Anda di halaman 1dari 13

Ayat

1. 2. 3. 4. Ayat ialah satu susunan perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat. Subjek ialah perkara yang diceritakan. Predikat ialah cerita berkenaan perkara itu ( subjek ). Ayat mengandungi makna yang lengkap. Ia diucapkan dengan intonasi atau nada yang sempurna.

Contoh : subjek 1. Afendi 2. Kakak 3. Ibrahim 4. Zulkfli 5. Ayam itu Ragam Ayat 1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu: (a) ayat penyata; (b) ayat tanya; (c) ayat perintah; (d) ayat seruan. 2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut: (a) Ayat penyata 1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal. 2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan. Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya. Contohnya: i. Kakak sedang menyiram bunga. ii. Lembu itu akan dijual. Budak-budak itu bermain di tepi longkang. (b) Ayat tanya 1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya. 2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu : a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya. Contohnya i. Berapakah harga kasut itu? ii. Sudahkah adik minum susu? iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat? Ayat Tanya Dengan Kata Tanya. 1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa. 2. Diakhiri dengan partikel -kah. Contoh : Siapakah nama bapa kamu ? predikat guru menyapu sampah. bermain bola sepak. Minum teh asyik berkokok.

Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya 1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya. 2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata. 3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? ) contoh : Kamu belum hantar buku itu ? (c) Ayat perintah 1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu. 2. Ayat perintah terbahagi kepada a. Ayat Suruhan b.Ayat Permintaan c.Ayat Larangan d.Ayat Silaan Contohnya: a. Ayat Suruhan 1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah. 2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat. Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang. Turunlah dari sini sekarang juga. Cuci kasut kamu. (suruhan) b. Ayat Permintaan 1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan. 2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat. Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur. Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan. Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan) (d) Ayat seruan Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya. Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! ) 3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat. 4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya. Contohnya: i. Amboi, cantiknya baju kamu! ii. Aduh, sakitnya perut aku! Oh, dia sudah pergi ke sekolah ! 2 Ayat Aktif dan Ayat Pasif 1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama. 2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek. 3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya. 1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya: (a) Emak memasak nasi. dan sebagainya c. Ayat Larangan 1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu . 2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan. 3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat. Contoh : Jangan minum air itu. Usahlah menangis lagi. Jangan petik bungs itu.(Iarangan) d. Ayat Silaan 1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang. 2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat. 3. Partikel -lah boleh digunakan. Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau. Jemputlah menikmati Datanglah ke rumah saya. (silaan)

(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu. (c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah. 2. Ayat pasif ialah ayat yang kerjanya (a) tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama dan kata ganti diri kedua. Contohnya: i. Bola itu saya tendang. ii. Borang itu perlu anda isi. (b) berawalan di dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga. Contohnya: Baju itu dibasuh oleh kakak. 3. Ayat pasif terdiri daripada: (a) ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya. (b) ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya. (c) ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di, diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya. 4. Keduadua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berbeza. Contohnya: Ayat Aktif Apt Pasif Diri Pertama (a) Saya mencuci kasut sekolah. (a) Kasut sekolah saya cuci. (b) Kita menerima keputusan itu. (b) Keputusan itu kita terima. (c) Aku akan memetik bunga itu. (c) Bunga itu akan aku petik. (d) Kami sudah menyusun jadual itu. (d) Jadual itu sudah kami susun. Ayat Aktif (a) Anda harus menyiapkan kerja itu. (b) Awak mesti menyerahkan surat itu. (c) Engkau patut memulangkan duitnya. (d) Kamu perlu membaiki kereta itu. Ayat Aktif (a) Mereka mengecat bangunan. (b) Baginda meminta rakyat supaya bersabar. (c) Beliau mengarahkan orang ramai supaya beratur. (d) Dia sedang menjahit baju. Ayat Pasif Diri Kedua (a) Kerja itu harus anda siapkan. (b) Surat itu mesti awak serahkan. (c) Duitnya patut engkau pulangkan. (d) Kereta itu perlu kamu baiki. Ayat Pasif Diri Ketiga (a) Bangunan dicat oleh mereka. (b) Rakyat diminta oleh baginda supaya bersabar. (c) Orang ramai diarahkan oleh beliau supaya beratur. (d) Baju sedang dijahit olehnya. Ayat Pasif Buku itu dibaca oleh Ali. Nasi lemak dimasak oleh ibu. Nasihat guru kita, mesti kita dengar. Adiknya dipukul dengan kuat oleh Salmah. Kerusi patah dibawa oleh Yusof

