Anda di halaman 1dari 17

Sultan Abdul Hameed Kedua dan Kejatuhan Khilafah Islam

Muqaddimah
Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September 1842. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1918. Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah anak kedua kepada Sultan Abdul Majeed I (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Farsi disamping mengetahui bahasa Perancis. Beliau telah mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. (Muzakkarat (Diari) As-Sultan Abdul Hameed) Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.

Khalifah Abdul Hameed II


Pada 31hb. Ogos 1293Hijriyah (1876) , Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi Khalifah menggantikan abangnya, Murad V. Ummat memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hinggalah ke tahun akhir beliau memerintah iaitu 1909, beliau menetap di Istana Yildiz. Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah (Negara Islam). Para sejarawan gemar mengkaji dengan amat mendalam tentang perwatakan Abdul Hameed. Dia telah diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam hasil karya dan sajaknya. Di sini dipaparkan contoh sajak tulisannya yang telah diambil daripada buku "Ayahku Abdul Hameed", hasil karya anak perempuannya, Aishah.

Terjemahan sajaknya, "Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz) dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa, Engkaulah Yang Mana Esa dan tiada yang lain Ya Tuhanku pimpinlah aku dalam masa kepayahan ini Ya Tuhanku tolonglah aku dalam masa yang genting ini".

Pelbagai cabaran yang dihadapinya


Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi adalah Midhat Pasha (1822-1885). Terdapat dakwaan bahawa Midhat adalah dari kaum Yahudi Dunnama, sama seperti Mustafa Kamal. Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran bapa saudaranya, Abdul Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah, Abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana Midhat Pasha amat terkenal pada masa itu. Abdul Hameed perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang cekap tetapi keras kepala orangnya. Midhat juga merupakan seorang Dunama anggota Freemason (Inthilaq, Mei 1994) Sultan Abdul Aziz telah menjadi Khalifah dalam tahun 1861 dan disingkirkan dalam tahun 1876. Empat hari selepas beliau disingkirkan, beliau telah meninggal dunia. Para sejarawan merasa pasti bahawa beliau mati syahid disebabkan angkara golongan Turki Muda yang telah berkumpul sebelum itu untuk membunuhnya dan kemudian membohongi rakyat dengan mengatakan beliau telah membunuh dirinya. Ketika pemerintahan Abdul Aziz, banyak kemajuan telah dicapai. Pasukan tentera Khilafah Usmaniyah membuat persiapan dengan segera untuk menjadi pasukan yang ketiga terkuat di dunia pada masa itu dan kekuatan tentera darat diperkuatkan hingga mencapai 700,000 orang tentera. Tentera Khilafah Usmaniyah menyusun kemunculan persenjataan askar dengan membina banyak sekolah yang penting contohnya sekolah yang mempersiapkan untuk peperangan ofensif dan defensif dan juga sekolah tentera (di peringkat menengah). Sultan Abdul Aziz juga telah melawat Mesir, Perancis, Britain dan Prussia. Tujuan kunjungan ke Eropah ialah untuk mempengaruhi Perancis supaya berpihak kepada Daulah Usmaniyah dan supaya Perancis tidak berpihak kepada Rusia dan juga bertujuan untuk menghimpunkan negara-negara Eropah untuk menentang Rusia. Pada zamannya juga terbit majalah al-ahkam al-adaliyah yang dikelolakan oleh Ahmad Jaudat Pasha dan juga dibukanya Terusan Suez. (Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh) Tidak lama kemudian, Britain mengusulkan diadakan persidangan di Istanbul yang dihadiri oleh para duta kuasakuasa besar dengan tujuan untuk mewujudkan perdamaian di rantau Balkan dengan memperkenalkan beberapa cadangan baru . Persidangan itu telah memaksa Khilafah Uthmaniyah untuk melaksanakan beberapa reformasi. Maka, Midhat Pasha telah menjalankan reformasi-reformasi domestik tersebut. Beliau mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 16 orang pegawai awam, 10 orang ulamak dan 2 orang pegawai tentera berpangkat tinggi. Beliau mempertanggungjawabkan kepada jawatankuasa itu tugas untuk merangka perlembagaan negara. Setelah mengharungi pelbagai masalah, jawatankuasa itu akhirnya meluluskan draf perlembagaan yang mendapat inspirasi dari perlembagaan negara Belgium. Ia dikuatkuasakan di bawah tajuk Qanun Assas (iaitu

Undang-undang asas) pada 23 Disember. Maka, ia menjadi perlembagaan rasmi negara iaitu perlembagaan negara Belgium dan dengan memberi pertimbangan terhadap beberapa aspek Islam, ia menjadi perlembagaan negara Islam. Pengisytiharan perintah khas diraja mengenai Qanun Asasi itu dilakukan dalam tahun 1876. Suatu perhimpunan diadakan pada petang hari pengisytiharan itu di kediaman Midhat Pasha bukan untuk membincangkan tentang urusan negara tetapi untuk berpesta minum arak dan mereka yang menghadiri pesta itu membuat bising akibat mabuk. Midhat Pasha juga dalam kemabukan dan beliau memang dikenali sejak zaman mudanya lagi sudah lazim minum arak.(halaman 58, Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh) Oleh kerana perlembagaan itu dikira sebagai sistem demokrasi iaitu undang-undang kufur dan sebagai sistem demokrasi yang bercanggah dengan Islam dan oleh kerana undang-undang itu sendiri bertentangan dengan Islam, jika ia dilaksanakan, pelaksanaannya bermakna penghapusan sistem Khilafah dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara Eropah lain seperti Belgium yang mempunyai perlembagaan yang menjadi sumber perlembagaan. Maka, perlembagaan itu tidak dilaksanakan dan Abdul Hameed, para ulamak serta tokohtokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah mula mengelak dari melaksanakan perlembagaan itu dan mengelak dari memenuhi desakan kuasa-kuasa besar. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul Qadim Zallum) Midhat telah disokong oleh golongan yang berpengaruh dalam Majlis Syura. Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya meluluskan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka. Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan tetapi mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kekalahan disebabkan daripada peperangan tersebut yang tidak dirancang dengan baik. Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut. Daulah Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan. Abdul Hameed juga dapat mengesan tipu helah dan permusuhan Britain. Beliau juga mendapati bahawa Britain telah menghubungi pegawai-pegawai Khilafah. Midhat Pasha sering berurusan dengan Britain dan beliau adalah orang yang mendalangi dasar untuk bergantung kepada negara-negara Barat. Konsul British di Beirut menghantar telegram ke London pada 28 Julai 1880 mengatakan, "Risalah-risalah pemberontakan telah tersebar, Midhat Pasha didakwa menjadi puncanya, sementara itu keadaan masih tenang, laporan terperinci akan diposkan". Kuasa-kuasa besar khasnya Britain berusaha gigih untuk menghancurkan Khilafah dan mereka berusaha untuk mempastikan pelaksanaan perlembagaan sekular yang didrafkan oleh Midhat Pasha. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul Qadim Zallum) .Abdul Hameed menggunakan pertelingkahan di antaranya dengan Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu Midhat. Midhat dibicarakan di sebuah taman dalam Istana Yildiz dalam tahun 1881. Beliau telah didakwah kerana mengatur pembunuhan Sulan Abdul Aziz. Ibu Sultan Abdul Aziz turut menjadi saksi dalam perbicaraan itu. Akhirnya, Midhat didapati bersalah dan dipecat dalam bulan Februari 1877. Midhat telah dibuang negeri ke Eropah. Ada sumber yang mengatakan beliau dibuang negeri ke Taif, di selatan Makkah. Rakyat dan ahli politik menyambut baik langkah itu. Seterusnya Abdul Hamid mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara Daulah Islam Uthmaniah. Melalui kebijaksanaannya, dia telah mampu meramalkan bahawa revolusi komunis akan berlaku di Rusia dan ia akan membuatkan Rusia lebih kuat dan lebih merbahaya. Pada masa itu rantau Balkan yang merupakan sebahagian daripada Daulah Islam Uthmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu Rusia dan Austria. Abdul Hameed cuba untuk membangkitkan penduduk rantau Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal dihadapi. Dia hampir berjaya membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan tetapi bila perjanjian mencapai peringkat akhir, empat buah negeri Balkan mengambil keputusan yang berasingan dan mengenepikan Daulah Islam Uthmaniah. Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia . Dengan bantuan kewangan Barat, dalam tahun 1878 rantau Balkan mendapat kemerdekaan (Daulah Islamiyah, Taqiyuddin an-Nabahani). Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ia melibatkan usaha dari dalam dan dari luar Negara Islam. Pada sangkaannya beliau berjaya menghapuskan sepenuhnya ancaman dari dalam selepas menyingkirkan Midhat Pasha dan orang-orangnya tetapi dia berhadapan pula dengan Awni Pasha, Ketua Majlis Para Menteri (Alsadr Alazam ) dan juga salah seorang Ketua Tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah daripada Britain dan terlibat dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed. Awni Pasha cuba mengheret Daulah Islam Uthmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui jika peperangan berlaku, Rusia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro, Itali dan Perancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas. Awni Pasha telah memberi maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa terdapat 200,000 orang askar yang bersiap sedia tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan daripada Jeneral yang lain dan mendapati hanya ada 30,000 orang askar, untuk menghadapi lebih 300,000 orang askar musuh. Pada masa itu, rakyat menyukai Awni dan Abdul Hmeed tidak boleh menyingkirkannya daripada jawatan kerana itu akan membahayakan kestabilan dalaman Daulah Islamiah. Kuasa-kuasa Barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi Khilafah Uthmaniah dengan sokongan daripada empat buah negara Balkan (Romania, Serbia, Montenegro,Austria-Hungari). Akibatnya, Bosnia dan Greek terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah. Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummah menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap dakwaan-dakwaan di dalam komplot menentang Daulah Islam Uthmaniah dan membantu kuasa luar seperti England.

