellowstone kerana Yellowstone akan berkubur dengan letusan gunung berapi. Sebagai pewaris kelapan, janin Hawa mahu hidup seperti insane yang lain. Kini tahulah Hawa bahawa dia sedang mengandungkan seorang bayi lelaki. Hawa teringat bahawa tempat seorang isteri ialah di sisi suami. Tidak lama kemudian, Adam pulang dan Hawa memberitahu keputusannya untuk pulang ke Malaysia.

Drama tiang cengal dinding sayung


Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah,

Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

SINOPSIS DRAMA 1400


Drama ini mengisahkan seorang lelaki OKU yang bernama Dolah dilahirkan dalam keadaan kakinya cacat tetapi tidaklah serius. Justeru berlaku satu peristiwa yang menyebabkan kakinya menjadi capik. Oleh itu dia digelar Dolah Capik. Drama ini bermula dengan nyanyian memperkenalkan watak Dolah Capik yang dikenali juga dengan nama Abang Dolah Tukang Ukir hilang di lautan. Kehilangan Abang Dolah Tukang Ukir dinanti oleh Intan Siti Rahimah dengan penuh kesetiaan. Pengarang menggambarkan Intan Siti Rahimah menghidap penyakit kusta. Oleh sebab itu, dia sentiasa memakai kerudung untuk menutup wajahnya. Kisah Dolah Capik bermula apabila dia sering dihina dan ditindas kerana kejujuran dan kecacatannya. Orang kampong langsung tidak pernah mengenang jasanya. Setiap pinangannya terhadap anak dara ditolak mentah-mentah. Oleh itu, Dolah mula tidak mempercayai qada dan takdir Tuhan. Dolah Capik sering mengabaikan cakap Soud agar dia melakukan solat seperti yang disuruh dalam agama Islam. Bagi Dolah Capik, dia boleh berjaya dengan usahanya sendiri tanpa bantuan orang lain. Maulana, seorang penceramah di masjid sering menasihati Dolah Capik agar kembali mengEsakan Allah tetapi Dolah Capik tetap dengan pendiriannya. Akhirnya Dolah Capik telah kematian ibunya. Dolah mengambil tangkal azimat yang terikat di pinggang ibunya. Dolah pun membawa azimat itu kepada seorang bomoh. Bomoh itu pun menyeru roh nenek moyang agar mengkabulkan hajat Dolah Capik yang ingin menjadi kaya. Akhirnya dengan

bantuan Jin Tanah, Dolah Capik Berjaya mendapatkan harta karun. Harta karun itu diperolehi setelah mayat ibunya ditanam di bawah rumahnya. Selepas itu dolah Capik menjadi kaya. Dia dikenali sebagai Orang Kaya Pak Tuan Dolah. Dia mempunyai seorang kekasih yang bernama Doli. Dolah menyuruh pembantunya meminang anak Menteri, anak wakil rakyat dan anak Penghulu. Malangnya semua pinangan dolah ditolak. Dolah mula mengandam wajahnya. Kakinya sudah memakai kaki palsu dan kini Dolah boleh berjalan seperti orang lain. Dia juga memakai kot dan memiliki 12 buah kereta. Dolah akhirnya berkahwin dengan Intan Siti Rahimah. Dengan bantuan Abu Lahab, Dolah membeli kesemua tanah orang kampung. Dia memelihara kuda dan membina banyak ladang kuda di kampungnya. Akhirnya air sungai tercemar dengan najis kuda. Anak-anak orang kampong dilahirkan cacat, hodoh dan dungu belaka kerana memakan hasil sungai yang tercemar seperti udang galah dan ikan. Dolah tidak peduli. Apabila isterinya mengandung, dia melarang Intan Siti Rahimah mengunjungi rumah orang-orang kampong dan melarang isterinya memakan makanan hasil pemberian orang kampung kerana Dolah tahu makanan itu tercemar. Tetapi dalam diam isterinya teringin memakan udang galah, lalu Mak Som pembantunya mendapatkan udang galah daripada penduduk kampung. Semasa Intan Siti Rahimah melahirkan seorang bayi , Mak Som terkejut kerana bayi itu seakan-akan binatang yang menyondol Dolah semasa berburu di dalam hutan dahulu. Telinga bayi itu panjang, matanya kecil dan badannya dipenuhi bulu. Dolah membuang bayi malang itu dan menghalau Siti Rahimah dari rumah pada waktu tengah malam dalam keadaan hujan yang menggila. Akhirnya, Dolah tersedar apabila roh ibunya tiba-tiba muncul di hadapannya. Ibunya meminta agar mayatnya ditanam di kubur agar mayatnya dapat reput. Di bawah rumah itu mayat ibunya tidak dapat reput kerana tanah itu bercampur dengan najis. Doli pula dating meminta agar mereka mengorek harta karun dari bawah mayat ibunya. Selepas mendapatkan periuk harta karun yang dipenuhi batu berlian, barulah Dolah sedar akan kesilapannya. Dia pun membawa mayat ibunya dan ditanam di kubur. Selepas membaca surah Al-Falaq, Dolah menangis teresak-esak. Dolah telah insaf. Dia memohon keampunan daripada Allah. Selepas itu, tukang jahit kotnya, doktor yang merawat kakinya dan orang berurusan jual beli dengan Dolah datang memulangkan ceknya yang semuanya palsu. Dolah menjadi miskin semula. Keesokannya apabila terjaga dari tidur Dolah mendapati dirinya tidak capik lagi. Dia pun meneruskan pengembaraannya keluar dari kampung itu. Akhirnya Dolah sampai ke sebuah kampung dan dia menetap di situ. Dia mengambil upah mengukir dinding dan tingkap rumah dengan anyaman mengkuang. Ukirannya sangat halus. Dia kemudian berkenalan dengan Siti Rahimah. Pada suatu hari, semasa Dolah ingin ke seberang membuat ukiran, perahunya dilanda ombak dan Dolah hilang di tengah lautan. Tinggallah Siti Rahimah seorang diri menunggu kepulangan Dolah yang entah hidup entahkan mati. Namun kesetiaan Siti Rahimah kekal hingga sekarang walaupun Abang Dolah Tukang Ukir tidak pernah kembali.