Ayat Aktif 1. Ali membaca buku itu. 2. Ibu memasak nasi lemak. 3. Kita mesti mendengar nasihat guru kita. 4. Salmah memukul adiknya dengan kuat. 5. Yusof membawa kerusi patah. 3 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan atau tulisan tanpa mengubah maksudnya. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah maksud asalnya. 2. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk. 3. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan bahasa tanpa mengubah maksudnya. 4. Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah. 5. Perhatikan perbezaan antara cakap ajuk dengan cakap pindah di bawah ini. Cakap Ajuk Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk ialah percakapan yang 1. Cakap Pindah ialah perkataan atau dilaporkan semula sebagaimana asalnya percakapan yang dilaporkan semula dituturkan. tetapi tidak sebagaimana yang 2. Tidak ada sebarang pindaan yang dituturkan. dilakukan. 2. Terdapat perbezaan stuktur atau 3. Cakap ajuk dimulai dengan tanda susunan perkataan-perkataan dalam pembuka kata dan diakhiri dengan ayat. tanda penutup kata ( .. ) 3. Walaubagaimanapun , maksud atau susunan perkataan sama.

1. "Cuci baju kamu," kata ibu 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.


kepada Ani. Cikgu berkata, "Mengapa tidak hadir semalam, Hafizi?" "Datanglah ke rumah saya malam ini, Encik Azman," kata Encik Lim. Di manakah awak letakkan beg itu ? tanya Cikgu Azmi kepada Sunita. Kata nenek kepada Siti, Begini cara membuat kuih Bahulu. Kata Hassan kepada Faizal , Ini buku awak. Ayam itu lapar, kata Asmah. Berikan bola ini kepada Zainal Abidin, kata Dollah Salleh.

1. Ibu menyuruh Ani mencuci


bajunya.

2. Cikgu bertanya kepada Hafizi


sebab dia tidak hadir semalam.

3. Encik Lim mempersilakan Encik 4. 5. 6. 7. 8.


Azman ke rumahnya pada malam nanti. Cikgu Azmi bertanya kepada Sunita di mana dia meletakkan beg itu. Nenek berkata kepada Siti bahawa begitu cara membuat Kuih Bahulu. Hassan menyatakan kepada Faizal bahawa itu buku dia. Asmah menyatakan bahawa ayam itu lapar. Dollah Salleh menyuruh agar bola itu diberikan kepada Zainal Abidin.

6.

Apabila menukarkan bentuk cakap ajuk kepada cakap pindah, perkara-perkara berikut perlu diubah atau diberi perhatian. Cakap Ajuk Cakap Pindah saya, aku, hamba dia, ia, nya, beliau beta baginda kami, kita mereka anda, awak, kamu, engkau saya, dia, nya dia dia beliau beliau mereka mereka ini itu itu itu sini situ, sana, tempat itu begini begitu demikian ini demikian itu sekarang masa itu, ketika itu malam tadi malam semalamnya semalam semalamnya hari hari itu ini esoknya, keesokan harinya, hari itu esok

latihan 1. Tentukan jenis ayat di bawah : 1.Aduh, sakit kepalaku ini 2.Mangsa kemalangan itu telah meninggal dunia. 3.Harap hadirin bersabar seketika. 4.Bilakah tarikh perkahwinan Badrul? 5.Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa. 6.Kampung saya bernama Kampung Aman.

7.Biarkan sahaja mereka bermain di situ . 8.Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ? LATIHAN 2 Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud asalnya . (i) Ibu bapa perlu sentiasa memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada ada anak berasa tersisih. anak agar mereka tidak

(ii) Majalah ini diterbitkan di New York.

(iii) Kita perlu bersenam sekurang

kurangnya seminggu sekali.

(iv) Syarikat telekomunikasi itu kepunyaan Dato Malik.

(v) Mereka berlepas ke Mekah petang tadi.

LATIHAN 3 Baca ayat ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat ayat tersebut dan klafikasikannya sama ada ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan. (i) Awak siapkanlah kerja itu sekarang. (ii) Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi. (iii) Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan. (iv) Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu. (v) Engkau tunggu dia di rumah. LATIHAN 4 Baca ayat ayat di bawah ini dengan teliti. Klafikasikan ayat Melayu.

ayat itu ayat

ayat tersebut kepada jenis

jenis ayat utama dalam bahasa

(i) Mulai saat ini usahlah engkau pedulikan aku lagi. (ii) Amboi, cantiknya baju baru awak ! (iii) Mengapakah awak muram saja hari ini? (iv) Pihak Kastam berjaya menumpaskan satu sindikit penyeludupan beras semalam. (v) Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang oleh Pak Maon. LATIHAN 5 Baca ayat di bawah dengan teliti. Klasifikasikan ayat ayat tersebut kepada jenis-jenis ayat utama dalam bahasa Melayu.

