Anda di halaman 1dari 1

Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya...

1) Wahai anakku, apabila perutmu penuh makanan (kenyang), matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu, semua anggota badan malas beribadah dan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya di mana dengan hati yang bersih dan haluslah akan tercapai nikmat bermunajat dan mengingati Allah. 2) Wahai anakku, jika di waktu kecil engkau rajin belajar dan tekum menuntut ilmu sebanyakbanyaknya, tentu pada waktu dewasa kelak engkau akan dapat memetik hasilnya untuk engkau nikmati. 3) Wahai anakku, ikutilah engkau dalam menghantar jenazah dan janganlah engkau mengikuti dalam jamuan resepsi perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu didunia yang fana ini sedangkan resepsi perkahwinan akan membangkitkan nafsumu dan senang akan kehidupan dunia belaka. 4) Wahai anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar dan mengangkat besi yang berat. Akan tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tenaga yang buruk perangainya. Aku sudah pernah merasakan segala makanan yang pahit, akan tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan. Dan, aku sudah pernah menderita dengan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, akan tetapi belum pernah aku mengalami penderitaan yang lebih susah dan payah daripada menanggung hutang. 5) Wahai anakku, sepanjang hidupku aku hanya memilih 8 kalimah daripada warisan para NabiNabi yang lalu, iaitu: y Apabila engkau sedang solat beribadah kepada Allah s.w.t., maka jagalah baik-baik fikiranmu. y Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan matamu agar tidak liar. y Apabila engkau ditengah-tengah majlis, maka jagalah lisanmu. y Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, maka jagalah perangaimu. y Ingatlah kepada Allah s.w.t. y Ingatlah akan mati. y Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain. y Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

Anda mungkin juga menyukai