Anda di halaman 1dari 1

Babak: Akhir (Hospital) Doktor Toh: (Sambil memeriksa dan merujuk rekod pemeriksaan pesakit, doktor menggeleng - gelengkan

kepala) ibu kamu menghidap penyakit barah otak di peringkat akhir.

Wati: Apa maksud doktor? Doktor Toh: Ibu adik sedang tenat, tabahkan hati. Saya berharap adik bersedia menerima sebarang kemungkinan. Saya tinggalkan adik dengan ibu adik, saya berharap adik dapat bersabar.

(Wati menghampiri ibunya yang terbaring di katil hospital) Puan Rokiah: Sini nak, mak tahu masa mak dah nak sampai. Berubahlah nak, mak sayangkan kamu nak. Jadilah orang yang berguna.

Wati: (Sambil menangis) ibu tak boleh tinggalkan Wati. Wati tak ada sesiapa di dunia ni. Wati hanya ada mak sahaja. Mak jangan tinggalkan Wati. Wati minta ampun mak. Ampunkan dosa Wati mak. Puan Rokiah: Jangan menangis Wati, mak dah lama ampunkan dosa kau nak. Tapi ingatlah pesan terakhir mak, jaga diri mu baik-baik mak. Pilihlah jalan yang diredai Allah.

(Sambil menangis Wati memeluk erat tubuh kaku ibunya) Puan Rokiah: Jaga diri baik-baik nak..(menghembuskan nafas terakhir)

(Wati menangis teresak-esak sambil menggoncang-goncangkan tubuh kaku ibunya)

Anda mungkin juga menyukai