Perancangan Jahat Yahudi untuk Menghancurkan Khilafah


Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) tidak dapat dielakkan. (Gelaran Orang Sakit Eropah telah diberikan oleh pemerintah Rusia, Tsar Nicholas 1 dalam tahun 1833) Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya dan tidak ketinggalan juga Yahudi. Orang-orang Yahudi yang menjadi warga Daulah Islamiah adalah pelarian daripada negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Portugal selepas pemerintah Islam di Andalus dikalahkan oleh tentera Kristian dan seterusnya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap orang-orang Islam dan Yahudi. Di bawah undang-undang yang kejam yang dilaksanakan oleh raja-raja kristian di Sepanyol, lebih dari 4,000 orang Yahudi telah dibunuh di bandar Seville sahaja dalam bulan Jun 1391. Dalam bulan April 1482, orangorang Yahudi dikenakan perintah berkurung di penempatan mereka dan tidak dibenarkan sama sekali tinggal di luar. Pada bulan Mac 1492, suatu perintah dikeluarkan yang mengarahkan orang-orang Yahudi di Sepanyol sehingga 31 Julai untuk menerima agama kristian atau diusir keluar dari Sepanyol. Dianggarkan 50,000 Yahudi memeluk kristian dalam keadaan dipaksa akibat perintah itu dan antara 165,000 dan 400,000 Yahudi dipaksa meninggalkan Sepanyol tanpa dibenarkan membawa barang-barang kepunyaan mereka. Yahudi melarikan diri ke Daulah Islamiah. Mereka menyadari bahawa Daulah Islamiah melaksanakan undangundang Allah SWT, menjamin perlindungan, keamanan dan kemakmuran ke atas mereka . Umat Islam menyambut kedatangan mereka dan membantu mereka menetap dalam Daulah Islamiah serta mengambil berat terhadap mereka. Layanan ke atas Yahudi oleh Daulah Islamiah menarik minat Yahudi dari seluruh Eropah barat untuk berhijrah. Seorang sejarawan mengatakan,Dalam tempoh masa yang pendek, ketika kekejaman pasukan salib (kristian) mencapai kemuncaknya, sebuah dunia baru yang gemilang telah terbuka kepada mereka di bawah sinaran perak bulan sabit (Daulah Islamiah) yang berkilauan. Sejumlah masyarakat Yahudi yang besar di Istanbul, bekas ibukota Khilafah Uthmaniyah menjadi saksi kepada penghijrahan secara besar-besaran yang berlaku dalam Khilafah malah Khalifah pada ketika itu menggambarkan kekejaman orang-orang Sepanyol sebagai tindakan bodoh dan sebagai memperkayakan wilayahku. (Political Views On Palestine, Abu Ghazi) Malangnya, mereka telah mengkhianati perlindungan yang diberikan oleh Khilafah. Israel sebagai 'tanah air' bangsa Yahudi dengan lambang 'David Star' berdiri secara rasmi pada 1948 dengan sokongan PBB sepenuhnya. Tetapi secara tidak rasmi, mereka sudah merencanakan untuk mendapatkannya kembali selepas tanah Palestin dimiliki umat Islam sejurus penaklukannya pada zaman Umar ibn al-Khattab pada 13 Hijrah. Ia dikuasai bangsa Eropah selama tujuh abad bermula dari 63 Masehi (Ibn Katsir, Al-Bidayah wa an-Nihayah, jld 12). Ada tiga tempat pilihan bagi Yahudi Eropah untuk dijadikan tanah air tempat berdiri negara mereka yang dijanjikan Eropah sebagai kuasa dunia ketika itu iaitu Palestin, Uganda di Afrika dan Surinam di Amerika Latin. Dengan pelbagai pertimbangan di antaranya tanah asal mereka, akhirnya mereka memilih Palestin. Mengenai percubaan hijrah bangsa Yahudi ke Palestin atau Sina dari Eropah, sudah banyak dicatat sejarah Islam bermula dengan larangan penghijrahan berkenaan oleh Khalifah Salim al-Awwal dari Khilafah Othmaniah pada 1517 Masehi. Ia diikuti anaknya Sulaiman pada 1566. Sultan Abdul Hameed mengetahui perancangan jahat Yahudi. Ketika Yahudi Russia mahu berhijrah ke Palestin dalam tahun 1882, Persatuan Rakan-rakan Zion membuat permohonan kepada majlis Uthmani di Rusia untuk menetap di Palestin. Ia dihalang oleh Sultan Abdul Hamid II bahkan beliau mengisytiharkan larangannya secara umum pada 28 April tahun itu juga dengan mengatakan: Dengan ini Khilafah Uthmaniyah mengisytiharkan kepada semua Yahudi yang berniat untuk berhijrah ke Turki bahawa mereka tidak akan dibenarkan tinggal di Palestin. Larangan ini dibantah oleh Duta Besar Amerika ke Othmaniah bahkan beliau meminta dibatalkan. Yahudi semakin marah dan mereka mula menghantar beberapa delegasi untuk menemui Abdul Hameed tetapi setiap delegasi pulang dengan tangan kosong malah setiap delegasi diberi tamparan lebih hebat jika dibandingkan dengan delegasi sebelumnya. Pada tahun 1895/6, sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) karangan Dr Theodore Hertzl (18691904) , seorang Zionis dari Hungary, diterbitkan demi memadamkan api anti-Yahudi di Eropah.Dalam buku itu beliau berhujjah bahawa orang-orang Yahudi mesti mempunyai negara sendiri yang menerima kedatangan semua Yahudi dari negara-negara yang menolak atau menindas mereka. Yahudi mengadakan persidangan pertama di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897 demi meletakkan batu asas penubuhan negara Yahudi di Palestin. Persidangan itu berjaya diadakan hasil penat lelah Herzl dan Weizmann dan dihadiri oleh 204 para jemputan. Dalam persidangan itu mereka memutuskan untuk menubuhkan Israel di Palestin. (Rujuk, sebagai contoh, Dr Jamal A Hadi, At-Tariq ila Bait alMaqdis, II/17-21. Buku ini mengandungi tiga jilid dan cetakan pertamanya pada 1987. Ia adalah buku sejarah umat Islam dan penulisnya adalah profesor sejarah di Institusi Pengajian Tinggi di Mesir). (a) Theodore Hertzl : Pelopor Gerakan Yahudi (b) Buku yang ditulis olehnya (c) makamnya Selepas persidangan itu, pergerakan Yahudi menjadi semakin aktif dan ini menyebabkan Sultan Abdul Hameed mengeluarkan pengisytiharannya yang termasyhur dalam tahun 1900 untuk tidak membenarkan orang-orang Yahudi yang datang ke Palestin untuk tinggal lebih dari 3 bulan. Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua orang pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang menemui Abdul Hameed. Mereka menawarkan kepadanya untuk:(1) Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah yang berjumlah 23 juta pound emas Britain. (2) Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah untuk melindungi Khilafah yang menelan belanja 230 juta Franc emas. (3) 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam Uthmaniah.

(4) Membina sebuah universiti Uthmaniyah di tanah suci. Sebagai tukarannya: (1) Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu "untuk melawat tempat-tempat suci" (2) Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Al-Quds (Jerusalem). Abdul Hameed enggan menerima tawaran itu dan enggan berjumpa dengan mereka. Dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:"Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan. Perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Al-Quds (Jerusalem) menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Al-Khattab menakluk bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka. Pemerintah Othmaniah tidak akan berlindung di dalam istana yang dibuat dengan wang musuhmusuh Islam. Dia juga menberitahu mereka supaya pergi dan jangan datang semula untuk berjumpa dengannya. Pada tahun 1901 juga, Abdul Hameed mengeluarkan perintah melarang sebarang tanah di Palestin dijual kepada Yahudi. Tindakan Abdul Hameed ini menepati sabda Rasulullah SAW: Imam adalah perisai (pelindung) yang dibelakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan. Sultan juga malah memperketatkan peraturan Paspot Merah yang mempersulitkan kewujudan pendatangpendatang Yahudi di Palestin. (Majalah Inthilaq, 1994) Yahudi tidak berputus asa dengan Abdul Hameed, dalam tahun yang sama, iaitu 1902, pengasas pergerakan Zionis, Theodor Hertzl, mengetuai delegasi untuk mengunjungi Istanbul dan cuba untuk menemui Abdul Hameed. Dr Hertzl meminta Sultan Abdul Hameed menyerahkan Palestin kepada Yahudi dan sebagai mengenang jasanya, Yahudi akan memberinya 150 juta pound sterling. Ini adalah cubaan keduanya untuk mempengaruhi Abdul Hameed selepas cubaannya yang pertama dalam tahun 1896 menemui kegagalan. Abdul Hameed enggan untuk berjumpa dengannya. Maka mereka menemui Ketua Majlis Menteri, Tahsin Pasha dan mengemukakan cadangan mereka. Abdul Hameed menyuarakan ketegasannya melalui Ketua Majlis Menteri; " Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam, Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Islamiah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup" . Theodore telah melakukan enam kunjungan ke Istanbul dalam usahanya untuk membeli Palestin tetapi semuanya menemui kegagalan. Jawapan Khalifah Abdul Hamid dalam bentuk telegram kepada Theodore Hertzl (daripada Kongres Zionis Kedua) pernah diterbitkan oleh Hertzl dalam akhbarnya Die Welt. Beberapa perubahan dalam telegram itu dilakukan oleh editor akhbar tersebut sebelum ia diterbitkan. (http://www.abebooks.com/home/stillmanbooks/home.htm) Dengan penyertaan Yahudi dan Zionis dalam konflik itu maka barisan musuh semakin kuat. Hari-hari terakhir negara Uthmaniah telah hampir bermula. Wang Yahudi adalah satu aset yang penting untuk membiayai penghapusan Daulah Islam Uthmaniah bagi menubuhkan negara Zionis di Palestin iaitu negara yang sangat dikehendaki oleh Yahudi, walau apa jua pun risiko yang akan mereka hadapi. Catatan (Sedangkan zionisme politik bermula dari kedatangan orang-orang Yahudi-Arkenazim pada tengah abad ke-19. Selanjutnyua pada tahun 1881 berdiri gerakan Chovevei Zion (Pencinta Zion). Gerakan ini melakukan pemindahan orang-orang Yahudi Arkenazim ke Palestina, terutama pada tahun 1882-1884 dan 1890-1891. Upaya pemindahan Yahudi ke Palestina juga dibiayai oleh seorang pengusaha besar Baron de Rothschild. Lanjutan persidangan pertama Yahudi di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897, gerakan-gerakan Zionis disatukan di bawah bendera Pertubuhan Zionis. Mereka membentuk Jewish Colonial Trust, sebuah bank yang merupakan instrumen finansial bagi organisasi zionis. Tahun 1902 dibentuk perusahaan bagian dari Jewish Colonial Trust, yaitu Anglo-Palestine Company. Institusi lainnya ialah Jewish National Fund, yang dicetuskan oleh Hermann Schapira pada kongres pertama dan disetujui pada kongres keempat di London tahun 1900.) Selain strategi secara langsung menemui Khalifah Abdul Hamid dalam usaha untuk merampas Palestin, kaum Yahudi juga melancarkan strategi melalui gerakan Freemason. Gerakan ini mempunyai hubungan yang kuat dengan perkembangan pertubuhan Ittihat we Terrakki (IWT) (al-Ittihad wa al-Tarraqqi: Persatuan dan Kemajuan) yang berkembang amat pesat di Salonika Turki. Anggota-anggota jawatankuasa pertubuhan IWT itu dikenali dengan Turki Muda (Young Turks) yang berdampingan rapat dengan tentera dan banyak anggotanya yang merupakan orang Yahudi dan Cypto Yahudi Salonika. Untuk menjalankan aktiviti pertubuhan itu, mereka mendapatkan sokongan kewangan dari orang-orang Dunama iaitu sekelompok Yahudi yang memeluk Islam tetapi secara sembunyi tetap mempertahankan keYahudiannya (Amini, 1978, h. 125) (Inthilaq, 1994). Para anggota persatuan itu juga menekan

Khalifah supaya mengembalikan perlembagaan 1879 yang dirancang oleh Midhat Pasha seorang Dunama anggota Freemason. Mereka berjaya melakukan demikian hingga perlembagaan itu dikembalikan semula oleh Khalifah Abdul Hamid dan parlimen yang dibubarkan diwujudkan semula.

Peranan Negara-negara Barat Dalam Menghancurkan Khilafah


Yahudi juga meminta bantuan Britain untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Setelah Abdul Hamid II digulingkan pada 13 Mac 1909 maka perjalanan memudahkan penubuhan negara Yahudi di Palestin bermula apatah lagi dengan adanya revolusi Arab yang menentang Othmaniah pada 10 Jun 1916. Pada 2 November 1917 Arthur J Balfour, Menteri Luar Britain dengan persetujuan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Wilson menjanjikan kepada bangsa Yahudi tanah Palestin sebagai negara mereka kelak. Pada tahun 1917 itu juga, Britain berperang dengan Khilafah Uthmaniyah untuk merampas wilayah Gaza di Palestin. Janji Balfor di atas selari dengan kenyataan pemimpin komunis Rusia, Lenin, sebulan sebelumnya (minggu pertama Oktober) iaitu ketika dia berhasil meruntuhkan (pemerintah) kekaisaran Russia ketika dia berkata: "Wahai Yahudi, sesungguhnya kemenangan kita sudah semakin hampir. Pada hari ini kita telah memegang kekuasaan dunia dengan menguasai Russia. Sebelum ini, Russia adalah tuan kami dan sekarang mereka menjadi hamba kami." (Dr Abdullah Azzam, Hamas, 14). Maka bermulalah penghijrahan Yahudi ke Palestin dengan pelbagai kemudahan yang disediakan Eropah, Russia dan Amerika. Britain dan Perancis sejak lama lagi mahu menghancurkan Daulah Islam Uthmaniah, tetapi istilah Jihad masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh Eropah menggeletar. Eropah masih gerun terhadap Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah). Contohnya, Perancis pernah merancang mengadakan pementasan drama teater yang diambil dari hasil karya Voltaire (seorang pemikir Eropah) yang menghina Rasulullah SAW. Drama itu bertajuk Muhammad atau Kefanatikan dan disamping mencaci Rasulullah SAW, ia juga menghina Zaid dan Zainab. Sebaik sahaja mengetahui berita pementasan itu, Abdul Hamid memberi amaran kepada pemerintah Perancis melalui dutanya di Paris supaya memberhentikan pementasan drama itu dan mengingatkan akan kesan politik yang bakal dihadapi oleh Perancis jika ia meneruskan pementasan itu. Perancis dengan serta merta membatalkannya. Kumpulan teater itu datang ke England untuk merancang melakukan pementasan yang serupa dan sekali lagi Abdul Hamid memberi amaran kepada England. England menolak amaran itu dengan alasan tiket-tiket telah pun dijual dan pembatalan drama itu adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) rakyatnya. Perwakilan Uthmaniyah di England mengatakan kepada England bahawa walau pun Perancis mengamalkan kebebasan tetapi mereka telah mengharamkan pementasan drama itu. England juga menegaskan bahawa kebebasan yang dinikmati oleh rakyatnya adalah jauh lebih baik dari apa yang dinikmati oleh Perancis. Setelah mendengar jawapan itu, Abdul Hamid sekali lagi memberi amaran, Saya akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya akan isytiharkan Jihad al-Akbar (Jihad yang besar). Britain dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan kebebasan bersuara (freedom of speech) dan pementasan drama itu dibatalkan. Walau pun Khilafah Usmaniyah berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati di arena antarabangsa dan perkataan jihad menggerunkan kuasa-kuasa besar Barat. Abdul Hamid masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan umat Islam dalam urusan global. (Buletin Khilafah, Edisi 15, 23 Jun 1989, England & Ar-Raya, Jilid 3, Isu 4, Zul Qadaa April 1994). Kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan, Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun. Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898. Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai peculiarly electric quality disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316, Constantinople)

Peranan Negara-negara Barat Dalam Menghancurkan Khilafah


Walaupun Turki pada masa sedang tenat, tetapi kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan, Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun. Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898. Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai peculiarly electric quality disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316, Constantinople) Walau bagaimana pun atas pengaruh Yahudi, Britain berusaha untuk mengadakan persidangan untuk menyiasat masalah rantau Balkan, Khilafah Uthmaniyah dan reformasi-reformasi dalam Khilafah. Pada 13 Jun 1878, persidangan Berlin diadakan yang diaturkan oleh kuasa-kuasa besar iaitu Britain, Perancis, Rusia dan Jerman. Disraeli (bangsa Yahudi) adalah Perdana Menteri Britain pada masa itu dan dia mewakili Britain di persidangan itu. Bismark mewakili Jerman dan menyokong Khilafah Uthmaniyah dengan menentang Britain di sepanjang persidangan. Persidangan itu berjalan selama 4 minggu dan di akhir persidangan, beberapa resolusi dibentangkan dan di antaranya adalah mendesak Khilafah Uthmaniyah untuk memperkenalkan reformasi-reformasi moden ke atas sistemnya tetapi Sultan Abdul Hameed menolaknya dan menumpukan usahanya terhadap memperkukuhkan tenteranya untuk menghadapi Barat.

