Anda di halaman 1dari 27

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

TAJUK 1 Konsep-konsep Asas Penilaian dan Pengukuran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pengajian Sosial
SINOPSIS Pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran adalah konsep-konsep asas yang penting dalam bidang pendidikan dan mempunyai maksud dan melibatkan proses yang berlainan. Popham (2000) menyatakan istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar dan dianggap sinonim. HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran dalam Pengajian Sosial. KERANGKA TAJUK-TAJUK

KONSEP-KONSEP ASAS PENILAIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENGAJIAN SOSIAL

PENGUJIAN PENILAIAN PENGUKURAN

PENTAKSIRAN

KANDUNGAN ISI 1

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Modul ini menerangkan konsep dan tujuan pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Modul ini juga akan menerangkan kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran Pengajian Sosial. Seterusnya menyenaraikan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian. 1.0 Pengujian Pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid (Azizi, 2008). Manakala menurut Siti Rahayah (2003) pengujian adalah proses pengukuran pencapaian penguasaan pelajar dalam suatu disiplin di dalam kelas dengan menggunakan ujian. Menurut Bhasah (2009) ujian adalah satu konsep yang kerap digunakan oleh guru pada setiap bulan. Guru dikehendaki menyediakan ujian bulanan, ujian pertengahan semester juga ujian percubaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR (Penilaian Menengah Rendah), SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Manakala menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor dalam mengukur pencapaian murid bagi sesuatu mata pelajaran seperti dalam ujian KajianTempatan murid mendapat markah 90/100. Contoh sistem berkategori seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti dan buta warna hijau-merah bagi ujian penglihatan (Mokhtar, 2009). 2

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 1.1 Tujuan pengujian a) Menentukan perubahan tingkah laku pelajar. b) Menentukan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. c) Mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh pelajar. d) Maklum balas kepada guru dari segi kekuatan dan kelemahan pengajarannya. e) Maklum balas kepada pelajar dari segi kekuatan dan kelemahan pembelajarannya. 1.2 Pelaksanaan pengujian Pelaksanaan ujian terbahagi kepada dua iaitu ujian

berbahasa dan ujian bukan berbahasa. Contoh ujian berbahasa adalah ujian kertas dan pensel (ujian bertulis) dan ujian lisan. Ujian bukan berbahasa contohnya adalah ujian prestasi yang lebih tertumpu kepada kemahiran psikomotor.

Guru di sekolah selalu mengadakan ujian dari masa ke semasa. Jelaskan proses-proses yang terlibat.

2.0

Pengukuran

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Pengukuran adalah satu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat atau instrumen tertentu (Azizi, 2008). Menurut Bhasah (2009) pengukuran adalah pemberian angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang telah ditetapkan. Alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, skala kadar (rating scales) atau senarai semak. Contoh bagi pengukuran adalah skor atau markah 85 daripada 100 markah bagi sesuatu ujian. 2.1 Tujuan Pengukuran

a) Mengesan hasil-hasil pembelajaran dan jenis-jenis kemahiran yang diperoleh. b) Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. c) Membandingkan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam mata pelajaran untuk yang tertentu ataupun dan keseluruhan pencapaian akademiknya. d) Mendapat maklumat membuat pengelasan menempatkan pelajar dalam jurusan kurikulum yang sesuai. e) Mendapat maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil sebagai maklum balas kepada pelajar dan ibu bapa.

Huraikan alat-alat pengukuran yang boleh digunakan oleh guru selain daripada ujian. 3.0 Penilaian

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Menurut Siti Rahayah (2003), penilaian adalah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan yang sewajarnya dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang berkesan. Dalam konteks yang lebih luas, penilaian adalah satu usaha mengemukakan pendapat tentang nilai sesuatu idea, penyelesaian, kaedah, bahan dan sebagainya. Ia melibatkan penggunaan kriteria dan juga standard untuk menentukan sejauh mana sesuatu itu tepat, berkesan, ekonomikal atau memuaskan. Menurut Gay (1985) dalam Bhasah (2009), penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah dicapai. Seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalah satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar. Suatu proses mentaksir sama ada kuantiti sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Ia melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan Penilaian merupakan satu aspek penting dan sangat mustahak dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program-program penambahbaikkan pendidikan. Melalui penilaian pengajaran dan pembelajaran, para pengajar, pensyarah, guru, pelajar, murid, ibu bapa, pentadbir dan 5

