Anda di halaman 1dari 1

4 PERKARA YANG BERHARGA

Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal Soleh. Maka... 1-Akal boleh hilang disebabkan marah. 2-Agama boleh hilang disebabkan dengki. 3-Malu boleh hilang disebabkan tamak. 4-Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:


1-Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya. 2-Para ahli waris akan menarik hartanya. 3-Ulat akan menarik tubuhnya. 4-Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:


Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam: 1-Memberi maaf pada waktu marah. 2-Suka memberi pada waktu susah. 3-Menjauhi yang haram pada waktu sunyi. 4-Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:


Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu: 1-Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua 2-Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana. 3-Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit. 4-Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Anda mungkin juga menyukai