Beliau mengenepikan mereka yang melaungkan pergantungan terhadap negara-negara Barat dan yang melaungkan supaya diketepikan Islam dan dilaksanakan sistem Barat. Maka, golongan sekular terpaksa meninggalkan Khilafah dan mewujudkan markaz mereka di Paris, Perancis dan Geneva, Switzerland. Negara-negara Barat juga telah mengapikan dan membantu perjuangan penduduk Kristian di rantau Balkan supaya memerdekakan diri mereka dari Khilafah dan ini sudah tentu menggugat kesatuan Khilafah. Gerila-gerila yang memberontak terhadap Khilafah melancarkan taktif serangan provokatif terhadap penduduk Islam yang sengaja bertujuan untuk membuatkan Khilafah bertindak untuk mengekang pemberontak-pemberontak tersebut dan ini digunakan oleh negara-negara Barat untuk campur tangan. Banyak bukti boleh dibentangkan untuk membuktikan campurtangan barat dalam mengapikan pemberontakan. Contohnya sebuah surat dari Dr. Hamlin, pengasas dan Presiden pertama Kolej Robert di Istanbul. Surat bertarikh 23 Disember 1893 dan diterbitkan dalam buletin The Congregationalist of Boston (Amerika) menyebut : Seorang bangsa Armenia yang amat pintar dan fasih dan cekap berbahasa Inggeris sama seperti kebolehannya berbahasa Armenia. Beliau yang merupakan seorang yang kuat mempertahankan revolusi, memberi jaminan kepada saya bahawa mereka mempunyai harapan yang tinggi untuk mempersiapkan peluang bagi Rusia untuk memasuki Asia Kecil (Asia Minor) dan merampas rantau itu. Dalam jawapan balasnya kepada pertanyaan bagaimana perkara (campurtangan Rusia) boleh dilakukan, beliau berkata: Golongan Hintchakist yang telah diatur di kesemua bahagian Khilafah Uthmaniyah akan menunggu peluang untuk membunuh orang-orang Turki dan Kurd serta membakar perkampungan mereka. Seterusnya mereka akan berlindung di pergunungan. Kemudian orang-orang Islam yang marah (dengan perbuatan tersebut) akan bangkit dan bertindak balas terhadap orang-orang Armenia yang tidak membuat apa-apa untuk mempertahankan diri dan akan membunuh mereka dengan kejam hingga Rusia yang kononnya bertindak atas nama kemanusiaan dan tamadun Kristian akan bertindakbalas terhadap Turki dan menceroboh Turki. Apabila saya mengatakan kepada beliau bahawa rancangan ini adalah yang paling kejam yang boleh saya bayangkan, maka dia dengan tenang menjawab: Ya ia memang kelihatan begitu (kejam) kepada kamu tetapi orang-orang Armenia sudah membuat keputusan untuk membebaskan diri mereka . Eropah sendiri berminat untuk membiarkan kekejaman berlaku di Bulgaria untuk membolehkan mereka campur tangan membebaskan Bulgaria. Tanpa ragu lagi Eropah akan mendengar rayuan kami yang merupakan tangisan dan darah berjuta-juta wanita dan kanak-kanak. Bangsa Armenia telah mendirikan parti Hunchak dalam tahun 1887 di Geneva, Switzerland. Ia merupakan parti Marxis komunis dan terpengaruh dengan Rusia. Di Istanbul, ia merekruit sejumalah 700 orang anggota khasnya di kalangan orang-orang Armenia yang bekerja dengan syarikat-syarikat asing. Dalam tahun 1890, sebuah lagi parti revolusi Armenia didirikan di Tiflis yang dikenali sebagai Dashnak. Kedua-dua parti itu telah membunuh beberapa orang Armenia yang bertugas dengan Khilafah. Pada hari Ahad, 27 Julai 1890, suatu kekecohan berlaku di luar patriarchate Armenia di Kumkapi. Sebuah kumpulan revolusi Hunchak yang kebanyakannya datang dari Caucasus telah mengepung sebuah gereja, mengganggu Patriach dan membaca manifesto penentangan mereka terhadap Khalifah. Pembunuhan berlaku selepas itu dan ia merupakan serangan pertama terhadap umat Islam yang dilakukan oleh orang-orang Kristian di Istanbul sejak tahun 1453. Sesetengah orang Armenia memang mengharapkan supaya berlaku pembunuhan untuk membolehkan negara-negara barat campur tangan. Pada 25 Mac 1894, Patriarch sekali lagi dicederakan oleh sekumpulan pengganas muda Armenia di Kumkapi. Pada 18 September 1895, selepas persiapan yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya oleh jawatankuasa revolusi Hunchak, sejumlah 2,000 orang Armenia, yang bersenjatakan pisau dan pistol, berarak dari Kumkapi menuju ke istana sambil melaungkan kebebasan atau kematian! dan mereka menyanyikan lagu-lagu revolusi. Partriarch dipaksa mengikut perarakan itu. Mereka juga menuntut negara-negara barat campurtangan untuk membantu mereka. Sebelum itu pada 10 September 1895, sekumpulan orang Armenia telah menyerang bangsa Greek di Ortakoy. Beberapa pembunuhan berlaku di bahagian timur. Ini digunakan oleh negara-negara Barat untuk campurtangan. Duta-duta negara barat menghantar memorandum bantahan kepada Khalifah. Pada 26 Ogos 1896, kekejaman berlaku lagi di Istanbul. Anggota-anggota revolusi Armenia dari parti Dashnak melancarkan satu siri serangan bom yang telah dirancang dengan rapi di seluruh kota Istanbul khasnya di Galata dan Samatya. Kejadian paling dramatik berlaku pada pukul 1 petang. 25 orang Armenia yang menyamar sebagai porter merampas salah satu markaz kuasa di Istanbul iaitu pejabat utama Bank Uthmaniyah di Galata. Ia dipilih oleh orang Armenia kerana binaannya yang teguh akan membolehkan mereka menangkis sebarang kepungan dan kedudukannya sebagai pejabat kewangan akan mempastikan mereka mendapat publisiti meluas di Eropah. Setelah membunuh dua orang pekerja dan mengambil 150 orang pekerja dan pelanggan sebagai tebusan, mereka mengancam akan meletupkan bank itu kecuali jika permintaan mereka untuk mendapatkan autonomi di bawah perlindungan Eropah akan dipenuhi. Edgar Vincent, gabenor bank itu berjaya melepaskan diri dari pejabatnya yang terletak di tingkat atas melalui tingkap yang terletak di bumbung bangunan. Selepas berlaku perundingan yang lama, pengganas-pengganas itu dibenarkan meninggalkan Istanbul menggunakan kapal layar Vincent. Mereka kemudian menuju ke Marseilles dengan sebuah bot kedutaan Perancis dan kemudian dilepaskan. Rusia juga inginkan minyak yang banyak terdapat di kawasan yang didiami oleh sejumlah besar penduduk Islam. Salah satu harapan terbaik Rusia untuk menangkis penguasaan Amerika ke atas minyak dunia ialah dengan menguasai wilayah Baku. Menjelang tahun 1884, seluruh wilayah Tajikistan (yang majoriti penduduknya adalah Muslim) telah dirampas oleh Rusia dan ini melengkapkan penaklukan Rusia ke atas kawasan Asia Tengah yang kebanyakan penduduknya adalah umat Islam dan ini membolehkannya terus memenuhi permintaan minyaknya sehingga dekad ini. Sebelum rangkaian paip minyak dibina dalam kurun ke20 ini, minyak sampai ke bandar-bandar di Levant, Iran dan Asia Tengah melalui karavan unta, kuda dan kapal. Menjelang 1903, wilayah Baku membekalkan

separuh dari bekalan minyak dunia dan di sinilah syarikat Nobel Brothers Petroleum memodenkan prinsip penyulingan yang sebenarnya telah direka lebih awal dalam dunia Islam. Britain telah memutuskan untuk mengunakan polisi luarnya yang terpenting, "Pecah dan Perintah" (Divide and Rule). Ia mengapikan semangat nasionalisme dengan menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda. Apabila Turki Muda dan Arab Muda menjadi kuat di dalam Daulah Islam Uthmaniah, Britain tidak perlu berbuat apa-apa lagi, Turki Muda akan melakukan seterusnya. Mereka memulakan arus kebangsaan dan prasangka di kalangan warga Turki di dalam Daulah Islamiah. Sebagai tindakbalasnya bangsa Arab, Armenia, Kurd dan bangsa-bangsa lain membina jenama kebangsaan mereka sendiri. Masyarakat mula merasai bahawa mereka adalah sebahagian daripada bangsa mereka dan bukan sebahagian daripada warga Negara Islam. Contohnya ,seorang bangsa Inggeris dalam tahun 1880 mengatakan tentang kenyataan seorang bangsa Arab yang mengatakan, sikap tidak puas hati terdapat di kalangan orang-orang Arab di semua wilayah Khilafah Utsmaniyah. Beliau mengisytiharkan bahawa mereka bersedia untuk membebaskan diri mereka jika mereka mendapat bantuan daripada England... semua orang Islam yang tulen menganggap Sharif Makkah (agen Britain) sebagai pemimpin mereka. (h. 324, Constantinople) Ini merupakan detik-detik berakhirnya Negara Islam. Lieutenant-Jeneral Sir John Glubb yang juga digelar Glubb Pasha yang memimpin Arab Legion dari tahun 1938 hingga 1956 sendiri mengakui peranan nasionalisme dalam menghancurkan Khilafah. Dalam bukunya The Changing Scenes of Life-An Autobiography: Sir John Glubb, terbitan Quartet Books, halaman 54, beliau mengatakan, "Nationalisme adalah satu kecelakaan yang dibawa masuk dari Eropah. Khilafah Utsmaniyah telah memerintah berbagai bangsa selama beberapa kurun lamanya tanpa berat sebelah (kepada mana-mana bangsa). Kaum-kaum di Euphrates (Iraq) tidak mempunyai sentimen nasionalisme - bangsa Turki atau Arab semuanya pada pandangan mereka. Negara-negara Barat membuat perancangan yang rapi untuk memusnahkan Khilafah. Sebagai contohnya dalam telegram yang dihantar oleh duta Rusia di London kepada menteri luar negeri Rusia dalam tahun 1915 berbunyi, Pemerintah Itali menyokong pendapat pemerintah Rusia tentang pentingnya memisahkan pemerintahan Islam yang akan diwujudkan di Hijaz (Arab Saudi pada hari ini) dari Khilafah dan meletakkannya di bawah penguasaan mutlak Britain. Pemerintah Itali menyokong penuh usaha untuk merampas Khilafah dari orang-orang Turki dan menghapuskannya jika perlu. Dalam Perang Dunia Pertama, Negara-negara Arab berpakat dengan British dan Perancis menentang Daulah Islam Uthmaniah. Mereka kemudiannya dikhianati oleh Britain dan Perancis dan kemudiannya ditakluki. Negara-negara Barat juga meracuni pemikiran umat Islam supaya memberontak terhadap Khilafah dan menimbulkan keraguan tentang keupayaan (potensi) Islam dalam menangani berbagai masalah. Di antara pemikir-pemikir yang berjaya mereka racuni ialah Ziya Gokalp (1875-1924) iaitu seorang pemikir Turki. Bapa saudaranya banyak mendidik beliau dalam berbagai bahasa iaitu Turki, Arab dan Farsi disamping mengajarnya ilmu-ilmu yang lain. Di sepanjang kehidupan beliau, beliau cuba menanamkan di kalangan umat Islam tentang apa yang dianggap beliau kegagalan Islam dalam menyelesaikan masalah umat Islam dan beliau merasakan dengan meniru Barat sahajalah umat Islam dapat keluar dari masalah tersebut. Oleh kerana beliau dirasakan sebagai ancaman kepada umat Islam, beliau telah di arraigned dalam tahun 1897 dan kemudian dibuang ke tempat asalnya di Diyarbakir. Menjelang tahun 1908, beliau diiktiraf sebagai seorang penulis liberal yang pro-Barat dan menjadi pensyarah di kampungnya. Beliau menetap di Istanbul dari tahun 1912 hingga 1919. Ketika tempoh ini, beliau muncul sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan nasionaslime Turki yang menggunakan pendekatan Barat. Bapa sekular Turki, Mustafa Kamal kemudian melibatkan beliau dengan pergerakan nasionalisnya.