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) perancang pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi

meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 3.1 Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk a) Kualitatif maklumat kualitatif yang mengandungi

Menggunakan

pernyataan deskriptif bertujuan untuk menghuraikan dengan lebih lanjut, jelas atau membuat analisis terhadap sesuatu isu (Bhasah, 2009). Data kualitatif diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu. Contoh: Muhammad Haziq seorang pelajar yang pintar dan cerdas. b) Kuantitatif

Data kuantitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti Nurul Izzah mempunyai darjah kecerdasan 120. Ringkasnya penilaian merupakan satu aspek proses

pembelajaran yang penting kerana ia menggalakkan murid menbaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang pembelajaran murid-murid, dan menggalakkan guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

Namakan jenis-jenis penilaian yang kamu tahu?

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 3.2 Proses Penilaian Pada umumnya, proses membuat penilaian adalah seperti berikut: a) Menentukan jenis data yang harus dikumpulkan b) Menentukan jenis responden/subjek c) Pengumpulan data d) Analisis e) Interpretasi data f) Membuat keputusan 3.3 Tujuan Penilaian a) Mengumpul maklumat pencapaian pelajar, membuat analisis dan mengambil tindakan yang selanjutnya. b) Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar serta merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan. c) Membuat pertimbangan dan penghakiman terhadap kualiti, keberkesanan atau nilai sesuatu pelajaran aktiviti yang pendidikan. d) Menentukan pencapaian objektif ditetapkan untuk pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. e) Membantu guru mengetahui tahap pencapaian sesuatu objektif pengajaran, keadaan ini memudahkan guru membuat keputusan.

Anda dikehendaki mencari maklumat tentang pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah anda. 7

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 4.0 Pentaksiran Menurut Cizek (1993) dalam Bhasah (2009), pentaksiran bilik darjah meliputi satu kaedah dan sumber yang luas digunakan oleh guru untuk mengumpulkan, menginterpretasi dan mensintesis maklumat tentang pelajar. Pentaksiran adalah proses yang melibatkan pengutipan, sintesis dan interpretasi maklumat dalam membuat keputusan (Airasian, 2001) dalam Vincent Pang dan Denis Lajium (2008). Menurut Bhasah (2009), istilah pentaksiran dan penilaian saling bertukar ganti. Umumnya pentaksiran melibatkan membuat keputusan berdasarkan kepada sesuatu peraturan dan piawaian. Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, oleh itu pentaksiran dan penilaian merupakan satu proses berterusan yang digabungkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran bukan sahaja melibatkan pentadbiran, pemarkahan dan penggredan sesuatu ujian tetapi mencakupi pengutipan segala bentuk maklumat yang membantu pemahaman mengenai pelajar dan pemantauan pengajaran. Pelbagai kaedah pengutipan maklumat dan interpretasi juga terlibat dalam pentaksiran. Sebagai contoh, Azni mendapat 85 markah untuk mata pelajaran Kajian Tempatan. Dalam pentaksiran kita tidak dapat mengatakan sama ada prestasi Azni baik atau tidak kerana markah tersebut tidak mencukupi untuk memberi maklumat yang berkenaan. Yang diukur adalah prestasinya sahaja, ada beberapa perkara yang tidak dapat ditunjukkan atau ditentukan daripada penaksiran. Contohnya nilai, sebab-sebab pelajar mendapat markah sedemikian, tahap program, pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan keberkesanan objektif kurikulum tercapai atau tidak.

