Anda di halaman 1dari 20

Anyaman||Batik||Dastar||Kain Tenun||Manik|| Pasu Sarawak||Pua Kumbu||Songket| |Tekat||Tembikar||Ukiran Batu||Ukiran Kayu|| Ukiran Logam|

Pengenalan Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional ini. Beberapa topik berkaitan bidang seni halus yang akan dipaparkan dalam lama web ini adalah anyaman, seni batik, pua kumbu, songket, tekat, kain dastar, kain tenun, manik, ukiran dan tembaga.

Sejarah Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuhtumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.

Anyaman Buluh Anyaman Pandan dan Mengkuang Anyaman Rotan Anyaman Ribu-ribu Anyaman Lidi

Batu bersurat yang dijumpai di Hulu Terengganu

yang ditulis oleh ahlul bayt, Syeikh Muhammad AlBaghdadi.. Sedikit info tentang Hulu Terengganu.

Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama "Ling Wai-Tai Ta" karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelusuk alam Melayu, Timur Tengah dan China bagi menjalankan kegiatan ekonomi. Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.

Panji Hitam dari Ufuk Timur?

Berdasarkan buku sejarah berkenaan, hal ehwal Foloan di ceritakan seperti berikut: " Hasil keluaran Negeri itu (Foloan) termasuklah " Su" dan "Can" ( Jenis-jenis kayu Gahru ), kayu Laka, Gading dan lain-lain seumpamanya ; dan hasil-hasil itu diperniaga diperniagakan dengan emas, perak, porselin, besi, bahan-bahan membuat barnis, arak, beras, gula dan gandum. Tiap-tiap tahun Kerajaan Foloan itu menghantar ufti kepada kerajaan "San Fo Cih" (Seri Wijaya). Negeri itu (Foloan) berjiran dengan "Peng-Heng" (Pahang), Teng-ya-nu" (Terengganu)" dan Ci-lan-tan (Kelantan) dan negeri-negeri itu bersamaan keadaannya."

Berdasarkan keterangan itu ternyatalah Kuala Berang pernah menjadi pusat perniagaan yang utama di Asia Tenggara disamping Seri Wijaya dalam kurun masihi yang ke 12. Selain daripada itu, disinilah juga berlakunya Perlantikan Kesultanan Terengganu Pertama.

Daerah ini juga terbukti merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu. Di samping itu, daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kampung Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat, Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por dan Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampung Jenagor. Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato` Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lainlain lagi di awal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah Peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.

Di Batu itu tertulis: .Tuhan mendudukkan tamra (piagam) ini di benua Terengganu adi pertama ada.

Sheikh Muhammad al-Baghdadi, ahlul bait yang juga penulis Batu Bersurat ini telah meletakkan piagam atau suatu cap mohor bahawa Islam akhir zaman akan bermula di bumi Terengganu... Dari Hulu Terengganu ahlul bait Waliyullah Sheikh Muhammad al-Baghdadi telah menyusur turun beberapa ahlul bait terdahulu seperti Tok Pauh di Kg Pauh, Kuala Berang kemudian menuju ke Kuala Terengganu menurunkan ahlul bait Tok Ku Pulau Manis dan Tok Ku Paloh.

Menjadi lumrah alam akan orang yang berpegang dengan Sunnah Rasulullah ini sentiasa diburu

manusia. Begitulah dengan apa yang terjadi di tanah Arab. Beratus tahun lamanya bertapak di tanah Arab, orang-orang yang berpegang dengan amalan Rasulullah dan para sahabatnya ini tidak jemu-jemu diburu manusia. Mereka tahu bahawa riwayat Islam sebagaimana ... amalan Rasulullah itu tidak akan dapat bertahan di tanah Arab. Mereka berhijrah ke sebelah Timur kerana pada pandangan kasyafnya, timurlah yang akan meneruskan amalan Rasulullah di akhir zaman. Agama ketauhidan ini berhijrah dari suatu bangsa ke suatu bangsa dari Israel (Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman) Nasrani (Nabi Isa) kepada bangsa Arab (Rasullulah s.a.w) Turki, Parsi, India, China dan akhirnya kekal kepada bangsa Melayu di Timur sebab itulah Datuk Panglima Hang Tuah berpesan Takkan Melayu hilang di dunia Lebih kurang 700 tahun yang lalu, Islam telah datang ke rantau sebelah sini sebagaimana tercatat di Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu.

