Anda di halaman 1dari 1

SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN 1. Semua pelajar akan melibatkan diri sekurang-kurangnya 1 kali permainan. TIUB BELON 1.

Perlawanan ini melibatkan 10 orang peserta. 2. Belon disediakan sebanyak 10 biji dan semua peserta/pelajar melibatkan diri. Mana- mana kumpulan yang ahlinya seramai 9 orang maka salah seorang peserta akan bermain sebanyak 2 kali. 3. Belon ditiup sehingga meletup dan peserta akan berlari semula ke arah kumpulan masing- masing 4. Kumpulan yang terpantas menghabis dan meletupkan belon dianggap pemenang. PASING GELANG GETAH MENGGUNAKAN STRAW 1. Perlawanan ini melibatkan 13 orang peserta. 2. Peserta yang pertama akan mengambil gelang getah dan meletakkannya pada straw yang berada dimulut dan seterusnya menghantar gelang getah tersebut menggunakan straw kepada peserta berikutnya sehinggalah kepada peserta yang terakhir. 3. Tangan peserta hendaklah diletakkan dibelakang. 4. Gelang getah akan dihantar satu persatu kepada peserta berikutnya. 5. Gelang getah akan dikumpulkan dibelakang kumpulan masing- masing. 6. Kumpulan yang terbanyak menggumpulan gelang getah tersebut merupakan juara. * Mana- mana kumpulan yang melanggar peraturan akan dibatalkan permainan. MENCARI GULA- GULA DALAM TEPUNG 1. Perlawanan ini melibatkan 10 orang peserta. 2. Gula- gula disediakan sebanyak 10 biji dan tersimpan di dalam pinggan yang berisi tepung gandum. 3. Peserta pertama akan berlari kehadapan dan meniup tepung tersebut dan mengambil hanya sebiji gula-gula. 4. Setelah mendapat gula-gula peserta tadi akan berlari semula ke arah kumpulan masing- masing dan meletakkan gula- gula di hadapan kumpulannya. 5. Seterusnya peserta ke-2 akan berlari ke arah pinggan tepung tadi dan mengulangi proses yang sama sehinggalah kepada peserta yang ke-10. 6. Kumpulan yang terpantas menggumpul kesemua 10 biji gula- gula tersebut adalah pemenang. * Mana- mana kumpulan yang melanggar peraturan akan dibatalkan permainan.

BALING DAN SAMBUT BELON BERISI AIR 1. Perlawanan ini melibatkan 10 orang peserta. 2. Masa pertandingan ditetapkan selama 3 minit. 3. Setiap kumpulan dibekalkan 10 biji belon yang berisi air. 4. Salah seorang peserta akan berdiri di tepi bekas belon yang disediakan di hadapan. Peserta ini merupakan pembaling belon. 5. Pembaling belon akan membalingkan belon itu kepada ahli kumpulannya yang berada di hadapan sekali dan hendaklah menyambut belon itu dengan cermat. 6. Belon yang selamat disambut akan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan. 7. Kemudian peserta yang seterusnya akan mengulangi proses yang sama sehinggalah masa tamat. 8. Mana- mana belon yang gagal disambut tidak akan diambil kira. 9. Belon yang gagal disambut hendaklah dihantar semula kepada pembaling belon untuk dibaling semula kepada ahli kumpulannya. 10. Lontaran dibuat sekali sahaja kepada peserta yang berada dihadapan. 11. Kumpulan yang berjaya memungut lebih banyak belon yang masih berkeadaan baik dianggap menjuarai pelawanan. * Mana- mana kumpulan yang melanggar peraturan akan dibatalkan permainan. JALAN MENGGUNAKAN SELIPAR GERGASI 1. Perlawanan ini melibatkan 7 orang peserta. 2. Setiap kumpulan dibekalkan sepasang selipar gergasi 3. Kesemua peserta dikehendaki menyarungkan kaki masing- masing ke dalam selipar tersebut dan tidak boleh ditanggalkan. 3. Peserta ke-2 dan seterusnya akan memegang pinggang peserta dihadapan mereka. 4. Peserta dihadapan akan menjadi ketua kumpulan yang akan memberi arahan/ teknik masing- masing untuk mempermudahkan perjalanan mereka secara serentak dalam satu pasukan. 5. Kesemua ahli kumpulan dikehendaki bergerak pantas menuju garisan penamat. 6. Mana- mana kumpulan yang rebah masih boleh meneruskan perlawanan. * Mana- mana kumpulan yang terpantas untuk sampai ke garisan penamat dianggap sebagai juara. LARI DALAM GUNI 1. Perlawanan ini melibatkan 6 orang peserta. Ahli kumpulan akan dibahagi kepada 2 kumpulan ( 3 sebelah ). 2. Setiap kumpulan akan disediakan sehelai guni. 3. Peserta pertama dikehendaki masuk ke dalam guni dan berlari pantas ke arah peserta pertama kumpulan ke-2. 4. Kemudian peserta pertama kumpulan ke- 2 pula akan masuk ke dalam guni itu dan berlari pantas ke arah peserta ke-2 kumpulan pertama sehinggalah kepada peserta yang terakhir. 5. Mana- mana peserta yang jatuh / rebah masih boleh meneruskan perlawanan masing- masing. * Kumpulan yang terpantas dan melibatkan 6 orang peserta bermain dianggap pemenang. TARIK TALI 1. Perlawanan ini melibatkan 10 orang peserta.

Anda mungkin juga menyukai