Usaha Sultan Abdul Hamid Dalam Pembangunan dan Kesatuan Umat


Sultan Abdul Hamid berpandangan bahawa tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan kita mempunyai mutu dan kekuatan yang membolehkan kita mencapai pemulihan yang sepenuhnya. Kita tidak mempunyai ramai rakan tetapi negara ini mestilah menjadi negara yang terbaik kerana banyak negara yang ingin merebutnya dan menjalankan dasar yang semata-mata untuk memburukkan kita sehingga kita mudah menjadi mangsa mereka. Beliau tekun menjalankan tugasnya sebagai pemimpin negara. Semua surat yang dikirim kepadanya dibacanya sendiri dan beliau menyusun sebarang dokumen dengan teratur hinggakan dikatakan beliau boleh mencari dokumen-dokumen tersebut dengan mudah walau pun dalam keadaan gelap. (h. 317, Contantinople) Beliau memerintah dengan baik dan sering berbincang dengan berbagai lapisan masyarakat, sama ada birokrat, intelektual mahu pun rakyat jelata. (Shaw, 1977). Sikapnya yang prihatin terhadap umat Islam membuatkan beliau popular. Penggalangan kekuatan umat Islam dan ketaatan mereka kepada beliau berhasil mengurangkan tekanan Eropah terhadap Khilafah Islam (Majalah Inthilaq, No. 7, Th. 2, 16 Mei 94, Jakarta). Ketua perkhidmatan Istana daripada tahun 1878 hingga kematiannya dalam tahun 1900 adalah Field Marshall Gazi Osman Pasha. Beliau adalah seorang yang kuat menentang negara-negara Barat dan juga merupakan seorang jaguh yang mempertahankan Khilafah ketika tentera Khilafah dikepung di Plevna. Dua orang anaknya telah mengahwini anak-anak perempuan Sultan Abdul Hamid. Setiausaha pertama Sultan adalah Sureyya Pasha, berbangsa Turki dan digantikan dalam tahun 1894 oleh seorang lagi bangsa Turki bernama Tahsin Pasha yang tekun bertugas dan taat kepada Khalifah. Tahsin Pasha tidak pernah bercuti selama 12 tahun dan ketekunannya bekerja membuatkan hanya menyadari ketibaan musim panas hanya kerana buah-buah strawberi dibawa kepadanya untuk dimakan. Di bawah kepimpinan Tahsin, 12 orang setiausaha yang merupakan graduan-graduan dari sekolah pentadbiran awam bekerja keras siang dan malam. Pejabat-pejabat khas dalam istana mentadbir hal ehwal Albania, rantau Balkan dan bekerjasama dengan tentera dan perisik untuk mengawai sebarang musuh-musuh Negara Islam.

Kakitangan istana Yildiz adalah dari berbilang kaum seperti bangsa Turki, Greek, Armenia, Arab, Jerman, Poland dan Itali. Alexander Karatheodory Pasha adalah orang Greek paling penting dalam istana. Beliau dilahirkan dalam tahun 1833, anak kepada Stephane Karatheodory, doktor Sultan Abdul Majid. Beliau bertugas sebagai penterjemah pertama kepada Sultan Abdul Hamid. Sultan Abdul Hamid memberi kepercayaan kepadanya dan menggambarkan Alexander sebagai seorang yang mempunyai bakat yang tinggi, bukan sahaja beliau seorang diplomat paling pintar dalam Khilafah tetapi yang paling pintar di Eropah. Alexander menetap dalam sebuah apartmen dalam istana Yildiz. Tuduhan yang mengatakan bahawa Khilafah Uthmaniyah hanya mengambil orang-orang Turki untuk memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan dan tentera adalah tidak tepat. Justin McCarth (h. 124) mengatakan, Beberapa tugas ketenteraan dikendalikan oleh askar-askara freeborn. Seluruh perkampungan bertindak sebagai pengawal-pengawal derbend. Tujuan mereka adalah untuk melindungi jalan-jalan utama, laluan-laluan pergunungan dan gudang-gudang perniagaan. Orang-orang kristian dan Islam memainkan peranan sebagai pengawal-pengawal derbend. Penulis Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh dalam bukunya Kebangkitan Orang Sakit (h. 32) mengatakan, Abdul Hamid mengambil orang-orang Arab sebagai anggota rombongannya, orang-orang Kurd sebagai penyokongnya dan orangorang Chechenia sebagai para pengawalnya. Banyak pengkaji-pengkaji sejarah yang mengira terdapat beratus-ratus orang Arab dalam tentera Khilafah Uthmaniyah. Selepas 1895, Ahmed Izzet al-Abid dari Damsyiq, Syria, dinaikkan pangkat dan menjadi setiausaha kedua dalam istana Yildiz. Pemimpin Zionis, Theodor Herzl, menggambarkan Ahmed sebagai seorang yang pintar. Beliau juga mengetuai sebuah lembaga yang bertanggungjawab untuk memperbaiki perbendaharaan. Salah satu pencapaian Sultan dan Ahmed ialah pembinaan landasan keretapi untuk membawa jemaah-jemaah haji dari Damsyiq ke Makkah. Dalam tahun 1872, pemerintah Belanda secara resmi telah mengarahkan konsulnya di Jedah di bawah Jabatan Luar Negeri supaya menghantar laporan perisikan ke Den Haag tentang jemaah haji dari Indonesia. Dari jabatan tersebut, laporan itu dikirimkan ke Jabatan Koloni yang selanjutnya melaporkannya ke Gabenor Jeneral. Tugas utama konsul ini, melalui informannya, ialah untuk mengawasi perkembangan di tanah jajahan Jawa (istilah umum di dunia Arab untuk semua orang dari daerah yang sekarang meliputi Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand, yang bermukim di Makkah. Namun lembaga ini tidak berhasil. Pegawai-pegawai Khilafah tidak mahu menyerahkan kembali orang ke Indonesia yang dianggap pemberontak oleh Belanda malah kalau ada orang dari Indonesia yang lari dari daerah pemerintahan Belanda ke Makkah (daerah bebas kafir), mereka sering diterima sebagai pahlawan dan ada yang diberi tunjangan (bantuan) dari Khilafah. (Republika, 15/3/2000; Snouck Hurgrinje, 1959: 1446-1509) Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan di dalam negaranya, dia telah membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada umum seperti pasar Hamedi, Istana Al-Azm di Damsyiq, Syria. Dia juga membina banyak masjid, tempat mandi umum, pasar-pasar dan hospital-hospital di Kaherah (Mesir) , Damsyiq, Sana (Yemen) , Baghdad (Iraq) dan bandaraya-bandaraya Islam yang lain. Khilafah Uthmaniah cuba untuk meniru sistem pendidikan Eropah tetapi gagal kecuali dalam dua bidang iaitu perubatan dan ketenteraan. Tentera Uthmaniah tidak selemah seperti yang disangkakan oleh masyarakat sekarang. Pasukan meriam Uthmaniah adalah yang terkuat di dunia. Angkatan Laut Uthmaniah terurus dengan baik dan berada di tempat yang ketiga terkuat selepas Britain dan Perancis. Jerman terlibat dalam proses mengukuhkan tentera Khilafah. Voi Moltke, pemimpin tentera Jerman dalam perang Jerman melawan Perancis telah diberi tanggungjawab untuk menyusun semula tentera Khilafah dan mengukuhkan bahagian timur Daulah Islamiah untuk menghadapi sebarang pencerobohan Rusia. Abdul Hamid juga mewujudkan pasukan gendarmarie di Macedonia. Banyak industri seperti pembuatan senjata, tenunan dan gula diwujudkan. Dalam tahun 1886, kilang sutera yang didirikan oleh bapa Sultan Abdul Hamid telah membuka kedainya sendiri di Grande Rue de Pera (h. 313, Constantinople). Pembukaan kedai itu juga menandakan terdapatnya pembaikpulihan (recovery) dalam pengilangan yang juga turut berlaku dalam industri-industri lain. Dalam tahun 1893, sebuah kilang china dibina di Istanbul. Di kilang itu, pakar-pakar dari Switzerland dan Perancis mengajar rakyat Khilafah tentang teknik-teknik untuk membuat dan melukis porcelain. Di Istana Yildiz terdapat makmal fotografi, perpustakaan dan bengkel pertukangan yang sering digunakan oleh Sultan Abdul Hamid di masa lapangnya. Beliau merupakan seorang tukang yang mahir dan telah mereka kerusi-kerusi untuk anak-anak perempuannya dan mencipta kayu-kayu untuk membolehkan askar-askar yang cedera berjalan. Dalam Istana Yildiz juga terdapat empat buah hospital, sebuah observatory, sebuah makmal farmasi, sebuah kilang percetakan, sebuah bengkel embroidery dan sebuah zoo. (h. 314, Constantinople). Menjelang tahun 1891, di Istanbul terdapat beberapa kilang membuat tekstil, fez, gunpowder, sutera, batu-bata, tile, kaca dan dua buah kilang gas.(h. 329, Constantinople) Rakyat berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan makmur di bawah pemerintahannya. Ini digambarkan oleh seorang pakar arkaelogi Barat, Karl Grafen Lanckoronski yang menjalankan penyelidikan di Antalya, Turki. Ulasannya tentang kunjungannya ke Antalya dalam tahun 1885 adalah seperti berikut: Di Adalia, 25,000 hingga 26,000 penghuni mendiami lebihkurang 4,500 buah rumah. Dari keseluruhan penduduk di situ, 7,000 terdiri dari bangsa Greek, 50 Armenia, 250 Yahudi dan majoriti selebihnya adalah orang-orang Islam bangsa Turki. Di kalangan orang-orang Islam terdapat juga bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain. Terdapat 10 buah masjid, 8 gereja Kristian, 1 gereja Armenia, 1414 kedai, 13 rumah tumpangan dan 13 tempat mandi umum yang dikenali sebagai Turkish baths. Masjid-masjid itu juga berfungsi sebagai sekolah dan di masjid-masjid itu 1,500 orang pelajar lelaki menerima pendidikan. Disamping itu, terdapat sebuah sekolah untuk 120 orang pelajar dan 6 buah institusi pengajian tinggi yang menampung 300 orang pelajar. Masyarakat Greek mempunyai sebuah institusi pengajian tinggi dan 2 buah sekolah untuk pelajar-pelajar lelaki, sebuah sekolah untuk pelajar perempuan dan sebuah lagi untuk kanak-kanak. Di kesemua sekolah ini, 450 orang pelajar lelaki dan 300 orang pelajar perempuan mendapat pendidikan. Bandar itu