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) 4.1 Ciri-ciri pentaksiran a) Pentaksiran merupakan satu proses mengumpul data bertujuan membuat keputusan tentang individu atau kumpulan. b) Ujian merupakan sebahagian daripada pentaksiran. c) Semasa membuat pentaksiran ke atas pelajar, guru sebenarnya mengukur tahap kecekapan untuk menentukan sama ada tahap kecekapan yang perlu dikuasai pada satu-satu peringkat pengajaran dan pembelajaran telah dapat diwujudkan. 4.2 Tujuan Pentaksiran a) Membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, guru dan pelajar meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna. b) Memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran dalam menepati piawaian yang ditetapkan. c) Memberi sijil kepada pelajar yang menunjukkan kecekapan dalam sesuatu bidang pembelajaran dan guru menentukan tahap pencapaian pelajar berbanding dengan kriteria yang telah ditetapkan. d) Mengunakan maklum balas dari hasil pentaksiran untuk pendidik dan pelajar memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran mereka. Contohnya, mencari punca kelemahan dan membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi atau memperbaiki kaedah pengajaran.

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) e) Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna berkesan. dan sistem persekolahan apabila yang lebih dapat Contohnya, pelajar

melaksanakan tugasan dengan cemerlang, mereka diberikan pengiktirafan di atas pencapaian mereka.

Mengapa guru perlu tahu mengenai pentaksiran?

5.0

Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian JADUAL 1.0: Perbezaan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Perkara Takrif Pengujian Teknik mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran Proses memperoleh nilai kuantitatif bagi menentukan pencapaian pembelajaran Fungsi Mengesan hasil pembelajaran yang diperolehi. individu. Mengesan hasil pembelajaran, jenisjenis kemahiran dan kemajuan. Penilaian Proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian murid untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Masa Sebelum, semasa 10 Sebelum, semasa Sebelum, semasa

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) dan selepas Cara dan selepas dan selepas

pengajaran. pengajaran. pengajaran. Melalui item-item Berbagai-bagai cara Melalui ujian dan (soalan-soalan) ujian. memperoleh kuantitatif. data alat-alat lain seperti soal selidik, rekod anekdot atau senarai semak. Berdasarkan maklumat pengujian dan data kualitatif dari pemerhatian, soal selidik atau senarai semak. Menunjukkan pencapaian dan tingkah laku murid secara keseluruhan.

Fokus

Satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran.

Satu-satu unit pembelajaran atau beberapa unit pembelajaran.

Hasil

Menunjukkan pencapaian muridmurid dalam satu atau beberapa unit pembelajaran.

Menunjukkan pencapaian dalam segmen pelajaran yang diukur.

Nyatakan hubungan antara pengujian, pengukuran, penaksiran dan penilaian.

6.0

Kepentingan pentaksiran dalam pembelajaran Pengajian Sosial adalah seperti berikut;

11

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) a) Memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Daripada keputusan prestasi pelajar, dapat membantu guru mempertingkatkan pasti kekuatan pengajarannya. dan Guru dapat mengenal kelemahan pengajaran

berdasarkan objektif yang ditetapkan. b) Memberi kesan yang sangat hebat iaitu secara umumnya kesannya adalah memberi motivasi kepada pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas dalam pembelajaran. Pelajar perlu berusaha untuk lulus dalam peperiksaan kerana hasil peperiksaan memberi satu status pencapaian akademik. Ini merupakan motivasi yang menyebabkan pelajar berminat untuk belajar. c) Memaklumkan kepada pelajar dan ibu bapa tentang

kemajuan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap dan perlakuan yang sepatutnya telah dikuasai. d) Mendapat maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. e) Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Bandingkan dan bezakan pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk dan proses pelaksanaan dalam konteks pendidikan.