SINOPSIS DRAMA DATO ONN (KARYA OTHMAN HAJI ZAINUDDIN)


Drama muzikal ini mengisahkan riwayat hidup Dato Onn sebagai pejuang kemerdekaan dan penentang penjajahan Inggeris. Dato Onn bekerja sebagai Pegawai Pemungut Hasil Tanah di bawah pentadbiran Inggeris. Beliau yang telah kematian isteri berkahwin dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan. Namun beliau bercerai kerana tidak mendapat restu keluarga. Kemudian Dato Onn berkahwin pula dengan Halimah, balu Muhammad yang juga adik dato Onn. Perkahwinan itu atas dasar pengorbanan dan rasa tanggungjawab agar hidup Halimah dan dua orang anaknya tidak terabai. Kemudian Dato Onn dipecat oleh pihak Inggeris dan beliau juga tidak disenangi oleh Sultan menyebabkan dia dan keluarganya berpindah kie Singapura. Di Singapura Dato Onn bekerja sebagai nelayan dan isterinya Halimah menjual kuih untuk menyara kehidupan mereka. Syed Hussein telah mendorong dato Onn menjadi wartawan Warta Malaya, iaitu wadah orang-orang Melayu menyampaikan pandangan dan perjuangan. Syed Hussein danggup menanggung modal permulaan untuk membuka syarikat penerbitan akhbar tersebut. Dato Onn meneruskan perjuangannya. Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, dato Onn menyeru penduduk tempatan agar tidak meninggalkan kampung

halaman mereka. Dato Onn bersama teman-temannya seperti Burhanuddin Helmy, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam telah bertemu pegawai tentera Jepun, Itagaki. Itagaki memaklumkan bahawa Jepun tidak dapat memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana Jepun sudah kalah dalam Perang Dunia Kedua selepas Bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika Syarikat. Semasa penubuhan MPAJA, Dato Onn tidak mahu terlibat kerana baginya ketika itu Tanah Melayu sudah berada diambang kemerdekaan apabila Jepun menyerah kalah kepada tentera berikat. Lagipun MPAJA mempunyai ideology komunis yang melakukan kekejaman dengan membunuh sesiapa saja yang dianggap musuh mereka. Kiai Salleh yang mengetuai orang Melayu mahu masyarakat menentang kekejaman MPAJA, namun Dato Onn melarang mereka berbunuhan kerana perbuatan itu tidak membawa kebaikan. Pada 19 0gos 1945, Dato Onn telah dilantik menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat. Beliau mengadakan pertemuan dengan wakil MPAJA iaitu Embong Yahya. Kiai Salleh dan Jamil Markom mengiringi Dato Onn dalam pertemuan itu. Embong Yahya mahukan kemrdekaan selepas Jepun keluar dari Tanah Melayu tetapi kemerdekaan itu mestilah member keutamaan kepada kesamarataan hak antara kaum. Jamil Markom berang dengan permintaan Embong Yahya tetapi disabarkan oleh Dato Onn Jaafar. Beliau tidak mahu orang ramai bertindak mengikut perasaan. Akhirnya bendera MPAJA diturunkan dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Ketika itu, pihak British mencadangkan penubuhan Malayan Union sebagai corak pemerintahan Tanah Melayu. Dato Onn mencadangkan beberapa siri tunjuk perasaan untuk menetang penubuhan Malayan Union. Kongres Kesatuan Melayu telah diadakan pada 1946 di Istana Besar Johor Bahru dan Parti Umno telah ditubuhkan. Selepas itu, pada tahun 1949, Dato Onn mencadangkan agar keanggotaan UMNO dibuka kepada kaum lain tetapi cadangannya ditolak. Pada 25 Ogos 1951, Dato Onn keluar UMNO. Tunku Abdul Rahman yang pulang dari London pada 18 Februari 1956 telah mengumumkan tarikh kemerdekaan, Tanah Melayu iaitu 31 Ogos 1957. Dalam usia 67 tahun, Dato Onn Jaafar meninggal dunia di Larkin, Johor.

Anda mungkin juga menyukai