juga mempunyai sebuah hospital Turki dan sebuah hospital Greek. (Risalah pelancongan mengenai Antalya, Turki, yang dikeluarkan oleh Antalya Golden Orange Art & Cultural Foundation, 1997). Sejak abad ke 16, ramai tenaga pengajar, penyair dan saudagar-saudagar bangsa Arab lebih gemar berada di Istanbul dari berada di Baghdad dan Kaherah (Mesir) (h. 322, Constantinople). Pengawal-pengawal Istana Yildiz juga terdiri dari berbilang bangsa yaitu Arab, Turki dan Albania yang ditempatkan dalam barrack di sekitar istana. Pengawal dalaman istana terdiri dari bangsa Albania yang tingginya mencapai enam kaki. Komander pengawal , Tahir Pasha, adalah berbangsa Albania. (h. 315, Constantinople). Abdul Hamid juga melantik pegawai-pegawai politik dari kalangan orang Arab. Beliau melantik seorang ulamak , Abul Huda, dari Aleppo, Syria, sebagai pengajar aqidah di istana Yildiz dan sebagai Rumeli kadiasker (ketua hakim untuk wilayah Eropah). Abul Huda menulis sejumlah 212 buah buku dan nasyrah (risalah) Islam. Syeikh Zafir al-Madani dari Tripolitania dipertanggungjawabkan dengan tugas penyebaran dan penyatuan umat Islam khasnya di utara Afrika. (h. 322, Constantinople) Beliau juga mengambil berat terhadap bidang pendidikan. Kolej-kolej yang sudah sedia wujud seperti Akademi Tentera (Harbiye), Kolej Ilmu Politik (Mulkiye) dan kolej perubatan (Taibiyye) diperbaiki sedemikian rupa hingga berjaya membentuk struktur yang kekal. Salah sebuah kolej termasyhur ialah Sekolah Perubatan Tentera Haydar Pasha yang telah direka oleh arkitek dari Itali bernama Raimondon dAroncon yang telah disiapkan dalam tahun 1895 di Istanbul. Bilangan pelajar bertambah dengan drastik. Selain dari kolej-kolej yang telah sedia wujud, 18 buah kolej telah dibina lagi dan universiti yang pertama di Turki telah dibina di Istanbul. Sekolah-sekolah rendah (Rutiye) telah dibina di setiap wilayah dan pendidikan peringkat sekolah menengah selama 7 tahun yang dikenali sebagai Idadi telah disediakan di pusat-pusat wilayah yang besar. Bilangan Kolej Latihan Guru-guru telah ditambah dari sebuah menjadi 31 buah. Graduan-graduan terbaik dari sekolah pentadbiran awam bertugas sebagai kakitangan di Istana Yildiz membantu menguruskan hal ehwal rakyat. Sebuah sekolah untuk kaum-kaum yang menetap di pedalaman telah dididirkan di Domabahce dalam tahun 1892. Ia bertujuan untuk membolehkan mereka menikmati kemakmuran dan perkembangan dalam ilmu dan peradaban serta mengukuhkan aqidah dan kefahaman mereka terhadap Khilafah Islamiyah. Selepas lima tahun belajar di Istanbul, mereka akan pulang ke tempat asal mereka sebagai guru atau pegawai. Anak-anak muda dari wilayah yang jauh seperti kepulauan Jawa, Maghrib, Iran dan Bulgaria telah diberi pendidikan dengan dibiayai sepenuhnya oleh Khilafah. (h. 323, Constantinople) Suatu lagi usaha penting yang dilakukan ialah dalam bidang akhbar dan penerbitan. Ketika pemerintahan Sultan Mahmud hanya 11 buah buku diterbitkan setiap tahun. Angka ini meningkat sehingga 285 di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid. Bilangan kilang-kilang percetakan meningkat daripada 59 menjadi 99 buah di bawah pemerintahannya. Penerbitan Ykdam dan Sabah mencapai angka 15,000 dan 12,000 masing-masing iaitu angka yang agak tinggi pada ketika itu. Banyak akhbar diwujudkan dan sebelum Perang Dunia Pertama; Mesir, Iraq dan Syria mempunyai lebih 1300 akhbar dan majalah. Abdul Hamid menggalakkan pembangunan komunikasi. Rangkaian landasan keretapi yang meliputi hanya beberapa ratus kilometer sahaja ketika dia baru dilantik menjadi Sultan telah ditambah menjadi 6,000 kilometer di akhir pemerintahan. Beberapa landasan menghubungi Istanbul dengan Eropah dalam satu arah dan dengan Hijaz dalam arah lain yang disiapkan oleh jurutera-jurutera dan pekerja-pekerja Muslim. Rangkaian telegraf telah dipertingkatkan hingga mencapai kawasan-kawasan pedalaman. Sistem jalan raya diperbaharui dan pelabuhan diperbesarkan. Landasan keretapi yang menghubungkan Damsyiq dengan Makkah untuk membawa para jamaah haji dibiayai oleh umat Islam seluruh dunia dan walau pun terdapat masalah untuk membinanya merentasi padang pasir, umat Islam berjaya menyiapkannya malah menjelang tahun 1908 landasan itu sudah menjangkau sehingga Madinah. Dalam tahun 1894, Abdul Hameed menghadiahkan satu salinan kajian pembangunan Khilafah kepada Perpustakaan Kongres. Kajian itu melibatkan lebih dari 6 studio fotograf. Kajian itu dikendalikan oleh pakar-pakar fotograf Sultan yang terdiri daripada 3 adik beradik bangsa Armenia yang menubuhkan sebuah firma bernama Abdullah Ferres di Istanbul. Kajian itu kelihatannya dirancang oleh Abdul Hameed sebagai gambaran pembangunan Khilafah untuk Ekspo Columbia Dunia dalam tahun 1893 tetapi akhirnya tidak dipamerkan. Kajian itu termasuklah gambar-gambar bersejarah tentang kejayaan dan pembangunan yang dilaksanakan semasa pemerintahannya seperti tentera yang disusun dan dilengkapi dengan sempurna, briged penyelamat dan bomba yang canggih, birokrasi kastam dan kehidupan di Istana. (Web page) Sultan Abdul Hamid juga telah mewujudkan sistem statistik paling tepat dalam sejarah Khilafah Uthmaniyah (h. 328, Constantinople) Pembangunan tersebut seolah-olah menunjukkan dalam sedikit masa sahaja ia memperlihatkan seperti Orang Sakit Eropah akan bangkit akhirnya tetapi sekutu-sekutu Barat memastikan Kesatuan Islam hancur dengan apa cara jua sekali pun. Penduduk minoriti bukan Muslim dalam negara Uthmaniah digunakan oleh Barat untuk membuat kacau dan mewujudkan ketidakstabilan terutamanya warga Kristian. Negara-negara Barat sering campur tangan ke dalam dasar dalaman Khilafah Uthmaniah atas alasan "Melindungi minoriti Kristian". Barat juga menyebarkan dakyah Kristian dalam dunia Islam dengan membina sekolah-sekolah Kristian dan gereja-gereja. Matlamatnya untuk memesongkan orang-orang Islam jauh dari Islam dan menyebarkan pemikiran-pemikiran dan tabiat sosial yang bercanggah dengan Islam. Banyak akhbar diterbitkan untuk tujuan yang sama,iaitu untuk meracuni pemikiran orangorang Islam dan mengembangkan idea-idea yang rosak dan konsep-konsep yang salah dikalangan mereka. Barat juga mahu membuatkan negara Uthmaniah sibuk menguruskan pelbagai masalah dan oleh itu sekali lagi ia memperalatkan golongan minoriti. Barat menggalakkan dan membiayai revolusi penentangan bangsa Armenia terhadap Khilafah Uthmaniah. England membantu kaum Druz dan Perancis membantu kaum kristian Maronit di Lubnan dan kedua-duanya terlibat dalam pertempuran yang besar dan ia diselesaikan dengan campurtangan tentera Uthmaniah. Semakin banyak masalah di antara orang-orang Islam dan Kristian berlaku dan pernah terjadi suatu ketika penduduk Islam di Damsyiq, Syria

hampir menghapuskan penduduk Kristian di Bandaraya itu. Tentera Uthmaniah campurtangan pada saat-saat akhir dan mengelakkan pembunuhan beramai-ramai berlaku.Era ini adalah pertempuran antara konspirasi Barat dan pertahanan tentera Abdul Hameed bersama orang-orang Islam yang taat setia. Pekara penting yang perlu dinyatakan adalah hutang Khilafah Uthmaniah, semasa Abdul Hameed mula berkuasa adalah 2528 juta Lira emas. Semasa dia disingkirkan daripada berkuasa, hutang negara hanya tinggal 106 juta Lira emas. Ini bermakna, dia telah mengurangkan hutang kepada 1/20 daripada nilai asalnya. Golongan Turki Muda yang mengambilalih kuasa selepasnya menaikkan semula hutang hingga menjadi 1300%. Pencapaian Abdul Hameed seperti ini mungkin memberikan gambaran bahawa dia tidak boleh membelanjakan untuk pembangunan tetapi ia tidak benar. Abdul Hameed mewujudkan talian faks diantara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki. Dia kemudian menghubungkannya dengan talian faks di Iran dan India. Dia berjaya mendapat pulangan modal projek hanya dalam masa dua tahun saja. Ini adalah disebabkan penggunaan secara meluas talian ini oleh mereka yang mengerjakan haji. Tenaga elektrik juga disalurkan ke beberapa buah kota seperti Izmir, Salonika dan Istanbul. Abdul Hameed menyedari bahawa hanya satu-satunya harapan untuk orang-orang Islam ialah dengan membentuk Kesatuan Islam yang utuh. Abdul Hameed berpandangan Barat akan cuba memecahbelahkan negara Islam dan kemudian berurusan dengan setiap wilayah (negara bangsa) secara berasingan seperti yang berlaku pada hari ini di mana umat Islam telah berpecah belah menjadi 50 buah negara. Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah melalui Kesatuan Islam. Abdul Hameed membuat keputusan untuk memperkenalkan kekhalifahan Uthmaniah sebagai pemimpin dunia Islam. Abdul Hameed telah mampu untuk menyentuh perasaan dan memberi kesan kepada orang-orang Islam di India dan Pakistan dan dia menyebabkan banyak masalah kepada British di kawasan tersebut. Beliau juga dapat membangkitkan umat Islam di Rusia dan republik di selatan Rusia untuk bangkit menentang penjajahan Rusia. Abdul Hameed juga menggunakan orang-orang Islam untuk menekan Russia pada ketika itu, Abdul Hameed mennyatakan dalam diarinya bahawa dia merasakan tembok sedang runtuh menimpanya dan dia berasa keseorangan dan dia tidak mampu untuk memerangi musuh-musuh negara Islam berseorangan. Dia kemudian memulakan pakatan dengan Jerman tetapi cara itu tidak mencukupi kerana Jerman juga mahukan sebahagian dari Daulah Uthmaniah. Sultan Abdul Hameed merasakan pada masa itu, peperangan besar semakin hampir. Adalah jelas bahawa pihakpihak yang bertelagah mahu merampas saki baki Daulah Uthmaniah. Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar yang boleh mengejutkan perasaan Kesatuan Islam di dalam kalbu orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Abdul Hameed cuba mencari penyelesaian dan akhirnya membuat keputusan untuk mewujudkan landasan keretapi Hijaz (1900) yang menghubungkan Damshiq, Syria ke Madinah dan dari Aqabah ke Maan yang menjadi simbol Kesatuan Islam. Semua orang Islam yang pernah mengerjakan haji merasakan Abdul Hameed cuba untuk menyatukan mereka melalui sistem landasan keretapi yang baru dan salah satu sistem faks yang tercanggih pada ketika itu. Pembiayaan landasan keretapi dapat dilunaskan dalam masa beberapa tahun sahaja dan ia berfungsi sebagai alat yang utama untuk menghubungkan wilayah-wilayah dalam Daulah Islam. Ia juga digunakan sebagai laluan pantas untuk pengangkutan dan menempatkan unit ketenteraan. Abdul Hameed juga melancarkan kempen untuk menyebarkan idea kesatuan umat Islam dan membantu umat Islam di Selatan Russia, India, Pakistan dan Afrika. Dia mula menjemput banyak Ulama Islam dari Indonesia, Afrika, dan India ke Daulah Uthmaniah, dan dia mewujudkan program untuk membina masjid-masjid dan institusi-institusi Islam di seluruh dunia Islam. Beliau memandang serius terhadap kebangkitan Islam sebagaimana dalam perutusan beliau kepada ketua setiausahanya dalam tahun 1892, Hanya terdapat satu cara sahaja untuk memerangi mereka (mubaligh yang ditaja oleh penganut kristian) iaitu dengan menambah bilangan penduduk umat Islam dan menyebarkan keimanan kepada aqidah yang paling suci (Islam). Di bawah pemerintahannya, Istanbul menjadi semakin termasyhur sebagai ibukota umat Islam dan menarik perhatian pelarian-pelarian umat Islam yang melarikan diri dari penjajahan Rusia dan Britain. Umat Islam di bawah naungan Khalifah menerbitkan akhbar-akhbar, mendapat pembiayaan dan pembelaan dari Khilafah dan melancarkan jihad terhadap kuffar. Selepas tahun 1876, ramai pendakwah, para ulamak dan pelajarpelajar Islam datang ke Istanbul. Di bawah ar-Raya (bendera) Islam, mereka dihantar sehingga ke tempat-tempat yang jauh seperti Zanzibar, Siberia dan kepulauan Jawa. Masjid-masjid juga dibina seperti Masjid Hamidiyah yang dibina dalam tahun 1886 di bawah bukit Istana Yildiz. Ia dibina oleh Sarkis Bey Balian dengan memakai senibina Uthmaniyah dan juga mempunyai beberapa persamaan dengan Alhambra di Sepanyol. Dindingnya dicat dengan kombinasi corak-corak arabesque warna merah, biru dan keemasan serta dipasang dengan seni khat. Lectern masjid itu diukir sendiri oleh Sultan Abdul Hamid. (h. 320, Constantinople) Khilafah Uthmaniyah juga menjalin hubungan dengan Jepun pada akhir abad ke19. Khilafah menghantar kapal perang Ertugrul ke Jepun untuk menjalin hubungan rapat. Ketika dalam perjalanan pulang ke Istanbul, kapal itu dilanda taufan. Daripada 656 orang di atas kapal itu, hanya 69 orang terselamat. Mereka diselamatkan oleh penduduk-penduduk Jepun yang bertungkus lumus menyelamatkan mereka di tengah malam. 2 orang wartawan sukarela Jepun, Torajiro Yamada (1866-1957) dan Osofora Noda telah berkunjung ke Istanbul dalam tahun 1892 untuk menyerahkan sumbangan derma yang telah dikumpulkan dalam kempen-kempen seluruh Jepun untuk keluarga mangsa-mangsa malapetaka itu. Sultan abdul Hameed meminta kedua-dua orang wartawan itu untuk tinggal selama 2 tahun di Istanbul untuk mengajar bahasa Jepun kepada beberapa orang pegawai tentera Khilafah. Dalam tempoh itu mereka telah menganut Islam dan dikatakan mereka adalah orang Jepun yang pertama memeluk Islam. Dalam tahun 1902, seorang wakil Uthmaniyah, Mohammed Ali, datang ke Jepun dan berunding dengan pegawai-pegawai pemerintah Jepun untuk membina sebuah masjid di pelabuhan Yokohama untuk pedagangpedagang Islam yang berjumlah 30 orang atau lebih yang menetap di Jepun. Malangnya, usaha itu tidak berhasil. (The Fountain, April-Jun 1997, Juzuk 2, No. 18, Turki)

