Anda di halaman 1dari 13

PENGANTAR PENDIDIKAN

Disediakan oleh: Mohd Aqmal Nurhaqim Bin Ramli Dzulfadli bin Dzulkefli

Menurut

kamus dewan (1997), permuafakatan ialah sesuatu yang melibatkan proses perundingan, persetujuan atau permesyuaratan. Komuniti pula adalah sebuah masyarakat kecil yang ditempatkan dalam sesuatu kawasan dan ditadbir oleh kerajaan tempatan.

Pendidikan

ialah proses pemberian ilmu kepada manusia dan dalam konteks sekolah kepada kanak-kanak. Menurut Covey (1990) terdapat 3 faktor yang mempengaruhi seseorang iaitu faktor genetik, faktor psiko dan faktor persekitaran. Faktor persekitaran merupakan elemen yang ada kaitan dengan permuafakatan yang melibatkan komuniti pendidikan.

1.

2. 3.

4. 5.

Sekolah terdiri dari kumpulan manusia iaitu Guru Besar/ Pengetua, guru-guru, kakitangan dan murid Semua anggota berinteraksi dalam kawasan sekolah yang sama. Guru Besar/pengetua, guru-guru, kakitangan dan murid menjalankan tugas masing-masing mengikut peranan yang ditetapkan dan saling berkaitan . Aktiviti anggota sekolah diatur mengikut budaya dan peraturan sekolah Setiap anggota sekolah bertindak dengan cara bersatu padu dan teratur mengikut sistem sosial yang dipersetujui.

 Memerlukan

setiap ahli komuniti memberikan pandangan dan pendapat dalam menjalankan tugas dengan tujuan untuk membolehkan sesebuah mempertingkatkan prestasi pencapaian murid.  Mengenal pasti arah tujuan kemajuan sekolah, membuat perancangan selaras dengan tindakan-tindakan yang perlu untuk mencapai objektif komuniti.

Rakan

kongsi perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana usaha sama. Menurut shed Idrus & Musa Muhammad Radzi, sekolah adalah satu institut yang diwakili oleh 3 masyarakat iaitu sekolah, masyarakat dan agensi masyarakat. Kewujudan kerjasama ini boleh menghasilkan tercapainya tujuan atau kepentingan bersama.

Tujuan dan kepentingan sama yang akan wujud: Pencapaian akademik dan pendidikan murid Pembentukan akhlak dan kesedaran tanggungjawab masyarakat terhadap masyarakat Kesedaran terhadap alam pekerjaan dan masalah yang berkaitan Kesedaran terhadap masalah penduduk.

Melihat

keadaan masa depan yang mencabar Tanggapan pendidikan hanya berperanan sebagai institusi pendidikan formal Menganggap sekolah hanya dalam lingkungan kawasan pagarnya sahaja Sekolah dan masyarakat boleh saling berkongsi sumber Sekolah adalah kemudahan masyarakat Pendidikan adalah tanggungjawab bersama Pendidikan itu sistematik dan sepanjang hayat

1.

2.

3.

Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk manusia yang sanggup berfikiran kritikal dan mempunyai daya kreatif. Latihan bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor Sekolah juga memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk melanjutkan perkembangan masyarakat. Sekolah juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid mengikut aliran dan kehendak masyarakat.

4. Sekolah juga menanam sikap, nilai dan sahsiah

yang sempurna, mematuhi peraturan masyarakat. 5. Sekolah juga sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan 6. Sekolah juga selamat dan menyeronokkan, suasana sekolah harus menggembirakan dan menyenangkan.

Masyarakat kecil dan komuniti adalah terdiri daripada sekumpulan manusia yang hidup bersama mengikut peraturan dan cara tertentu. Perhubungan sekolah dan komuniti adalah erat, malah saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara mereka. Pengaruh sekolah melandaskan kebudayaan masyarakat yang merangkumi agama, kepercayaan, norma, nilai, sikap, aspirasi dan wajaran kebijaksanaan. Sekolah diharap menjadi agen yang memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang. Ini bermakna sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan kualiti murid serta membawa pembaharuan semasa.

1. 2.

3. 4. 5.

Sekolah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Tanggungjawab sekolah ialah melahirkan pelajar mengikut keperluan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi sekolah masingmasing tetapi memberi peluang interaksi sosial antara palajar dan pihak sekolah demi memupuk persefahaman, toleransi, persahabatan, dan perpaduan khasnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti yang memupuk kerjasama dalam komuniti: Perjumpaan antara guru besar atau pengetua bagi bertukar pendapat mengenai pengurusan sekolah. Perjumpaan antara guru-guru untuk bertukar pendapat mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah dan kokurikulum. Kerjasama menggubal soalan peperiksaan, menjalankan kajian dan projek. Pertukaran kepakaran guru untuk latihan dan bimbingan. Kerjasama dalam penggunaan kemudahan sekolah dan alat-alat bantuan mengajar untuk aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Permuafakatan Komuniti dan Sekolah. Diakses pada 29 Jun, 2011, dari http://bakorlambok.tripod.com/workop2/pengantartopik7 .htm Nazri Kahar (2010 Januari 13) Perkongsian dalam Pendidikan. Diakses pada 29 Jun, 2011, dari http://uwartawan.blogspot.com/2010/01/perkongsian-dalampendidikan-komuniti_13.html Adnan Nordin (2001 Februari 9) Permuafakatan Pendidikan. Diakses pada 29 Jun, 2011, dari http://www.scribd.com/doc/2675316/p17638permuafakat an-pendidikan Azizi Jaafar (2010 Julai 7) Konsep Pendidikan. Diakses Pada 29 Jun, 2011, dari http://tapjip.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai