Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
E5105/UNIT 3/1
UNIT 3
PEMACU ELEKTRIK
OBJEKTIF
Objektif Am
Memahami takrifan pemacu elektrik dan mengetahui ciri-ciri motor yang berfungsi pada berbagai dayakilas dan kelajuan, garislengkung dayakilas kelajuan serta garislengkung arus kelajuan.
Objektif Khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : menakrifkan voltan / frekuensi diubah dalam keadaan praktiknya menerangkan kesan terhadap bentuk dan kedudukan garislengkung dayakilas kelajuan membuat kiraan bagi kedudukan baru garislengkung dayakilas kelajuan bagi lain-lain nilai voltan / frekuensi melakarkan kedudukan baru garislengkung dayakilas kelajuan bagi lain-lain nilai voltan / frekuensi
PEMACU ELEKTRIK
E5105/UNIT 3/2
INPUT
3.0
PENGENALAN Asas kawalan motor elektrik adalah sama seperti peranti-peranti lain misalnya : i. ii. iii. solenoid lampu injap
Bagaimanapun, motor elektrik mempunyai ciri-ciri khusus seperti di bawah : a) b) Motor memerlukan momentary current surge sebanyak 5 hingga 10 kali ganda dari arus larian (running). Bergerak dari mara (forward) ke songsang (reverse) memerlukan perhatian khusus. Ini disebabkan pusuan arus dan sifat tekun (inertia) motor serta sifat tekun beban. Masa untuk mencapai kelajuan operasi dan memperlahankan motor sehingga berhenti perlulah diambil kira. Dalam banyak kes, untuk mengubah kelajuan motor, sistem kawalan mesti mengubah voltan masukan untuk arus terus atau mengubah frekuensi untuk arus ulangalik.
c) d)
3.1
TAKRIFAN UNTUK VOLTAN / FREKUENSI DIUBAH DALAM KEADAAN PRAKTIKNYA Apabila voltan dan frekuensi diubah, ia akan memberi kesan terhadap garislengkung kelajuan. Contohnya, jika voltan dan frekuensi ditambah nilainya dan garislengkung akan mendatar pada nilai daya kilas (Tm atau torque meter) yang ditetapkan atau nilai dayakilas yang ditentukan serta pada kegelinciran tertentu.
PEMACU ELEKTRIK
E5105/UNIT 3/3
Jika frekuensi elektrik pada stator motor aruhan diubah / dilaras, kadar putaran medan magnet akan berubah juga. Oleh itu titik tanpa beban untuk lengkuk dayakilas kelajuan turut akan berubah juga. Untuk memastikan arus permagnetan berada pada kadar yang sesuai (tidak berada pada kadar yang lampau), voltan talian yang digunakan haruslah dikurangkan juga (berkadar terus dengan pengurangan frekuensi). Jika tidak, besi pada motor akan berada pada keadaan tepu dan arus permagnetan akan menjadi terlampau tinggi. Jika voltan dilaras secara linear dengan frekuensi yang dikenakan, keputusan ciri dayakilas kelajuan akan diperolehi seperti Rajah 3.1 di bawah. Dayakilas
Tm
Sm (Speed meter)
Kelajuan
RAJAH 3.1
3.2
KESAN TERHADAP BENTUK DAN KEDUDUKAN GARISLENGKUNG DAYA KILAS KELAJUAN Untuk motor aruhan jenis sangkar tupai (squirrel-cage induction motor), bentuk lengkuk dayakilas kelajuan bergantung kepada voltan dan frekuensi yang diberikan pada stator. Jika frekuensi (f) ditetapkan, dayakilas adalah berkadar terus dengan kuasa dua voltan. Disamping itu, kelajuan segerak bergantung kepada frekuensi bekalan.
PEMACU ELEKTRIK
E5105/UNIT 3/4
Secara praktikal, bekalan voltan dan frekuensi dilaras dalam kadaran yang sekata (linear) untuk memastikan fluk dalam sela udara adalah malar. Sebagai contoh, jika voltan digandakan dengan faktor dua, frekuensi juga digandakan dua kali. Dalam keadaan ini, bentuk lengkuk dayakilas kelajuan adalah masih sama tetapi kedudukannya akan diubah sepanjang paksi X mengikut frekuensi. Rajah 3.2(a) di bawah menunjukkan bentuk lengkung dayakilas kelajuan sebuah motor aruhan tiga fasa jenis sangkar tupai 11 kW, 460 V, 60 Hz di mana pada kelajuan beban penuh adalah 1725 p.p.m. (pusingan per minit) dan dayakilas beban penuh adalah 60 N-m (newton meter) manakala dayakilas maksimum adalah 160 N-m dan arus rotor berkunci (tidak bergerak) adalah 80 N-m.
RAJAH 3.2 (a) :Lengkung dayakilas kelajuan bagi motor aruhan sangkar tupai (Sumber : Electrical Machines, Drives, and Power Systems, Page 445)
PEMACU ELEKTRIK
E5105/UNIT 3/5
RAJAH 3.2 (b) : Lengkung dayakilas kelajuan pada tiga frekuensi yang berbeza (Sumber : Electrical Machines, Drives, and Power Systems, Page 445) Jika kedua-dua voltan dan frekuensi dikurangkan sebanyak satu per empat () daripada asal iaitu 115 V dan 15 Hz, lengkuk dayakilas kelajuan akan digerak ke arah kiri. Pada masa ini, lengkuk tersebut akan memintas (memotong) paksi X pada kelajuan segerak 450 p.p.m. sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 (b) di atas. Mengikut formula : Ns = = ATAU 120 f / P 450 p.p.m. 450 p.p.m = 120 (15) / 4
Jika kedua-dua nilai voltan dan frekuensi ditingkatkan sebanyak 50% (690 V, 90 Hz), lengkuk tersebut akan dianjak ke arah kanan dan memotong paksi X pada kelajuan segerak selaju 2700 p.p.m.