10

Taring-taring Barat bertindakbalas dengan cepat. Dalam tahun 1873, Belanda menawan Sumatera, Indonesia. Britain menceroboh pulau Cyprus dalam tahun 1876 dengan cara membohongi Sultan Abdul Hamid iaitu dengan meminta kebenaran dari beliau untuk bertapak di pulau itu untuk menempatkan tenteranya untuk menghadapi Rusia dengan alasan Rusia bercadang untuk menyerang al-Dardaneel dan seterusnya menuju ke Mediterranean. Barat juga menggalakkan gabenor Tunisia di utara Afrika untuk memberontak terhadap Daulah Uthmaniah dalam tahun 1877 dan malangnya beliau telah mengikut hasutan itu dan seterusnya memberontak. Dalam tahun 1877 dan 1878, Rusia menyerang Khilafah dan pihak Serbia mengambil kesempatan menyebelahi Rusia. Umat Islam di Chechnya bangkit menentang Rusia dalam tahun 1877 tetapi mereka dikalahkan. Seterusnya dalam tahun 1901, 700 keluarga dari Chechnya melarikan diri ke Khilafah kerana mengelakkan dari kezaliman Rusia. Dalam tahun 1878 juga, gabungan pasukan tentera Austria dan Hungary telah menakluk wilayah BosniaHerzegovina. Pada tahun 1881, Perancis menduduki Tunisia, pada tahun 1882, Britain pula menduduki Mesir dan menakluk Sudan dalam tahun 1898 setelah Kitchener memimpin Britain mengalahkan umat Islam di Omdurman. Gabernor Jeneral Britain, Charles George Gordon, berjaya dibunuh oleh umat Islam ketika Britain menyerang Khartum, Sudan dalam tahun 1885. Kemudian Belanda menakluki Indonesia, Russia menakluki Asia Tengah dengan menawan Turkistan dalam tahun 1884 dan kemudian menjajah Qafqas (Daulah Islamiyah, Taqiyuddin Nabahani).Belanda menawan ibukota Aceh, Indoneisa di awal 1870an tetapi menghadapi penentangan yang hebat lagi berterusan.Belanda melancarkan serangan ke atas Aceh bertubi-tubi sejak tahun 1896 dan menundukkannya menjelang tahun 1902. Britain juga mengembangkan penguasaannya ke atas India. Itali merampas Zayla di Somalia dalam tahun 1885. Dari tahun 1894-1896, Khilafah terpaksa memerangi kaum Armenia yang dihasut oleh negara-negara Barat untuk memberontak terhadap Khilafah. Dalam tahun 1896-1897 berlaku pemberontakan di Crete yang seterusnya mengakibatkan peperangan dengan Greece (Yunani). Britain (Inggris) membantu keluarga Ibnu Saud di bawah pimpinan Abdul Aziz yang bergabung dengan pengikut aliran Wahabi untuk merampas Riyadh dalam tahun 1902. Raja Ferdinand I mengisytiharkan Bulagaria keluar dari Khilafah dalam tahun 1908 dan seterusnya dalam tahun 1912, beliau menyertai Liga Balkan untuk menentang Khilafah. Barat kelihatannya mahu memusnahkan dunia Islam sama sekali.

Penyingkiran dan usaha memburukkan Abdul Hameed


Pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, negara menghadapi ancaman internal (dalaman). Ia tampak pada munculnya gerakan-gerakan nasionalisme yang didalangi oleh barat khususnya gerakan Al-Ittihad Wa At-Turaqqi. Gerakan inilah yang disebut-sebut sebagai gerakan kemerdekaan di Turki. Di antara visi mereka adalah cita-cita utama mereka kononnya untuk menyelamatkan Khilafah Usmani. Ketika musim bunga 1908, Britain melantik seorang duta ke Istanbul bernama Gerald Luther. Apabila dia sampai ke Istanbul, sekumpulan orang dari jawatankuasa Ittihad Wa At-Turaqqi telah menyambutnya dengan baik hinggakan mereka memisahkan kuda-kuda dari chariotnya dan menarik chariot itu sendiri. Kesemuanya ini diberi inspirasi oleh jawatankuaa Ittihad Wa At-Turaqqi dan dari inisiatifnya sendiri. Kumpulan ini begitu kagum dengan idea-idea Barat hingga sampai ke peringkat di mana mereka tidak sedar bahawa idea-idea itu bertentangan dengan negara yang mereka tadbir. Disamping itu mereka tidak nampak akan percanggahan idea-idea Barat dengan Islam. Kejahilan dan kelemahan wawasan mereka menarik perhatian orang-orang Eropah hinggakan salah seorang diplomat yang bertugas di Istanbul pada ketika itu memberi gambaran tentang mereka, Mereka selalu melakukan langkah kedua sebelum melakukan langkah pertama. Aktivis-aktivis dalam kumpulan itu terburu-buru menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada mereka yang telah mendalami undang-undang dan pemikiran Barat dan golongan pro-Barat ini akhirnya menguasai parti Turki Muda itu. Apabila mereka sedar bahawa penguasaan ke atas tentera akan seterusnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya (ke atas negara), mereka berusaha menjadikan sebarang perlantikan baru berdasarkan kepada dasar parti. Maka, mereka mewajibkan semua pegawai menjadi anggota parti Turki Muda dan mereka tidak mengambil berat sama ada pegawai tentera itu adalah pakar atau orang yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan. Mereka juga memperkenalkan perundangan yang menyatakan bahawa mengikut undang-undang, setiap warga Khilafah Uthmaniyah adalah berhak mendapat hak-hak yang sama yang dinikmati oleh bangsa Turki dan sepatutnya memenuhi tanggungjawab yang sama. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah) Cita-cita mereka ialah untuk melakukan reformasi ke atas sistem pemerintahan di sana. Caranya dengan merombak negara dengan konstitusi dasar model konstitusi negara-negara Eropah moden. Pelopor gerakan ini ialah Midhat Pasha yang disebut-sebut sebagai Bapa Kemerdekaan Turki. Pada awalnya, gerakan ini berhasil membuat konstitusi (perlembagaan) dasar. Namun, Sultan Abdul Hamid menghapuskan konstitusi tersebut dan tetap berpegang kepada hak-hak Khalifah. Akhirnya meletus revolusi pada tahun 1908 Masihi dengan semboyan yang dinamakan sebagai kemerdekaan di Turki. Ketika berlaku ketidakstabilan politik di Istanbul, kuasa-kuasa barat mengambil peluang untuk merampas wilayah-wilayah Khilafah. Austria menakluk Bosnia-Herzegovina sejurus selepas berlakunya revolusi 1908 itu. Pada 17 November 1908, perasmian parlimen Uthmaniyah menjadi mudah dan Abdul Hameed tunduk buat sementara waktu kepada parti Turki Muda. Beliau bagaimana pun berusaha untuk mengenepikan perlembagaan itu dan untuk mengembalikan Shariah Islam. Perlaksanaan semula perlembagaan 1879 yang dirintis oleh Midhat Pasha telah mengakibatkan berlakunya revolusi pada 13 April 1909 terhadap pemerintah-pemerintah baru (parti Turki Muda) yang menunjukkan penolakan majoriti umat Islam terhadap kekuasaan Turki Muda. Para ulamak juga mendapati bahwa perlembagaan 1879 itu akan mengheret Khilafah Uthmaniyah ke arah sekularisme dan perlanggaran terhadap syariat Islam. Pasukan tentera memberontak dan mengepung pegawai-pegawai mereka (yang pro-Barat). Mereka melaungkan: Hancurkan Turki Muda! Hancurkan Turki Muda. Maka, Deen Islam telah memberi inspirasi untuk menentang reformasi pro-Barat dan kebanyakan penduduk berarak membantah