TAJUK 2 Penilaian dan Ujian


12

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

SINOPSIS Dalam bahagian ini pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis penilaian, ujian dan bentuk-bentuk ujian dan seterusnya membanding beza jenisjenis ujian. HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan dan membanding beza jenis-jenis ujian. KERANGKA TAJUK-TAJUK Formatif Penilaian Sumatif

Jenis-jenis Ujian

Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Norma

Ujian Pencapaian Ujian Kecerdasan

Ujian Prestasi

Ujian Diagnostik

Ujian Personaliti Ujian Bakat 2.0 Penilaian dan Ujian 13

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

2.1

Jenis-jenis Penilaian Penilaian terbahagi kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. 2.1.1 Penilaian formatif Satu jenis penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad contohnya satu unit pelajaran.Tujuan penilaian formatif adalah untuk memperbaiki atau mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran di samping dapat mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar mendapat maklum balas dengan kadar dalam segera sesuatu tentang yang kemahiran. Fungsi penilaian formatif adalah untuk memastikan guru pengajarannya dan pelajar dapat memahami pembelajaran

sedang berlaku. Cara penilaian adalah berbentuk tidak formal seperti pemerhatian, kuiz, tugasan, kerja rumah dan ujian ringkas. Contoh ujian formatif adalah seperti lembaran-lembaran kerja dan ujian bulanan. 2.1.2 Penilaian sumatif Merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus atau program. Tujuannya untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau kursus yang dijalankan. Cara penilaian adalah berbentuk formal seperti ujian bertulis, peperiksaan amali, skala kadar dan senarai semak. Contoh penilaian sumatif adalah seperti peperiksaan akhir tahun, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah 14

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Penilaian sumatif juga digunakan untuk mengesan pencapaian dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian murid-murid antara kelas. Pencapaian ini dinyatakan dalam bentuk gred dan markah tertentu dan pemberian sijil-sijil. Jadual 2.1 menyenaraikan perbezaan di antara ujian formatif dan ujian sumatif.

JADUAL 2.1 Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif Perkara Konsep Ujian formatif Ujian boleh dibina dan ditadbir secara formal atau tidak formal bagi mengesan kemajuan pelajar terhadap sesuatu Kaedah pembelajaran. Secara formal: kertas dan pensel Secara tidak formal: pemerhatian, soal jawab, Fungsi tugasan dan latihan. Memberi maklum balas kepada guru dan murid. Dapat mengesan puncapunca kelemahan untuk kegunaan dalam Penekanan pendidikan pemulihan. Tingkah laku kognitif, 15 Tingkah laku kognitif. Pemberian gred dan sijil kepada kursus. murid diakhir Ujian sumatif Ujian boleh dibina dan ditadbir secara tidak formal bagi mengesan pencapaian pelajar dalam tempoh tertentu persekolahan. ujian Secara formal : ujian kertas dan pensel

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) dalam penilaian Fokus pengukuran Masa diberi Contoh psikomotor dan afektif. Satu-satu segmen. Sepanjang tahun. Ujian bulanan, lembaran kerja Objektif kursus. Diakhir satu-satu unit

atau kursus. UPSR, PMR, SPM, STPM dan Peperiksaan akhir tahun.

Bezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif dari segi kaedah dan kepentingan. 2.2 Jenis-jenis Ujian 2.2.1 Ujian Rujukan Norma (URN) URN dirangka untuk membandingkan prestasi individu dengan kumpulan rakan sekelasnya atau kumpulan yang berbeza mengikut kelas, tingkatan atau program sekolah. Matlamat URN adalah untuk membuat perbandingan antara pelajar oleh itu URN tidak memberi maklumat sama ada pelajar sudah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Matlamat URN adalah untuk memaksimumkan perbezaan pencapaian antara pelajar. Oleh itu tahap kesukaran item yang dibina dikawal supaya mempunyai pelbagai aras kesukaran. Lazimnya kesukaran item adalah berdasarkan nisbah 25% mudah, 50% sederhana dan 25% sukar. Item URN juga mempunyai indeks diskriminasi antara pelajar pandai dan pelajar lemah. 2.2.2 Ujian Rujukan Kriteria (URK) 16

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial)