Gangga Negara
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia Kerajaan awal Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11) Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14) Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5) Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14) Kedah Tua Kemunculan Kesultanan Islam Kesultanan Kedah (1136sekarang) Kesultanan Melaka (14021511) Kesultanan Sulu(14501899) Kesultanan Johor (1528sekarang) Era Penjajahan Barat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Perjanjian Burney (1826) Penempatan Selat (1826-1946) Perang Kelang (1867-1874) Perjanjian Pangkor 1874 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (18951946) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946) Perjanjian Inggeris-Siam 1909 Pertempuran Pulau Pinang (1914) Perang Dunia Kedua Perang Tanah Melayu (1941-1942) Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942) Perang Singapura (1942) Syburi (1942-1945) Kawat Kematian Sandakan (1945) Penjajahan Jepun di Tanah Melayu Peralihan Malaysia

Malayan Union (1946-1948) Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963) Darurat Tanah Melayu (1948-1960) Peristiwa Bukit Kepong (1950) Rundingan Baling (1955) Malaysia selepas Merdeka Konfrontasi Indonesia-Malaysia (19621966) Pemberontakan Brunei (1962-1966) Rusuhan Kaum 1964 (1964) Pemisahan Singapura (1965) Peristiwa 13 Mei (1969) Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Operasi Lalang (1987) Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (198788) Krisis Kewangan Asia (1997-98) Al-Ma'unah (2000) Perhimpunan Bersih (2007)

Portal Malaysia

Patung Buddha abad ke-6 (kiri) dijumpai di Ipoh. Patung sami guru Hindu abad ke-9 dijumpai di Jalong, Perak.

Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang

rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2. Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi. Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di Beruas. Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja. Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada abad ke-2 Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput. Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya. Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.

Tembikar
Dicatat oleh Idris Bin Saleh on Khamis, 2007 Ogos 30

Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Kegunaan Dulu

a)Alatan memasak

Manusia Zaman Batu Pertengahan iaitu Mesolitik atau dikenali sebagai Zaman Hoabinh wujud pada

sekitar 11 000 tahun dahulu. Masyarakat zaman ini mula mencipta alat tembikar daripada tanah liat.

Masyarakat Zaman Mesolitik ini tinggal di gua batu kapur seperti Gua Niah di Sarawak, Gua Kepah di Kedah dan Gua Kecil di Pahang. Masyarakat ini juga tinggal di kawasan tepi laut seperti Jenderam Hilir di Selangor. Masyarakat pada zaman ini menukar barangan tembikar sebagai salah satu kegiatan harian mereka.

Pada Zaman Neolitik yang wujud kira-kira 5 000 tahun dahulu, orang Neolitik mengalami cara hidup yang lebih teratur. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis. Pada zaman ini terciptanya alat-alat tembikar seperti periuk, belanga dan bekas air yang dihiasai ukiran. Masyarakat Neolitik menggunakan alat-alat daripada tembikar di dalam kehidupan seharian mereka. Penyelidikan ilmiah telah dibuat oleh ahli kaji purba di beberapa tempat di Pahang Darul Makmur seperti Kota Tongkat di Jerantut, Gua Kecil di Raub, Sungai Selinsing, Sungai Tembeling dan beberapa tempat lagi di sepanjang Sungai Pahang. Ahli kaji purba menyatakan manusia zaman batu pertengahan mendiami negeri Pahang Darul Makmur dan tinggal di gua batu dan gunung-ganang. Manusia zaman batu adalah kumpulan yang mula-mula datang ke Semenanjung Tanah Melayu dan Tanah Besar Benua Asia. Manusia Melayu Proto mendiami Semenanjung Malaysia dan pulau Nusantara dalam lingkungan 3 000 atau 2 000 tahun sebelum Masehi. Serpihan tembikar yang dipercayai oleh ahli sejarah digunakan sebagai alatan memasak masyarakat pada zaman itu telah ditemui di kawasan ini.

b) Ritual atau Keagamaan Seramik terawal yang dijumpai dan digali di bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana.

Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian Neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian. Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia, simati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletak di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua tangan dan kakinya. Berhampiran dengan si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat. Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar daripada rumah itu dan disimpan di ruang khas untuk jangkamasa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersama-sama dengan tempayan tersebut. Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan teksturnya. c) Candi Candi Bukit Batu Pahat yang terletak di sungai Merbok Kecil di Sungai Petani, Kedah. Usaha cari gali iini dilakukan oleh Dr. Lamb, beliau menemui enam buah cepu batu granit. Dalam tiap-tiap cepu terdapat 9 lubang untuk mengisi benda-benda kecil.Dr. Lamb berpendapat pemujaan di situ adalah jenis pemujaan tempatan. Walaupun tidak boleh ditentukan sama ada cembul tembaga yang terdapat dilubang tengah sebuah cepu dari candi itu sebenarnya mengandungi sisa-sisa manusia, kesan-kesan organik telah dijumpai melekat pada permukan bawah cembul. Ada kemungkinan cepu itu adalah bekas untuk menyimpan cepu-cepu batu granit yang ada di sana itu ada kaitannya dengan adat istiadat pemakaman tempatan. Dari segi seni bina, granit yang berlubang di tengah-tengahnya adalah tapak-tapak untuk meletakkan tiang-tiang kayu.