11

perlembagaan ala-Barat. Untuk memulihkan keamanan, pegawai-pegawai tentera Macedonia mengirimkan Harekat Ordusu dari Salonika tetapi pasukan yang diketuai oleh seorang Dunama-Freemason bernama Ramzi Bey telah menyerang kedudukan Khalifah dan menghancurkan benteng-benteng pertahanan pasukan yang mempertahankan Syariat Islam. Pada 15 April 1909, Sultan melantik Taufiq Pasha sebagai Wazir Besar dan menyerahkannya tanggungjawab untuk mengembalikan Shariah Islam dan peraturan-peraturan Islam dalam aspek pelaksanaan serta memansuhkan perlembagaan ala-Barat tetapi tentera di Salanik memberontak sekali lagi terhadap Sultan, merampas kuasa dan memecat pemerintah. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah) Pertubuhan Al-Ittihad wa At-Turaqqi telah menjadikan Salanik sebagai pusatnya. Salanik atau Makedonia pada ketika itu memiliki ciri alami yang berbeza dengan wilayah keKhalifahan Uthmani yang lain. Separuh daripada penduduknya adalah orang Yahudi yang berhijrah dari Andalusia (yang ketika ini dikenali sebagai Sepanyol). Mereka ingin menemukan toleransi keberagamaan di bawah payung Islam. Kebanyakan daripada mereka memeluk Islam pada abad ke-17. Salanik juga lebih banyak berinteraksi dengan dunia Eropah jika dibandingkan dengan wilayahwilayah Uthmani yang lain. Baik dengan warna Asia mahu pun Eropah. Di Salanik inilah lahir Mustafa Kamal. Di Salanik ini pula terdapat tentera Uthmani yang ketiga. (Ad-Daulah Al-Uthmaniyah Wa As-Syarqu Al-Arabi, halaman 254). Yahudi khasnya Yahudi Dunamah terlibat dalam usaha untuk menggulingkan Abdul Hameed, memberhentikannya lalu menghancurkan Khilafah Islam untuk membuka jalan bagi mereka untuk mendirikan negara mereka di Palestin, bumi Islam yang penuh berkat. Akhirnya, pada hari Selasa 27hb. April 1909, 240 ahli senat Uthmaniah bersetuju di bawah tekanan golongan Turki Muda Kebangsaan (Natonal Youth Turks) untuk menyingkirkan Abdul Hameed daripada kuasa. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali di Istanbul menulis fatwa penyingkiran itu. Senat Uthmaniah pula mengesahkan penyingkiran itu. Ini adalah terjemahan fatwa tersebut (Asrar Al-Inqilab Al-Uthmani, Mustafa Turan) :"Jika Imam orang-orang Islam menangani isu-isu Ad-Deen (cara hidup, agama) yang penting daripada buku-buku syariyah (perundangan) dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan baitul mal (perbendaharaan negara) dan terlibat dalam perjanjian yang menyalahi syariyah (undang-undang Islam), membunuh, menangkap dan membuang negeri terhadap rakyat tanpa sebab, kemudian berjanji untuk tidak melakukannya lagi tetapi masih melakukannya untuk merosakan keadaan orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Maka pemimpin ini perlu disingkirkan dari jawatannya. Jika penyingkirannya akan mendatangkan keadaan yang lebih baik daripada pengekalannya, maka dia mempunyai pilihan untuk berhenti atau disingkirkan daripada jawatannya". At-Tauqi (Tandatangan) Sheikh Al Islam Mohammad Dia'Ad-Din Afandi Fatwa ini sangat aneh dan sesiapa sahaja boleh melihat keterangan-keterangan di dalamnya tidak menepati perbuatan dan tindakan Abdul Hameed, selepas itu Ketua Majlis Menteri, Tawfiq Pasha telah dipanggil untuk memberitahu Abdul Hameed tentang keputusan itu. Dia (Abdul Hameed) enggan untuk berbuat demikian (berhenti). Maka mereka menghantar sekumpulan empat orang ke Istana Yildiz iaitu Aref Hikmat, Aram Afandi (Armenia), Asad Tobatani dan Emanuel Croussow (Yahudi). Apabila mereka masuk ke dalam pejabatnya, mereka mendapatinya sedang berdiri dengan tenang. Aref Hikmat membacakan fatwa kepadanya, kemudian Asad Tobatani maju ke hadapan dan berkata "Ummah telah menyingkirkan tuan dari jabatan", Abdul Hameed marah dan berkata "Ummah telah menyingkirkan aku dari jabatan , ia tak mengapa.. tetapi mengapa kamu membawa Yahudi ke pejabat Khalifah?", sambil menunjuk kepada Cruossow. Jelas sekali itu adalah titik tindakbalas kepada keengganan Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada Yahudi, dan sekarang mereka menunjukkan kepadanya (Abdul Hameed) bahawa mereka (Yahudi) terlibat dalam penyingkirannya. Ini merupakan cabaran kepada maruah Abdul Hameed dan maruah ummat Islam. Emanuel Cruossow juga adalah seorang pemimpin gerakan Free Mason di Salanik. Sebelum ini beliau pernah diusir oleh Abdul Hameed dari Istana Yildiz setahun sebelum Abdul Hameed diberhentikan. Ketika itu ia meminta Sultan beberapa hak istimewa di Palestin untuk orang-orang Yahudi. Cruossow juga adalah anggota parti Al-Ittihad wa AtTuraqqi. Yang menyedihkan dan menyakitkan hati adalah bodohnya kaum Muslimin dan rendahnya taraf berfikir mereka kerana diamnya mereka terhadap jenayah dan pengkhianatan orang-orang Ittihad ketika memberhentikan Khalifah dengan cara rekayasa dan mengasingkannya ke Salanik, tempat yang menjadi pusat Yahudi dan berkumpulnya orang Free Mason. Abdul Hameed telah dikenakan perintah berkurung hinggalah kematiannya dalam tahun 1918. Beliau adalah Khalifah yang Uthmani mutaakhir yang paling berwibawa. Beliau amat pintar dan ikhlas berkhidmat untuk umat Islam. Beliau juga mengambil berat dalam menguruskan hal ehwal umat Islam. Orang-orang Ittihad memberhentikan beliau semata-mata kerana mereka melihatnya sebagai penghalang dalam rangka mewujudkan cita-cita mereka. Berkenaan dengan peristiwa pemecatan beliau, Sultan Abdul Hamid menyalahkan orang Yahudi sebagai pihak yang bertanggungjawab. Hal ini terungkap dalam surat beliau kepada salah seorang gurunya, Syeikh Mahmud Abu Samad yang berbunyi: ... Saya meninggalkan keKhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu melainkan kerana tipu daya dengan berbagai ancaman dari tokoh-tokoh Organisasi Persatuan yang dikenali sebagai Cun Turk (Jeune Turk) sehingga saya terpaksa meninggalkan keKhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulangkali agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan berulangkali yang memalukan ini. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pound sterling emas. Saya tetap bertegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan kata-kata, Seandainya kalian membayar

12

dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. 30 tahun lebih aku mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniyah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian. ":etelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawapan saya itu, mereka dengan kekuatan rahsia yang dimiliki memaksa saya menanggalkan keKhalifahan dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka. Saya banyak bersyukur kepada Allah kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniyah dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negara Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulangi rasa syukur kepada Allah Taala yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu. Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia, mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, anda berserta jamaah yang anda bina boleh memaklumi semua itu". Wassalamualaikum wr. wb, 22 September, tandatangan Pelayan Kaum Muslimin, Abdul Hamid bin Abdul Majid (Carr, 1991, ms 21) (Inthilaq, 1994)

Peristiwa yang menyedihkan apabila Khalifah Abdul Hamid dipaksa meletakkan jawatan
Selepas Sultan Abdul Hamid diberhentikan secara paksa lalu dikeluarkanlah konstitusi (perlembagaan) dasar Usmani. Parti Al-Ittihad wa at-Turaqqi kemudian menguasai pemerintahan. Mehmed Kelima dilantik menggantikan beliau dan memerintah dari tahun 1909 hingga 1918. Selepas penyingkiran Abdul Hameed daripada jabatan, banyak penulis mula menyerangnya (semasa bertugas) dan peribadi beliau. Sejarah beliau kemudian banyak ditulis oleh musuh-musuhnya baik di dalam mahu pun di luar Turki. Hanya beberapa orang pemikir dan ahli sejarah yang adil. Mereka melemparkan tuduhan busuk kepada beliau sama seperti yang mereka lakukan terhadap Adnan Mundaris iaitu orang yang memerintahkan dikembalikannya pengumandangan azan dalam bahasa Arab setelah mereka dipaksa oleh Mustafa Kamal untuk mengumandangnya dalam bahasa Turki. Ketika orang Turki dilarang mencaci atau mengkritik Mustafa Kamal kononnya beliau adalah pendiri Republik Turki Moden dan jika kritikan dilakukan, hukumannya adalah diasingkan tetapi pada masa yang sama kesempatan yang seluas-luasnya diberikan untuk melemparkan tuduhan keji terhadap Sultan Abdul Hameed. Salah seorang daripada penulis yang berniat jahat adalah John Haslib, dalam bukunya "The Red Sultan" yang menjadi sangat mashyur, dan telah diterjemahkan kepada banyak bahasa seperti Arab (diterjemahkan sebagai AsSultan Al-Ahmar: Abdul Hameed) dan Turki. Buku berbahasa Turki yang bertajuk "Iki Me Min Perde Arkasi Yazan : Nafiz Tansu" oleh Ararat Yayinevi adalah sebahagian daripada propaganda yang membawa Negara Uthmaniah tenggelam dan semakin dalam dan hanya akan diselamatkan oleh Turki Muda yang telah menyingkirkan Abdul Hameed. Sebuah buku lagi oleh penulis Arab Kristian yang masyhur, Georgy Zaydan dalam bukunya "Cerita-Cerita Dalam Sejarah Islam Revolusi Uthmaniah (Riwayat Tarikh Al-Islami: Al-Inqilab Al-Uthmani)". Buku-buku ini tidak lain hanyalah penipuan-penipuan yang telah ditulis oleh orang-orang yang sangat benci kepada Islam dan Orang-orang Islam. Ia menceritakan bahawa Sultan Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam keseronokan hidup seperti perempuan dan alkohol, dan raja yang zalim dan tidak memaafkan musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan-penipuan ini tidak kekal kerana al-haq (kebenaran) sentiasa menang.

Akibat Menyingkirkan Khalifah Yang Jujur


Akhirnya, selepas Abdul Hameed, muncul segolongan pemimpin yang lemah, mereka tidak mampu mentadbir negara dan mereka hilang kuasa dengan mudah. Seperti yang Abdul Hameed jangkakan, Perang Dunia Pertama berlaku dan negara Uthmaniah telah dibahagi-bahagikan sesuai dengan taktik Pecah dan Perintah (Divide and Rule) yang dijalankan oleh Barat. Orang-orang Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, ( British dan Perancis ) yang mana selepas itu telah mengkhianati mereka dan menguasai mereka dan menyerahkan tanah Islam Palestin kepada Yahudi. Ia tidak akan berlaku jika mereka mendengar nasihat Abdul Hameed. Pada 21 November 1922, Turki telah mengadakan perjanjian dengan Britain untuk membahaskan penyelesaian masalah Turki. Britain mengambil kesempatan tersebut untuk mengemukakan syarat-syaratnya yang dikenali sebagai Pensyaratan Curzon jika Turki mahu pasukannya dikeluarkan dari wilayah Turki iaitu :(1) Turki mesti menghapuskan Khilafah Islamiyah serta mengusir Khalifahnya dan merampas semua hartanya. (2) Turki mesti berjanji untuk menghalang setiap gerakan yang membela Khilafah. (3) Turki mesti memutuskan hubungannya dengan dunia Islam. (4) Turki mesti menerapkan undang-undang sekular yang dipanggil undang-undang civil untuk menggantikan Syariat Islam. Syarat-syarat itu diterima oleh agen Britain iaitu Mustafa Kamal dan beliau menandatangani perjanjian itu pada 24 Julai 1923. Akhirnya setelah perdebatan hangat dan ugutan, Majlis Raya Kebangsaan menghapuskan jawatan Khalifah, membubarkan Khilafah dan Khalifah pada waktu itu iaitu Khalifah Abdul Majid II diusir keluar negeri. Dengan ini berakhirlah Kesatuan Kepimpinan orang-orang Islam dalam masa 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya.

13

Pemerintah sekular Turki cuba menghapuskan pengaruh Islam dengan menutup masjid-masjid, melarang penggunaan bahasa Arab, tulisan Arab, melarang penutupan aurat dan pakaian yang dikira sebagai berunsurkan Islam, menghapuskan Mahkamah Syariah dan mengubah kalendar Hijriyah kepada kalendar Masihi. Apabila Turki menerima pembaratan selepas jatuhnya Khilafah Islamiah yang terakhir dengan dibatalkan undang-undang Islam dan diganti dengan undang-undang kafir sehingga Islam tidak lagi memerintah, maka Syeikh Al-Islam yang terakhir iaitu Almarhum As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya , sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad. (Rujukan: H-Net, 15 Mei 1998). Orang munafik mengharapkan, bercita-cita dan menunggu kehancuran dan hilangnya Negara Islam di tangan konco mereka orang kafir. (Mukhtasar Ibn Katsir, I/449). Pada tahun 1926 seorang pemimpin bangsa Kurd bernama Sheikh Said telah melancarkan perang menentang pemimpin sekular Turki demi mengembalikan Khilafah. Ketika beliau dibicarakan, beliau jelas mengatakan beliau berjuang bukan kerana menegakkan negara Kurd atau memperjuangkan bangsa Kurd tetapi revolusinya itu adalah semata-mata kerana menegakkan hukum Allah SWT. Pada hari ini, orang-orang Islam mula sedar daripada kesan Perang Arab-Israel pada tahun 1967, kesan perang Bosnia, perang Chechnya, dan perang Kashmir, orang-orang Islam mula menyedari bahawa mereka tidak akan dapat bangun melainkan jika mereka bersatu dan disatukan oleh ikatan Islam. Orang-orang Islam mula kembali kepada Islam dan Barat mula berwaspada terhadap kebangkitan Islam. Selepas beberapa tahun Azan dalam bahasa Turki, masjid-masjid di Istanbul kembali melaungkan "Allahu Akbar" dalam bahasa Arab yang jelas. Tanda -tanda

kembalinya tamadun yang agung. Sultan Abdul Hameed adalah seorang personaliti yang hebat dalam zamannya. Dengan stamina dan kewibawaannya yang teguh, beliau berjaya menerajui Khilafah yang berada dalam keadaan tenat. Beliau juga adalah seorang khalifah yang berpegang teguh kepada Islam. Beliau adalah seorang pemerintah yang sentiasa disebut namanya dalam khutbah-khutbah di seluruh dunia Islam. Dalam kesibukannya menguruskan hal ehwal umat Islam, beliau sentiasa mengingati Allah SWT. Setiap hari sebelum memulakan tugasnya, beliau membaca Quran dan menunaikan dua solat sunat di awal pagi. Kegagahannya dipamerkan melalui keupayaannya untuk bertahan dan memerintah selama 33 tahun walau pun beliau menghadapi pelbagai komplot jahat dan cabaran. Akhbar Moniteur Oriental bertarikh 31 Ogos 1896 menyatakan tentang prihatinnya Sultan terhadap rakyatnya dalam kenyataan yang berikut: Tidak ada sebarang perkara yang tidak terlepas dari pengawasan dan aktiviti Yang Mulia Sultan. Sesungguhnya tidak ada pemerintah yang layak menerima keberkatan rakyatnya kecuali Yang Mulia Abdul Hamid. (h. 313, Constantinople). Beliau juga menemui rakyatnya pada bila-bila masa sahaja tidak seperti pemerintahpemerintah yang lain. (h. 315, Constantinople) Kita menyeru pembaca-pembaca Islam untuk mendoakan untuk roh Sultan Abdul Hameed dan semua orang-orang Islam yang mengabdikan hidup mereka untuk kepentingan Islam dan seluruh Ummat Islam. Kami berharap kami telah dapat mempersembahkan sesuatu yang boleh membuat anda melihat secara jelas dan memperkuatkan kepercayaan anda kepada impian Islam dan membuang segala salah faham dan salah konsep jika ada. Bersatu kepada ikatan Islam, semoga Tuhan merahmati Umat Islam dan memberi rahmat kepad roh Sultan Abdul Hameed dan semua orang Islam yang Ikhlas. Matahari mungkin telah terbenam, tetapi ia akan terbit semula dengan kehendak Tuhan.