(i) Mengapakah manusia sering mengabaikan kebersihan? (ii) Syabas, engkau telah menang! (iii) Tolong selesaikan tugasan ini. (iv) Negeri Johor memang terkenal dengan tarian kuda kepang. (v) Dengan siapakah anak En. Malik berkahwin? LATIHAN 6 Bina satu ayat dengan menggunakan jenis ayat yang diberikan.

(i) Ayat tanya

(ii) Ayat seru

(iii) Ayat perintah

(iv) Ayat penyata

(v) Ayat tanya dengan kata tanya

LATIHAN 8 Tukarkan ayat tanya kepada ayat penyata tanpa mengubah maksud asal.

(i) Di manakah Norlia membeli pakaian tadi?

(ii) Surat itukah yang dibaca oleh Ahmad?

(iii) Puan Mariam suri rumah?

(iv) Siapa gurunya?

(v) Manakah yang dipilih olehnya?

LATIHAN 9 Kenal pasti jenis ayat

ayat di bawah dan nyatakan jenisnya.

(i) Tikus semakin banyak di bendang Pak Samad kerana hanya padinya sahaja yang menjadi pada tahun ini. (ii) Mengapa kamu tidak dating ke padang permainan semalam? tanya Afiq kepada Adib. (iii) Cepat buka pintu ni! Ada anjing gila kat luar rumah, jerit adik. (iv) Wah pandainya awak lukis kain ini! puji samad kepada Wati. (v) Tolong buka kasut setiap kali masuk perpustakaan, kata pengawas itu.

LATIHAN 10 Bina satu ayat berdasarkan jenis ayat yang diberikan di bawah. i. Ayat silaan ii. Ayat larangan iii. Ayat permintaan iv. Ayat suruhan v. Ayat permintaan

Latihan 11:. Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif. 6

(i) (ii) (iii)

Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datu`. Saya membeli buku itu di kedai koperasi . Kami akan membantu guru pada hari pendaftaran pelajar baharu itu nanti.

Latihan 12: Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif Tukarkan ayat-ayat pasif. di bawah ini kepada ayat aktif (i) Kursus itu akan saya jalani pada minggu depan. (ii) (iii) Peperiksaan itu akan kami duduki pada bulan Jun nanti. Kita tuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Latihan 12: Cakap ajuk dan cakap pindah Contoh penukaran ayat: i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan. Jawapah: Ali ____________ Chan bahawa orang itu menerpa dan memberinya hadiah tersebut. ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu. Jawapan: Guru itu ______________ bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin itu. Jawapan: Guru disiplin itu _______________ Raju datang lewat ke sekolah pada hari tersebut. iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Mak Chan kepada Cik Lim. Jawapan: Mak Chan _____________ Cik Lim supaya makan kuih itu. v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu. Jawapan: Doktor tersebut ______________ pesakitnya seorang tua supaya makan ubat yang diberinya itu. vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Mak Tan kepada Michelle. Jawapan: Mak Tan ______________ Michelle yang baru bangun daripada tidur walaupun sudah pukul 11.00 pagi. vii. "Hai, apa khabar Sally?" kata Fai Jun Pui. Jawapan: Fai Jun Pui ________________ Sally sambil bertanyakan khabar. b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan: Contoh 1: Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. 7

Samad .....: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah.

Aziz .........: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti Indonesia,Thailand, Singapura dan negaranegara Eropah.

Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong.tempatan .pelancong di dalam negeri.

Kamariah.:.Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi. potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat.percutian mereka.

Samad .....: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanamdalam diri.

Contoh 2: Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan. Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu Hassan di halamannya. Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu. Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat. Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah. Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang lepas, Kamarul memberikan alasan. Jawapan: 1. __________________________________________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________________________________________ 8

4. __________________________________________________________________________________________________

5. _________________________________________________________________________________________

6. ______________________________________________________________________________________________

c. Latihan Pengukuhan Latihan 1 Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh. Rancangan apa? jawab Ani. Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh. Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani. Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. ............[ 6 markah ] Latihan 2: Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang....... Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok anak itu. Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi. Ya, Tuk Yahya tahu......... Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak ada ,jelas anak itu hampir meraung. Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya .....................................[ 6 markah ]

Latihan 3: 9

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam. Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu. Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan. Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim. Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya, kata Nizam. Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim. .....[ 6 markah ]

Latihan 4: Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ? FELIX : Mi Pedas. MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ? FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas. MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah? FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. ...................[ 6 markah ] Latihan 5: Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam? Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah. Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita ...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan? Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit. ........................................................[ 6 markah ] . LATIHAN 13 10

Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif. 1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.

6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.

11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.

12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.

13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.

14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.

15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang. 11

Latihan 14 Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif. 1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi. 2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai. 3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ. 4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur. 5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut. 11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun. 12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya. 13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya. 14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.

15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin

12

13