Ujian ini digunakan sekiranya guru ingin membandingkan pretasi pencapaian seseorang pelajar dengan kriteria yang ditetapkan. URK memberi penekanan sama ada seseorang pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. URK tidak mengambil kira kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar yang lain. Menurut Popham (1981) dalam Bhasah (2009), URK digunakan untuk memastikan status pencapaian seseorang individu berdasarkan domain perlakuan yang telah ditetapkan. URK merujuk kepada satu set tingkah laku kriteria yang telah ditetapkan. URK memberikan penjelasan yang lebih baik tentang sesuatu atribut yang diukur, tetapi pengukurannya tidak menyeluruh URN. Contoh: (Bhasah, 2009) Bagi satu ujian sepanjang 10 muka surat, pelajar dianggap lulus, sekiranya dapat menaip 50 psm tanpa membuat lebih 2 kesalahan ejaan pada setiap muka surat. Kriteria: Keadaan: Piawai: menaip 10 muka surat dengan kelajuan 50 psm. menggunakan mesin taip elektrik. tidak melebihi 2 kesilapan ejaan pada setiap muka surat

Adakah ujian formatif boleh dianggap sebagai ujian URK? Berikan sebabnya. JADUAL 2.2 Perbandingan antara ciri-ciri Ujian Rujukan Norma (URN) dan Ujian Rujukan (URK)

17

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Perkara Matlamat Ujian Rujukan Norma(URN) Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar lain. Satu kaedah membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan pelajar yang lain terhadap satu-satu tugasan yang nyata. Sebagai suatu alat untuk memilih individu dalam mendapatkan sesuatu hadiah yang terhad. Contohnya, Kemasukan ke universitii awam, hadiah biasiswa. Ujian Rujukan Kriteria(URK) Membandingkan prestasi seseorang pelajar dengan kriteria piawai yang ditetapkan. Satu kaedah yang menentukan berbanding dengan satu-satu kriteria atau objektif yang spesifik.

Kegunaan

Sebagai satu sekatan untuk menentukan sama ada seseorang pelajar telah mendapat cukup pengetahuan atau kemahiran. Contoh; telah cukup penguasaan untuk terus ke aras pengajaran yang lebih tinggi. Ciri-ciri soalan Soalan ujian berbeza Semua soalan hampir mengikut tahap sama tahap kesukaran. Bertujuan kesukaran dengan untuk mendapatkan berpandukan objektif diskriminasi maksimum pelajaran antara calon. Ciri-ciri ujian Penentuan pangkat, Tiada gred ditetapkan gred bagi menentukan dan memadai kelulusan murid pernyataan lulus/ pelbagai peringkat. gagal Jangkaan Purata bilangan pelajar Purata bilangan purata jawapan yang dapat menjawab pelajar yang dapat betul item dengan betul menjawab item 50%. dengan betul 80%. Kandungan ujian Contoh ujian Meliputi topik pembelajaran yang lebih luas Peperiksaan akhir tahun, UPSR, PMR, 18 Terumpu pada topiktopik tertentu yang lebih khusus. Ujian pendek, tugasan, latihan, soal

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) SPM, STPM. 2.2.3 Ujian Pencapaian Ujian pencapaian digunakan bagi menilai tahap pengetahuan, kemahiran dan kecekapan semasa. Bertujuan untuk mengukur prestasi pelajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik mengukur pengetahuan, kebolehan dan kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ujian ini boleh dibina oleh pihak institusi seperti Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan ujian di peringkat pusat seperti UPSR, PMR, SPM, SPVM, STPM dan sebagainya. Ujian ini juga boleh dibina oleh guru secara perseorangan seperti ujian dalam kelas. 2.2.4 Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan juga dikenali sebagai ujian mental. Ujian ini telah dibina oleh Alfred Binet dan beliau telah menerbitkan Skala Binet pada tahun 1905. Skala ini digunakan untuk mengasingkan kanakkanak lembam daripada kanak-kanak cerdik (Mokhtar, 2009). Lewis M.Terman telah menghasilkan Skala Ujian Mental pada tahun 1916 yang dikenali sebagai Standard-Binet yang popular hingga ke hari ini. Kekuatan ujian ini adalah ia menjadikan kebolehan mental sebagai sesuatu yang standard. Ujian ini berjaya menguji aktiviti mental yang kompleks serta dapat memberikan nilai Intelligence Quotient (IQ) yang mudah difahami. Terdapat ujian kecerdasan yang lain seperti The Wechsler Adult Intelligence Scale(WAIS), The Wechler Intelligence Scale for Children (WISC) 19 jawab.