Kewajiban Mendirikan Daulah Islamiyah


Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya Allah menyuruh kalian menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kalian menetapkan dengan adil ... (an-Nisa 58)Friman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya pemimpin kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah) (al-Maidah 55) Sabda Rasulullah saw, "Jika amanah disia-siakan, tunggulah saat kehancuran". Ada sahabat bertanya, "Bagaimana menyia-yiakannya ?". Baginda saw menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya". (al-Bukhari) Banyak ulamak silam dan ulamak kontemporer (masa kini) yang menyatakan tentang kewajipan untuk mematuhi peraturan Islam dengan cara mendirikan Khilafah. Di antara ulamak-ulamak silam yang menegaskan tentang kewajipan mendirikan Khilafah ialah :(1) Ibnu Hazm dalam kitabnya Al-Fasil fil Milal. (2) At-Tabari dalam kitabnya Tarikh at-Tabari. (3) Al-Waqidi dalam kitabnya Al-Akd al-Farid. (4) Ibnu Kathir dalam kitabnya Al-Sirah. (5) Al-Baihaqi dalam kitabnya Al-Sunan al-Kubra. (6) Ibnu Hisham dalam kitabnya Sirah Ibnu Hisham.

14

(7) Imam al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniyah, halaman 9. (8) Imam Nawawi dalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj, juzu 4, halaman 132. (9) Imam Al-Qalqashandi dalam kitabnya Subhul Al-Asha, juzu 9, halaman 277. (10) Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya Al-Muhalla, juzu 9, halaman 360. (11) Imam Al-Shaarani dalam kitabnya Al-Mizan, juzu 2, halaman 157. (12) Imam Al-Qadhi Abdul Jabber dalam kitabnya Al-Mughni Fi Abwab Al-Tauhid, juzu 20, halaman 243. (13) Imam Abu Yaala dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniyah, halaman 9 dan 25. (14) Imam Al-Juzairi dalam kitabnya Al-Fiqh alal Mazahib al-Arbaa (Fiqh 4 Mazhab), juzu 5, halaman 416. (15) Kitab berjudul Matalib Ulil Amr. (16) Kitab berjudul Maqalat Al-Islamiyyin, juzu 2, halaman 134. (17) Kitab berjudul Al-Mughni Fi Abwab Al-Tauhid, juzu 20, halaman 58 - 145. Berkata Imam al-Mawardi, "Tidak ada perbedaan pendapat di kalangan para ulamabahawa hukum menegakkan khilafah (daulah) adalah fardhu kifayah, seperti jihad dan sebagainya..." Berkata Sheikh Taqiyuddin an Nabhani, "Tanpa adanya daulah, kewujudan Islam sebagai aqidah dan sistem kehidupan akan menjadi pudar, yang ada hanya Islam sebagai upacara peribadatan serta sifat akhlakiyyah semata-mata. Kerana itu daulah Islam harus tetap ada dan keberadaannya bukan untuk sementara". Berkata Abdul Qadir Audah, "Sesungguhnya Islam mewajibkan seluruh manusia mematuhi seluruh hukum yang diturunkan Allah dan mewajibkan mereka supaya berhakimkan kepada hukum itu dan menjalankan hukuman dan pemerintahan dengan hukum yang diturunkan Allah sahaja, bukan dengan hukum lain. Pengertian dan kesimpulan dari semuanya ialah bahawa hukum dan pemerintahan itu adalah salah satu dasar dan sumber asli Islam, yang merupakan tiang tempat tegaknya dan doktrin Islam". Imam Al-Ghazali telah berkata, "Agama itu asas, pemerintah adalah penghulunya. Maka apa yang tidak ada asas akan runtuh dan apa yang tidak ada penghulu akan hilang". Imam Ibnu Taimiyyah dalam hubungan ini menjelaskan bahawa, "Memimpin dan menguasai umat adalah antara kewajipan agama yang terbesar . Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu . Oleh kerana agama Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan Hudud dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teraju kepimpinan". ['As-Siasah Asy-Syar`iyyah' - Ibnu Taimiyyah, hal. 172-175] Ibn Taymiyah dalam kitabnya al-siyasah al-syar'iyah bahawa, "Urusan masyarakat dan kenegaraan adalah kewajipan agama yang terbesar (min a'zam wajibat al-din)." Dunia Islam hari ini secara realitinya adalah kosong dari daulah dan khilafah Islamiyyah. Dr Shalah as Showi menyebutkan : Yang dimaksudkan dengan kekosongan dari imam atau khilafah adalah ketiadaan pemerintahan syariyyah yang melaksanakan seluruh aturan syariyyah pada sesuatu zaman atau tempat. Begitu juga dengan ketiadaan imam kalau imam itu murtad atau menganti beberapa hukum dan merubah hukum-hukum Islam, maka dengan itu gugurlah baiah terhadap imam atau khalifah itu. Berkata Dr Muhammad Naeem Yassin, "Tetapi sekiranya seorang hakim atau pemerintah itu mentadbir hal ehwal rakyatnya tanpa berpandukan kitab Allah maka tidak wajib ditaati dan berdosa pula orang yang melihatnya tetapi mendiamkan diri (tidak berjuang merubah keadaan)". Berkata al-Ustaz Abdul Rahman Muhammad Khalid, "Termasuk dalam konteks maaruf yang paling agung ialah mendirikan khilafah dan tegaknya hukum Allah, juga mengoreksi para penguasa pengkhianat dan zalim. Jadi ini merupakan amal jamaiy yang sama sekali tidak dapat dilakukan secara individu. Maka menjadi kewajiban kaum muslimin untuk mendirikan jamaah yang mampu menegakkan khilafah dan mampu mengoreksi pemerintah. Begitu juga halnya jika jamaah yang mereka bentuk itu tidak mampu melaksanakan tujuan untuk menjadi khilafah atau mengoreksi pemerintah maka mereka tetap berdosa. Sebab yang diwajibkan itu bukan sekadar membentuk jamaah sahaja, tetapi membentuk gerakan dakwah yang mampu melaksanakan gerakan tadi dan bukannya semata-mata jamaah sosial kemasyarakatan atau ikatan cendekiawan atau kelompok-kelompok thoriqah atau sebagainya yang tidak mampu untuk melaksanakan kewajiban syara bagi menegakkan khilafah atau mengoreksi pemerintah. Tidak diragukan setiap muslim haram berbaiah (ikrar taat setia) kepada pemerintah manapun yang tidak taat kepada Islam. Baiah yang boleh membebaskan seseorang dari dosa (mati jahiliyyah) ialah baiah terhadap pemerintah yang melaksanakan Islam. Jika pemerintah seperti itu tidak ada, maka setiap umat

15

Islam adalah berdosa sehingga adanya khalifah yang menegakkan hukum Islam dan ianya boleh diberi baiah. Setiap muslim tidak terlepas dari dosa melainkan berusaha secara berterusan untuk mewujudkan khilafah Islam sehingga tertegaknya kehidupan yang menepati kehendak Islam yang sebenar. InsyaAllah, Islam akan mencapai kemenangan dan menghapuskan segala kezaliman sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dan RasulNya. Rasullullah saw bersabda yg maksudnya, "Masa kenabian akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang masa kekhalifahan atas manhaj kenabian, selama beberapa masa hingga Allah mengangkatnya, kemudian datang masa kerajaan buruk (zalim) selama beberapa masa, selanjutnya datang masa kerajaan diktator dan totaliter dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah, setelah itu akan (terulang kembali) kekhalifahan atas manhaj kenabian". Kemudian Rasullullah saw diam. (Riwayat Imam Ahmad) Abi Qubail berkata,"ketika kami sedang bersama Abdullah bin 'Amru bin 'As, ditanyakan,"Kota mana yang akan dibebaskan terlebih dahulu, Konstatinopel atau Romawi? Untuk menjawabnya, Abdullah mengambil kotaknya dan mengeluarkan sebuah kitab dari kotak tersebut. Kemudian dia berkata,"ketika kami bersama Rasullullah saw kami mencatatkan pertanyaan yang diajukan kepada Rasullullah saw, "Kota mana yg akan lebih dahulu dibebaskan Islam, Konstatinopel (Istanbul) atau Romawi? Rasulullah saw menjawab (maksudnya), "Kota Heraklius-lah yg akan dibebaskan terlebih dahulu. (Riwayat Imam Ahmad) Pada hari ini, orang-orang Islam mula sedar daripada kesan Perang Arab-Israel pada tahun 1967, kesan perang Bosnia, perang Chechnya, dan perang Kashmir, orang-orang Islam mula menyedari bahawa mereka tidak akan dapat bangun melainkan jika mereka bersatu dan disatukan oleh ikatan Islam. Orang-orang Islam mula kembali kepada Islam dan Barat berwaspada semula, selepas beberapa tahun Azan dalam bahasa Turki, masjid-masjid di Istanbul kembali melaungkan "Allahu Akbar" dalam bahasa Arab yang jelas. Tanda -tanda kembalinya tamadun yang agung. Mujaddid abad kelima, imam al-Ghazali berkata di dalam Ihya' Ulumuddin, Jld. 2, "Kehancuran rakyat disebabkan kehancuran raja-raja (/pemerintah), kehancuran raja-raja disebabkan kehancuran ulamak, kehancuran ulamak disebabkan kecintaan mereka kepada harta dan kedudukan. Barangsiapa yang dikuasai oleh dunia, maka tidak akan mampu menghapus kekejian, lalu bagaimana terhadap para pembesar dan raja? Kepada Allah kita memohon pertolongan." Rujukan (1) Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh - Darul Bayariq, Beirut, Lubnan - Buku yang tebal ini disamping mengisahkan tentang Sejarah hidup Sultan Abdul Hamid juga membentangkan sejarah tentang mereka yang terlibat dalam usaha untuk menghancurkan Khilafah seperti golongan Nasionalis Arab dan Nasionalis Turki. (2) Kaifa Hudimat Al-Khilafah (Bagaimana Khilafah dihancurkan) - Abdul Qadim Zallum. (3) Ittijaahaat At-Tafsir Fi Al-Ashri Ar-Rahin, Dr. Abdul Majid Abdus Salam Al-Muhtasib, Darul Bayariq, Beirut, Lubnan, 1982. Sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia sebagai Visi dan Paradigma: Tafsir Al-Quran Kontemporer, Al-Izzah, Cetakan Pertama, Mei 1997. (4) Daulah Islamiyah, Taqiyuddin An-Nabahani (5) Filistin, Asma Abdul Hadi Faur, Darul Ummah, Beirut, Lubnan, 1995. (6) As-Siyasah Asy-Syariah, Ibnu Taimiyyah. (7) Muzakkarat As-Sultan Abdul Hameed, Darul Ansar, Qaherah, Cetakan 1, 1978 (8) Halaman web http://www.ummah.org.uk/sultan (9) Asrar Al-Inqilab Al-Uthmani, Mustafa Turan, Darus Salam, Cetakan Pertama, 1977. (10) Al-Bidayah wa an-Nihayah, Ibnu Kathir. (11) Buletin Khilafah, Edisi 15, 23 Jun 1989, England. (12) Ad-Daulah al-Uthmaniyah wa asy-Syarqu al-Arabi.

16

(13) Political Views On Palestine (Pandangan-pandangan Politik Mengenai Palestin), Abu Ghazi, AlKhilafah Publications, London, 1998. (14) Mukhtasar Ibn Kathir.

17

Anda mungkin juga menyukai