PEMACU ELEKTRIK
E5105/UNIT 3/6
Disebabkan oleh bentuk lengkuk dayakilas / kelajuan berada pada bentuk yang sama pada semua frekuensi, maka dayakilas yang dihasilkan oleh motor aruhan tersebut adalah sama apabila kelajuan kegelinciran (dalam p.p.m.) adalah sama. 3.3 PENGIRAAN BAGI KEDUDUKAN BARU GARISLENGKUNG DAYAKILAS KELAJUAN BAGI LAIN-LAIN NILAI VOLTAN / FREKUENSI Contoh 3-1 Motor aruhan sangkar tupai tiga (3) fasa, 10 kuasa kuda (k.k.), 575 V, 1750 p.p.m. (pusingan per minit), 60 Hz menghasilkan dayakilas sebanyak 110 N-m (newton meter) pada kelajuan 1440 p.p.m. Jika motor diuja pada frekuensi 25 Hz. Kira : a) dalam b) voltan stator yang diperlukan untuk mengekalkan fluk yang sama di mesin. kelajuan baru pada dayakilas 110 N-m.
Penyelesaian a) Voltan mestilah dikurangkan mengikut kadar frekuensi. E = (25 / 60) x 575 = 240 V Kelajuan segerak Ns =
b)
(120 x 60) / 4
1800 p.p.m.
Maka kelajuan kegelinciran pada dayakilas ialah : N1 = Ns - Nr = 1800 1440 = 360 p.p.m. Kelajuan segerak pada kelajuan 25 Hz ialah : Ns = (25 / 60) x 1800 = 750 p.p.m
Kelajuan yang baru pada 110 N-m ialah : N = 750 - 360 = 390 p.p.m.
PEMACU ELEKTRIK
E5105/UNIT 3/7
3.3.1 KEDUDUKAN BARU GARISLENGKUNG DAYAKILAS KELAJUAN BAGI LAIN-LAIN NILAI VOLTAN / FREKUENSI
Dayakilas
575 V, 60 Hz
Kelajuan
Dayakilas
240 V, 25 Hz
Kelajuan
AKTIVITI 3(A)
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN PENILAIAN KENDIRI. SILA SEMAK JAWAPAN DIRUANGAN MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA
3.1
3.2
Nyatakan kesan terhadap garislengkung dayakilas kelajuan jika voltan dan frekuensi diubah dalam keadaan praktiknya.
3-3
Motor aruhan sangkar tupai tiga (3) fasa, empat (4) kutub dengan kadaran 208 V, 60 Hz. Dikehendaki motor berpusing pada kelajuan tanpa beban pada 225 p.p.m untuk mengekalkan fluk yang sama dalam ruang udara. Jika motor diuja pada frekuensi 75 Hz, Kira : i. voltan yang diperlukan oleh stator. ii. kelajuan baru pada dayakilas 225 N-m.
PEMACU ELEKTRIK
E5105/UNIT 3/9
3.1
3-2
3-3
i.
Voltan mestilah dikurangkan mengikut kadar frekuensi. E = (75 / 60) x 208 = 260 V
ii.
Maka kelajuan kegelinciran pada dayakilas ialah : N1 = Ns - Nr = 1800 225 = 1575 p.p.m.
Kelajuan segerak pada kelajuan 75 Hz ialah : Ns = (75 / 60) x 1800 = 2250 p.p.m
Kelajuan yang baru pada 225 N-m ialah : N = 2250 - 1575 = 675 p.p.m.
PEMACU ELEKTRIK
E5105/UNIT 3/10
PENILAIAN KENDIRI
JAWAB SEMUA SOALAN. SEMAK JAWAPAN PADA MAKLUMBALAS YANG DISEDIAKAN. JIKA ADA MASALAH, MATAPELAJARAN. SILA RUJUK PADA PENSYARAH
SOALAN 3-1 Lakarkan garislengkung dayakilas kelajuan bagi sebuah motor aruhan jika voltan dan frekuensi adalah linear.
SOALAN 3-2 i. Nyatakan kesan pada garislengkung dayakilas kelajuan jika voltan dan frekuensi dikurangkan nilainya. Nyatakan kesan pada garislengkung dayakilas kelajuan jika voltan dan frekuensi ditingkatkan nilainya.
ii.
SOALAN 3-3 Motor aruhan sangkar tupai tiga (3) fasa, empat (4) kutub, 440 V, 50 Hz akan menjanakan dayakilas sebanyak 100 N-m pada kelajuan 1200 p.p.m.. Jika bekalan frekuensi stator dikurangkan sebanyak separuh (50%).
Kira : i. ii. iii. bekalan voltan stator yang diperlukan untuk memastikan nilai fluk yang sama pada motor tersebut. kelajuan baru pada dayakilas 100 N-m. lakarkan kedudukan baru garislengkung tersebut.
E5105/UNIT 3/11
PEMACU ELEKTRIK
SOALAN 3-1
Dayakilas Tm
Sm SOALAN 3-2 i.
Kelajuan
Garislengkung tersebut akan teranjak ke kiri dari garislengkung dayakilas kelajuan yang asal. Garislengkung tersebut akan teranjak ke kanan dari garislengkung dayakilas kelajuan yang asal.
ii.
SOALAN 3-3
i. ii. iii.