Di Candi Bukit Batu Pahat tidak kurang daripada 66 tapak tiang kayu dijumpai. Walaupun sekarang tidak dapat lihat tiang kayu serta bumbungnya tetapi susunan tapak-tapak tiang yang terdapat memberi gambaran tentang bentuk bumbungnya. Data-data yang kita perolehi inilah tidak boleh dibawa pulang ke muzium. d) Perhiasan diri

anting-anting Pada Zaman Batu Baru (Neolitik) yang wujud 5 000 tahun dahulu, mereka mula membuat alat perhiasan diri seperti gelang tangan. Petempatan orang Neolitik yang penting ialah Gua Cha dan Gua Menteri di Kelantan, Gua Kelawar di Perak, Bukit Tengkorak di Sabah, dan Gua Bukit Tenku Lembu di Perlis. Kegunaan Sekarang a) Aksesori fesyen dan hiasan Pemakaian gelang tangan dan rantai manik yang diperbuat dari tanah liat. Aksesori manik tembikar ini memberikan suatu impak menarik kepada si pemakai. Rantai kunci dan tanglung yang diperbuat dari tembikar juga menjadi pilihan menarik masa kini. b) Ikon hiasan dalaman Penggunaan tembikar sebagai salah satu ikon hiasan dalaman yang semakin digemari. Hiasan tembikar yang diubahsuai ini menghiasi sudut rumah, dinding pejabat dan dijadikan sebagai lampu selia dan lampu tidur.

undefined
undefined

Lagenda Mahsuri Puteri Langkawi


Posted by edan coba

MAHSURI

MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN


Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati.

Pada hari hukuman, keris keramat kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata.

Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan.

Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.

Pulau Dayang Bunting (Penampakkan Kepala dan perut seakan Dayang Sari membunting)

LAGENDA PULAU DAYANG BUNTING


Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur.

TASIK DAYANG BUNTING

Tasik Dayang Bunting terletak di sebuah pulau yang membawa nama yang sama iaitu

Pulau Dayang Bunting. Pulau yang berukuran 800 x 350 meter ini adalah pulau yang terbesar diantara gugusan pulau-pulau di Langkawi. Tasik Dayang Bunting ini dikelilingi dari setiap sudut oleh cerun curam yang ditumbuhi sepenuhnya oleh pokok-pokok dan dipisahkan dari laut oleh satu rekahan kecil melalui timbunan batu kapur. Struktur Geografi yang membentuk bukit-bukiau serta batu-batan disekeliling tasik ini seolah-olah menggambarkan seorang wanita yang mengandung sedang tidur terbaring. Namun begitu, tasik ini diberi nama sedemikian kerana mengambilkira satu lagenda lama yang mengisahkan perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir dari perkahwinan mereka ini telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini. Beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan tetapi telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat melahirkan anak. Dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan anak selepas mandi di tasik ini..

LAGENDA PUTRI DAYANG SARI


Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya.

Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja.

Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi.

MISTERI TELAGA TUJUH


Telaga Tujuh atau "The Seven Wells" adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.

LAGENDA MAT CHINCHANG DAN MAT RAYA

Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda mereka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan Tanjung Cincin. Kawasan dimana peralatan memasak itu pecah dinamakan Kampung Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah bagi majlis tersebut. Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.

