Anda di halaman 1dari 9

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersyukur kami ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, kami dapat melengkapkan projek CTU 151 dengan tajuk pilihan kami iaitu Tamadun Zaman Awal.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan yang telah member kami dorongan dan sumbangan terutamanya kepada pensyarah kami yang disegani, Ustazah Zaiton Binti Din, kerana telah membantu kami dalam perjuangan ini. Tidak lupa juga kepada rakanrakan sekelas kami yg telah banyak memberi sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada kami.

Sesungguhnya, tanpa dorongan dan sumbangan mereka, agak sukar untuk kami untuk melengkapkan projek kami ini dengan dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh kami secara individu. Namun begitu, segala kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna dan hasilnya dapat dilihat dengan projek kami yang berjaya ini.

Pendahuluan

Perkembangan sains dan teknologi yang pesat di dunia ini berpunca daripada cetusan dan sumbangan daripada Islam. Tamadun Islam yang telah bertapak sejak zaman Rasulallah SAW terus berkembang dengan majunya sehingga ke seluruh pelusuk dunia.

Oleh hal yang demikian, antara sebab pemilihan tajuk ini, iaitu Tamadun Zaman Awal, ialah kerana perasaan ingin tahu tentang bagaimana gaya hidop ataw ekosistem pada zaman awal bermula zaman Rasulallah SAW. Perkara ini telah menarik perhatian kami untuk membuat kajian dan menambah pengetahuan tentang tamadun zaman awal.

Tajuk ini merupakan salah satu tajuk yang menarik lagi misteri dari segi sejarah zaman awal. Tambahan pula, tajuk ini yang berkaitan dengan Rasulallah SAW dan zaman Khulafa` AlRasyhidin telah membuatkan kami rasa lebih ingin tahu tentang Rasulallah SAW lantas membawa kami untuk mendalami fenomena tamadun zaman awal.

Pengenalan

Kelahiran Islam di Mekah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan titik bersejarah lahirnya satu tamadun baru yang baru yang merubah sejarah dunia selama-lamanya. Tamadun in berjaya untuk mencorak dan membudayakan hidup masyarakat jahiliyyah dan geo-politik dunia ke arah yang jauh lebih baik dan lengkap. Di bawah asuhan dan bimbingan Rasulallah SAW serta para sahabat RA., penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan budaya berjaya disatukan dengan ikatan akidah dam ukhuwah Islamiyyah. Bermula dari abad ke-7 hingga ke-18M, dunia telah didominasi dan dicorak oleh tamadun Islam. Pencapaian dan kegemilangan yang dikecapi oleh tamadun Islam berakarkan kepada nilai-nilai yang terkandung di dalama ajaran Islam sendiri. Sumber al-Quran telah telah membawa impak yang besar dalam peranannya memajukan umat dan tamadun islam. Pada zaman Rasulullah SAWyang menjadi pemimpin masyarakat dan negara ialah baginda sendiri. Beliau memegang dua macam kekuasaan; kekuasaan agama dan kekuasaan dunia. Sebagai pemimpin agama, beliau menerima syariat (wahyu) dari Allah S.W.T., dan sebagai pemimpin dunia (politik) beliau melaksanakan syariat itu. Dengan kewafatannya selesailah tugasnya sebagai pembawa syariat, akan tetapi sebagai pemimpin dunia, tugasnya belum lagi selesai, dan perlu disambung. Dan mereka yang menyambung atau mengganti tugas-tugasnya inilah yang disebut Khalifah (Pengganti Nabi). Ada pun gelaran Al-Rashidin yang diberikan kepada Khalifah-Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan dan Ali bin Abu Talib tersebut, itu kerana mereka dipandang sebagai Khalifah yang sempurna dan diberi petunjuk untuk melaksanakan Syariat Islam dengan ikhlas.

ZAMAN RASULULLAH S.A.W (610-632M)

Zaman rasulullah SAW merupakan asas kepada ajararan tamadun islam. Segala aspek kehidupan bagi umat Islam berpunca dari teras yang satu iaitu kalimah tauhid. Zaman ini merupakan zaman model tamadun Islam dan hampir semua prinsip pada zaman awal Islam berasal dari zaman ini. Terdapat dua period pada zaman ini iaitu period Mekah dan period Madinah. Perbezaan yang ketara tidak kira dari segi perkembangan kerohanian dan intelektual dapat dilihat dari sudut perkembangan insaniah dalam setiap period. Period Mekah dapat dicerminkan sebagai zaman ujian untuk menempa dan memupuk jiwa supaya tegas, kukuh, dan tahan lasak manakala period Madinah pula adalah zaman untuk membina komuniti tepat dan baru menepati acuan baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur ( negeri yang baik dan mendapat pengampunan Allah SWT ) ( Wan Kamariah & Mazlah, 1997 ).