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) dan The Wechler Pre-school and Primary Scale of Intelligence (WPPSI). 2.2.5 Ujian Prestasi Adalah ujian yang digunakan bagi mengelak berlakunya tekanan kepada pelajar hasil daripada penggunaan ujian kertas dan pensel yang berasaskan fakta. Pelajar perlu membuat beberapa tugasan selain daripada menjawab soalan. sahaja Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memgembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan berasaskan kurikulum yang diajar. Teknikteknik yang digunakan adalah seperti memerhati, menemubual, merakam aktiviti dan membuat folio bagi mengesahkan kebolehan, kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik menghasilkan folio juga selalu digunakan untuk memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui laporan kendiri pula, pelajar menilai diri sendiri melalui soal selidik yang menilai peribadi seseorang individu. 2.2.6 Ujian Diagnostik Digunakan oleh guru atau kaunselor untuk mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dan menentukan punca yang menimbulkan masalah itu. Tujuan ujian diagnostik adalah untuk menentukan kedudukan seseorang atau sekumpulan pelajar dalam pelajarannya sebelum memulai sesuatu pelajaran. Ujian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sebab-sebab berlakunya sesuatu kelemahan bertujuan dalam untuk pembelajaran menentukan sebelum merancang maka ujian dan ini menjalankan rancangan pemulihan. Oleh kerana ujian diagnostik kelemahan dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran dan bukan pada akhir pengajaran dan pembelajaran. Dalam ujian diagnostik 20

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) markah diterjemahkan dalam bentuk profil individu dengan berasaskan markah tentang aspek-aspek pelajaran. Profil ini membantu guru dalam mengenal pasti tentang aspek-aspek yang belum dikuasai sepenuhi oleh murid. Contoh ujian diagnostik adalah seperti menilai bacaan murid yang bertujuan untuk membunyikan huruf dan mengenal huruf. Ujian diagnostik biasanya diberi secara individu dan ujian ini boleh dijalankan secara formal iaitu ujian kertas dan pensel juga kaedah lain seperti soal jawab, inventori, pemerhatian dan tugasan. 2.2.7 Ujian Personaliti Personaliti ialah sifat-sifat yang dimiliki oleh individu pelajar, seperti sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ujian personaliti digunakan bagi memahami tingkah laku pelajar khususnya sikap, minat dan motivasi mereka. Sebagai contoh, sikap pelajar terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan. Ujian ini mengukur kewujudan keadaan atau trait dalam seseorang pelajar. Ciri-ciri yang dinyatakan diukur dengan instrumen psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. Preference Schedule (EPPS). 2.2.8 Ujian Bakat Ujian ini digunakan untuk membuat ramalan prestasi dan kebolehan pelajar belajar pada masa hadapan. Bakat bermaksud apa yang pelajar boleh belajar. Maklumat yang diperolehi daripada ujian bakat sangat berguna untuk pemilihan dan penempatan pelajar sesuatu progam. Ujian ini lazimnya digunakan untuk memilih calon bagi melakukan pekerjaan tertentu, kemasukkan ke program latihan, permohonan biasiswa, membimbing pelajar ke arah kerjaya yang 21 Contoh ujian personaliti adalah seperti Keirsey Temperament Test (KTT) dan Edwards Personal

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) sesuai dan sebagainya. Contoh ujian bakat adalah Ujian

Kemasukan Ke Maktab Perguruan (UKELP). Contoh lain ujian bakat yang biasa digunakan di sekolah menengah Amerika Syarikat ialah Differential Aptitud Test (DAT) (Mokhtar, 2009).

Kelasifikasikan ujian-ujian yang telah anda pelajari kepada tiga bidang iaitu bidang kognitif, afektif dan psikomotor.

Nyatakan perbezaan antara ujian pencapaian dan ujian perlakuan. 2.3 Bentuk-bentuk ujian 2.3.1 Ujian individu (perseorangan) dan kumpulan Bilangan calon yang mengambil ujian pada satu-satu masa terbahagi kepada ujian individu dan ujian berkumpulan. Ujian berkumpulan biasa dijalankan di sekolah contohnya ujian pencapaian. Ujian berbahasa (ujian bertulis dan ujian lisan) jarang dijalankan secara individu oleh guru di sekolah. Contoh ujian individu adalah ujian lisan berbahasa, ujian perlakuan/ ujian prestasi, Ujian Kecerdasan The Stanford Binet Intelligence scale dan The Weschsler Intelligence Scale. Kedua-dua ujian kecerdasan ini adalah contoh ujian kecerdasan yang ditadbirkan secara individu pada satu-satu masa. 2.3.2 Ujian bertulis dan lisan

22

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Dari segi pelaksanaan, ujian terbahagi kepada ujian berbahasa dan ujian bukan berbahasa. Contoh ujian berbahasa adalah ujian kertas dan pensel (ujian bertulis) dan ujian lisan (Mokhtar Ismail, 2009). Ujian kertas dan pensel adalah contoh ujian bertulis yang bergantung kepada penggunaan perkataan. Ujian bertulis merupakan ujian yang paling kerap digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif (Ee Ah Meng, 2000). Ujian kertas dan pensel adalah ujian yang menguji pencapaian pelajar. Antara ciri-ciri ujian ini adalah memerlukan kemahiran membaca dan menulis, kertas dan pen biasanya diperlukan dan biasanya dijalankan secara kumpulan. Dalam ujian objektif pelajar mungkin dikehendaki menulis dengan ringkas, menanda atau memilih jawapan. Contoh soalan objektif adalah soalan objektif pelbagai pilihan, memadankan jawapan, benar-salah dan mengisi tempat kosong. Dalam ujian subjektif pula, pelajar dikehendaki menulis jawapan pendek (satu atau lebih ayat) atau jawapan tidak terhad (bentuk karangan). Ujian lisan memberi penekanan kepada penggunaan bahasa sebagai asas menjawab soalan atau item. Ujian lisan boleh melibatkan pembacaan, penulisan dan lisan (Bhasah, 2009). Ujian lisan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Tujuan ujian lisan adalah untuk mengesan punca kelemahan pelajar dengan serta merta dan menolong pelajar membetulkan kesalahan. Dalam ujian lisan guru boleh mendapat maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran dan sebagai panduan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ujian bukan berbahasa (bukan lisan) ialah ujian perlakuan/ ujian prestasi yang lebih menumpukan perhatian kepada kemahiran 23

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) psikomotor daripada kemahiran kognitif, contohnya ujian membaiki radas elektronik. Antara ciri-ciri ujian perlakuan yang lain adalah tidak memerlukan kemahiran membaca dan menulis, tidak semestinya memerlukan kertas dan pen dan biasanya dijalankan secara individu. 2.3.3 Ujian objektif dan subjektif Ujian objektif terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan yang pendek dan tepat. Ujian objektif terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapan yang pendek dan tepat biasanya beberapa perkataan atau satu frasa sahaja. Pelajar dikehendaki menulis dengan ringkas, menanda atau memilih jawapan. Ujian objektif mudah diperiksa dan boleh diperiksa oleh pemeriksa yang lain akan memberi markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. Oleh yang demikian pemeriksa yang kurang berpengalaman juga boleh memeriksa dan lebih mudah lagi mesin juga boleh digunakan untuk memeriksa jawapan pelajar. Contoh soalan objektif adalah soalan aneka pilihan, benar-salah, padanan dan mengisi tempat kosong. Kelebihan-kelebihan Ujian Objektif a) Mempunyai keobjektivitian yang tinggi. Jawapan yang sama akan diberi markah yang sama walaupun diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan. b) Ujian ini dapat meliputi banyak bidang yang terdapat dalam sesuatu mata pelajaran. Oleh yang demikian ia mempunyai ciri kesahan kandungan. c) Ujian ini dapat menguji aras kognitif di peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi dengan berkesan. 24

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) Walau bagaimanapun, aras sintesis dan penilaian agak sukar diukur. d) Ujian objektif ini mudah ditadbir dan mudah diperiksa. e) Unsur-unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi pemarkahan. f) Calon-calon yang penguasaan bahasanya lemah juga dapat menjawab soalan-soalan objektif. g) Ujian objektif lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif kerana ia dapat menguji banyak bidang pada sesuatu masa, oleh itu ujian objektif mempunyai cirri kebolehpercayaan. Kelemahan-kelemahan Ujian Objektif a) Pembinaan ujian objektif memerlukan lebih tenaga, masa dan perbelanjaan untuk membina item yang bermutu tinggi. b) Ujian objektif jika tidak berhati-hati, item mungkin mempunyai lebih daripada satu jawapan yang betul. c) Ujian ini menggalakkan calon-calon yang tidak tahu menjawab untuk meneka jawapan. d) Ujian objektif kurang sesuai digunakan dalam penilaian formatif. e) Calon-calon yang berlatih menjawab soalan-soalan objektif tahun lepas dapat meningkatkan prestasinya. f) Setengah-setengah calon tidak perlu membuat persediaan yang rapi kerana mereka boleh meneka jawapan daripada senarai jawapan yang diberi. Ujian Subjektif Dalam ujian subjektif pelajar dikehendaki memberikan jawapan yang terdiri daripada satu atau lebih ayat, satu perenggan atau beberapa 25

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) perenggan atau sebuah karangan yang lengkap. Soalan esei menguji kebolehan murid untuk mengingat semula, menyusun, mengait, membuat sintesis, menganalisis dan menilai idea-idea. Pemeriksa akan menentukan ketepatan dan jawapan berdasarkan kepada tugasan soalan dan peraturan pemarkahan yang disediakan. Contoh soalan subjektif adalah soalan esei, struktur dan jawapan pendek. Kelebihan-kelebihan Ujian Subjektif a) Soalan subjektif lebih mudah digubal dan ditadbir. b) Soalan subjektif boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran. c) Soalan jenis ini amat sesuai untuk mengukur aras kognitif seperti sintesis dan penilaian. d) Oleh sebab tiada pilihan jawapan maka peluang pelajar untuk meneka jawapan adalah kurang. e) Soalan subjektif memerlukan calon menulis jawapan dengan perkataan sendiri, ujian subjektif akan memberi peluang kepada calon untuk latihan kemahiran menulis. f) Peluang untuk meniru dapat dikurangkan kerana soalan subjektif memerlukan calon menggunakan perkataan sendiri untuk menulis jawapan.

Kelemahan-kelemahan Ujian Subjektif

26

(PSS3110 Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial) a) Soalan subjektif hanya meliputi bidang yang terhad kerana bilangan soalan esei terbatas. Oleh itu soalan ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang rendah. b) Oleh kerana bilangan soalan terhad, calon boleh meramal soalan-soalan yang akan disediakan. c) Ujian ini kurang sesuai untuk mengukur aras kognitif pengetahuan sesuatu bidang terutama bagi calon yang kurang mahir dalam penggunaan bahasa. d) Pemeriksaan jawapan soalan subjektif memerlukan masa dan tenaga yang banyak. e) Pemeriksa mungkin dipengaruhi oleh kesan halo iaitu apabila pelajar mendapat menjawab soalan 1 dengan baik tetapi tidak dapat menjawab soalan 2 dan 3 dengan baik maka pemeriksa akan memberi markah rendah. f) Pemeriksa juga mungkin dipengaruhi oleh kesan horn iaitu apabila sesorang pelajar jawapannya kurang memuaskan tetapi pelajar itu adalah budak pandai maka pemeriksa akan memberi markah tinggi.

27

Anda mungkin juga menyukai