TAMAN LAGENDA LANGKAWI


Taman tema yang dikenali sebagai "Lagenda Langkawi On The Park" dibina bagi mengembalikan kegemilangan sejarah Langkawi. Taman ini akan menghidupkan kembali

peristiwa-peristiwa yang penuh misteri serta lagenda yang penuh romantik yang menjadikan Langkawi sebagai Kepulauan Lagenda. Langkawi sebagai subjek utama kepada banyak sejarah dan lagenda indah terdiri dari gugusan 99 buah pulau. Cerita dongeng menyatakan Langkawi adalah tempat tinggal roh-roh manakala dalam Hikayat Merong Maha Wangsa sebuah buku kesusasteraan klasik menceritakan Langkawi adalah tempat rehat burung Garuda. Laksamana Cheng Ho, dari China, dalam pelayaran ke Melaka dalam tahun 1406 mencatatkan Langkawi dalam peta pelayarannya sebagai Lung-Ya-Kian-Yi manakala dalam peta yang dihasilkan dalam abad ke-16 Langkawi dinamakan dengan menggunakan banyak nama seperti Langka, Langu, Langura, Langa dan Langapura. Taman tema yang indah dan cantik ini mempunyai lagun air tawar buatan manusia yang merangkumi kawasan seluas 50 ekar yang dibina diatas tanah tebus guna. Aliran air yang jernih turun ditengah-tengah kawasan membahagikan kawasan berbukit disebelah kiri dengan ukiran patung-patung lagenda disebelah kanan. Keindahan Selat Melaka dapat dilihat dari kawasan bukit yang tinggi atau Galeri Perayaan (Celebration Gallery) manakala kecantikkan kawasan laut dan pantai dapat dinikmati dari dua peghujung tanjung yang membentuk lagun di Pantai Lagenda. Melangkah ke Lagenda Langkawi menjanjikan satu pengembaraan melalui sejarah dan pintu masa yang membawa kita ke zaman yang penuh kemeriahan kaya dengan lagenda dan dongeng tempatan.

Kampung Air Hangat

Telaga Air Hangat juga wujud akibat pergaduhan dua gergasi yang sama. Diantara pinggan mangkuk serta periuk belanga yang pecah terdapat beberapa bekas yang digunakan untuk memasak air panas. Tempat dimana tumpahnya air panas tersebut mengasilkan telaga air panas yang wujud sekarang. Terletak dikawasan Telaga Air Panas seluas 4 ekar, terbina kompleks moden yang didalamnya terdapat 3 tingkat pancutan air panas, mural lukisan tangan diatas batu sungai sepanjang 18 meter yang menceritakan lagenda disebalik kewujudan tempat ini, demostrasi harian tentang kraftangan tempatan dan tarian kebudayaan serta kedai-kedai yang menjual kraftangan. Terdapat juga kemudahan kedai makanan dan minuman yang menyediakan juadah tempatan disini. Kompleks ini terletak hanya 14 kilometer dari pekan Kuah.

Padang Mat Sirat


Padang Mat Sirat terletak 12 kilometer dari pekan Kuah. Selepas kematian Mahsuri, Langkawi telah diserang oleh Angkatan Tentera Siam. Rakyat tempatan telah membakar semua beras sebagai bekalan utama makanan bagi menghalang tentera Siam mendapat bekalan makanan untuk mereka. Diceritakan, mereka telah menanam beras tersebut didalam tanah sedalam 1 meter dan kesan beras terbakar tersebut masih lagi boleh dilihat hingga sekarang, lebih-lebih lagi selepas hujan. Tempat dimana beras terbakar itu dapat dilihat dinamakan Beras Terbakar dimana kebanyakan orang percaya boleh mengubat beberapa jenis penyakit.

Telaga Tujuh

Terletak di Barat Laut Pulau Langkawi, 23 kilometer dari Pekan Kuah, Telaga Tujuh adalah keindahan dan keajaiban geografi dimana air terjun yang turun berasal dari tujuh punca air semulajadi yang berlainan. Hutan hijau yang merimbun mengelilingi air terjun tersebut menambahkan lagi sentuhan kedamaian kepada keindahan alam semulajadi. Lagenda ada menyatakan tempat ini adalah tempat pari-pari bersiram dan bermainmain. Kehadiran mereka dapat dirasa dan dikesan melalui bau yang menyenangkan ke seluruh kawasan sekitar.

Tanjung Rhu
Tanjung Rhu terletak disebuah tanjung di utara Pulau Langkawi dan jaraknya 20 kilometer dari Pekan Kuah. Oleh kerana pantai ini dipenuhi dengan pohon-pohon rhu maka ia dinamakan Tanjung Rhu. Terdapat sebuah pulau yang terletak berhampiran pantai ini yang boleh sampai dengan menyeberangi kawasan air yang cetek. Perjalanan menggunakan bot dari pulau ini, membawa kita ke satu tempat yang dinamakan Gua Cerita. Terdapat tulisan-tulisan lama yang masih tidak dapat ditafsirkan sepenuhnya menggambarkan misteri dan keasyikan lagenda lama.

Peta Langkawi

Anda mungkin juga menyukai