Period Mekah

Detik permulaan penerusan tamadun Islam dalam sejarah perkembangan tamadun manusia ialah melalui peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril a.s pada bulan Ramadhan pada tahun 610 M ketika Rasulullah berusia 40 tahun. Tamadun Islam terus berkembang selama 23 tahun iaitu hingga ke tahun 623 M (zaman Kerasulan). Kelahiran dan pembentukan tamadun Islam itu amat jelas dan nyata sekali kerana pada jangka masa itulah merupakan penurunan al - Quran al - Karim yang merupakan sumber utama tamadun Islam sendiri.

Rasulullah SAW menyampaikan dakwahnya selama 23 tahun tanpa henti kepada masyarakat Arab Jahiliyah yang ketika itu jahil dalam serba serbi. Orang Arab sebelum kedatangan Islam adalah golongan yang menganut kepercayaan menyembah berhala. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW menekankan larangan kepada penyembahan berhala dan mengajak umat mentauhidkan Allah SWT. Kedatangan Islam membawa lembaran baru kepada masyarakat Arab Jahiliyah sehingga terhapusnya fahaman perkauman yang sempit juga bernilai negatif kepada Muslim yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dari segi aqidahnya yakni mentauhidkan Allah SWT dan benar dari segi muamalahnya yang berdasarkan kepada syariah serta benar tingkah lakunya yang berteraskan kepada akhlak Islam, yang mana keseluruhannya berlandaskan kepada sunnah Allah SWT. Perkataan Jahiliyah yang disebut beberapa kali dalam al - Quran adalah berlawanan dengan pengertian tamadun. Jahiliyah yang disebutkan itu melambangkan kepada kekufuran, keangkuhan, kemaksiatan dan juga kejahilan tentang konsep ketuhanan yang sebenar. Contoh ungkapan Jahiliyah dalam al - Quran ialah dalam surah - surah al - Maidah 5 : 50, surah al Ahzab 33 : 33, surah al - Imran 3 : 154 dan banyak lagi surah yang terdapat di dalam al - Quran yang memperkatakan tentang Jahiliyah. Antara sumbangan dan perubahan yang dilaksanakan oleh Rasulallah SAW di Mekah dapat dilihat dari segi : i.) Aspek Aqidah (Kepercayaan) ii.) Aspek Akhlak iii.) Pendakwahan iv.) Sosial Penyediaan modal insan Bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al - Anbiya', yang membawa maksud : " Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad), melainkan sebagai rahmat untuk alam sejagat.

i.) Aspek Aqidah. Penitikberatkan pembinaan akidah telah membawa kepada perubahan yang besar dalam aspek ini. Ketika itu boleh dikatakan setiap kabilah dan setiap rumah mempunyai berhala mereka sendiri. Pada ketika itu juga disekeliling Kaabah terdapat lebih kurang 360 buah berhala. Rasulallah telah merubah sebahagian besar masyarakat Arab yang menyembah berhala kepada mentauhidkan seta mengesakan Allah SWT dan menolak sebarang penyekutuan terhadap Allah SWT dalam sebarang bentuk. Perubahan ini merupakan sesuatu yang sukar untuk dipupuk kerana telah lama masyarakat Arab mengamalkan sembahan berhala. ii.)Aspek Akhlak. Rasulallah SAW juga telah dengan sedaya upaya memperbaiki akhlak masyarakat Arab supaya selaras dengan ajaran Islam. Di bawah didikan dan asuhan Rasulullah SAW, umat Islam telah dididik untuk membersihkan jiwa, diri dan hidup dengan beradab, zuhud, tawadduk, warak, suci, amanah, tidak mementingkan diri dan takut akan azab Allah SWT. Sifat ini jelas dapat dilihat pada Saidatina Aisyah, Fatimah, Khadijah, Saidina Ali, Abu Bakar dan lain - lain. iii.) Dakwah Pada peringkat awalnya sesudah Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertamanya di Gua Hira', Rasulullah SAW mengembangkannya hanya di kalangan orang - orang yang terhampir dengan Baginda sahaja dan dakwah tersebut tidak dilakukan secara terang - terangan. Dakwah secara rahsia ini bertempohkan selama 3 tahun dan berfokus kepada ahli keluarga yang terdekat dan para sahabat baginda. Selepas itu, Pendakwahan secara terang terangan atau langsung yang berlangsung selama 10 tahun hanya dilakukan oleh Rasulullah SAW selepas bilangan pengikutnya bertambah. Cara ini bermula dengan melaksanakan satu majlis di rumah Sayyidina Ali Bin Abi Talib K.W. Manakalah dakwah secara terbuka kepada orang ramai diadakan di Bukit Safa, Mekah dengan dihadiri oleh kaum Quraisy dan ketua-ketuanya.

iv.) Sosial Penyediaan modal insan Penumpuan yang diberikan Rasulallah SAW semasa period ini lebih bersifat penyediaan modal insan yang mantap dalam menandingi kegilaan puak pelampau kafir dan musyrik yang menghalang penyebaran Islam ( Wan Kamariah & Mazlah, 1997 ). Setelah berhadapan dengan pelbagai masalah, akhirnya baginda berjaya mentamadunkan masyarakat Arab kepada masyarakat Islam. Meskipun Jazirah Arab lemah dari segi ekonomi, politik atau tamadun, tetapi kesediaan untuk menerima ajaran Rasulallah adalah cukup untuk melahirkan tamadun gemilang. y Period Madinah Proses yang dilakukan oleh Rasulallah SAW ialah membina dan menyusun masyarakat serta negara Islam. Beberapa startegi dan perubahan yang Rasulallah SAW lakukan sebaik saja tiba di madinah ialah :

- Sosial  Berjaya menyusun dan mengatur stratifikasi sosial Arab ke arah positif  Mempersaudarakan di antara golongan Ansar dan Muhajirin sehingga sanggup berkorban demi satu sama lain  Mengankat kedudukan wanita dan membolehkan mereka menerima harta pusaka.  Mewujudkan masjid sebagai :j Pusat ibadat j Markas j Sekolah j Parlimen j Tempat menerima tetamu j Tempat musafir bermalam j Tempat menyeesaikan masalah kententeraan dan kehakiman  Menyusun segala aktiviti harian di Madinah ( Wan Kamariah & Mazlah, 1997 )  Mengadakan perjanjian dengan golongan bukan Islam terutamanya kaum Yahudi

-Politik  Menjadikan Masjid Nabi sebagai ibu pejabat kerajaan Islam  Menggubal dan membentuk Piagam Madinah sebagai asa pembentukan negara Islam pertama, Madinah  Melahirkan masyarakat baru dikenali sebagai ummah, melancarkan perubahan revolusioner dan merubah prinsip suku bangsa  Melantik beberapa orang sahabat sebagai gabenor, pengutip cukai, dan hakim bagi melicinkan pentadbiran  Menjadikan Madinah sebagai ibu negara Islam  Mengasaskan sistem syura ( sistem permesyuaratan dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan Islam berpandukan ajaran al-Quran dan Hadith )

-Ekonomi  Memperkenalkan dasar percukaian. Contoh zakat, jizyah, kharaj, fai` dan `usyur.  Mengemukakan asas-asas penting berkaitan dengan dasar kewangan negara. Amalan riba dan sistem barter telah dihapuskan  Sistem ukuran kewangan menggunakan mata wang dinar dan dirham.  Menetapkan dasar perakaunan Islam yang meliputi dasar keseimbangan kira-kira, ketetapan ukuran, ukuran kewangan dan dokumen objektif  Menubuhkan institusi baitulmal yang mengorganisasikan semua dasar dan polisi ekonomi negara. -Dakwah  Memberikan perhatian serius kepada bidang dakwah  Mengirim pendakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab  Memberi latihan intensif kepada para pendakwah  Penyebaran ajaran Islam yang secara meluas

-Organisasi Tentera  Penubuhan organisasi tentera Islam  Peperangan yang berlaku adalah bersifat mempertahankan agama dan penyebarannya,nyawa, harta benda, dan maruah umat Islam.  Rasulallah SAW sendiri yang memegang jawatan Ketua Panglima Tentera negara Islam.  Semua umat Islam dikategorikan sebagai tentera kerana tiada golongan tentera secara rasmi pada zaman ini  Cara berperang adalah lebih kepada taktik dan startegi dengan mengikut keadaan serta persekitaran dan menggunakannya sebagai satu kelebihan -Senibina  Titik permulaan senibina Islam bermula dengan terdirinya masjid yang pertama di dalam Islam iaitu Masjid Quba`  Rasulallah SAW membina rumahnya sendiri di Madinah di atas sebidang tanah yang luasnya 100 hasta persegi  Baginda turut terbabit dalam penggalian parit sebagai kubu di Perang Khandak  Rasulallah SAW juga terlibat dalam pembinaan semula Kaabah yang telah runtuh akibat banjir -Pendidikan  Rasulallah SAW mewujudkan sistem pendidikan Islam tidak formal setelah berhijrah ke Madinah  Madinah mempunyai 9 buah sekolah ( masjid ), antara yang terpenting ialah sekolah (masjid) Kaabah  Baginda menghantar guru-guru untuk mengajar di seluruh wilayah Islam di Semenanjung Tanah Arab

Anda mungkin juga menyukai